30 September 2011

.:: Haji Y dinanti::.

 
~SeruanMU Ya Rabb~

Hamba-Mu menanti bila akan terpilih
Saatnya waktu untuk menemuimu
Demi,
Mendekatimu dalam jarak dekat
Mendapat doa yang mustajab
Beribadat dengan penuh Ikhlas
Perhiaskan akhlak seindahnya 

Ya Rabb yang Agung lagi Pengampun
Menanti kesemuanya dalam jagaan-Mu
dalam pemeliharaanmu sentiasa
Kau mengetahui apa yang berbisik dihati
Kau memerhati apa yang berlaku dinihari
Kau mendengar apa yang diungkapkan setiap hari
Kau meningkatkan darjat sesiapa yang bertaqwa
Kau merendahkan darjat sesiapa yang berdusta

Tiada yang BerKUASA melainkan Dhat-Mu.
 
Allah... Allah... Allah..
Allah... Allah...
Allah

Memuji-Mu semampuku
Memohon padamu setiap waktu
Memohon pertolongan-Mu ketika dalam kesusahan

Anta Maqsudi.....Redhaka Matlubi...


29 September 2011

.:: Yang Sebenarnya ::.



Diatas ruang dan peluang yang ada, semuanya dengan keIZINan-Nya jua.... ~^-^~

Alhamdulillah, setelah mencari peluang dan rezeki untuk bekerja akhirnya Allah telah sempurnakan jua.. Suhaibah, sila bersabar dengan ketetapan-Nya, jangan pandai mengingatkan saja, Baiklah ana ingat semula!!..

Dipendekkan cerita, walaupun belum ada kerja TETAP tapi Allah tahu bahawa sekarang bukan masanya untuk beKERJA.. Maka, Aku sediakan untukmu pekerjaan Istimewa dengan menikmati  Masalah2 Ummah (Masyarakat) yang kian meruncing.. Sila Praktikkan ilmu anda semampumu!!! Seminggu berada di rumah masih keadaan Cool dan Steady.. Masuk minggu kedua, Gelombang2 maut kian menerkam dan mencengkam...

Mood : ~Ambil yang Positif~
1) :: Ayam mati diTABUR di depan Halaman::
Asas : Cuba semak Modal & Sumber Kewangan datang dari mana.

Setelah "Pembela" mengetahui Ayam belaannya mati, maka dikutip semua (60 Ekor) dan ditimbang untuk diketahui nilainya. Jumlah kerugian dianggarkan berjumlah RM500. Kejadian berlaku sebelum puasa, jika diikutkan puasa nanti dapat la jual untuk dijadikan Rendang. Ummm, Sedap kan.. tapi Allah xizin. 

Kami ingat bila dah timbang, bangkai akan dibuang, tapi sebaliknya....

Ayam tadi di tabur depan rumah kami dan jauh dari rumah dia, Alhamdulillah.. Xpe, Allah yang aturkan begitu. Kami menerima.. Bangun pagi je, kami semua t'kejut ayam yang mati dimakan oleh Binatang(xpasti jenisnya) tadi ditabur oleh anak dia. Ya Allah, sampai macam 2 sekali marah mereka pada binatang tersebut. Dengan harapan agar binatang tadi akan makan semula bangkai ayamnya.


Tidak cukup sekadar itu.... Keadaan kami dalam rumah sudah tidak normal, pintu rumah kena tutup, Taman bunga depan rumah dah xboleh di lihat selalu, Sidai baju depan rumah dalam keadaan Nafas Nyawa2 Ikan(50/50), Nak makan pun kena ikut time, angin yang segar jadi tercemar dan nak bernafas pun kena cari time yang elok, klu x........ Alhamdulillah ini juga Allah yang tetapkan.

Rumah orang lain xbau kecuali rumah kami dan jiran sebelah, Mak Teh L.. Lebih kurang 2 Minggu kami hidup dalam susana baru itu, Alhamdulillah. Allah nak bagi peluang macamana rumah orang yang dekat dengan tempat pembuangan sampah..

