31 October 2011

.::Ujian Allah:Sejauh mana keredhaan Kita?::.




Sumber : Artikel IluvIslam (sangat menarik untuk dikongsi)~ Moga Allah merahmati penulisnya!!




Ujian Allah iaitu suatu perkara yang telah ditentukan oleh Allah SWT kepada sesiapa saja yang selagi dinamakan manusia (terutama orang-orang yang beriman kepada Allah), maka dia tidak akan sunyi dari dikenakan ujian, cabaran dan rintangan dari Allah SWT. Dalam kehidupan seharian ini, ujian Allah ini bergantung sejauh mana kecintaan kita terhadap yang Maha Pencipta.

Ada orang di uji dengan penyakit^_^, ada yang terpaksa memelihara anak-anak yang cacat, ada yang suami penagih dadah, isteri yang ditinggalkan kerana perempuan lain, panas baran yang menyiksa isteri, malah ujian rumahtangga ini yang paling common sekali. Ada yang masih keci sudah diuji, dimana ibu bapa meninggal dunia, dirogol keluarga sendiri, diseksa ibu tiri dan macam-macam lagi di luar sana.



Andai dirimu di uji dengan kesusahan hidup, tetapkan hatimu dan bersangka baiklah (husnu dzon) pada Allah SWT. Itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan bicaramu. Allah amat suka mendengar bisikan-bisikan hati yang rindu kasih sayangNya.

Sedang dirimu di uji, Allah sebenarnya ingin memeliharamu dari sejuta keburukan. Ingatlah orang-orang yang dikasihi Allah SWT. Setiap kesusahan itu akan diakhiri dengan kebaikan dan kemuliaan. Maka hendaklah engkau lapangkan dadamu dan bersyukur penuh redha agar kebaikan dunia akhirat itu menjadi penghuni hatimu. Moga kedukaan itu berganti dengan ketenangan, redha dan ikhlas dalam setiap apa yang berlaku lantaran husno dzonnya engkau pada ALLAH SWT.


Ayat 2 Surah al-Ankabut, yang bermaksud,

"Adakah manusia itu mengira, bahwa Kami akan membiarkan sahaja mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji oleh Allah swt."
Suatu peristiwa bilamana Saad bin Abi Waqash bertanya kepada Nabi saw, "Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling teruk kena uji?"...Lalu jawab Rasulullah saw, "Yang paling teruk kena uji ialah para nabi dan para rasul, kemudiannya golongan yang mengikut para nabi selepas zaman nabi (tabiin) dan kemudiannya golongan selepas tabiin yang mengikut para tabiin."

Allah s.w.t. berfirman "Tiadalah terjadi sesuatu bencana itu melainkan dengan kehendak Allah, dan siapa yang percaya kepada Allah nescaya dipimpin Allah hatinya" (Surah At-Taghabun:11)

Allah s.w.t. berfirman "Orang-orang yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka. Ingatlah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenteram" (Surah Ar-Rad:28)

Oleh itu dengan mengenal diri, seseorang akan tahu dimana kelemahan dan kelebihan yang ada pada dirinya. Dia juga akan tahu, bagaimana untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu ibadahnya kepada Allah SWT. Nabi SAW pernah  berkata "Sampaikan sesuatu, walaupun hanya dengan satu ayat"


Ilalliqa'
Ilahi Anta Maqsudi wa Redhaka Matlubi..

.:: DIA pasti di sisi ::.


Salam Mahabbah^_^
~Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran,
Selawat dan Salam buat Nabi Junjungan Kekasih yang dikasihi Allah~


ALLAH.. ALLAH.. ALLAH, 

Sungguh Musibah atau Ujian yang menimpa tidak KAU berikan petanda awal. Bilamana KAU merasakan kami mampu dan tika hadir sifat REDHA itu maka kau hadirkannya. Subhanallah, kami hanya mampu menerima seadanya dengan harapan KAU berikan kami secebis kekuatan, dan simpulan Doa yang tiada hentinya agar dengan musibah itu kami lebih dekat dengan-MU Ya Rabbi. Moga, tiada rungutan, tanpa esakan mahupun keluhan dri hari^_^. Namun, sukarnya, Ya Allah, Ya Fattah, Ya 'Alim..

Apa yang pasti, dan teramat yakin bahwa kami (sebagai HAMBA) WAJIB menerimanya, wlpn hati ini sangat sukar untuk melaluinya. Samada gembira atau duka, sedih mahupun lara. Allah lebih suka melihat kita sering dan selalu meminta-minta pada-Nya. 

Wahai diri yang Dhaif yakinlah bahawa dirimu tidak keseorangan, Malaikat dikiri dan Kanan sentiasa menemanimu. Jika dirimu ingat Allah dan sentiasa dalam berbuat kebaikan, maka peneman di kananmu akan segera mencatitnya. Tetapi, segera kamu sedar, apabila dirimu asyik dalam keburukan maka sedihlah peneman di kananmu dan catatan amalanmu akan segera ditulis oleh peneman di kirimu. Ayuh, Moga diri ini dan dirimu segera SEDAR dan Kembali bangkit dari TIDUR dalam kelalaian.

Wahai diri yang Dhaif yakinlah Allah sentiasa melihat gerak geri, keluhan hati dan petah bicara kita setiap saat. Walaupun Baik atau sebaliknya pasti DIA yang Maha Mendengar sedia dan sudi mengambil tahu tentang hal ehwal kita selayaknya..




"Allah tidak beri apa yang kita mahu tetapi dia zahirkan apa yang kita perlu mengikut pengetahuannya"!!
Pada pandangan ana, Perlu dan Mahu dua term yang berbeza jika kita fahami mengikut keadaan individu. Lain individu lain keperluan dan kehendaknya(mahu). Tetapi tidak semua yang kita mahu(kehendak) itu akan menjadi perkara yang perlu^__^...... 

Kita telah merancang sesuatu, kadangkala mengambil masa berminggu/berbulan2 dan hingga bertahun2.. "Perancangan" yang dibuat pada tarikh sekian.. sekian tetapi yang jadinya pada sebelum atau selepas tarikh yang dirancang tetapi ada juga sama seperti apa yang dirancang. Uniknya, aturan Allah.. Bila difikirkan kembali, ada HIKMAH rupanya!!. Nasib baik xjadi masa itu dan tarikh itu.. Sungguh, KAU lebih tahu apa yang kami tidak tahu.

