11 December 2011

.:: Jangan seperti Lalang ::.


~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang~


Dalam kehidupan "Selagi Nyawa" dikandung badan, kita (Insan) tidak terlepas untuk membuat keputusan demi memenuhi kehendak dan keperluan sendiri walaupun individu lain melihatnya dari dimensi yang berbeza dengan pandangan kita. Keputusan yang dibuat akan memaksa kita merasai Pahit Maung Suka Duka dalam menyelaraskan apa yang bakal terjadi. Bukan mudah untuk membuat keputusan, jika perlu memilih 1 di antara dua lagi pula dua-dua sangat penting. 

Sewaktu Kecil kita mudah sahaja menerima keputusan dari Mak dan Ayah, A kata maka A juga lah kita. Tidak pandai membantah kerna semuanya mereka yang putuskan kita hanya melaksanakan dan pada waktu itu kita belum bijak membuat keputusan. 

Itu pun kadangkala kita mengeluh dan memberontak tidak mahu ke sekolah, kerana waktu itu Hati mahu "lebih-lebih" dalam bermain dengan kawan-kawan, seronok sahaja yang difikirkan! Mak kata masuk Tadika/Pasti yang ini ye, dan kita pun mengiakan. Alhamdulillah, anak yang baik kan sentiasa dengar arahan Mak dan Abah. 

Beg+Pensil+Pemadam+Buku+Pensil warna dan lain-lain semua dibelikan kita cuma ambil dan gunakan. Tanpa mengeluarkan 1sen, kita sudah menerimanya. Perkataan Terima Kasih pun belum pandai diungkapkan. 

Sampai sekolah kita memberi "sedekah" pula pada kawan-kawan, kesian melihat kawan-kawan tiada pensil. Biarpun tika itu kita tiada backup pensil tapi hakikatnya kita mengutamakan orang lain, sampai di rumah Mak Abah marah peralatan yang dibeli baru sehari sudah di faraidkan bersama kawan-kawan.

Muhasabah :
Keputusan yang dibuat oleh kita ketikaBerada di peringkat ini (Tadika/Pasti/Pra-Sekolah) adalah berdasar apa yang kita fikir "Asalkan BOLEH atau Kasihan" 
Positifnya : Mata hati telah dimanfaatkan, kerana empati apabila melihat orang lain tiada apa yang kita ada.
Umur meningkat kita mula belajar membuat keputusan apabila mendapat cemerlang dalam UPSR, kita ditawarkan ke Sekolah berasrama penuh. Keputusan itu akan memaksa diri untuk meninggalkan Mak Abah, Gadjet2 yang ada di rumah dan apa yang kita suka. Kita akan hidup dalam sebuah rumah atau dorm yang di dalamnya ada pelbagai ragam manusia. Jika kita seperti Lalang kita akan ikut apa yang kita rasa OK ^_^

Selepas berhempas pulas dari darjah 1-6 kita fokus pula untuk peperiksaan. Siang Malam berusaha membaca, menghafal dan mengira kita masuk Dewan periksa. Mak Abah di rumah berdoa siang dan malam untuk kejayaan kita. 



Kemudian, 
kita ke peringkat seterusnya! PMR menunggu kita. 
Kita guna cara dan kaedah yang sama seperti kita kita menduduki UPSR

  
SPM menanti, dan kita ambil keputusan untuk mengambilnya.


Kita berJAYA! Dan ditawarkan ke Universiti. KITA wajib membuat keputusan yang terbaik dan ikut minat yang diingini, jika tidak akan jadi sebaliknya. Pandangan awam harus diambil dan bukan meletakkan keputusan di tangan mereka dan, jadikan diri SEPERTI  LALANG, jika awam kata A kita pun A, dan jika awam kata B kita akan pilih B.
Pandangan sekadar proses membantu kita membuat keputusan dan pencerahan!

****************************************************************************

Jangan begitu, 
kerana kita sudah tahu apa matlamat dan Minat kita. Teruskan dengan keputusan serta tetap pendirian.
Moga keputusan ini atas pilihan ALLAH SWT, itu yang UTAMA-
Dan,
Kita wajib akan terima kritikan dan kata-kata yang kurang enak serta perli yang kurang menyenangkan! 
kerana,
kita tidak memilih apa yang mereka cadangkan..

