19 June 2011

.::Ibrah : Redha dgn ketetapan Allah::.

Kisah seorang Syaqiq al-Balkhi (ahli sufi) dan Isterinya.

Suatu hari Syaqiq al-Balkhi membeli sebiji tembikai untuk dibawa pulang untuk isterinya di rumah. Setelah dibelah isterinya dapati sebahagian daripada isinya telah rosak lalu marah-marah kerana merasakan suaminya telah ditipu.
Lalu Syaqiq al-Balkhi berkata: “kepada siapakah engkau tujukan kemarahanmu? Adakah kepada penjual atau pembeli atau penanam atau pencipta buah tembikai itu?” Isterinya pun terdiam bila ditegur suaminya.
Lalu Syaqiq al-Balkhi menjelaskan kepada isterinya: “Si penjual sudah tentu ingin buah-buah tembikainya terdiri daripada jenis yang terbaik. Si pembeli sudah  tentu ingin pembelian yang terbaik. Begitu juga si penanam tentu ingin hasil tanaman yang terbaik. Ternyatalah kemarahanmu itu ditujukan kepada pencipta buah tembikai itu. Bertaqwalah kepada Allah dan Redhalah dengan segala ketentuannya.” Lalu isteri Syaqiq al-Balkhi pun menagis menyesali perbuatan tadi..


Pengajaran:
Dalam erti persahabatan juga dapat dipraktik dan diamalkan..
Bukan semua Y kita mahu dan Y kita buat itu adalah yang terbaik, fikirlah dan kembalilah kepada pecipta atas segala ketetapan itu. Hikmah yang berlaku hanya kita yang tahu.. 

P/s: Y bergelar Sahabat, Isteri, Suami, Anak, Ummi atau Aby dll : Kembalilah padaNya~...

Ingatan Buat Diri Y Dhaif dan peringtan kita bersama:-
.::Bertaqwalah kepada Allah dan Redhalah dengan segala ketentuanNya::.
Sempurnakanlah Akhlak kami dengan Sifat Sabar dan Redha..

Perginya Dosa-dosa kecil

Assalamualaikum..

            Subhanallah, rahmat daripada sebuah ujian rupa-rupanya hikmah yang tersirat itu hanya Kau yang tahu Ya Allah.. Rupanya kau ingin mengajar bahawa kekuatan ikatan silaturrahim yang sudah kian lama terjalin  makin dapat dieratkan.. Alhamdulillah.. Senggang masa yang berlaku antara Zohor dan Asar boleh dimanfaatkan oleh Abah untuk berehat memejamkan mata dan menenangkan fikiran yang berserabut dengan panas, tidak selesa, dll..

            Selepas Asar, rutin harian akan membuat lawatan rasmi di bawah pokok “Jambu Air”untuk kumpul daun-daun kering yang bertaburan bak duit kertas yang jatuh dari langit pagi dan petang.. Oh, tidak sesekali akan jadi begitu kerana Allah SWT tidak akan beri sesuatu kemudahan begitu sahaja dan sewenang-wenangnya tanpa ada satu istilah “berusaha” dari seseorang hamba itu bagi memiliki sesuatu yang diingini. Begitu juga dalam kehidupan~

            Alhamdulillah, belum sempat selesai daun-daun tadi dikumpul datang seorang sahabat baik mak yang sentiasa memberi semangat dan dorongan, teman berkongsi suka duka dalam aktiviti harian ~Aktiviti Jual kueh~, celoteh perkongsian cerita tentang anak-anak yang semakin membesar, pengajian dan pekerjaan anak-anak masing-masing, cabaran dan ujian dalam masyarakat dan dugaan yang dihadapi dalam melayari kehidupan yang ujian lebih dekat dihati..

            Diri ini juga teruja dengan persahabatan mereka berdua.. Subhanallah, Moga perlindungan Allah sentiasa bersama mereka berdua.. Mak Tam Maza dan suaminya Pa Tam Mie seorang Kerani Sekolah Kebangsaan Padang Terap. Hadirnya mereka dapat membuatkan Mak dan Abah tersenyum dengan gelagat dan cerita yang bakal dikongsikan.. Air disedia, makanan ringan dihidangkan menjadi adat keluarga kami tatkala tetamu datang bertandang..