Hikmah itu jika kita salurkan minda ke arah yang Positif maka segalanya akan jadi Positif. Susah kan nak wujudkan minda yang positif? Sebenarnya tidak sesukar nak tebang kayu untuk dibuat rumah atau nak siang Ikan Keli. Mudah saja Caranya Y penting kita nak berubah : Setkan di Minda bahawa "Saya Positif, Sabar dan Ceria (dan sifat-sifat yang lain juga) sematkan dalam hati dan ulang2 di lisan&Hati^_^ (Ini cara sendiri Y dikumpul dari pakar-pakar Motivasi)" Inilah Doa namanya.. Tidak semestinya kita perlu berDOA dalam bahasa Arab dan dalam solat semata-mata(",)~



 ~Mohonlah AMPUN, Redhalah UJIAN, Sematkan SABAR dalam mencari Jalan Penyelesaian~

Ingatlah, Ujian yang akan menimpa kita ini analoginya :

Ibarat Orang yang beratur untuk membuat pembayaran di Pasaraya Besar seperti Giant, Mydin, Tesco dll.. Seorang demi seorang akan membuat pembayaran di Kaunter. Jika sedikit barang yang diambil maka tempoh masa pembayaran juga akan menjadi singkat. Dan jika, hingga dua troli barang yang diambil maka masa yang diambil akan lebih sedikit berbanding orang yang sedikit barangnya. Seorang demi seorang yang beratur sedang sabar menunggu untuk membuat bayaran dan seterusnya memberi peluang kepada orang yang berada di belakangnya.

Begitu juga, dengan UJIAN Allah. Jika kita selesai satu Ujian maka Ujian yang lain sedang menunggu kita. sehinggalah kita meninggalpun Ujian tidak akan habis sebenarnya. Ujian akan beratur menunggu giliran untuk membuat pembayaran di Kaunter. Yang menjaga kaunter itu adalah kita. Dengan Sabar melayani kerenah Ujian yang pelbagai ragam. 

Allahu Rabbi, 
Sungguh kami memerlukan-MU!! 
Sungguh kami perlukan limpahan Taufik dan Hidayah-MU Ya Allah!!
Bantulah kami, curahkanlah Rahmat-MU!!

:: Iyyaka Na'budu wa Iyyaka Nasta'in::

Ilalliqa'
Ilahi Anta Maqsudi wa Redhaka Matlubi~

27 October 2011

.:: Hikmah Ujian : SABAR ::.


SABAR mudah di LISAN payah dalam PERBUATAN


.:: Liqa' Ilmu ::.


Tarikh   : 26 Oktober 2011
Hari      : Rabu
Tempat  : Pusat Ilmu, Pedu
Sahabat2 : Kak Ma, Kak Zaharah, Kak Aisyah

Pengisian disampaikan oleh Kak Ma.

Tajuk : ~Konsep KETUHANAN~

Tauhid Uluhiyah

~Meyakini hanya Allah sahaja yang layak disembah dan ditaati secara MUTLAK~

Apa yang dimaksudkan dengan إله ?

1) Tiada Tuhan selain Allah
Hanya kpd Allah kita sembah dan Mohon pertolongan
2) Tempat pergantungan
Pergantungan ketika susah dan senang
3) Tempat pengabdian
Pengabdian kita dalam melakukan Ibadat
4) Sumber rezeki
Rezeki dari Alah, singgah kepada kita hanya seketika. Dan kemudiannya akan menjadi rezeki orang lain pula.
5) Tumpuan Kecintaan
Kecintaan kita pada manusia dalam erti kata tidak sanggup melihat mereka melanggar perintah Allah dan masuk ke dalam api Neraka. Itulah baru kita SAYANG mereka.

3 KONSEP Tauhid ULUHIYYAH :
~~(@) Hanya Allah sahaja yang layak disembah
~~(@) Paksinya adalah "Syahadah"
~~(@) Sesiapa yang tidak beriman dianggap SESAT

Tauhid Rububiyah

~Allah yang menjaga+mentadbir+memiliki+menghidup dan mematikan
~Meyakini Allah sebagai Pencipta dan Pentadbir Sekalian Alam~


 3 KONSEP Tauhid RUBUBIYYAH :
~~(@) Allah sebagai Pemilik
~~(@) Kekuasaan allah meliputi Langit dan Bumi
~~(@) Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu

 Tauhid Asma' wa al-Sifat
~Mempercayai bahawa hakikat Nama-nama Allah yang Indah dan Sifat-Sifat-NYA yang Maha Sempurna~

Tambah maklumat melalui pembacaan, 
kerana 
media sekarang sudah meluas buatlah pilihan yang BIJAK^_^



Illalliqa'
Ilahi Anta Maqsudi wa Redhaka Matlubi

25 October 2011

.:: OPKIM kali Ke-2 ::.


Pada 25 Oktober 2011 ~  Jam3 Petang
:: OPKIM Kali Ke-2 ::

~Tempat~
Kawasan Barokhas, Pedu.
Kampun Mani
Kampung Acheh

~Sasaran~ 
Ibu-Ibu yang baru melahirkan anak dan bakal-bakal ibu yang akan melahirkan anak dalam masa yang terdekat^__^

~Anggota~
Kak Ma, wakil muslimat Kg Narikhas dan Kak Zaharah.

~Kenderaan~
Produa Kancil

~Target~
Alhamdulillah 9 daripada 10 tilam bayi berjaya disumbangkan. Bakinya akan dibawa ke depan.

Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya..

.:: OPKIM kali Pertama ::.


:: OPKIM Kali Pertama ::

~Tempat~
Kawasan Bukit Nyamuk.

~Sasaran~
Fakir-fakir miskin dan Ibu-ibu yang baru melahirkan cahaya mata.

~Anggota~
Diketuai oleh Zaujah Ahli Parlimen Padang Terap YB Ustaz Nasir Haji Zakaria. Pengerusi dan Timbalan PBSKN, Ajk 5 orang.

~Kenderaan~
2 biji Kereta (Proton Wira dan Produa Kancil)

~Target~
Semua Fakir dan Baby mendapat bantuan yang sepatutnya, dan ada lebihan untuk dibawa ke Masa Hadapan (OPKIM Kali-2). Insha Allah^__^

Terima Kasih pada, Kak Ma (Zaujah YB), Firdaus, Faisal, Kak Zaharah, Asma, Aisyah, Fadzelina dan penerima sumbangan.
Ada rezeki kami akan kembali lagi.

.:: EMOSI menjadi pilihan ::.


  
Allah.. Allah.. Allah..

