02 October 2010

..Afala Yatafakkarun..

.::  Al-Quran mempersonakan Cendiakawan Barat ::.

**************************************************************

Hadith Nabi Muhammad s.a.w menyatakan bahawa : "Al-Quran adalah Mukjizat yang akan dijaga Allah sehingga Hari Kiamat dan apabila ada Orang Musyrik membacanya mereka akan kata bahawa Al-Quran bukan daripada manusia  atau Makhluk-Makluk lain".. 

**************************************************************

Diantara mereka yang mendapat Hidayah Allah  Ta`ala ialah:

~Dr. Jeffry Lang~
  • Pensyarah dalam bidang Matematik di University of Kanas di Amerika Syarikat.
  • Dilahirkan pada tahun 1954 dalam keluarga Katholik di Bridgeport, Connicticut.
  • Ketika umurnya 18 tahun, beliau telah menjadi seorang "Ateis
  • "Sekiranya ada Tuhan dan Dia amat mengasihani mengapakah wujud penderitaan di dalam Dunia ini"
  • Beliau telah menemui Tuhan sebagai satu realiti, perkara tersebut ditunjukkan oleh beberapa orang rakannya yang beragama Islam dengan memberikan senaskah Al-Quran.
  • Pendapat Beliau setelah membaca Al-Quran:
         ~ "Setiap malam aku akan merumuskan soalan-soalan dan penafian dan akan menemui jawapannya 
              pada jari esoknya. Ia kelihatan seolah-olah pengarang (ALLAH) Al-Quran membaca  
             pemikiranku"
         ~ Beliau ditanya : 
            "Mengapa Al-Quran sungguh menawan baginya sedangkan ia ditulis dalam dalam Bahasa Arab".    
             Jawabnya : 
            "Mengapakah seorag bati dapat ditenangkan oleh suara ibunya? 
             Beliau berkata membaca Al-Quran dapat memberi ketenangan Jiwa kepadanya dan kekuatan dalam 
             saat beliau menghadapi kesusahan.

~Yusuf Islam~
  •  Yusuf Islam @ Cat Steven merupakan sorang penyanyi Inggeris yang sangat terkenal  pada tahun 70-an
  • Dilahirkan dalam sebuah keluarga Kristian Katholik yang kaya-raya kerana perniagaan dalam bidang Muzik.
  • Beliau telah diajar "Tuhan itu wujud" tetapi dalam agama Kristian tiada hubungan terus dengan Tuhan. oleh itu, mereka perlu bergabung dengan Tuhan melalui Jesus Christ dan ia merupakan jalan untuk sampai kepada Tuhan.
  • Menurut beliau, Patung-patung tersebut hanyalah batu-batu tanpa nyawa.
  • Beliau mengabaikan agama Kristian dan mula menyanyi dan bercita-cita untuk menjadi seorang penyanyi yang terkenal.
  • Orang-orang di sekeliling mempengaruhinya untuk berfikir bahawa matlamat sebenar hidup adalah untuk mencari wang.
  • belaiu menyanyi dan menulis lagu, tetapi jauh dilubuk hati untuk mempunyai perasaan kemanusiaan sekiranya dia menjadi kaya dia akan membantu orang-orang miskin.
  • akhirnya beliau menjadi terkenal disebabkan oleh media yang membesar-besarkan dirinya.
  • Hakikat kehidupan beliau adalah dengan menjadi tahi arak dan menagih dadah.
  • Selepas setahun, beliau dijangkiti penyakit Tibi dan dimasukkan ke hospital.
  • Ketika itu, beliau mula terfikir apa yang akan terjadi kepadanya. Antara persoalan beliau:
          "Mengapakah aku ada disini? mengapa aku ada di katil ini"
  • Beliau mencari jawapan dengan berjinak-jinak dengan pelbagai agama, contohnya:
          Agama Buddha tetapi agama buddha bersifat menolak Dunia
          Agama Zen dan Ching
          Agama Nemerologi
          Agama Tarot
          Agama Astrologi