Banyak juga cadangan yang dikemukakan agar kami buang sendiri ayam2 tadi @ gali lubang, kutip ayam dan kambus semula @ pakai minyak wangi @ Tutup hidung pakai Mask dll.. Kami menerima cadangan itu tanpa sebarang tindakan KERANA kami pasti Allah yang menyediakan masalah dan Allah juga yang menyediakan jalan keluarnya. Di sini, Allah nak uji keSABARan keluarga kami.. Hebat sungguh ujianmu!!

Kemudian, setelah angin dan keadaan kembali normal kami bersyukur.. Ingatkan dah boleh lega, selang sebulan(klu xsilap) kejadian yang sama berulang lagi. kali ni xbanyak dalam lingkungan 15 ekor.. Tapi xpe kami dah ada jalan penyelesaian jika dia tabur lagi ayam itu. Small Matter la Bro!!

MUHASABAH__
Ayam beliau belum dapat dijual, perniagaannya seolah mahu sedekah!! Keluar Modal, beli dan beri makan ayam, kemudian mati(Ibarat Sedekah).. Begitulah putaran kehidupan ayam beliau. Bila disiasat, sumbernya xsempurna dan Halal. Caranya mungkin sudah betul tapi tiada keberkatan. Satu lagi, isu... Mana ada orang bela ayam dalam Kampung, bahaya sebab nanti penyakit datang. Tapi dia fikir mungkin itu kawasan rumah dia.

Apa-apapun, Terima Kasih JIRANku kerana telah mendidik kami banyak perkara. Insha Allah, kami@ana akan praktikkan di masa akan datang.. Jika kita fikir dengan Negatif dan Emosi, apa yang akan berlaku???? 
Kita sudah tahu jawapannya kan..

Maka bersabarlah di setiap UJIAN@DUGAAN@MUSIBAH yang Allah Kurniakan. 
Ilalliqa' wa Ma'aSalamah~

:: Positif pasti KITA akan Kreatif ::

27 September 2011

.:: Ingatlah!! ::.

BUAT DIRIKU & DIRIMU jua..


Barangsiapa..
Merasa cukup dengan apa yang telah diberikan Allah, maka dia kaya.

Barangsiapa..
Suka memandang harta orang lain, dia akan mati miskin.

Barangsiapa.. 
Tidak redha (tidak rela) dengan apa yang telah diberikan Allah kepadanya, maka dia telah menentang keputusan-Nya.


Barangsiapa..
Memandang remeh kesalahannya, maka dia akan memandang besar kesalahan orang lain.
Barangsiapa..
Memandang besar kesalahannya, maka dia akan memandang remeh kesalahan orang lain.
Barangsiapa..
Membuka aib orang lain, maka aib keturunannya akan tersingkap.


Barangsiapa..
Menggali lubang untuk mencelakakan saudaranya, maka dia sendiri akan terjerumus ke dalamnya.
Barangsiapa..
Bergaul dengan ulama, maka dia akan dimuliakan.

Barangsiapa..
Memasuki tempat-tempat biasa dikunjungi orang-orang bodoh, maka dia akan direndahkan.
Dan barangsiapa..
Memasuki tempat-tempat kemaksiatan, maka dia akan dituduh berbuat maksiat.

~REDHALLAH FI REDHA AL-WALIDAYN~ 
..MAN ANA DUNA AL-WALIDAYN..

.:: Sayang mereka : TEGURLAH ::.


          Kasihanilah mereka yang berada dekat dengan kita, kerana mereka kita dapat pahala dan kerana mereka juga kita berhak mendapat dosa~

Mereka mengharapkan kita yang belajar agama ini untuk membimbing mereka.
Mereka menduga kita sejauh mana Ilmu yang kita ada.
Mereka mengkritik kita untuk mengajar kita agar selalu mempraktikkan apa yang kita belajar.
Mereka memarahi kita kerana kita alpa dengan ketinggian ilmu agama
Mereka mengharapkan kita
Mereka memerlukan kita
Mereka mendambakan kita
Mereka menyanjungi kita
Mereka terkilan dengan sikap kita atas kealpaan kita dalam mendidik mereka..