Sukarnya untuk mendidik anak-anak seagama. Kata orang tua-tua "Melahirkan mudah tetapi untuk mentarbiyah@mendidik agak sukar". Hanya sesetengah individu sahaja yang berani perjuangkannya? 
Lisan mengungkap mudah, Hati menunggu pasrah, Perbuatan membuatkan kita resah dan lelah. 
Tiada Fakta dan Formula statik yang dapat membuktikan sesuatu itu pasti akan berjaya dan berkesan, jika kita menggunakan cara yang sama seperti Ummi dan Abi kita dahulu. Ohh, sekarang sudah jauh bezanya!! 

Perubahan 100% akibat daripada kesan Media Massa, Media Elektronik, Laman-laman sosial, Persekitaran, Pendidikan, Perubahan zaman, Latar belakang keluarga dan Pengaruh rakan sebaya. Tiada siapa yang ingin melihat anak seagamanya dibiarkan dalam arus material, yang semuanya dilakukan berdasarkan pandangan penglihatan semata-mata tanpa akal dan Iman. 
Remaja kini, lebih menjadi pak turut kepada kemahuan perasaan Emosi dalam mencuba sesuatu perkara. Kita menyalahkan mereka kerana tiada pegangan Agama.
Kita menyalahkan mereka kerana tidak dengar cakap Ibu Bapa.
Kita menyalahkan mereka kerana melawan apa yang dikata.

Adakah ini semua salah mereka? Tidak dapat dinafikan ini adalah sesuatu yang mereka pilih tetapi kita kena kaji dan seligiki mengapa mereka jadi sedemikian rupa. Jika mereka sahaja yang dipersalahkan, bila mereka akan berubah!! 

Emosi mereka perlu dikawal

Mereka mencuba sesuatu bukan kerana tidak mempunyai pegangan agama tetapi mereka punya perasaan untuk mencuba dan mencuba.


Mencuba yang baru itu tidak salah tetapi perlu pada perkara yang mendapat kebaikan dan manfaat untuk diri dan persekitaran. Remaja hari ini gagal dalam mencuba terutama dalam membuat pilihan. Mereka mencuba dalam perkara yang boleh merosakkan mereka, menjerumuskan mereka ke lembah yang memudharatkan, serta menjadikan mereka kehilangan masa depan.  

Pilihan yang dilakukan berasaskan Emosi lebih menenatkan kerana semua yang dilakukan melalui peroses meniru. Jika orang boleh buat aku boleh buat. Jika orang boleh pakai aku boleh pakai. Semuanya kerana orang. Beza dengan orang yang punya agama dan akal, akan buat sesuatu berlandaskan agama. Jika agama benarkan maka baru boleh dilakukan. Ini yang sepatutnya!!

Mari kita bantu mereka kenalkan siapa diri mereka^__^..



Ilalliqa'
Ilahi Anta Maqsudi wa Redhaka Matlubi.

23 October 2011

.:: Tip Penenang Hati 1 ::.


Dr. 'Aidh Abdullah al-Qarni : 30 TIP PENENANG HATI halaman 105
:: BERSABAR ITU INDAH ::

Orang yang selalu menghiasi diri dengan Sifat Sabar tidak akan disukai kerana hatinya akan sentiasa lapang dan tenang, keinginan yang kuat untuk melakukan sesuatu kebaikan dan Jiwa yang mulia dalam bersangka baik.

Jika diri aku dan diri kamu tidak Sabar, apa yang boleh kita lakukan?
Apakah kita ada jalan atau altenatif lain untuk menyelesaikan masalah yang menimpa selain dengan sifat Sabar?
Apakah kamu tahu bekalan lain bagi kami selain dengan sifat Sabar?
Ada atau tidak jawapan lain melainkan dengan sabar. Sabar senanh di lisan susah dalam perbuatan. Benar?

Suatu ketika dahulu, telah ditemui seorang tokoh yang seluruh kehidupannya diselimuti dengan Ujian +Kesukaran+Bebanan+Musibah. Setiap kali selesai dalam suatu dugaan dia akan didatangi dengan dugaan yang lain pula. Sedangkan ketika itu, dia telah mempersiapkan dirinya dengan pedang kesabaran, mengenakan baju besi denagn percaya diri kepada Allah Yang Esa.

Lalu ia mengungkapkan keadaannya :
"Zamanku selalu menentangku, 
sedang ia tidak tahu
bahawa aku lebih mulia dan berbagai kejadian
Zaman menjadi hina ketika aku tertidur
ia memperlihatkan kepadaku bagaimana keangkuhannya.
Sedang aku pun tidur,
Aku memperlihatkan kepadanya bagaimana kesabaran itu"

Inilah jalan yang akan dilalui oleh orang yang berakal, mereka menghalang CUBAAN dan meletakkan KESUSAHAN dibawah kekuatannya. Bukan keadaan sebaliknya. Tapi kadangkala, kita tertipi dan tertindas secara halus..

Contoh 1
Pernah beberapa orang mengunjungi Abu Bakar, ketika itu ia berada dalam keadaan sakit.
Mereka berkata : "Apakah kamu mahu kami panggilkan Doktor untuk mengubatimu?"
Ia menjawab : "Si Doktor telah melihatku"
Mereka bertanya : "Lalu apa yang ia katakan?"
Ia menjawab dan berkata : "Sesungguhnya Aku melakukan apa sahaja yang Aku mahu"
Subhanalllah, betapa Sabarnya Saidina Abu Bakar.

Contoh 2
Pernah salah seorang salaf al-Soleh jatuh sakit, maka orang ramai bertanya kepadanya : "Apa yang membuat anda sakit"
Ia Menjawab :
"Jiwa-jiwa mati kerana penyakit yang terus menerus sedang pengunjungnya tidak mengetahui apa yang terjadi padanya.
Begitu juga air mata tidak dapat menyedar apa yang ia keluhkan  tentang penyakitnya, kepada sekalian kekasihnya."
Allahu Rabbi, Sungguh Redha dan Sabar adalah benteng yang terbaik.

^__^ Bersabarlah dan tidaklah kamu bersabar kecuali dengan pertolongan Allah.
^__^ Bersabarlah dengan kesabaran orang yang Yakin akan adanya jalan keluar, mengetahui cara terbaik,  memohon pahala dan menginginkan pengguguran Dosa.
^__^ Bersabarlah meskipun banyak dugaan yang menerpamu dan musibah menjadi gelap dihadapanmu.

~Sesungguhnya, Kemenangan bersama kesabaran dan sesungguhnya jalan keluar sesudah kesusahan dan sesudah kesusahan pasti ada kemudahan~

Ilalliqa'
Ilahi Anta Maqsudi Wa Redhaka Matlubi.

.:: Abah ::.


Alhamdulillah, 
Allah masih lagi memberi ana ruang untuk hidup di Dunia Milik-Nya. Siapa kita untuk menafikannya.. 
Bernafas menggunakan pernafasan milik-Nya siapa kita untuk menafikannya..