            Mak bercerita kejadian yang berlaku dari A-Z, lengkap, tepat, dan sempurna.. Setiap orang akan WAJIB melalui masalah@ujian@dugaan@cabaran tetapi yang bezanya antara 4 serangkai ini adalah bila masanya, dimana kejadiannya, bagaimana jalan ceritanya, siapa yang ditimpa olehnya dan apakah jalan penyelesaian yang dilakukan.. Ia diolah dengan sendiri, mengikut kreativiti yang manusia melalui akal yang diberi.. Atau sekadar redha dan sabar??

            Abah tidak mandi petang itu, mungkin masih Fobia dengan apa yang berlaku.. Bang Teh datang menunggu untuk mandikan Abah hingga Mak Tam Maza dan Pak Tam Mie pulang.. tapi Abah xcakap yang xnak mandi.. Apa-apapun, positifkan minda mungkin itu yang terbaik untuk Abah hari itu.. Rupanya ada hikmah, kemudian Maksu Ani dan Pak Su Mad serta keluarga datang.. Mak keluar ke Kedai untuk kutip Tupper Ware kueh dan beli barang yang kurang..

            Malam lepas Maaghrib baru 5 minit selepas berdoa, ada motor datang.. Siapa?? Mak pergi tengok, Alhamdulillah tetamu Allah datang bertandang.. Cikgu Tam dan Cik Hamzah .. Pagi itu, dengar bunyi ambulan tapi tidak tahu siapa yang sakit.. Bila dengar cerita Abah sakit, malam itu terus mereka datang berziarah.. Kemudian, Chu Ein dan Tok Long Siah datang.. Tok Long Siah bukan sihat sangat nak jalan pun perlu bantuan anak-anak tapi……

            Tapi Alhamdulillah berkat erti sebuah masyarakat gagahkan diri untuk datang ziarah walaupun diri sendiri tidak berdaya.. Moga Allah beri Kesihatan yang sempurna untuk beribadat dan beramal untuk Tok Long Siah.. Itu la orang kampong berbeza dengan orang Bandar, mereka sibuk dan terkejar-kejar dengan masa kadang-kadang tidak sempat menjenguk dan bertanya kabar, sihat ke tidak jiran-jiran aku disebelah rumah, depan dan belakang rumah..

            Tidak dinafikan ada juga masyarakt bandar yang ambil berat dan masyarakat kampong yang mementingkan diri sendiri, namun berani untuk dikatakan hanya segelintir mungkin 10%.. ini pandangan peribadi tidak merujuk mana-mana sumber yang akademik.. namun, hati ini mengharapkan agar wujudnya sebuah masyarakat yang saling mendoakan, memaafkan, membantu dan menghulurkan bantuan, bersedekah, mengambil berat dan bertegur sapa dengan senyuman..

            Subhanallah, Malam ini diri ini diiringi doa agar dipermudahkan untuk sambung belajar.. Ada yang tidak mengetahui tentang status pengajianku tapi akur dengan pandangan mereka.. Hari ini bergelar pelajar “Diploma” dan akan sambung pengajian di peringkat Ijazah.. Subhanallah, Allah mendidikku untuk bersikap sentiasa merendah diri, mengalah xbeerti kalah.. Hanya Allah yang tahu apa status kita tidak perlu kita perbetulkannya.. Ilmu itu perlu di Hayati..

            Doa mereka membuat diri ini terus berkobar-kobar untuk menuntut  Ilmu Allah.. Yang utama bukan setinggi mana menara gading yang didaki tetapi setinggi mana ilmu itu akan dihayati dalam kehidupan.. Allahu Rabbi, Tiada siapa yang mampu merealisasikannya melainkan Engkau Ya Allah.. Bantulah kami, untuk merealisasikannya bersama, sahabat-sahabat yang diberi rezeki lapangkan dada, tingkatkan uasaha, mantapkan doa dan Tawakal..

Sirru ‘ala Barakatillah, Allah Yubarik lakum..

14 June 2011

SELAWAT TIB (طِبْ) / SYIFA’


 Satu selawat yang elok dibaca (diamalkan) selalu. Insya Allah boleh mengubati penyakit, menyihatkan badan dan fikiran, mencerahkan mata, menyembuhka zahir dan mengelokkan batin serta pelbagai keburukan yang lain.