          Ayuhlah bersama, mulakan Dakwah dari perspektif yang kecil iaitu Keluarga. Jangan yang di luar kita ambil berat tetapi yang ada di dalam rumah kita pinggirkan. kasihanilah mereka. Dakwah itu memerlukan pengorbanan dan kerahan tenaga dan ketahanan emosi. Perhatikan??

Perhatikanlah PAKAIAN mereka ~
1) Bagaimana bezanya pakaian kita dengan pakaian org yang terdekat?
2)Adakah cukup sekadar mempamerkan akhlak sudah memadai?
3)Takutkah untuk ibu bapa menegur anak2 yang sudah bergelar SIWAZAH?
4)Pakaian kita sopan, pakaian mereka?
5)Hanya kita sahajakah yang ingin masuk Syurga Allah?

Perhatikan TINGKAHLAKU/PERGAULAN/BUAL BICARA mereka~

1)Hanya Perempuan/Lelaki sahaja teman mereka?
2)Bagimana gerak cara perbuatan dengan orang tua?
3)Adakah cukup sekadar berkata "Jgn itu" atau "Jgn ini"?
4)Bila kita pamerkan yang baik, susah untuk diterima malah dihina?
5)Berapa kerap kita pamerkan yang BAIK? TELADAN yang Sopan?

Diri ini juga tidak selamanya muda dan xMUSTAHIL akan tua. Bagaimana kita di usia muda, begitulah anak2 kita kelak. TETAPi mereka perlu diDIDIK, diBIMBING, diASUH dan diDISIPLINkan dengan mengikut aturan al-QURAN dan al-SUNNAH..
      Kita kadang-kadang timbul rasa gusar dan risau, adakah apa yang kita cakap ini akan kita praktikkan? Kerana zaman 10 tahun akan datang perubahan akan berlaku 100%. Tiada zaman kita sekarang. Anak-anak semakin bijak dan Matang, kemudahan ICT diperluaskan dan cabaran-cabaran baru kian merunsingkan. Subhanallah, Jadikan kami Bakal IBU BAPA yang berjaya mendidik Zuriyat2 yang beriman dan bertaqwa..



~Rabbana Hablana Min Azwajina Wa Zuriyyatina Qurrata A'yun, Waj'alna LilMuttaqina Imama~
Xsalah untuk merancang masa DEPAn tapi salurkan perancangan itu berlandaskan al-Quran & al-Sunnah..
Didik Diri, Persekitaran akan mendekati. Insha Allah..

25 September 2011

.:: Jiran : Ibrah yang berguna::.

Ini yang sepatutnya perlu berlaku antara kita dan Jiran. Tapi kenapa berlaku sebaliknya??
JIRAN? Apa yang kita fahamai dengan perkataan ini.. Adakah sekadar tahu siapa mereka atau tahu apa kereta yang dinaikinya atau siapa isteri/suaminya.. Bukan sekadar itu, malah sungguh luas makna "JIRAN"..

J: Jiwa Sepakat
I: Integriti dengan Jiran
R: Rajin dan bertolak ansur
A: Amanah dengan Hartanya
N: Niat kerana Allah
Jika sudah faham, mengapa masih ada yang Jiran IRI HATI, DENGKI, PENTINGKAN DIRI SENDIRI dan lain2. Belajar TINGGI tapi SIVIK dengan JIRAN rendah. Tidak perlu menyalahkan sesiapa. Kembali pada DIRI? Sejauh mana kita telah praktikkan Akhlak MULIA dengan Jiran..