Sudah 1 tahun 3 bulan abah terlantar di Rumah, hanya mampu terlantar dan bergerak dengan pergerakan yang sangat terbatas. Namun, Berkat sokongan Anak-anak, Semangat Abah+Bantuan Mak serta Kekuatan dari Allah jualah yang membuatkan Abah masih lagi dipanjangkan usianya dan kuat dalamannya hingga hari ini.

27 Julai 2011 genap umur Abah 57 tahun dan setahun mengidap Angin Ahmar. Kejadian yang berlaku tiba-tiba telah membawa perubahan kepada keluarga kami. Segala rutin harian juga berubah dengan Drastiknya, Alhamdulillah Allah ada untuk memudahkan urusan.

Kejadian berlaku pada 27 Julai  itu adalah serangan kedua untuk Abah. Kali pertama berlaku tidak mampu bangun dan pulih selepas 3 hari. Kejadian kedua menyebabkan Abah xmampu bangun lagi. Segalanya perlu dibantu. Masa kejadian ana di semester5, tinggal satu sem untuk habiskan pengajian. Ramai yang memberi semangat terutama shbt2 terdekat dan adik-beradik. "Jangan risau, Abah xapa2"..

Abah seorang yang rajin berkebuh, sekarang hanya mampu melepaskan geram di hati.
"Kalau Abah Sihat, boleh la menebaih kat belakang. Nanti boleh Cucu2 main"

Abah seorang yang menghargai masyarakat, sekarang hanya mampu mendoakan dari Jauh.
"Kalau Abah Sihat, boleh la malam-malam p Tahlil@Baca Yasin"

Abah seorang tidak cerewet tentang makanan, sekarang perubahan telah berlaku. Bezanya ketika Sakit+Sihat
Mak kata dulu "Abah dulu xkesah mkn apa pun, la ni jangan la.. memilih"

Abah seorang yang jarang menitiskan air mata, walaupun anaknya telah berjaya membanggakannya. Sekarang hatinya sangat mudah tersentuh. Xsempat nak kata apa-apa air mata dah jatuh dulu.. Subhanallah, Indahnya Percaturanmu. Hatinya tersentuh tatkala anak-anak dibiarkan, Ibu bapa ditinggalkan dan Keluarga yang terpinggir.

Itulah Abah.
Bezanya dulu dan bezanya sekarang. Perubahan seseorang berlaku dalam apa keadaan sekalipun. Dalam kesusahan dan kesakitan begitu, Allah masih lagi beri nikmat yang tidak terhingga :

1) Anak-anak sudah tamat Pengajian, tinggal adik yang Bongsu(Aminuddin)
2) Anak-anak sudah boleh diharap dalam pertolongan
3) Anak-anak membayar semua ubat-ubatan
4) Anak-anak tiada yang masih kecil
5) Anak-anak dah ada kenderaan sendiri, mudah untuk pergi berubat
6) Ada Mak yang tiddak bekerja
7) Masyarakat yang sangat tidak berKIRA
8) Sanak saudara yang sentiasa hulurkan bantuan dari segi pengangkutan
9) Suasana rumah yang tidak bising dan terganggu
10) Mudah dibantu ketika mandi dan persiapan diri

Subhanallah.. Apa lagi nikmat-Mu yang aku Dustai, Ya Allah..

Allahu Rabbi,
Ilahi Anta Maqsudi wa Redhaka Matlubi
Ilalliqa'..

22 October 2011

.:: Erti Tawakal ::.






7:00 Pagi
Berjaya untuk keluar dari rumah, dan melalui Pekan Kuala Nerang, Jitra dan Changlooon.. Niatnya untuk sampai ke Perlis (Kangar)

7:01 pagi hingga 8:30 pagi
Minda sedang berputar ligat, mana tidaknya jalan tidak tahu, tuan punya diri pun xpernah sampai. Driver xcam jalan. Akhirnya ambil langkah untuk Try harap2 xError.. 
Dalam Hati
"Ya allah, Kau permudahkanlah perjalanan kami pada pagi ni"
"Ya Allah, temukanlah Kak Mas kat Mana2 Trafic Light, Kami xtau jalan"
"Ya Allah, Harap-harap betul la jalan yang kami lalu ni, sebab kami hanya guna firasat"
"Ya Allah, Bantulah kami"
"Ya Allah, klu aku sempat masuk ujian ni alhamdulillah, klu terlewat aku Redha mungkin xde rezeki"

Macam alasan,pandangan dan harapan semasa perjalanan.

Akhirnya selamat sampai ke sana tepat jam 8:30 pagi.. Terus turun dari Harrier dan masuk ke Dewan. 
Akak dan Abang pesan, "Buat elok2"
Mak masa nak bertolak dah pesan, "Ok, buat elok2 Mak xboleh buat apa melainkan dari diri kau sendiri. Usaha di tangan kau. Dah sampai nanti telefon".. 

Sampai sana masuk dewan terus letak beg, Silent Telefon dan pilih meja untuk menduduki Ujian. Orang dah nak mula rupanya ^__^ v..

Terus mula Ujian dan selesai jam 11:30pagi. 
Dalam Dewan ramai sahabat2 lama yang ana jumpa, KUIN, SMUK, UNISZA dll.
Allah yang pertemukan kita, Alhamdulillah.. 

Result akan keluar dalam masa sebulan lagi, so Nursuhaibah Binti Othman Get Ready untuk Temuduga KPLI J-QAF, jika Allah Izinkan. 

Jika tidak kita ikut Plan lama na :) ke UM @ UKM untuk sambung Sarjana. Dana kita fikir dan cari semula..  Kita Ikhtiar dan Usaha sebelum bertawakal..
Insha Allah..

Ilalliqa'~
Ilahi Anta Maqsudi Wa Redhaka Matlubi.

21 October 2011

.:: Pentingnya Qudwah yang BAIK ::.



[Tiada FAKTA hanya sekadar PANDANGAN persekitaran, Maka Y salah harap dpt ditambah&dinilai semula]

Apa yang dimaksudkan dengan Qudwah dan DAKWAH? 
Kedua-duanya amat2 penting dan berguna, merangkumi dan meliputi dan menimbusi antara satu dengan Y lain.. Jika tertinggal Q atau D maka akan cacatlah pergerakan seseorang yang bergelar Da'ie.