SAHABAT-SAHABAT : Mari kita pilih

1) Kita pilih keputusan awam dan hadapinya keseorangan tanpa minat kerana IKUT ORANG
2) Kita pilih keputusan sendiri atas dasar pandangan awam kerana itu MINAT KITA, wlpn awam tidak bersetuju! Dan xmustahil anda akan digelar "Degil"



Ilalliqa'
Ilahi Anta Maqsudi wa Redhaka Matlubi
Bayti Jannati
4:58 Petang
Al-Nerangi
 

05 December 2011

.:: 9 & 10 Muharam 1433H ::.

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang~

Sumber dari iluvislam.com

-SOAL JAWAB PUASA ASYURA-

Ustaz..
Boleh tak terangkan berkenaan puasa asyura? Bila puasanya? Saya dengar 9 & 10 Muharram. Ada yang bagitau saya 11 pun sunnat puasa. Bagaimana yang terbaik? Apa lagi amalan baik di hari Asyura? Syukran.

Jawapan:
Kita akan berjumpa hari 'Asyura' (عاشوراء) sekali lagi. Di bawah ini saya nyatakan beberapa hukum yang disebutkan oleh para Fuqaha' berkaitan 'Asyura'.


1. Bilakah puasa 'Asyura'?
Pendapat pertama : Ibn Abbas Radhiyallahu 'Anhuma berpendapat 'Asyura' adalah pada 9 Muharram. Pendapat kedua : Jumhur Fuqaha' berpendapat 'Asyura' adalah pada 10 Muharram.

2. Bilakah sunnah Puasa?
Sunnah berpuasa seluruh bulan Muharram. Ini kerana ia termasuk salah satu daripada bulan-bulan haram.Sunnah muakkadah (yang sangat dituntut) berpuasa pada 10 Muharram (hari 'Asyura').Sunnah juga berpuasa pada 9 Muharram.Sunnah juga berpuasa pada 11 Muharram.Sunnah juga berpuasa 1-10 Muharram menurut sebahagian Fuqaha'.

3. Kelebihan berpuasa pada 10 Muharram?
Diampunkan dosa setahun yang lalu (hadis sahih riwayat Imam Muslim).Pada hari tersebut Nabi Musa diselamatkan daripada Fir'aun. Maka puasa tersebut adalah sebagai tanda kesyukuran*. Ummat Islam lebih berhak berpuasa daripada Yahudi (yang juga berpuasa pada 'Asyura') kerana aqidah yang sama dengan Nabi Musa.
* ia juga dalil bahawa Islam membenarkan sambutan diadakan untuk mensyukuri sesuatu perkara setiap tahun. Oleh kerana itu juga, maka sambutan maulid dibenarkan di dalam Islam sebagai tanda kesyukuran.

4. Mengapa pula puasa pada 9 Muharram?
Hadis Nabi yang bermaksud: Jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari kesembilan. Namun baginda telah wafat pada tahun berikutnya.Membezakan dengan amalan orang Yahudi.Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari 'Asyura'.Termasuk bulan-bulan haram.Termasuk 10 hari pertama Muharram yang disunnahkan berpuasa oleh sebahagian Fuqaha'.

5. Hikmah berpuasa pada hari 11 Muharram?
Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari 'Asyura'.Termasuk bulan-bulan haram.

6. Apakah amalan terbaik selain berpuasa pada hari 'Asyura'?
Meluaskan rezki (berbelanja makanan, minuman, menggembirakan kanak-kanak dan kaum keluarga).

7. Apakah kelebihannya?
Dilapangkan oleh Allah rezekinya selama setahun.*
* Hadis diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dan Attabrani dengan pelbagai sanad. Imam Baihaqi menyebutkan, sanad-sanadnya dhoif, tetapi apabila dihimpunkan kesemuanya maka ia menjadi kuat.

8. Apakah yang dilakukan oleh para salafussoleh pada hari 'Asyura'?
Disebutkan di dalam nota kaki kitab Fathul 'Allam oleh Syaikhuna Muhammad Alhajjar, menakalkan kitabAlmadkhal oleh Ibnul Hajj, para salafussoleh tidak akan melalui musim-musim ini melainkan dengan banyaknya ibadah, sedekah, berbuat kebajikan dan meraih kelebihannya, bukanlah dengan makan dan minum, bahkan bersegera menambahkan sedekah dan berbuat baik.

9. Apakah contoh amal kebaikan yang digalakkan oleh para ulamak untuk dilakukan pada hari tersebut?
Apa jua amalan kebajikan baik dilakukan pada hari yang mulia tersebut. Antara yang diajarkan oleh para ulamak adalah bersiwak, bercelak, berwangi-wangi, mengusap kepala anak yatim, menziarahi orang soleh dan para ulamak.