ERTI JIRAN:

Islam telah mengemukakan makna JIRAN iaitu Orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita samada di sebelah kanan, kiri, depan, belakang atas, bawah sehingga mencakupi 40 buah rumah. (Kadang2 sebelah rumah pun kita xkenal siapa kan, Muhasabah)

TUJUAN berjiran :
~ Berkongsi suka dan duka
~ Penjaga rumah jika kita tiada di rumah
~ Memohon pertolongan
~ Untuk kita beramal Jariah
~ Berkongsi makanan
~ Berkongsi cerita hidup
~ Dan Lain-lain.

TAPI............=)


Yang jadi sebaliknya itu adakah sebab kita pernah buat dekat orang dulu??
atau
Allah nak uji kesabaran kita??
atau
Allah nak berikan yang terbaik untuk kita??

Semua itu hanya DIA sahaja yang tahu, apa hak kita sebenarnya.. Allah dah tetapkan sesuatu itu, SUKA @ TIDAK kamu pasti akan menerimanya.. Mengeluh pun buat penat sahaja, klu kita terima mungkin ia akan menenangkan hati kita yang sedang gundah gulana dengan masalah JIran..

Allah Maha ADIL, bukannya Allah xtahu apa yang kita atau jiran kita dah buat.. Siapa buat JAhat dia akan terima balasan TAPI siapa yang buat baik maka dia akan terima ganjaran. Insha Allah.. Semua itu berada dalam PENGETAHUAN YANG MAHA ESA.

Jangan risau jika allah takdirkan kita dengan JIRAN yang perangainya, NA'uZUBIllah hanya allah yang tahu.. Kemaskini balik akhlak kita dengan jiran kita itu bagaimana?? Jika kita buat seperti apa yang dia buat, maka kita dengan dia tiada beza.. Lakukanlah sebaliknya, TAPI sungguh pahit nak terima..

Allah nak beri pahala bergantung pada apa yang DIA uji, xkan la nak pahala besar tapi orang kritik sikit dah nak marah.. MUHASABAH kembali..

22 September 2011

.:: Sebak Orang Tua Ep.1 ::.


~Episod 1~
Pergi Seminggu Terasa bagai Sebulan

Malam 13 hb Sept 2011
Menjejakkan kaki ke Hentian Bas Shahab Perdana untuk ke Kuala Terengganu,
Xterasa pun nak makan, padahal perut lapar
Selepas Solat Maghrib terus capai Jubah dan pakai tudung
Semua dibuat dalam suasana
Kelam Kabut, ana pun hairan kenapa "aku jadi begitu"..

Jam8, naik Wira ke Shahab. lalu jalan baru. Cepat je terasa.
Dalam 1/2 jam dah boleh sampai sblm ni lbh kurang 45 minit..
Alhamdulillah..
Sampai Shahab Perdana terus naik Surau
cakap kat K.Ngah "K. Nadia nak p Semayang sat"..
dalam 10minit, siap... Cepatnya... Sebab dah ada Wudud(Kata kakak Aaisy)..

Bas belum sampai lagi, boo elok je sudah solet bas pun dah tunggu
belakang bas nak p Klate..
"Bas Shamisha" Mcm sedap je bunyinya..

Jam9.30 malam, ana gerak ke KT.. Dalam bas 2 ada 2 orang je perempuan..
Mesti Mak dah terasa kan, anak dia dlm ketakutan.
Bas gerak je ana terus Call Mak bgtau dah jalan, mak kata
"Ok, selamat insha Allah.. elok2 na". Ringkas kan tapi tersirat penuh dgn Doa..

Sampai KT jam5.30pagi, syera dah sampai dulu.. 
Kemudian tunggu Kin sbb kami nak p umah dia..
Sampai je terus tito.. Mcm xpernah jalan jauh je..

Sarapan jam8.30, made from Kedai..
lepas2 Rehat lagi, petang lepas zohor pegi Bandar dengan Mama Kin.
Kami(dgn Syera) tinggal dalam keta, habis cerita la kami kongsi..

Lepas 2 balik rumah di Alor Limbat..
Malam kami pegi semula ke Hentian Bas MBKT utk hantar Kin,Abah dan Ma 
Depa nak p Sabah..

Sampai rumah terus kunci apa yang patut, cek letrik dah settle ke belum, tutup pintu bilik
dan terus tidur..