:: Masyarakat umum yang kita sering temui, lebih mementingkan Q dari D ::

Sebagai contoh :
BAIK
Seorang anak yang keluar daripada sebuah Universiti Tempatan @ Luar Negara dan berjaya memiliki Ijazah @ Diploma terutamanya dalam bidang Pengajian Islam akan dipandang tinggi dan dijadikan sumber contoh teladan untuk adik-adik di Kampungnya. Samada dalam Perbuatan/Lisan tanpa individu tersebut ke rumahnya dan membuka kelas pengajian Kitab Hadith atau Tafsir  dll seperti yang di belajar semasa di Universiti. Lihat perbuatan sudah memadai, dan ia akan diikuti.. Bi Iznillah(",)..

BURUK
Namun, harus diingat Q yang buruk juga mudah diikuti dan disebut-sebut. Andai pelajar tadi melakukan sedikit kesilapan dan kesilapan itu pertama kali dalam hidupnya, maka kesilapannya itu akan dijadikan alasan bahawa dia tidak sesuai dijadikan contoh teladan lagi. Na'uzubillah..

:: Sahabat-sahabat mementingkan Q dari D ::

Walaupun akan mengambil masa yang lama, akan tetapi ia akan terkesan juga. Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian, sahabat anda adalah cerminan peribadi anda. Tidak kira apa latar belakang sahabat kita, terima mereka seadanya. Andai mereka lebih baik dari kita maka dekatilah mereka dan mohonlah nasihat yang berguna dan jika sebaliknya bimbinglah mereka agar seiring dengan perjalanan kita. Mereka ibarat Cermin yang akan memantulkan peribadi-peribadi yang mulia atau sebaliknya.
Cikgu Ana pernah berpesan sebelum ke Univerviti 3 tahun yang lalu :

"Kamu bila ada kat sana, jangan kamu berubah kerana persekitaran TAPI biarlah persekitaran yang berubah kerana kamu"..

Allahu Rabbi, Rahmatilah Guruku itu.

:: Pelajar-Pelajar mementingkan Q dari D ::

Bakal-bakal guru dan guru-guru yang telah diiktiraf oleh mana2 pihak maka jadikan dirimu wahai "guru" contoh teladan yang baik. Anak-anak didik kamu semakin bijak dari kamu, semakin rajin m'explore dari kamu, semakin bijak dalam pertuturan (menjawab), semakin cergas dalam perbuatan (melawan). Allah.Allah. Kasihanilah mereka, andai kau wahai guru tidak berusaha lebih maka kau akan terkebelakang.

Anak-anak didikmu kini, kian rajin membaca MUKA BUKU. Buku sekolah tidak diendahkan.
Anak-anak didikmu kini, kian giat melakukan aksi-aksi yang GANAS. (sering dipamerkan di Tv)
Semuanya mereka tahu. Semuanya mereka faham. Semuanya mereka kenal.

Di sekolah guru-guru mempamerkan akhlak yang Q yang baik TAPi bila pulang kerumah bagaimana? Adakah sama seperti di sekolah. 
Sama-sama kita ambil pengajaran!!

Ilalliqa' wa Ma'as Salamah..
Ilahi Anta Maqsudi Wa Redhaka Matlubi

19 October 2011

.:: FIRST STEP ::.



ALHAMDULILLAH.,
Allah telah buka jalan dan permudahkan.. Master Dan KPLI (J-QAF) sedang dihitung untuk dibuat pilihan. Samada Allah nak tarbiyah diri untuk bersama2 adik2 darjag satu atau bersmaa sahabat2 semaster.. Allah Pilihan-Mu yang Terbaik..

MASTER
Insha Allah akan Mohon juga. 
Cadangan : Universiti Malaya (Usuluddin). 

Keluarga dan adik-beradik tiada respon negatif utk sambung Sarjana.
TAPI, 
Diri sendiri macamana, MAMPUKAH? Hanya Allah yang tahu. 
Bila dapat tahu sahabat2 berjaya sambung sarjana, Hati sedih seketika, namun kembali Ingat pada-Nya, mungkin ada hikmah dan boleh ambil kemudian selepas 5 Tahun dengan duit sendiri..

KPLI (J-QAF)
Insha Allah sedah memohon dan sudah mendapat tempat untuk jalani Ujian Mtest di IPG Perlis.. Perjalanan yang merumitkan pada awalnya, namun KAU maha TAHU aku tidak mampu untuk kesana dan aku tidak mahu menyusahkan orang lain.
Kau gerakkan hati kakak untuk balik Jumaat ni, dan akan ke Perlis dengan dia.. Xterkata, semuanya telah kau aturkan ya Allah..

Insha Allah, ana akan ke Perlis Sabtu ni dan Ujian bermula Jam9 pagi..


MASTER & KPLI : semua bergantung pada pilihan Allah..

::Ilahi Anta Maqsudi Wa Redhaka Matlubi::

18 October 2011

.:: Sekadar Pandangan ::.


Diri ini sungguh Hina dan Kerdil di sisimu ya Rabb. Aku lemah, yang KUAT hanyalah KAU Ya Allah. Tiada kuasa yang menggerakkan sesuatu melainkan ia atas perintah dan Taufik dari-Mu. 

Rasa Jeles bila diri ini tidak berkesempatan untuk ber"ENJOY" bersama shbt2 seakidah semasa di Universiti dahulu. Aku Malu dengan mereka, aku segan, aku rasa tidak layak untuk bersama mereka.. Allah, Allah sungguh aku ini bukan pilihanmu ketika di sana, atas kelemahan diri pada HAKIKATNYA, aku telah sengaja menyia2kan peluang yang ada. Betapa Indah Ukhwah itu baru aku rasa ketika aku bersama dengan Masyarakat.

Kekurangan diri dalam berKOMunikasi, Tidak bijak menggunakan masa yang ada spt shbt2 yang lain. Aku sudah tahu sekarang, bahawa kita akan kuat bila kita bersama-sama dengan sahabat yang saling memperingati, menasihati. Namun, kdg2 ada sesuatu dalam b'ukhwah itu kita perlu berjaga2, jangan terlalu ambil remeh dengan masalah IKHTILAD. Ana tidak Syadid, tetapi pandangan orang akan DOWN bila melihat kita bersenang2an dan bergurau dengan Muslimin.
Mereka (Shbt2 U) mungkin telah dipilih untuk mentarbiyah sahabat-sahabat disana, ana tidak terpilih disana dan hanya menjadi Mad'u. Alhamdulillah, dari situ ana boleh belajar bagaimana cara yang digunakan oleh Da'ie di U. Sungguh Kreatif, dan Advance. Mungkin kita boleh memperbaikinya lagi..

