11 December 2011

.:: Jangan seperti Lalang ::.


~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang~


Dalam kehidupan "Selagi Nyawa" dikandung badan, kita (Insan) tidak terlepas untuk membuat keputusan demi memenuhi kehendak dan keperluan sendiri walaupun individu lain melihatnya dari dimensi yang berbeza dengan pandangan kita. Keputusan yang dibuat akan memaksa kita merasai Pahit Maung Suka Duka dalam menyelaraskan apa yang bakal terjadi. Bukan mudah untuk membuat keputusan, jika perlu memilih 1 di antara dua lagi pula dua-dua sangat penting. 

Sewaktu Kecil kita mudah sahaja menerima keputusan dari Mak dan Ayah, A kata maka A juga lah kita. Tidak pandai membantah kerna semuanya mereka yang putuskan kita hanya melaksanakan dan pada waktu itu kita belum bijak membuat keputusan. 

Itu pun kadangkala kita mengeluh dan memberontak tidak mahu ke sekolah, kerana waktu itu Hati mahu "lebih-lebih" dalam bermain dengan kawan-kawan, seronok sahaja yang difikirkan! Mak kata masuk Tadika/Pasti yang ini ye, dan kita pun mengiakan. Alhamdulillah, anak yang baik kan sentiasa dengar arahan Mak dan Abah. 

Beg+Pensil+Pemadam+Buku+Pensil warna dan lain-lain semua dibelikan kita cuma ambil dan gunakan. Tanpa mengeluarkan 1sen, kita sudah menerimanya. Perkataan Terima Kasih pun belum pandai diungkapkan. 

Sampai sekolah kita memberi "sedekah" pula pada kawan-kawan, kesian melihat kawan-kawan tiada pensil. Biarpun tika itu kita tiada backup pensil tapi hakikatnya kita mengutamakan orang lain, sampai di rumah Mak Abah marah peralatan yang dibeli baru sehari sudah di faraidkan bersama kawan-kawan.

Muhasabah :
Keputusan yang dibuat oleh kita ketikaBerada di peringkat ini (Tadika/Pasti/Pra-Sekolah) adalah berdasar apa yang kita fikir "Asalkan BOLEH atau Kasihan" 
Positifnya : Mata hati telah dimanfaatkan, kerana empati apabila melihat orang lain tiada apa yang kita ada.
Umur meningkat kita mula belajar membuat keputusan apabila mendapat cemerlang dalam UPSR, kita ditawarkan ke Sekolah berasrama penuh. Keputusan itu akan memaksa diri untuk meninggalkan Mak Abah, Gadjet2 yang ada di rumah dan apa yang kita suka. Kita akan hidup dalam sebuah rumah atau dorm yang di dalamnya ada pelbagai ragam manusia. Jika kita seperti Lalang kita akan ikut apa yang kita rasa OK ^_^

Selepas berhempas pulas dari darjah 1-6 kita fokus pula untuk peperiksaan. Siang Malam berusaha membaca, menghafal dan mengira kita masuk Dewan periksa. Mak Abah di rumah berdoa siang dan malam untuk kejayaan kita. 



Kemudian, 
kita ke peringkat seterusnya! PMR menunggu kita. 
Kita guna cara dan kaedah yang sama seperti kita kita menduduki UPSR

  
SPM menanti, dan kita ambil keputusan untuk mengambilnya.


Kita berJAYA! Dan ditawarkan ke Universiti. KITA wajib membuat keputusan yang terbaik dan ikut minat yang diingini, jika tidak akan jadi sebaliknya. Pandangan awam harus diambil dan bukan meletakkan keputusan di tangan mereka dan, jadikan diri SEPERTI  LALANG, jika awam kata A kita pun A, dan jika awam kata B kita akan pilih B.
Pandangan sekadar proses membantu kita membuat keputusan dan pencerahan!

****************************************************************************

Jangan begitu, 
kerana kita sudah tahu apa matlamat dan Minat kita. Teruskan dengan keputusan serta tetap pendirian.
Moga keputusan ini atas pilihan ALLAH SWT, itu yang UTAMA-
Dan,
Kita wajib akan terima kritikan dan kata-kata yang kurang enak serta perli yang kurang menyenangkan! 
kerana,
kita tidak memilih apa yang mereka cadangkan..

SAHABAT-SAHABAT : Mari kita pilih

1) Kita pilih keputusan awam dan hadapinya keseorangan tanpa minat kerana IKUT ORANG
2) Kita pilih keputusan sendiri atas dasar pandangan awam kerana itu MINAT KITA, wlpn awam tidak bersetuju! Dan xmustahil anda akan digelar "Degil"



Ilalliqa'
Ilahi Anta Maqsudi wa Redhaka Matlubi
Bayti Jannati
4:58 Petang
Al-Nerangi
 

05 December 2011

.:: 9 & 10 Muharam 1433H ::.