Bersambung...

.:: 18 sept 2011 ::.

~Nursyahirah bt Azman~
makan/kelas/kumpulan/geng semua sama

~Kak Farahhana~
Romate sem3-4

~~Cik Naj dan Puan Ain~
Maaf la ye, klu selama ni hidup terSEKSA cz diBuli oleh Adik2
~Kak Shee da Ganu~
Kenangan terindah la, Akak Y paling Hepy dlm Kelas

~Kak Ct~
Kakak paling Comel, Cool sokmo..
~Cik Mimi Klate~
Ratu Senyum.. Ana nak tiru mcm Nt..

~Kak Nissha~
Depa ni pakar rujuk dalam kelas

~Ummi Fida~
Ummu Awie&Juway

~3 Serangkai~

Subhanallah. KAU panjangkan umur kami
Kau berikan kami kesempatan bersama
Alhamdulillah~

Moga Allah tunjuki Hidayah-Nya..
Sayang Semua...

06 September 2011

.:: Aqilatul Azkiya'::.

Alhamdulillah.

Adik Asif dah selamat sampai rumah, jam1.30petang. Tokwan tengok dulu, terus nangis tanda gumbira.
Ala, teciknya.. Dengar suara ayah asif terus bangkit.
Masuk bilik Mak, Mata besar.
Agaknya dia fikir :"Sapa pulak la budak ni"
Ni la adik asif, Adik Aqi.

Terus tarik kaki adik dia.
Mak Marah, ayah xbagi.
Sayangnya asif kat adik aqi yang sgt Tecik dan Comel.

Buat Mak/Pal/Tok Menakan nantikan gambar Adik Aqi nanti ye..
Maksu xsempat nak catch lagi.
dan la bagi dia rehat sat.
Selamat berehat adik Aqilatul Azkiya'.
Nama manja oleh maksu : Adik Aqi..
Terima kasih atok Marshita.

05 September 2011

.:: Peringatan Awal::.

Elak kesilapan menjelang Pernikahan

"Berapa hantarannya?"
"Kenduri bila?"
"Honey moon di mana?"

Demikian antara persoalan yang sering timbul apabila hari pernikahan semakin hampir. Menjelang kenduri kahwin, semakin sibuk ibu bapa, keluarga serta bakal pengantin sendiri menghabiskan masa untuk memastikan persediaan sempurna dan tiada apa yang kurang.

Malah hari ini sudah menjadi perkara biasa untuk kaum keluarga dan adik-beradik memakai pakaian sedondon, sesuai dengan warna tema sesebuah majlis kenduri kahwin. Andaikata warna temanya biru, semua adik-beradik dan kaum keluarga akan berpakaian seragam biru. Khemah pun disusun rapi dan bereben biru sehinggakan door gift untuk tetamu pun mesti bertema serupa!

Namun adalah satu kesilapan bagi bakal pengantin lelaki dan wanita untuk terlalu fokus dengan persediaan fizikal di atas. Terlalu banyak tenaga, wang ringgit dan masa dicurahkan untuk persediaan kenduri, wang hantaran dan sebagainya.

Adalah lebih wajar 80 peratus daripada tenaga dan masa digunakan untuk meningkatkan kemahiran mengatasi konflik yang pasti menanti anda sebaik saja bergelar suami/ isteri. Sebaik-baiknya anda yang bakal mendirikan rumahtangga melengkapkan diri untuk menghadapi realiti alam perkahwinan jangka panjang.

LARI DARI MASALAH
Ada lelaki/ wanita memikirkan, perkahwinan menyelesaikan masalah hidup. Sesetengah lelaki/ wanita menyangka, sesudah berkahwin sudah tentu akan bahagia selamanya.
Umpamanya wanita yang terasa dikongkong oleh ibu bapa, mungkin menyangka dengan berkahwin, akan menjadi bebas. Atau ada lelaki menyangka bila sudah kahwin, makanan, pakaian dan kediaman akan terurus.
Mereka kurang memahami bahawa perkahwinan adalah suatu alam istimewa dan amat mencabar di mana kemahiran tertentu amat perlu untuk mengendalikan khususnya tiga perkara : JANGKAAN & HARAPAN, KOMUNIKASI dan PENYELESAIAN KONFLIK.
Inilah antara punca banyaknya berlaku perceraian tidak kira apa juga bangsa dan agama sekalipun.