10. Ada tak doa yang diamalkan pada hari tersebut?

Mari manfaatkan hari 'Asyura, hari yang penuh keutamaan dan kemuliaan dengan memanjatkan doa :

حَسْبُنَااللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ
سُبْحَانَ اللَّهِ مِلْءَالْمِيْزَانِ وَمُنْتَهَى الْعِلْمِ وَمَبْلَغَ الرِّضَاوَزِنَةَالْعَرْشِ
لاَمَلْجَأَ وَلاَمَنْجَأَ مِنَ اللَّهِ اِلاَّ اِلَيْهِ سُبْحَانَ اللَّهِ عَدَدَالشَّفْعِ وَالْوِتْرِ
وَعَدَدَكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ كُلِّهَانَسْأَلُكَ السَّلاَمَةَبِرَحْمَتِكَ يَااَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
وَلاَحَوْلَ وَلاَقُوَّةَاِلاَّبِاللَّهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ
وَهُوَحَسْبُنَ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ
وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

"Hasbunallahu wani'mal wakiilu ni'mal maulaa wani'man nashiiru
Subhanallahi mil-al miizaani wa muntahal 'ilmi wa mablaghar ridhaa wazinatal 'arsyi
Laa malja-a walaa manja-a minallahi illa ilaihi subhaanallahi 'adadasy syaf'ir wal witri
Wa 'adada kalimaatillahittaammaati kulliha nas-alukas salaamata birahmatika yaa arhamar raahimina
Walaa haula walaa quwwata illa billahil 'aliyyil 'azhiimi
Wa huwa hasbuna wa ni'mal wakiilu ni'mal maulaa wa ni'man nashiiru
Wa shallalahu 'alaa sayyidina muhammadin wa 'alaa aalihi washahbihii wasallam"

Ertinya:
"Cukuplah Allah menjadi sandaran kami, dan Dia sebaik-baik Pelindung, sebaik-baik kekasih, dan sebaik-baik Penolong. Maha Suci Allah sepenuh timbangan, sesempurna ilmu, sepenuh keridhaan dan timbangan 'arsy. Tidak ada tempat berlindung dan menyelamatkan diri dari Allah, kecuali hanya kepada-Nya. Maha Suci Allah sebanyak bilangan genap dan ganjil, dan sebanyak kalimat Allah yang sempurna, kami memohon keselamatan dengan rahmat-Mu wahai Dzat Yang Paling Penyayang diantara semua yang penyayang. Dan tiada daya upaya dan kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Dan Dialah yang mencukupi kami, sebaik-baik Pelindung, sebaik-baik kekasih, dan sebaik-baik Penolong. Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurah kepada junjungan kami Nabi Muhammad, teriring keluarga dan sahabat beliau."

11. Apa hukumnya merobek pakaian, meronta-ronta dan memukul badan seperti mana yang dilakukan oleh Syi'ah pada hari 'Asyura' meratapi pemergian Sayidina Husin?
Hukumnya haram. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Sayyidina Ibn Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Bukanlah daripada kalangan kami orang yang memukul dada, mengoyak kain dan menyeru dengan seruan jahiliyyah (yakni meratap seperti ratapan kaum jahiliyyah)."

~Alhamdulillah.. Allah beri keizinan untuk berpuasa pada hari ini.. Moga Allah kuatkan kami berdua untuk terus berpuasa pada hari ini dan esok~

Ilalliqa
Ilahi Anta Maqsudi wa Redhaka Matlubi
Bayti Jannati
11:00 pagi
Kuala Nerang, Kedah..

01 December 2011

.:: Tazkiyah al-Nafs : Konsep Perubahan Jiwa ::.

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang~


Tazkiyah al-Nafs:

juga sering di selami dengan erti Penyucian Jiwa,  Pembersihan Hati, Penjernihan atau Pembeningan Hati serta penyelarasan hubungan antara manusia dan Tuhannya. Mujahadah juga dapat memberikan makna yang sama dengan pembersihan hati. 

Langkah penerokaan Tazkitah al-Nafs meliputi jalinan hubungan yang baik antara manusia dan alam lingkungannya seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Dalam konsep tasawuf, Tazkiyah al-Nafs adalah satu kaedah untuk mendekatkan diri kepada Allah melalui proses-proses dan latihan-latihan rohani yang tertentu.