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang~

Sumber dari iluvislam.com

-SOAL JAWAB PUASA ASYURA-

Ustaz..
Boleh tak terangkan berkenaan puasa asyura? Bila puasanya? Saya dengar 9 & 10 Muharram. Ada yang bagitau saya 11 pun sunnat puasa. Bagaimana yang terbaik? Apa lagi amalan baik di hari Asyura? Syukran.

Jawapan:
Kita akan berjumpa hari 'Asyura' (عاشوراء) sekali lagi. Di bawah ini saya nyatakan beberapa hukum yang disebutkan oleh para Fuqaha' berkaitan 'Asyura'.


1. Bilakah puasa 'Asyura'?
Pendapat pertama : Ibn Abbas Radhiyallahu 'Anhuma berpendapat 'Asyura' adalah pada 9 Muharram. Pendapat kedua : Jumhur Fuqaha' berpendapat 'Asyura' adalah pada 10 Muharram.

2. Bilakah sunnah Puasa?
Sunnah berpuasa seluruh bulan Muharram. Ini kerana ia termasuk salah satu daripada bulan-bulan haram.Sunnah muakkadah (yang sangat dituntut) berpuasa pada 10 Muharram (hari 'Asyura').Sunnah juga berpuasa pada 9 Muharram.Sunnah juga berpuasa pada 11 Muharram.Sunnah juga berpuasa 1-10 Muharram menurut sebahagian Fuqaha'.

3. Kelebihan berpuasa pada 10 Muharram?
Diampunkan dosa setahun yang lalu (hadis sahih riwayat Imam Muslim).Pada hari tersebut Nabi Musa diselamatkan daripada Fir'aun. Maka puasa tersebut adalah sebagai tanda kesyukuran*. Ummat Islam lebih berhak berpuasa daripada Yahudi (yang juga berpuasa pada 'Asyura') kerana aqidah yang sama dengan Nabi Musa.
* ia juga dalil bahawa Islam membenarkan sambutan diadakan untuk mensyukuri sesuatu perkara setiap tahun. Oleh kerana itu juga, maka sambutan maulid dibenarkan di dalam Islam sebagai tanda kesyukuran.

4. Mengapa pula puasa pada 9 Muharram?
Hadis Nabi yang bermaksud: Jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari kesembilan. Namun baginda telah wafat pada tahun berikutnya.Membezakan dengan amalan orang Yahudi.Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari 'Asyura'.Termasuk bulan-bulan haram.Termasuk 10 hari pertama Muharram yang disunnahkan berpuasa oleh sebahagian Fuqaha'.

5. Hikmah berpuasa pada hari 11 Muharram?
Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari 'Asyura'.Termasuk bulan-bulan haram.

6. Apakah amalan terbaik selain berpuasa pada hari 'Asyura'?
Meluaskan rezki (berbelanja makanan, minuman, menggembirakan kanak-kanak dan kaum keluarga).

7. Apakah kelebihannya?
Dilapangkan oleh Allah rezekinya selama setahun.*
* Hadis diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dan Attabrani dengan pelbagai sanad. Imam Baihaqi menyebutkan, sanad-sanadnya dhoif, tetapi apabila dihimpunkan kesemuanya maka ia menjadi kuat.

8. Apakah yang dilakukan oleh para salafussoleh pada hari 'Asyura'?
Disebutkan di dalam nota kaki kitab Fathul 'Allam oleh Syaikhuna Muhammad Alhajjar, menakalkan kitabAlmadkhal oleh Ibnul Hajj, para salafussoleh tidak akan melalui musim-musim ini melainkan dengan banyaknya ibadah, sedekah, berbuat kebajikan dan meraih kelebihannya, bukanlah dengan makan dan minum, bahkan bersegera menambahkan sedekah dan berbuat baik.

9. Apakah contoh amal kebaikan yang digalakkan oleh para ulamak untuk dilakukan pada hari tersebut?
Apa jua amalan kebajikan baik dilakukan pada hari yang mulia tersebut. Antara yang diajarkan oleh para ulamak adalah bersiwak, bercelak, berwangi-wangi, mengusap kepala anak yatim, menziarahi orang soleh dan para ulamak.