JANGKAAN & HARAPAN
Sebenarnya, perkahwinan hanya akan berpotensi untuk berjaya jika kita benar-benar berusaha ke arah itu. Jika jangkaan kita tidak realistik, inilah salah satu sebab berlakunya ketegangan serius yang mengakibatkan perceraian.
Renung dan insaf diri sendiri. Setiap kita ada banyak kelemahan dan kekuatan. Banyak yang perlu diperbaiki. Begitu juga bakal suami/ isteri. Jangan harapkan pasangan yang sempurna kerana hanya Allah sahaja yang sempurna.
Walau sesuci manapun niat kita dalam mendirikan rumah tangga, pastinya ada kekurangan di pihak kita dan suami/ isteri kita.
Apa kata kalau calon suami/ isteri ada sesuatu tabiat yang kita tidak suka umpamanya merokok atau kaki perempuan atau kaki judi? Di sinilah silapnya sesetengah wanita mengandaikan: kerana dia cintakan aku, dia akan berubah.
Kita tidak boleh mengubah diri seseorang. Kalau dia berubah kerana kita sekalipun, kemungkinan itu hanya bersifat sementara dan selang beberapa lama, tabiat itu akan diulangi. Lainlah ceritanya jika dia berubah kerana benar-benar taubat dan insaf.

KOMUNIKASI & PENYELESAIAN KONFLIK
Dua isu ini berkait rapat jadi eloklah dikupas bersama di sini.
Tanya diri sendiri: Adakah aku ada kemahiran komunikasi yang baik? Umpamanya jika berselisih faham dengan kawan atau adik-beradik, tidak puas hati dengan rakan sepejabat, bagaimanakah anda menyelesaikannya?
Adakah anda pandai menyampaikan ketidakpuasan hati anda ini dengan cara yang efektif? Atau anda lebih suka memendam rasa?
Kalau marah, adakah kebiasaan anda untuk tunggu dan tunggu sampai tidak tahan sehingga ia meledak keluar? Adakah anda seorang pendengar yang baik?
Ini penting kerana dalam perkahwinan, seringkali akan timbul perselisihan pendapat. Jika anda tidak cekap berkomunikasi, lambat laun perasaan ini akan terkumpul sehingga suatu hari nanti menjadi punca pergaduhan yang besar.
Pokoknya, jika tahu anda kurang cekap berkomunikasi, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memperbaiki keadaan ini. Maknanya WAJIB anda belajar mengatasi keadaan ini.
Contoh: Sesetengah wanita kuat merajuk, suka bermasam muka dan membatu apabila marah. Sebab sudah terbiasa dari kecil berkelakuan begini, tiada sesiapa yang cuba memperbetulkannya.
Apabila sudah berkahwin, marah dengan suami, dia akan bermasam muka dan mendiamkan diri berhari-hari. Suami pula menjadi serba salah, terpinga-pinga, tidak tahu apa silapnya.
Apabila sudah sering berlaku begini, tentunya akan mencetuskan rasa kurang senang antara kedua belah pihak.
Perlu diingat, sebaik-baik perkahwinan adalah di mana suami dan isteri saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Namun tanpa kemahiran komunikasi yang efektif, sukar untuk mencapai keadaan ini.