Sesetengah perkara kita tidak perasan bahawa dengan itu, orang lain terasa dan terkesan dengan perbuatan kita. Pada kita ia sudah OK dan elok tapi pandangan orang adalah sebaliknya. Kita b'Dakwah bukan kepada orang yang kita kenal sahaja tetapi kepada sahabat2 orang yang kita kenal. Biar sedikit tapi ia berterusan. Ahli keluarga dan sahabat-sahabat menjadi Point pertama untuk bawa mereka sama2 ke Syurga..

Konsep Hikmah yang dianjurkan juga ada banyak dan Da'ie perlu Kreatif. Ana tidak sehebat sahabat-sahabat di Um tetapi ana akan cuba berdikit-dikit untuk mendidik Diri, ahli keluarga, sahabat2, adik2 dan orang yang dekat dengan ana. Mungkin bukan dalam Konsep semasa ana berada di U. Dunia dah akhir zaman, macam2 yang akan terjadi. 

Pilihan Allah banyak, cuma kita sahaja yang layak untuk tentukan yang mana terPILIH berdasarkan situasi dan keadaan kita.. Allah akan duga apa yang kita cakap, bantulah aku dan sahabat-sahabat Ya Allah.. Jangan mudah untuk bersangka buruk dengan orang yang baru kita kenal. Pada pandangan Allah mungkin ia lebih baik dari kita.

Ilahi Anta Maqsudi Wa Redhaka Matlubi..

17 October 2011

.:: Imtihan al-Yaumiyah ::.


Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada seseorang Islam yang ditimpakan sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu)." Riwayat: Abdullah bin Mas'ud r.a

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut. Riwayat al-Hakim

Tribulasi atau ujian adalah seiringan dengan perjuangan. Oleh itu ia tetap memerlukan bekalan iman, sabar dan istiqamah. Ujian dijadikan Tuhan untuk mengukur sama ada keimanan seseorang itu kepada Allah dan seluruh ajaranNya adalah benar dan diikuti oleh perlakuan dan tindakan atau hanya terhenti setakat di mulut sahaja. Umat Islam akan diuji dengan lima perkara iaitu saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya, orang munafiq yang sentiasa membencinya, orang kafir yang sentiasa memeranginya, syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya dan bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanannya. Semuanya ini menuntut kesabaran dan di dalamnya terdapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah SWT.

Lawan bagi sabar adalah mengeluh dan ia merupakan perbuatan yang amat dilarang oleh agama kerana dengan mengeluh akan membuatkan semangat menjadi lemah dan terbitnya perasaan kecewa dan putus asa sedangkan Allah SWT berfirman dengan maksudnya:Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (al-Insyirah:6) 5. Tanpa masalah atau ujian tidak akan wujud kematangan kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah adalah guru terbaik dalam menjamin kejayaan dalam kehidupan.

Setiap hari kita ada ujian. Dalam bentuk yang pelbagai seperti pilihan nafsu, akal, atau mengikut Al-quran.

Illaiqa'..

.:: Taqdir Allah ::.

Alhamdulillah,
Segala Puji bagi Allah Ruhan Sekalian Alam Semesta. Selawat dan Salam Pada kekasih junjungan-Nya.

Pertemuan

Kadangkala jika kita merancang, Allah tidak makbulkan. Dan,
Jika kita tidak pernah terlintas untuk merancang, tidak mustahil untuk Allah perkenankan..

Ana keseorangan di rumah sebelum ini terubat jua akhirnya, apabila Allah takdirkan sahabat sealiran dan seakidah dalam sebuah pertemuan demi menggapai 1matlamat iaitu "Pemantapan Sahsiah". Best!!

Pergi seorang, Balik ditemani dengan 20 orang teman walaupun hanya 4 hari 3 Malam bersama.

Sungguh,
KAU Maha Memberi. Di Kem Kenari, kami bersama2 tika susah dan senang, suka dan duka, Kalut dan tenang. Seia sekata, seiringan bersama untuk gerak kerja Islam..

Semuanya lain2 Background tetapi Hadaf yang sama, Insha Allah..

^__^ Kak Lina @ Kak Mas - Disiplin

Ana hanya kenal anak menakan dia ja dan jumpa dia seingat ana hanya 2x sebelum ni. Itu pun terserempak (tempatnya xingat). Anak tunggal dalam keluarga tapi sgt berdikari.

Alhamdulillah, Baru habis UM (Usuluddin). Mantop kan akak ni^__^..
Rumah dekat je dgn rumah ana, kami kenal jua akhirnya.. Semua takdir Allah!!..
Masa Dalam kem kemana2 kami bersama, Meting, LDK, Tgk Dewan/adik2/Fesi2, Makan, Rehat dan Buat Movie Maker.. Siap jugak walaupun agak 5x laptop tergendala..
Terima Kasih akak, akak sangat CERIA n Hepy Selalu..

^__^ Kak Zaharah
Ana jumpa masa meting kedua untuk Jamuan Hari Raya dan Kekal hingga sekarang. Setakat ni dan 4 program kami buat bersama. Alhamdulillah.

Juga baru habis UM (Pendidikan al-Quran). Hebat2 semua, inspirasi ana ni.
Rumah di Kampung Bukit Nyamuk.
Masa dalam kem Kak Zaharah jadi Timbalan Ketua Kem Komanden, Suhaimi jadi Ketua Kem Komanden, Akak ni, sgt banyak idea. pandangan, buah fikiran dan sgt cekap buat kerja. Boleh buat contoh..
Terima Kasih atas kesudian menjaga adikmu yang nakal ni.

Antara Sahabat yang KEPENATAN bersama, Moga benilai IBADAH disisi Allah SWT  :

MUSLIMAT~

^__^ Kak Nisak (DQ) - Timbalan Ketua Fesi
^__^ Kak Miss (Thailand Mari) ~ (KIDU) - Ibadat
^__^ Kak Nadia ~ (Cikgu)
^__^ Kak Bintul Aqilah  ~ (Cikgu)
^__^ Nisa dan Ain (Fesi) ~ UITM - Fesi
^__^ Liyana/Asma'/Hanisah (Fesi) ~ KIDU - Fesi

MUSLIMIN~
^__^ Suhaimi (KUIN) : Kem Komanden
^__^ Syuhaimi (KUIN) : Disiplin
^__^ Syauqi (KUIN) : Ketua Fesi
^__^ ZulEfendi (KUIN) : Ibadat
^__^ Firdaus- Fesi
^__^ Faizal -Fesi
^__^ Abdul Rahman -Fesi
^__^ Abdul hadi -Fesi

Dari Sekolah Rendah hingga ke Universiti, Allah sentiasa hadirkan sahabat2 yang sering membantu. Ini adalah petanda untuk mendidik diri ini menjadi seperti mereka. Allah tahu diri ini perlukan bantuan dan sokongan akhlak yang baik dalam melayari bahtera kehidupan yang mustahil akan akan baik hingga ke akhirnya. 
Namun,
Jika persekitaran yang baik itu dapat mengubah persepsi di atas. 