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد
طِبِّ القُلُوبِ وَدَوَائِهَا
وَعَافِيَةِ الأَبْدَانِ وَشِفَائِهَا
وَنُورِ الأَبْصَارِ وَضِيَائِهَا
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

MAKSUD:
Ya Allah ya tuhan kami, kami limpahkan rahmat ke atas junjungan kami Nabi Muhammad saw yang dengannya dapat mengubati hati dan menjadi penawar, menyihatkan badan (dari segala penyakit) yang menyembuhkannya, menjadi cahaya bagi pemandangan (mata) dan menyinarkannya dan limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan  kepada keluarga  dan sahabat-sahabat baginda sekalian.

Abah.. Mak sentiasa disisimu..

~Kami diuji lagi..

Pagi tagi jam 7.30pagi, spt hari kebiasaannya Abah akan mandi.. Sepupu dan Mak akan membantu mempermudahkan urusan Abah..  Namun hari ni, ada sedikit kelainan yang dilalui oleh Mak.. 

            Mak xboleh  tidur semalaman, xtahu kenapa? Nak kata fikir kenduri kawin akak dah lepas 2 minggu yang lalu, nak kata lapar xdak pun.. nyamuk rasanya.. Bgn pagi Mak bagitau xboleh tidoq, ana kata nyamuk kot.. selang sejam Mak akan bangun.. Smpai jam4 Mak terus bangun siapkan diri untuk mengadu dengan Allah dan buat rutin hariannya.. ~Buat kueh untuk dijual~

            Jam 7.25, sepupu datang untuk angkat Abah mandi.. masa 2 semua msih dalam keadaan stabil seperti semalam.. Mak mandikan Abah, letak ubat gigi di berus gigi dan Abah akan gosok gigi sendiri.. Kemudian, jirus air di kaki kemudian badan.. Bila tiba air di kepala, Abah rasa sejuk.. Kebiasaannya Abah akan gosok kepala sendiri, tetapi pagi ni.............

            Abah xgosok kepala sendiri, kepala terus beralih ke kiri.. Badan dan kaki terus menggeletar.. ana berada di dapur, kemas sikit.. Tiba-tiba, atuk datang bagitau "Nadia, mai tengok Abah hang sat, jadi apa xtau".. Dalam keadaan terpinga2, capai tudung terus ke depan.. Alangkah terkejutnya, tengok Abah badan dan terkulai, air liur dah meleleh.. Subhanallah, panjangkanlah umur Abahku!!

            Abah diangkat ke atas tilam dan dihadapkan ke arah kiblat.. Kalimah "Lailahaillallah" dibaca berulang kali.. Kuatkan hati Mak Ya Allah.. Mak menjerit panggil nama Abah byk kali, tapi xde respon.. Keadaan bertambah panik apabila, Abah macam xboleh bernafas.. Nafas tersekat2, rasa macam nak panggil kakak2, abang dan adik balik.. tapi apa2pun pujuk hati xnak depa risau..

            Sepupu panggil jiran-jiran yang ada, Mak Lang Siti, Pak Lang Piee, Pak Long Husin, Mak Ndak Ipah.. Masing2 menenangkan Abah.. Klu ajal Abah tiba saat itu kami tetap Redha.. Kemudian, Pak Wa Romli dan Pak Lang Chop datang.. Bacaan Yaasin dibaca, air Yaasin disapu ke dada.. Tapi abah tepis, lidah jadi keras.. Abah xboleh cakap cuma mampu  sebut "Eeee".. Sayu hati.. 

            Semua orang yang dekat dengan abah akan terpelanting seakan-akan ditendang.. Pak Long Husin, Pak lang Piee dah jadi mangsa.. Masa tu orang sakit xsedar.. Pak Lang Chop nak bagi abah minum air Yaasin juga kena tepis habis lencun baju.. Ramai jiran tetangga yang datang ziarah, nak tau keadaan abah.. Xpernah2 ambulan masuk ke rumah, tapi arini dalam sejarah ambulan dari Hospital Kuala Nerang datang bertandang..

            Mak dah siap sarung jubah, takut2 nak kena p hospital.. Medical Assistant datang bawa peralatan dan cek abah sebelum dibawa ke hospital.. Alhamdulillah, semua xdak apa, jadi skrg nak p hospital ke xnak? bila fikir2, dalam keadaan abah, xpayah la p hospital.. tiba-tiba, abah tanya "ni ramai-ramai ni buat apa".. alhamdulillah, abah dah sedar.. keadaan semakin stabil...

Alhamdulillah...