Perubahan jiwa dapat dikeluarkan daripada konsep Tazkiyah al-Nafs. 

Beralihnya jiwa yang kotor, ternoda dan tercemar menjadi jiwa yang suci lagi menyucikan,

Peralihan daripada keadaan yang tidak mengikuti syariat kembali kepada keadaan yang menempati syariat, 

Daripada hati yang kafir menjadi hati yang mukmin, 

Daripada munafik menuju sifat jujur, amanah dan fatanah, 

Kebakhilan bertukar kepada pemurah, 

sifat demdam berganti pemaaf, tawadu', tawakal dan terkawal.


Ilalliqa
Ilahi Anta Maqsudi wa Redhaka Matlubi
Bayti Jannati
06:35PM

28 November 2011

.:: Yang Mana Lebih Utama ::.

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang~

Alhamdulillah, Bulan Oktober dan November rezeki datang mencurah-curah, segalanya milik-Mu Ya Allah. Tanpa diduga dan dipaksa. Kem Anak Soleh dan Kem Motivasi menjadi pembimbing diri dan bekongsi sedikit pencerahan bersama-sama Adik-adik (4 buah sekolah daripada 4 buah program)

Tapi yang merunsingkan diri :

"Apa pandangan antum, kadang-kadang ana rasa serba salah 
dalam menunaikan tanggugjawab bersama Mak Abah dan masyarakat". Sepatutnya, persoalan sedemikian tidak perlu WUJUD dalam Hati&Lisan! Mengapa?

1- Tanggungjawab seorang Anak selepas Allah dan Rasul adalah Mak dan Abah
2- Mak Abah berhak mendapat perhatian daripada kita berbanding Masyarakat
3- Inilah masanya untuk si Anak membalas Jasa dan Pengorbanan Mak dan Abah
4- Kita adalah peneman setia mereka dan menggembirakan hati mereka
5- Sebagai Anak yang Soleh/ah perlu membentuk keluarga dahulu sblm membentuk Masyarakat
[5 Sebab di atas adalah Pandangan Pena Penulis]

Hasan Al Hudaibi berkata:
“Hidupkan Islam dalam dirimu, nescaya ia akan hidup dalam masyarakatmu.”

Seorang Sahabat yang ana kagumi Agamanya telah merungkaikan persoalan diatas dengan membawa bukti dan Dalil untuk menyedarkan ana yang telah keliru dengan persoalan di atas :

[Pada Zaman rasulullah pernah datang sekumpulan wanita mengadu kepada Rasulullah saw tentang kaum lelaki yang memperolehi banyak pahala dengan solat berjamaah, keluar berdakwah, keluar berjihad dan sebagainya tetapi tempat wanita hanya di Rumah. Jawab Nabi saw : "Pulanglah. Taatilah Allah SWT dan Rasulullah SAW, berbuat baik baik kepada kedua Ibu Bapa dan suamimu. Maka ganjaran pahala yang kamu terima sebanding dengan pahala kaum lelaki yang disebutkan tadi"]

Kemudian ditambah lagi :

[Abdullah bin Amru bin al-'Ash ra berkata :
Adalah seorang datang kepada Rasulullah saw dan berkata : "Saya berbai'at kepadamu ya Rasulullah untuk berhijrah dan berjihad dan mengharap Pahala dari Allah SWT".  Maka Rasulullah saw bertanya : "Adakah masih ada yang hidup salah seorang daripada Ayah Ibumu?" Jawab orang itu : "Bala (bahkan) keduanya masih hidup". Bersabda Nabi saw : "Kau mengharap pahala dari Allah". Jawabnya : "Ya". Sabda Nabi : "Kembalilah kepada orang tuamu dan perbaikilah layananmu kepada keduanya"] (HR Bukhari dan Muslim)

Selang seminggu ana terasa lagi :

.....Dah lama duduk rumah, rasa berat pula nak tinggal (MakAbah) jika ada rezeki dimana-mana nanti.....

Ya Allah, kau yang menggerakkan aku untuk berkata sedemikian, Sungguh diri ini rasa malu padamu. Peringatan demi peringatan telah kau berikan melalui sabab musabbab manusia tapi mengapa aku masih memikirkannya^_^!! Astaghfirullah,,

Sekali lagi ana dapat pencerahan dalam suasana berbeza, sungguh dirimu sahabat tidak berputus asa :

[itu adalah FITRAH, dan ia pasti hadir. Katanya dalam membuat Intro pencerahan. Tentang Tanggungjawab yang mana lebih awla dan lebih besar, insha Allah ana kongsikan untuk dijadikan panduan] -Hinanya aku Ya  Allah, ceteknya Ilmuku-

[Berkata Abu Darda' r.a : Saya telah mendengat Rasulullag saw bersabda : Orang tua (Mak Abah) itu bagaikan pintu syurga yang paling tengah maka terserahlah kepadamu apakah kau buang atau kau gunakan kesempatan itu] (HR al-Tirmidhi)

Alhamdulillah syukran Sahabat.