Syukran sahabat Muslimin dan Muslimat, banyak yang ana dapat belajar daripada antum. Baik gerak kerja, akhlak, perbuatan, lisan, mimik muka, hati, pandangan dan curahan idea dan segala jenis bentuk pemikiran.
Moga Allah mempermudahkan segala urusan antum, Sirru 'ala Barakitallah..

Insha Allah, jika Allah panjangkan umur kita dalam Islam dan Iman, kita akan jumpa lagi dalam lawatan ziarah ke Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Kangar. Pada 18 November 2011. Ana sangat teruja dengan jemputan ini.. 

Allah... Allah... Allah..

Ilalliqa' wa Ma'as Salamah..

11 October 2011

.:: Kem Pemantapan Sahsiah ::.


 Bayangan  :
10 orang urusetia
10 orang Fesi
100 orang Peserta

TEMPAT : Kem Kenari, Yan Kedah.

11 Oktober : selesaikan urusan dalaman
12 Oktober : gerak ke sana
13-16 Oktober : Program berjalan.

Doakan moga selamat semuanya.

Illalliqa'

.:: Mak, Terima Kasih::.





~Segala Puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam~

 ^__^ 11 Oktober 1989 = 11 Oktober 2011^__^

Mak, 
Terima Kasih atas kelelahanmu melahirkanku, 
dengan penuh kesusahan yang teramat dan sanggup menggadai nyawamu.
Kerana aku telah menyusahkanmu wahai ummiku tapi tetap jua menerimaku seadanya.
Mak,
Terima Kasih atas kasih sayangmu membelaiku, dengan penuh dakapan mesra.
Aku tidak mengerti ketika itu bahawa kamu amat menyanyangiku 
Kerna yang aku tahu hanya menangis hingga tersedu.

Mak,
Terima Kasih atas air matamu dalam mengasihaniku, ketika aku dilanda sakit. 
Walaupun kau tahu bahawa kejadian itu tetap berlaku.
Kerna kau Yakin wahai ummiku semua ini adalah ketentuan Dia yang Maha Esa.

Mak, 
Terima Kasih atas pengorbananmu dalam memudahkan urusanku, 
dari kecil ku hanya bergantung padamu seorang.
Kerna ku pasti Redha Allah terletak pada Redha Ummiku.

Mak, 
Terima Kasih atas sokonganmu dalam membantuku meneruskan perjuangan Rasulullah.
Ku xkuat sepertimu tetapi ku akan mencari kekuatan sptmu.
Kerna dengan itu, ku pasti akan cuba sedaya upaya untuk membantu 
generasiku agar lebih mantap sahsiah dan budinya.

Mak,
Terima Kasih atas kepercayaanmu kepadaku dalam meniti arus Jahiliyyah. 
Kerna ku yakin namamu akan kubawa di sebelah tangan kananku kemana sahaja.

Mak,
Moga kau restui apa yang kami lakukan
Moga kau doai apa yang kami akan laksanakan
Moga kau maafi segala kesalahan
Moga kau teguri apa yang tidak terkesan
Moga kau bantu apa yang kami akan kerjakan

Syurga itu terletak dibawah Telapak kaki Ibu.
Kasihanilah dia...
Doakanlah dia...
Maafkanlah dia...
Bantulah dia...
Terimalah dia seadanya..
Mak, 
Akak sangat sayang Mak. 
Akak belum tentu dapat mendidik "Anak2 Melenium" akan dtg seperti mana mak telah berjaya mendidik anak2 mak pada hari ini..

Moga Allah sentiasa merahmati kehidupan Mak dalam merTARBIYAH anak-anak mak yang masih belum mampu mengenali erti hidup di Dunia ini dengan sebenar-benarnya..
Illalliqa'..

10 October 2011

.:: Menu Adik-adik ::.

Adik-adik yang kak Su kasihi..

Sebentar cuma pertemuan kita kan adik-adik, 3 hari yang tidak terasa. Siang dengan cerah Indah Akhlaknya dan Malam yang bersinar dengan budinya pekertinya. 

Pertemuan kita bermula di Halaman Madrasah at-Taklimiah al-Khairiah, Tok Keling. Jam3 kita bertolak ke Kem Kg. Acheh, Yan. Bila akak sampai di sana, gembira lihat adik-adik dah sedia menunggu di dalam Dewan, sambil menggunakan masa yang ada dengan berkogsi cerita adik-adik dengan sahabat-sahabat. Indahkan saat kita bersama mereka.

Ustzh Ummu yang paling aktif ketika sebelum Program Ekplorasi Alam. petang itu, Unit Teknikal dikerah tenaga sepenuhnya. Menjalankan tugas pertama di dalam program yang pertama. Alhamdulillah, Tahniah, adik Zulaikha telah menjalankan tugas dengan baik. Kemudian, bila adik-adik peserta selamat sampai mereka di sambut oleh Unit Disiplin dan seterusnya menunjukkan tempat penginapan.

Petang itu, adik-adik solat Asar berjamaah Muslimin dan Muslimat, Alhamdulillah. Kawasan Musolla yang mendamaikan membuatkan adik-adik Khusyuk dan Tenang dengan pemandangan sungai di sebelah kiri adik-adik. Subhanallah. Selepas itu, adik-adik diberi taklimat dari Unit Pengisian dan talimat Disiplin dari Unit Displin untuk mendidik adik-adik menepati waktu dan bergerak pantas.

Selesai taklimat adik-adik makan petang di Dewan Makan, Lauknya juga sangat sedap, Untung adik-adik. Akak xpernah menyertai program yang lauknya sesedap sepanjang program 3hari bersama adik-adik. 

Menu untuk Adik-Adik :
6 hb Oktober 2011
[Petang]
Nasi
Ikan Sambal dan Sayur Kobis
Air Milo yang Manis (Kilang Gula sangat dekat)

[Malam]
Akak tidak turun ke Kantin bersama adik-adik
Jadi tidak tahu menunya.
^__^ v

7hb Oktober 2011
[Pagi]
Bihun Goreng 
~Siap ada FishCake+Sayur+Rampai yang lain~ Hebat kan.
Air (Xingat)

[T/hari]
Nasi
Gulai daging 
Sambal belacan + Ikan Tamban
Air Oren
[Petang]
Nasi
Sambal Cili Boh (Akak xboleh makan)
Ikan Bilis (secekak adik-adik letak dalam pinggan)
Air Sirap

8hb Oktober 2011
[T/hari]
Nasi
Sayur Buncis + Udang
Sambal Telur (sebiji setiap orang)
Air (xingat) sbb aak xminum

Illaiqa'..

