27 August 2011

.::Turutan tetamu 1::.


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.. 

         Pagi jam7, tetamu sulung ana sudah sampai. Ngah dan Acik. Perjalanan yang panjang merentasi Selatan Tanah Ait ke Utara. Setelah selesai urusan di Johor terus bergerak pulang ke Kampung. Jam4 bergerak dari rumah. 

            Memandangkan si Asif dan mak dia yang sedang menunggu hari untuk bersalin kurang sihat, jadi agak lebih 5kali b'henti di R&R(agak2 je la).Dari Kota Tinggi ke Kuala Lumpur, Cek point pertama. Acik nak tumpang sama.

              Acik mula cuti hari Raya dari Ma'ahad al-Munawwarah(Tahfiz), ulu Klang. Seminggu juga la. Ateh ambil di sana dan bawa ke rumah dia di Bukit Damansara. berbuka bersama. Ngah hanya pergi ke sana untuk ambil Acik.

            Perjalanan diteruskan tanpa berehat yang lama. mereka bersahur di Bukit Gantang. Seronok kan dapat sahur ramai-ramai macam 2 kat tempat awam pulak=) (Xda pengalaman). Selesai apa yang patut terus gerak ke Kedah.

                  Mungkin mereka ada rehat lepas 2, ana pun xpasti. kemudian terus ke Exit Tol pendang, untuk memudahkan perjalanan. Kemudian Solat Subuh di masjid Kuala Nerang, 10 minit dari Rumah. Sempat lagi tidur kat sana..

                    Jam7, mak dengan gembiranya bagitau"Sampai dah... sampai dah, Alhamdulillah". Perjalan 12jam untuk sampai ke Rumah, Laratnya la abang Ipar ana dah la drive sorang-sorang. Allah yang nagi kekuatan 2 kan. Sampai rumah rehat kejap terus menggulingkan badan, lelap kejap. Alhamdulillah apa2pun mereka semua dah selamat sampai..

                       Seterusnya menanti kedatangan "pakCik dari rawang"- "Mak Uda dari Kuala Selangor"- "Akak dari batu Caves"- "mak Ndak dari Gombak"- "Ateh dari Bukit Damansara".
Yang dirumah hanya menunggu shaja.. Selamat kembali..

Subhanalladhi Sakharalana haza wama kunna lahu Mukrinin,
Wainnaila Rabbyna Lamunqalibun..   
                




.::Indah bersama::.


~Terimalah Penghargaan dari Ana~


~Kakak Yg ditengah itu adalah Penawar hati kami berdua~
Kak Zahra' a.k.a Abg Art


~Kakak Yg tua setahun dari kami, sentiasa COOl & Positif~
Xgelabah bila ada masalah
Kak Alin


Alhamdulillah Moga semuanya diberkati-Nya..
Nursyahirah Azman(Syera)

ILahi Anta Maqsudi, wa Redhaka Matlubi..
~Sungguh Allah itu Maha mengasihani~

Nt tetap diHAti


Sahabat,
Dia menambahkan apa yang kurang pada diri kita..
Dia membetulkan apa yang silap pada diri kita..
Dia menutupkan apa yang aib pada diri kita..
Dia menjagakan apa yang rahsia pada diri kita..
Dia bukan sahaja membenarkan apa yang kita kata,
Malah menidakkan apa yang batil pada diri kita..


SAHABAT,
Ku ingin kt spt ABU BAKAR AL-SIDDIQ,
Persahabatan terjalin kerana al-Khaliq,
Harta dikorban bukan sedikit,
Cintakan kebenaran sanggup bersakit.
Serta Tawakal IBRAHIM mulia,
Ketika meninggalkan insan tercinta,
Di bumi  tandus tanpa bicara,
Menyakini Allah sebagai penjaga.
Ku impikan antara kita seorang UMAR,
Berdiri tatkala tunduknya manusia,
Bersuara tatkala diamnya mereka,
Menggerunkan musuh durjana.
Marilah kita menyemai benih HASAN al-BANNA,
Fikrahnya jernih menggegar dunia,
Merelakan tubuhnya di mamah peluru,
Demi menegakkan kalam ALLAH&RASUL.

Ku cintakan pemuda GIFFARI,
Menentang kezaliman wlpn diancam,
Moga  akan lahir diabad ini,
Jiwa jitu pemuda yang xperbah suram
Ku ingin kita pemaaf sepemaaf YUSUF,
Tetap mencinta sudaranya, walau dihumban ke perigi tua,
Terpisah dr ayahanda b’tahun lamanya
Ku ingin pusara kita harum mewangi,
Bagai harunya pusara MASYITAH,
Semerbak kasturi..
Ku ingin persahabatan indah ini,
Akan menjadi syafaat
Di mahkamah mahsyar nanti..
Insha Allah..

26 August 2011

~Sahabat Y Saling mendoakn~


~Gift untuk Penyelia~
Hanya ini yang termampu dari kami, pelajar seliaan ustaz.. Maaf dipinta atas segala kekhilafan yang kami lakukan. Terima kasih atas tunjuk ajar dan sokongan ustaz.


Kakak Yang sentiasa memberi kata-kata semangat,
tanpa mengira waktu. 
Sungguh, pengorbananmu sungguh bernilai..

Nur Ain binti Mohamad Yusof
Wan fatimah Asma' binti Wan Sidi





Andai ku tahu bila Ajal

.:: Syukur ::.

~Allah Maha PemBERI Rezeki, Xada manusia Y dapat memberi sebaik pemberianY~
Bezanya Manusia dengan Yang Esa~

.::Kekasih Hati Y makin menjauhi diri::.


          Salam Sahabat2 Seperjuangan semua.. Hadirnya dirai perginya ditangisi, Subhanallah Hati ini meruntun pilu.. Benarkah? Hati kita bersedih..

          Ayuh bersama, bangkit dari lena. Bersedialah menanti hari esok. Berbaki 3hari untuk mendidik jiwa dan amalan, memperbaharui Iman yang sudah berhabuk, meningkatkan Ketinggian budi Akhlak yang sudah terleka dengan Dunia yang fana.. Mampukah Aku??

          Hatiku & Ramdhan. satu realiti yang hanya disedari dan dirasai oleh hati yang HIDUP  ialah  
Ramadhan merupakan satu anugerah yang sangat besar untuk Umat Muhammad. Bukan sahaja kemuliaan yang ada pada Ramadhan malah Allah S.W.T tambah dengan anugerah Malam Lailatul Qadar.