[Nabi saw bersabda : "Beruntung siapa  yang mendapatkan ayah bondanya hingga usia tua" Nabi saw sendiri tidak dapat kesempatan sebegini]

Dalam hadith lain 

[Sabda Nabi saw : Rugilah dan sungguh kecewa jika siapa yang mendapatkan kedua atau salah satu ayah bondanya sampai tua kemudian ia tidak dapat masuk syurga] (Hr Muslim)

Allahu Rabbi, tersentak seketika. Selama ini aku bersama Mak dan Abah, mudah2an Allah menilainya.. Walaupun pada hakikatnya tiada apa yang aku sumbangkan, melainkan sedikit berbanding sumbangan Mak dan Abah. AKU BERTAUBAT KEPADAMU, YA ALLAH~

P/s : Bersamalah ibu bapa anta ketika anda diberi kesempatan oleh-Nya. "Mak kata : Ada orang kat rumah rasa seronok sikit" -Pilu rasa hati-

Allah berfirman: (maksudnya) :

“Dan Kami berpesan kepada insan agar berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan kepayahan dan melahirkannya dengan kepayahan, dan tempoh mengandung beserta menceraikan susunya ialah tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat matang yang sempurna dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, maka dia berdoa: “Wahai Tuhanku, i...lhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah untuk kebaikan dalam zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang menyerah kepadaMu)” 
(Surah al-Ahqaf: 15)


Ilalliqa'
Ilahi Anta Maqsudi wa Redhaka Matlubi
Bayti Jannti
2 Muharam 1433H
11:48 pagi

24 November 2011

.:: Travelog Sik 3Hari 2Malam ::.

 ~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang~

Ambil Yang Baik

Alhamdulillah, sudah banyak yang Allah berikan tasawwur (gambaran) sebelum ini bahawa dalam perjalanan untuk membuat kebaikan pasti ada mehnah dan tribulasi yang tidak dijangkau akal fikiran manusia. Kadang-kadang diri ini sukar untuk kembali teguh berdiri dan fikir dua kali dalam membuat keputusan tatkala ang sukar itu menyelubungi. Orang yang kita belum kenal  bukannya semuanya tidak berakhlak dan bukan semua orang yang kita sudah mesra selamanya akan sentiasa memperbaiki akhlak kita. Jadi terimalah kedua-duanya, dan jadikan panduan jika yang baik dan muhasabah untuk yang sebaliknya. 

Orang pun boleh sabar dengan kita

Sebelum Program memang nak kesempurnaan seperti program-program sebelum ini,  dengan kelengkapan teknikal (tentatif), kemudahan pengangkutan dan keselesaan tempat tinggal. Subhanallah, xsemudah itu untuk Allah sediakan untuk kita, pasti ada ujian dan kesusahan yang Allah telah dan akan hamparkan. Sebelum ke Alor Star, dah la kena tinggal Bas jam9 dan terpaksa naik bas jam9.45 pagi. disebabkan kelalain sendiri dan tiada budi bicara dari pihak "Pakcik Bas"(nak p ambil beg sat pun dia xbagi, "Naik bas lepas ni la").  Pakcik nak ajar kami sifat Sabar kan sebenarnya, TERIMA KASIH ye ~^_^~
 
Pihak pengajur dah tunggu jam 10pagi di Stesen bas Shahab Perdana, kami ada di Kuala Nerang lagi. Aduiiii!!, kesian pulak kena tunggu lama, Rasa bersalah pun ada. Apa-apapun positifkan hati dan percakapan. Alhamdulillah perjalanan yang ambil masa 1jam 15 minit akhirnya sampai ke alor star. Jam11 baru dapat bertolak ke Sik. Sebiji Van disediakn dah dipenuhi oleh 9 orang adik2 Muslimin dan kami dari Muslimat hanya 3 orang. Syukur ya Allah, Kau kurniakan kesabaran kepada adik-adik kami yang sudi menunggu. Terima Kasih ye adik-adik, Akak mintak maaf banyak. Pakcik Bas xnak bawa kami, huhuhu:( 
 