10. Ada tak doa yang diamalkan pada hari tersebut?

Mari manfaatkan hari 'Asyura, hari yang penuh keutamaan dan kemuliaan dengan memanjatkan doa :

حَسْبُنَااللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ
سُبْحَانَ اللَّهِ مِلْءَالْمِيْزَانِ وَمُنْتَهَى الْعِلْمِ وَمَبْلَغَ الرِّضَاوَزِنَةَالْعَرْشِ
لاَمَلْجَأَ وَلاَمَنْجَأَ مِنَ اللَّهِ اِلاَّ اِلَيْهِ سُبْحَانَ اللَّهِ عَدَدَالشَّفْعِ وَالْوِتْرِ
وَعَدَدَكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ كُلِّهَانَسْأَلُكَ السَّلاَمَةَبِرَحْمَتِكَ يَااَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
وَلاَحَوْلَ وَلاَقُوَّةَاِلاَّبِاللَّهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ
وَهُوَحَسْبُنَ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ
وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

"Hasbunallahu wani'mal wakiilu ni'mal maulaa wani'man nashiiru
Subhanallahi mil-al miizaani wa muntahal 'ilmi wa mablaghar ridhaa wazinatal 'arsyi
Laa malja-a walaa manja-a minallahi illa ilaihi subhaanallahi 'adadasy syaf'ir wal witri
Wa 'adada kalimaatillahittaammaati kulliha nas-alukas salaamata birahmatika yaa arhamar raahimina
Walaa haula walaa quwwata illa billahil 'aliyyil 'azhiimi
Wa huwa hasbuna wa ni'mal wakiilu ni'mal maulaa wa ni'man nashiiru
Wa shallalahu 'alaa sayyidina muhammadin wa 'alaa aalihi washahbihii wasallam"

Ertinya:
"Cukuplah Allah menjadi sandaran kami, dan Dia sebaik-baik Pelindung, sebaik-baik kekasih, dan sebaik-baik Penolong. Maha Suci Allah sepenuh timbangan, sesempurna ilmu, sepenuh keridhaan dan timbangan 'arsy. Tidak ada tempat berlindung dan menyelamatkan diri dari Allah, kecuali hanya kepada-Nya. Maha Suci Allah sebanyak bilangan genap dan ganjil, dan sebanyak kalimat Allah yang sempurna, kami memohon keselamatan dengan rahmat-Mu wahai Dzat Yang Paling Penyayang diantara semua yang penyayang. Dan tiada daya upaya dan kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Dan Dialah yang mencukupi kami, sebaik-baik Pelindung, sebaik-baik kekasih, dan sebaik-baik Penolong. Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurah kepada junjungan kami Nabi Muhammad, teriring keluarga dan sahabat beliau."

11. Apa hukumnya merobek pakaian, meronta-ronta dan memukul badan seperti mana yang dilakukan oleh Syi'ah pada hari 'Asyura' meratapi pemergian Sayidina Husin?
Hukumnya haram. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Sayyidina Ibn Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Bukanlah daripada kalangan kami orang yang memukul dada, mengoyak kain dan menyeru dengan seruan jahiliyyah (yakni meratap seperti ratapan kaum jahiliyyah)."

~Alhamdulillah.. Allah beri keizinan untuk berpuasa pada hari ini.. Moga Allah kuatkan kami berdua untuk terus berpuasa pada hari ini dan esok~

Ilalliqa
Ilahi Anta Maqsudi wa Redhaka Matlubi
Bayti Jannati
11:00 pagi
Kuala Nerang, Kedah..

01 December 2011

.:: Tazkiyah al-Nafs : Konsep Perubahan Jiwa ::.

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang~


Tazkiyah al-Nafs:

juga sering di selami dengan erti Penyucian Jiwa,  Pembersihan Hati, Penjernihan atau Pembeningan Hati serta penyelarasan hubungan antara manusia dan Tuhannya. Mujahadah juga dapat memberikan makna yang sama dengan pembersihan hati. 

Langkah penerokaan Tazkitah al-Nafs meliputi jalinan hubungan yang baik antara manusia dan alam lingkungannya seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Dalam konsep tasawuf, Tazkiyah al-Nafs adalah satu kaedah untuk mendekatkan diri kepada Allah melalui proses-proses dan latihan-latihan rohani yang tertentu.

Perubahan jiwa dapat dikeluarkan daripada konsep Tazkiyah al-Nafs. 

Beralihnya jiwa yang kotor, ternoda dan tercemar menjadi jiwa yang suci lagi menyucikan,

Peralihan daripada keadaan yang tidak mengikuti syariat kembali kepada keadaan yang menempati syariat, 

Daripada hati yang kafir menjadi hati yang mukmin, 

Daripada munafik menuju sifat jujur, amanah dan fatanah, 

Kebakhilan bertukar kepada pemurah, 

sifat demdam berganti pemaaf, tawadu', tawakal dan terkawal.


Ilalliqa
Ilahi Anta Maqsudi wa Redhaka Matlubi
Bayti Jannati
06:35PM