  • Beliau cuba membaca kembali Bible tetapi tidak menemui apa-apa di dalamnya. pada masa itu beliau tidak tahu apa-apa tentang islam.
  • Abang beliau telah menziarahi sebuah masjid di Jerusalem di mana ia dipenuhi dengan manusia dan kehidupan sedangkan gereja-gereja dan synagogue (rumah ibadat Yahudi) kosong.
  • Apabila abangnya ke London, beliau telah dihadiahkan senaskhah Al-Quran terjemahan, abangnya tidak menganut agama Islam. 
  • Setelah membaca Al-Quran barulah beliau menyedari bahawa semua nabi diutuskan oleh Tuhan dengan membawa ajaran yang sama.
  • Beliau mengucap Dua Kalimah shahadah di hadapi Imam Besar Masjid Regent Park di London pada tahun 1977 (setahun setengah selepas menerima Al-Quran daripada abangnya)
  • Beliau telah menubuhkan sekolah Islam di London dan aktif dalam kegiatan kebajikan.
 ~Aminah As-Silmi~
  • Beliau merupakan seorang wanita yang menjadi ketua pembebasan Wanita Amerika Syarikat    (Women Liberation).
  • Penganut mazhab Baptist yang sangat kuat berpegang pada Agama Kristian.
  • Sebelum Islam beliau terlalu prejudis terhadap orang2 Islam dan Arab
  • Beliau pernah berkata kepada Pelajar2 aran yang menuntut di sebuah sekolah di Amerika Syarikat: "Satu-satunya jalan untuk mereka selamat ialah dengan mengakui bahawa Nabi Isa sebagai penyelamat mereka."
  • Menurut beliau, pelajar2 arab tersebut bersikap terlalu lembut dan tidak marah kepadanya.
  • Malah ada seorang pelajar telah memberikannya senaskhah Al-Quran dan beberapa buah buku Islam.
  • beliau tidak menyangka bahawaAl-Quran yang dibacanya menyebabkan  beliau semakin berminat untuk memahami agama Islam.
  • Akhirnya beliau mengucap Dua Kalimah Syahadah.
 ~Yvone Ridley~
  • Seorang wartawan Daily Express di Britain.
  • Beliau telah dilahirkan dalam kelauarga Protestant dan menyanyi di sekolah Hari Ahad di kampugnya di Utara England. 
  • Tidak mempunyai pengetahuan tentang Islam kecuali cerita yang mengetakan Islam menindas wanita, penuh dengan kejahatan dan agama yang ganas.
  • Vyonne Rudley telah masuk ke Afghanistan secra tidak sah dan ditangkap oleh Taliban, beliau berfikir yang bukan2 tentang Taliban dan menunggu sahaja saat dia akan dikerjakan oleh Taliban yang sangat ganas ini seperti yang dibayangkan oleh presiden Bush.
  • Orang yang ingin beliau temui ialah Mullah Omar dan bertanya Mengapa mereka melayan wanita dengan buruk sekali.
  • Seorang Taliban telah bertanya samada beliau ingin memeluk Islam atau tidak, beliau tidak menjawab sebaliknya berjanji jika beliau dibebaskan beliau akan mempelajari agama Islam.
  • Setelah dibebaskan beliau membaca al-Quran dan ingin mengetahui bagaimana pandangan Al-Quran tentang wanita. 
  • Akhirnya setelah meneliti Al-Quran, beliau diberi hidayah untuk memeluk Agama Islam.
Rujukan:
Dr. Mohd Arip Hj. Kasmo (2007). Pengukuhan Akidah Menerusi Penghayatan Sains dalam al-Quran. penerbitan awan Biru : Negeri Sembilan.
atau
http:// www.geocities.com/modal_insan/pasakhtml

ALHAMDULILLAH(",)..