 
Semuanya masih dalam proses suai kenal
 
Sebelum sampai ke tapak Program semuanya bersendirian dan Diam kecuali kami bertiga yang bercerita untuk program yang telah dirancang. Alhamdulillah, tiba-tiba dalam perjalanan ana terfikir dan bertanya : 
 
"Kak, sebenarnya program kita ni kat mana? Kita pakai ikut je kan"
 
Kak Z jawab,
"Akak pun xtau, Sik ke Yan. Tapi Akak bagitau kat Ayah kat Baling" 
 
Ana,
"Biar betul kak, cuba akak tanya driver kita ni(sambil berbisik)"
 
Kak Z pun tanya,
"Dik, Program kita ni buat kat mana ye?" 
 
Driver pun dengan rasa nak gelak pun jwb.
"Kat bendang man, Sik"
 
Mesti dia fikir, apalah kakak-kakak ni tempat nak dituju pun xpasti lagi. Subhanallah, dengan tebal mukanya kami masa 2 tunduk malu dalam Van.
Maka terungkailah sudah segala persoalan dan berjaya membuatkan suasana diam kembali ceria. Alhamdulillah^_^

Sampai dengan Selamat dan penuh tanda tanya

Turun saja Van, kami saling membuat spekulasi awal 
------Siapa, bila, berapa, bagaimana, kenapa, boleh ke dan sebagainya---------------.
Kami pergi ke sana dalam keadaan Zero maklumat. sampai sana kami jumpa dengan GM Nusrah Training and Travel Sdn. Bhd, Firdaus. Muda lagi tapi wawasan tinggi. Pangakatnya dengan kami adalah adik. memang respect cara dia buat kerja..

Alhamdulillah, maklumat yang selama ini tertanya-tanya kini sudah ketemu jwpn. Rupanya, sangkaan kami itu tidak sepatutnya berlaku dan akhirnya dapat diselesaikan walaupun ada pihak yang terpaksa berkorban dan mengeluarkan RM sendiri. 'Ala Kulli Hal, Kullu b khayr. 

Inilah yang dikatakan pengalaman yang tidak boleh dijual beli... Allah permudahkan urusan kami walaupun kadang-kadang rasa tak mampu untuk diselesaikan..

Ilalliqa'
Ilahi Anta Maqsudi wa Redhaka Matlubi



18 November 2011

.:: Sensitifnya Orang Sakit ::.

~Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang~
 
Orang Sakit yang sensitif adalah kerana ALLAH SWT ingin menguji dirinya (menambah pahala) dan diri kita jua. Bukan senang untuk terima sesuatu Ujian dengan Hati yang 
TENANG
SABAR
REDHA
tapi KITA wajib tenangkan pesakit atau kita yang kena SABAR.
Tapi kadangkadang ada juga masa kita ter'naik' angin. Calm semula..
Orang sakit akan cakap
"Sabar... Sabar... Cakap boleh la cuba kena tengok, baru tau!!"



Ilalliqa'
Ilahi Anta Mawsudi wa Rehaka Matlubi
at Home 
6:47PM

.:: Adik-adik sayang ::.

~Next~
19-21 November 2011
::Akan Bertemu kembali dengan Anak-Anak Islam::
Minggu ini Di Sik, Kedah
Insha Allah



Sesungguhnya, 
Dengan menyertai kem-kem Motivasi atau Kem-kem Anak Soleh bukan beerti diri ini layak untuk mentarbiyah dan b'Dakwah. Tidak layak pada pandangan hati dek kerana ceteknya Ilmu yang ada, namun atas keperluan dan kekurangan Ilmu inilah membawa kepada perlunya diri ini keluar menimba pengetahuan dan menjadi kayu ukur stinggi mana Ilmu yang ada. 

Demi,
Menjaga adik-adik remaja yang kian membesar dan teruja untuk mencuba sesuatu yang baru, mejelajah seluruh Dunia di alam Maya dan berkenalan dengan berlainan jantina. Bukan penulis tidak pernah merasa situasi itu, Alhamdulillah Allah uji dgn beberapa keadaan namun alhamdulillah bimbingan keluarga dan murabbi allah kembalikan ke Jalan Y Benar. Ini semua dari-Nya dan kepada-Nya kita WAJIB kembali.