REALITI KONFLIK
Sebenarnya konflik boleh menjadi sesuatu yang positif atau negatif, bergantung pada reaksi anda terhadap konflik tersebut. Ia positif bila anda menggunakannya sebagai suatu batu loncatan untuk lebih memahami suami/ isteri anda.
Beberapa punca konflik rumahtangga termasuk:
  1. Cara kita dibesarkan berbeza antara satu sama lain. Ada wanita dididik bahawa Rasulullah S.A.W menjahit baju sendiri, buat kerja rumah. Bermakna menyumbang bukan sahaja wang ringgit, tapi masa dan tenaga. Kahwin pula dengan lelaki yang tak pernah buat kerja-kerja ini; tak pernah tengok bapanya buat kerja-kerja begini. Perkara sebegini pun boleh menimbulkan konflik juga.
  2. Pengendalian wang – belajar untuk bajet.
  3. Mertua (termasuk ipar duai) – beri masa untuk mereka menyesuaikan diri dengan kehadiran anda. Untuk ibu dan bapa mertua khususnya, sukar untuk 'let go' atau melepaskan anak.
  4. Seimbangkan keperluan anda dengan mertua dan keluarganya.
  5. Luangkan masa untuk mengenali lebih dekat mertua dan ipar duai tapi jangan masuk campur perkara yang tidak membabitkan anda.
  6. Ada sesetengah suami mewajibkan isteri untuk menziarahi keluarganya setiap minggu. Adakah ini wajar? Jika sudah tahu demikian, sudahkah diberitahu sebelum berkahwin?
TIPS BONUS
  1. Banyak lagi syarat-syarat yang diperlukan untuk menjayakan sesebuah mahligai perkahwinan selain kasih sayang – sokongan, toleransi, kesabaran, kejujuran, hormat-menghormati, merendah diri, humour (maknanya mudah berjenaka dan jangan terlalu serius sentiasa).
  2. Bayangkan bila sudah berkahwin. Bangun tidur orang pertama yang kita nampak ialah suami/ isteri. Jika ada masalah, dialah yang menjadi tempat kita mengadu. Pendek kata suami atau isteri adalah orang paling rapat dalam hidup kita. Itulah sebabnya seelok-eloknya kita persiapkan diri kita untuk menghadapi alam perkahwinan sesempurna yang boleh.
  3. Perkahwinan ibarat menanam pokok. Selagi kita siram air, cukup cahaya matahari, baja, sihatlah dia. Jika diabaikan dan tersilap baja, pastinya layu dan suram tidak bermaya.
  4. Berhati-hati apabila berkata-kata. Jadilah kawan yang paling istimewa untuk suami/ isteri anda. Terlalu ramai suami/ isteri yang tinggal sebumbung tetapi tidak berkongsi lebih dari itu. Cuba cari sekurang-kurangnya satu hobi atau projek yang boleh diusahakan bersama. Umpamanya kalau suka membantu anak yatim, usahakan ke arah itu. Atau minat kelas agama, mungkin boleh sama-sama aturkan satu program untuk surau berdekatan.
  5. Mudah meminta maaf jika timbul ketegangan. Meskipun kita rasa bukan salah kita. Minta maaf dulu sebab seringkali kita tak nampak apa kesilapan kita (kecuali keadaan tertentu yang sudah nyata seperti suami mendera isteri).
  6. Menghargai suami/ isteri. Jangan 'take for granted' perkara-perkara yang dibuat oleh pasangan anda, meskipun ia kecil.
  7. Memahami lelaki dan wanita berbeza. Umpamanya lelaki, cari mentega dalam peti sejuk pun tak jumpa. Wanita pula sering sesat di jalanraya dan sukar membaca peta. Ini perkara biasa dan tak perlulah diperbesarkan!
  8. Berilah masa untuk suami/ isteri masa bersendirian. Ada kala dia perlu masa untuk berehat, memikirkan masalah di luar yang tiada kena mengena dengan kita.
  9. Jangan tidur dengan perasaan marah antara satu sama lain. Perlu diselesaikan segera.
Mudah-mudahan tips di atas menjadi sumber ilham kepada anda untuk lebih bersedia melangkah ke alam perkahwinan dan memilih cara-cara terbaik demi perkahwinan yang bahagia dan berjaya yang diberkati oleh Allah. Wallahua'lam.