05 October 2011

.:: Hanya 2 Minit ::.

5hb Oktober 2011, 
Azkiya' kena p Hospital untuk buat check up kali kedua. Tidak bercadang untuk ikut sekali, tapi entah macamana ana kena ikut. Huhuhu... "Sami'na wa Ato'na".. Cadang nak gerak jam7.30pagi, tapi akhirnya jadi jam8 pagi memandangkan orang yang kena ikut belum siap, diTAKLIF untuk bawa Asif jalan2, dengar macam best kan, huhu ^__^ v ~ 

Jam8 keluar dari rumah, ambi masa 45 minit untuk sampai Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Azkiya' kena buat check up Doktor Pakar Kanak2. Kronologi perjalanan yang agak merumitkan bagi sesiapa yang 5tahun sekali ke Hospital mcm ana=).. Mula2 ambil number giliran di kaunter pendaftaran, dapat number yang sgt sedikit ~8357~ "Number sekarang 8353" ooo, xlambat dah. 

Xselesai di situ, perlu naik keatas pula tingkat 2, untuk jumpa Doktor Pakar Pediatrik. Permulaanya, hanya berurusan dengan Kaunter, Azkiya' perlu ditimbang. Ana berdua dengan Asif, Hasilnya berat dari 3.7Kg pada 3hb Oktober naik kpd 3.8Kg hanya selang sehari je kan, Hebat anak sedara Maksu!!.. Kemudian tunggu dapat number "9591", masa tunggu baru number ~9570~ Laamaaanyaaaa nak tungguuu!!

Asif dah buat perangai, nak susu. Ana turun bawah cari Tok Wan dia, nk minta tlg amik bakul sbb nak buat susu. Menilau punya menilau satu Hospital (mcm jauh sgt) xjumpa. Last2, naik semula. Tok dia pulak yang turun cari Tok Wan, pun xjumpa jgk. Tapi ada juga yang Tok bawa naik, Air Milo+Kueh(4jenis).. Air pulak panas, kena tiup dulu sikit2. Macam2 feel la klu dah tungguuuu lamaaa ni...

Masa tgh minum Milo, Number Azkiya' dah sampai 9591, Alhamdulillah. Asif nak ikut Mak, Bagi payung suruh dia main. lega p.. Xdan Asif nak main payung, Azkiya' dah keluar. Ait kejapnya 2 MINIT ja ka!!, Ana ingatkan kena p tempat lain. Tanya Ngah "Dah siap ke?" Ngah jawab "Dah". La, dah siap rupanya. Mai dari jam 8- 11pagi, jumpa doktor hanya 2minit.. Agaknya memang macam 2 la semua orang yang datang cek arini.

Apa2pun, alhamdulillah Jantung dan Paru2 Azkiya' xda masalah sbb 2 la agaknya cepat je siap. lepas ni dah xkena p Hospital lagi.

Masa tunggu 2, macam ragam manusia.

Ada yang Ayah tolong jaga Kakak dan Abang, Mak uruskan adik dengan Doktor
Ada yang Ayah bersembang dengan kawan, Anak pulak yang cari Ayah
Ada yang Ayah serahkan sepenuhnya urusan pada Mak
Ada yang Anak tolong Tolakkan Mak dengan Kerusi Roda mungkin Ayah kerja
Ada yang nenek yang dukung Cucu mungkin Mak Baby xsihat
Ada yang Mak berehat Ayah yang tolong jagakan baby
Ada yang Mak dan Ayah sama2 bantu uruskan baby
Ada yang Abang jaga Adik, Mak uruskan baby
Ada yang Tok dan Tok wan yang datang uruskan baby, mungkin Mak Ayah kerja
Ada yang Baby nangis Ayah diamkan
Ada yang Baby nangis Mak yang susukan

Macam2 kan, ragam manusia~, Ambillah ibrah dari apa yang kita lihat itu juga adalah ilmu. Ilmu bukan sahaja di Buku tetapi dari persekitaran. Moga dapat jadikan sumber Ilmu untuk masa depan yang entah bila untuk dapat merasainya..


Illallhiqa'..
Ilahi Anta Maqsudi wa RedhakaMatlubi.

04 October 2011

.:: Hujung Minggu ::.


Hidup ana samada di Universiti dan di Rumah tiada Beza pada hakikatnya, wlpn ada pandangan sinis kepada ana.. Diriku tetap tidak berubah kerana telah sebati (mungkin^__^ v)~ 

Meting jadi teman
Pen dan buku jadi sokongan 
dan 
Doa jadi pengharapan.. 

Allah, Kau permudahkanlah segala gerak Kerja Islam ku ini.. Aku sayang semua Ummah yang seAGAMA denganku, kasihan Akhlak mereka, kasihan pegangan mereka dan Masa depan mereka(",)..

Segala yang terbaik adalah milik-MU ya Rabb..
~~~(@) Ilahi Anta Maqsudi wa Redhaka Matlubi(@)~~~

Minggu pertama

Keluar awal balik malam, Meting untuk dua Program. 
Bas & Motor jadi Mangsa pemderaan kamu.. Zalim bertempat ni^__^..
dan
Hanya di Rumah teman Mak&Abah, Ngah, Asif dan Azkiya'

Mak tanya :
"Meting apa sampai xhabis2 lagi"

Kak :
"Meting je la sekali gus, kan senang"

Abah :
"Ok". Doa keselamatan anak perempuan dia ni dalam diam agaknya.

Ana :
Senyum saja, adalah jawapan terbaik(fhm2 je la=)), hanya orang yang faham sahaja yang akan mengerti..
Apapun, TERIMA KASIH atas sokongan kalian semua

Minggu kedua

Program Motivasi & Kepimpinan pelajar
6-8 Oktober 2011
Tugas: Trainer Kepimpinan 
Madrasah al-Taklimiah al-Khairiah, Tok Keling
Tempat : Kem Kg Acheh, Yan.
Obj : Pembentukan Sahsiah dan Kepimpinan

Minggu Ketiga

Program Pemantapan Sahsiah
13-16 Oktober 2011
Tugas: D'taklif utk Disiplin
Sekolah Sains Tunku Syed Putra, Arau
Tempat : Kem Kenari, Yan
Obj : Pembentukan Sahsiah/Akhlak dan Ibadat

Minggu Keempat

Ada Ziarah terhormat dari jauh, jika di IZINkan Allah. Insha Allah

Illalliqa'..