Walaupun, 
Sukar untuk membimbingmu adik-adikku kala zaman ini, kerna kamu semua sudah jauh lebih m'Explore dari akakmu ini. Namun akak akan cuba berkongsi dan bersama (menjadi sahabat) kamu untuk menyulusuri zaman kegemilanganmu (Remaja) kini. Bersama berkongsi suka dan duka, ceria dan tawa, namun pasti akan ada batasnya ya^_^.

Kadangkala, 
Adik-adik memilih sahabt dari Ibu bapa, mengapa ya? Sepatutnya, Ibu bapa yang adik perlu kongsi suka dan duka, tapi sekrang jadi sebaliknya. Adakah Ibu bapa tidak memahami adik-adik atau adik-adik yang tidak memahami Ibu bapa? Adik-adik lebih suka berkongsi suka dan duka dengan sahabat adakah kerana dia memahami dan lebih dekat denganmu? Kita Muhasabah bersama.

Dan Akhirnya,
Akak tahu adik-adik perlukan sokongan dan sahabat Rumah (Ibu bapa) untuk bertanya, bercerita dan meluahkan rasa. Bila di sekolah adik-adik ada sahabat sekolah tapi bila pulang ke rumah Sahabat Rumah adik-adik tidak melayani adik-adik sebagaimana sahabat-sahabat Sekolah. Kita cuba perbaiki ye adik-adik. Yang penting jangan buat Ibu bapa kita menangis dengan fe'el dan kerenah kita yang macam-macam itu ya=).



Khas Buat Adik-adik dan diri akak juga ^_^

Sejukkanlah Hati Ibu dan Ayah denagn PERSONALITI yang
berIMAN
berILMU
dan 
berAKHLAK MULIA..
Kerna, 
Semasa Di Alam Rahim, Ibu dan Ayah sentiasa berdoa kepada Allah agar Zuriatnya kelak mejadi Anak yang Soleh dan Solehah.
Sesungguhnya, dia Maha Mendengar dan telah mendengar permintaan Ayag dan Ibu kita telah pohonkan..
Alhamdulillah..
Lahirlah, adik-adik akak yang baik dan berbudi pekerti.


Ilalliqa'
Ilahi Anta Maqsudi wa Redhaka Matlubi
Bayti Jannati Kuala Nerang
6:03 PM

17 November 2011

.:: Kembali bersemangat ::.

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang~

Alhamdulillah, 
 
Ya Allah, bukan senang sebenarnya untuk membina semangat yang sudah mula meluntur. Tambahan pula, semangat untuk meneruskan pengajian, walaupun Jiwa dan Hati ini sangat2 rindu untuk belajar dan terus belajar. Bukan tidak diberi peluang dan sokongan tetapi atas kelemahan dan kekurangan diri yang mudah dengan pujukan rayu orang (Bukan kearah kejahatan). Sukarnya untuk menetapkan pendirian, mungkin ini landasan pertama untuk membina keyakinan. Semua orang sudah ma'lum apabila seseorang menjejakkan kaki dan tangan dalam Dunia Penyelidikan Sarjana segalanya perlu seiringan bersama, Minda+Jiwa+Tulisan+Idea+Personaliti+Pemikiran+Kematangan dan Kebolehan berkomunikasi.

Kesukarannya sudah terpancar pabila mula-mula mengundang Niat untuk menyambung pengajian. Keluarga amat meyokong dan memberi panduan, namun atas desakan persekitaran "Semua orang buat itu dan ini" maka Atas minda yang belum menjengah ke alam dewasa menuruti kemahuan mereka. Pada hakikatnya, Jiwa dan minat ke arah lain. Allahu Rabbi, Aku amat2 memerlukanmu ketika ini dan akan datang.

Semangat diri ini sudah berjaya dipulihkan dan akan belajar untuk membuat keputusan yang bijak dan memenuhi Impian masa depan. Dorongan Murabbi membakar semangat walaupun pada awalnya bertelagah (secara aman). Pandangan seorang demi seorang ditafsir semula demi memenuhi kehendak dan kemampuan diri sendiri. Bukan mudah untuk mengikuti pandangan orang lain jika kita belum bersedia^_^. 

Setakat yang ditanya untuk mohon pandangan, kebanyakannya menyokong apa yang ana putuskan cuma ketika itu desakan persekitaran menghantui fikiran. Innama'al 'usriyusra.. Yakinlah itu..
 