04 September 2011

Jurukamera BernamaTV terbunuh ditembak di Somalia

.::Ceritera AidilFitri::.


SELASA
30 OGOS 2011
1 SYAWAL 1432

Alhamdulillah, berkesempatan utk Solat Sunat hari Raya b'sm Mak/Mak Ndak/Kakak dn si comel yang solehah Kakak Aaisyah.. Selesai solat kami ke Kubur, bukan niat utk menyembah kubur tapi sbg satu kaedah untuk mengingatkan mati. semua akan kembali ke Rumah sempi itu.

Selepas selesai bacaan Yaasin yang diKhalifahkan oleh adik, kami balim rumah. Sasaran rumah pertama kami di Rumah Mak Ngah Not(Mee Rebus).. Alhamdulillah, itulah sarapan kami. Kalau pergi lambat xda peluang nak makan byk=).. Subhanallahm Makan yang difikirnya.

Kenyang makan Mee rebus balik masak -Nasi Ambeng- Org johor tau la. Chef besar(Mak).

Rumah penuh dgn Sepupu/Mak menakan/Tok menakan semua mai. Alhamdulillah, sampai ke malam.

Belum sempat Solat Maghrib, Ngah Call. "Ko siap, nanti kami ambil. Kena p Hospital Sultanah Bahiyah". Ngah dah kena tanda2 bersalin, kami terus ke sana. Ngah, Abg, Asif, dan Mak. Terus naik ke Dewan bersalin. Kami tunggu di luar. Tunggu sejam mcm tunggu 24 jam, lamanya Ya Allah.

Ana, mak dan Asif balik rumah dengan Pakcik. Asif xnak pisah dengan ayah dia.

Malam 2 tidur dengan ana, baiknya dia. xnangis bagi susu sebotol terus tidur sampai pagi.


RABU
31 OGOS 2011
2 SYAWAL 1432 

Bangun pagi tengok asif belum bangun lagi. Mak Ayah xada. Mak beritahu Ngah dah masuk Dewan bedah Hospital Sultanah Bahiyah jam5 pagi. Semua sanak saudara sedang menanti perkembangan seterusnya. Masuk dapur buat sarapan nasi goreng, cucuq Cempedak & Pisang + Ayaq The.
Lepas Sarapan jam10 kami bergerak ke destinasi pertama. Memandangkan Asif xada baju kami terus ke Rumah Atok dia (Mak ayah Asif) ambil baju dan pampers dan barang yang sewaktu dengannya. Menu Kueh Raya dan Air Oren, Alhamdulillah.
Seterusnya kami ke Hutan Gelam (Mak Mak Lang), belum pun sempat sampai kereta pulak yang masuk dalam sawah-tayar sebelah kiri depan-. Semua yang bernama lelaki menguruskan kereta itu bg boleh naik semula. Grand Livina tarik Toyota Harrier, Alhamdulillah selesai.
Keluar Hutan gelam kami ke Kg Abah di padang petani, langgar. Atok je yang ada, makwa p jenun. Sampai sana dah nak zohor, xdan nak jamu ayaq kami keluar. Datang untuk ziarah dan wakilkan diri utk abah dan mak. Bila nak balik Asif pula xnak balik asyik Tanya “Mana Ayah”. Ana dah xtau nak jawab, tiba2 air mata yang keluar. Sangat2 sedihkeluar rumah atok dengan air mata berair, semua orang pelik.
Kami singgah solat di masjid kemudian ke Kubur Tok nek (Ayah atok). 

KHAMIS
1 OGOS 2011
3 SYAWAL 1432

Hari seterusnya kami ke rumah Pak Long Majid, dapat buah rambutan sepokok.

Kemudian ke Bukit kayu Hitam, Rumah Tok Lang, Adik Tok. Jadi Chef dan masak apa yang patut.

Alhamdulillah selesai makan kami ke Hospital Ziarah Ngah di Hospital. Tapi baby belum dapat tgk.
Wallahu A'lam..

Bersambung...