************************************************
"Tunjukkanlah Kami ke Jalan yang Lurus 
Jalan orang-orang yang kau beri Nikmat 
bukan jalan mereka yang kau Murkai 
dan
bukan pula jangan mereka yang Sesat"
************************************************

~Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim~

Hati Itu Suci

.:: Keinsafan Hati ::.


Hati Itu Indah jika disirami Taqwa..
Hati Itu Manis jika disulami Ikhlas..
Hati Itu Duka jika meninggalkan Doa..
Hati Itu Tenggelam Jika disogok Dunia..
Hati Itu Gembira Jika mendapat ganjaran dari-NYA..
Hati Itu Kecewa Jika Manusia Alpa..
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Hati yang Indah sentiasa membahagiakan manusia..
Hati yang Manis sentiasa memberi khabar gembira..
Hati yang Duka sentiasa bermunajat pada-Nya..
Hati yang Tenggelam sentiasa beristighfar untuk-Nya..
Hati yang Gembira sentiasa ingat pada hari muka..
Hati yang Kecewa Ubatnya adalah DOA..



Jawablah, Wahai Hati:_
+++++++++++++++
Hati itu Milik Siapa?
Milik Allah atau perkongsian Manusia..

Siapa yang kita khayalkan?
Terkenang yang jauh atau yang berada di hadapan Mata..

Apa yang sering kita sematkan?
Mengingati Kematian atau masih sayang pada yang akan hilang..

Siapan yang perlu diharapkan?
Mengharapkan Pada hamba atau pada yang menciptakan hamba..

>Thabbit qulubana `ala Dinik wa `ala To`tik<

Hati yang akan meninggikan DARJAT manusia setaraf Malaikat, 
Hati jugalah yang akan merendahkan DARJAT manusia serendah Haiwan..
~ Redhaka Matlubi, Ya Rabb ~

01 October 2010

..Pertama Kalinya, Alhamdulillah..

.:: Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum ::.

Alhamdulillah kembali berkongsi idea di Blog yang Dhaif ini(",)...

           Mulanya, terdetik untuk kembali selepas Hati terkesima pabila membaca perkongsian sahabat2 dalam melayari bahtera Duniawi dalam laman maya ini.. Mengapa hanya kita yang menerima daripada mereka tidak kita yang memberi dan berkongsi pula, Mendalam juga.. Sesaat cuma terdetik, baru terfikir adakah ini salah satu Hidayah dariNYA.. Andai ia Benar, Subhanallah.. Luahan dan pendapat dikongsi di Blog ini bagi meraih nasihat dan pengalaman dari sahabat2.. 

            Bila berada dalam situasi ini, baru terasa tersepit dan meronta-ronta gelisah dalam mencari Hidayah.. "Hidayah Itu Milik Allah" Selalu kita mendengar kata-kata ini.. Namun, sedarkah hingga bila kita harus menunggu dan menunggu tanpa kita sendiri yang berusaha mengikuti jalan-jalan untuk mencarinya(hidayah).. Betapa indahnya tatkala kasih sayang Allah menjengah dalam DIRI utk menghazaf kenangan silam yang bersamanya sejuta istifadah dan ma`na dalam meniti arus Duniawi yang semakin berani melawan Qada' dan Qadar Allah Ta`ala.. Astaghfirullah..

          Sebenarnya, Blog lama sudah ada tapi sudah lama tidak disentuh mungkin sudah bersemadi di sana.. Alhamdulillah, kini terasa ingin bangkit semula untuk membuat anjakan paradigma bagi menebus kembali khilaf2 yang lalu.. Sahabat2, Syukran lakum kerana Pena Hidayah kalian telah menusuk dalam qalbi.. Sama2 kita membantu sahabat2 yang mengharapkan Hubb, Syafaqah, Ihsan dan Mau`izoh dari kita.. 
Wassalam... Ilalliqa', Jazakumullahu Khairan Kathira..
Nantikan perkongsian akan datang, InsyaAllah..

~Hasbunallah Ni`mal Wakil Ni`mal Maula Wa Ni`manNasir(",)~