 
 
Kak She dan kak Asma'
 
 
Kita bergabung tenaga sekali lagi insha Allah, Moga Allah Izinkan ye kakak2. Moga Pengalaman dulu membantu kita untuk mengejar Impian kita yang belum tercapai. Allah sentiasa bersama kita. Bukan senang dan senang dan bukan susah nak susah. Kesukaran yang kita bakal hadapi kelak, mudah2an dapat dihadapi dengan Tenang.


Mood : 
~Mencari Tajuk dan berMusafir demi mencari Sorotan, Kembali menjadi pelajar Selama 2tahun~
.::~Allahumma Yasssir Umurona~::.
Insha Allah, Bi Iznillah..
 

Ilalliqa'
Ilahi Anta Maqsudi wa Redhaka Matlubi

16 November 2011

.:: Kerana Tiada Pedoman ::.

Alhamdulillah
Syukur ana rafa'kan ke hadrat Allah yang Maha Hebat lagi berkuasa, Selawat dan Salam buat Nabi junjungan Kekasih Allah Nabi Muhammad saw. Juga Tidak dilupa Salam Rindu buat Mak tercinta dan Abah yang dikasihi^_^..
Sungguh, Hati ini terasa Benci dengan perbuatan itu, bukan membenci orang yang melakukan perkara itu.. Na'uzubillah.. Dek kerana, kita sudah berjaya memiliki 1% dari isi Dunia kita sudah lupa 100% pengorbanan si Ibu yang membesarkan kita. Astaghfirullah, Ampunkan Dosa Anak ini. Kau mengujinya atas kelebihan harta yang dimiliki.

~Berikut Sebuah kisah realiti yang berlaku dan ia sangat dekat dengan hati ini. Tiada kena mengena buat Yang sedang Hidup ataupun Yang Sudah mengadap Ilahi. Hanya untuk Renungan dan Muhasabah kembali buat diri ini Yang Dhaif~
***********************************************************************
"Mak boleh x?"         

Dengan Kalimah "Kun Fayakun", tiada yang mustahil bagi-Nya untuk melaksanakan dan tiada mustahil bagi kita untuk menerima (belajar sesuatu dan mengambil Pengajaran). Bicara Ibu tika dia Marah ada benar dan relevannya agar kita tidak berjalan mengikut apa yang kita tidak ketahui punca dan pengakhirannya. Kadangkala, Ibu tidak marah tetapi kita yang membuat spekulasi awal yang mengatakan Ibu marah Walhal si Ibu belum membuat suatu Fatwa (keputusan) dalam Buah bicaranya. Si Ibu  berhasrat untuk memberi benih-benih pengalaman yang sudah dilaluinya sebelum ini. 1001 kesukaran demi kesukaran dan tidak mahu si Anak menuruti apa yang dia rasakan. Ada benarnya juga^_^

Namun, Tika Allah mahu menguji Hamba tidak terfikir dalam gambaran minda. Ujian itu bukan statik, ia Flexsibal dan berubah-ubah. 
"Ana xsangka dia sanggup ketepikan semua yang telah menghargai dia, buat tanpa rundingan dan pergi dalam kalam pesanan. Moga selamat semuanya".  Doa dalam terpaksa.
Tapi hakikatnya, ana xboleh fikir begitu. Hakikatnya.....
Ujian yang dikurniakan padanya adalah untuk mengajar diriku agar tidak melakukan sedemikian rupa. Jika ana buat,orang lain akan merasai macamana yang ana rasa. Ana xnak, mohon dijauhi Ya Allah^_^
"Kun Fayakun" ~ Ini Ujian untuknya dan pengaran buatku. Allah kata jadi maka jadilah, tidak kira siapa kita.


"Huh, Orang nampak macam gah(Hebat) sangat tapi........."

Tapi Hakikatnya, ana xboleh fikir begitu.
Hanya Allah yang layak tentukan siapa hebat atau tidak. Kita tidak tahu dimana kedudukan kita atas menggunung atau bawah di telapak kaki^_^ Mari kita U-Turn kembali ke pangkal jalan. Sedarkan diri dengan apa yang kita ada, jangan hanya mahu menuding jari dan iri hati dengan orang lain.
P/s diri :
1) Jangan rasa orang yang bersalah dan kita yang benar
2) Elakkan dari fikir dia buat salah tapi fikir Dia Musabbab untuk mendidik kita
3) Maafkan semua orang, Walaupun kita rasa Kesalahan dia xpatut untuk dimaafkan.

Ilalliqa'
Ilahi Anta Maqsudi wa Redhaka Matlubi.