04 November 2012

.::Muraqabah : Tafakkur ::.

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang~


Muraqabah dari segi bahasa ialah raqabah membawa dua pengertian iaitu hirasuhu/hafizahu (mengawasi) dan lahizuhu/waracahu (memelihara) (Al-Mucjam Al-cArabi Al-Asasi: 539) dapat difahami dengan maksud Allah s.w.t sentiasa mengawasi, memerhati, meliputi dan mengawal segala perbuatan dan tingkah laku manusia (cAbd Allah Muhammad, 2008: 230). Dalam bahasa Inggeris, muraqabah difahami dengan beberapa istilah contemplation, control, watch, observe, monitor, supervision, survillenced, check, censor, spy dan auditor memberi maksud ta’ammul dan tafkir) iaitu berfikir tentang penciptaan Allah s.w.t (makhluqat), nikmat-nikmat-Nya dan amalan yang dikerjakan (Al-Mucjam al-Wasid: 1014; Raja Taufik et.al, 1985: 464).

            Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkataan lain yang dikenal pasti ada dinyatakan dalam al-Quran terangkum dalam konsep muraqabah seperti yang disenaraikan dalam jadual (1) di bawah :

Bil.
Perkataan
Surah  : ayat
Penggunaan
1
Mengawasi
Al-Ahzab   : 52
 Al-Ma’idah:117
Raqiba
2
Menjaga
Al-Nisa    : 1
Al-Racd     : 33
Qaim
Qaim
3
Memerhati/Melihat/
Menyaksikan
Surah al-Fajr      : 14
Surah al-cAlaq    : 14
Surah al-Hasyr    : 18
Surah al-Mujadalah :6
Mirsad
Yara
Tanzur
Shahid
4
Meneliti
Surah al-Nisa     : 94
Khabir
5
Mengetahui
Surah al-Mulk    : 13
Surah Ghafir : 19
Surah al-Baqarah: 115, 235
Surah Qaf : 16
Surah al-Hadid : 3
Yaclamu
Yaclamu
Naclamu
Naclamu
cAlim
6
Meliputi/berkuasa atas
Sesuatu
Surah Fusilat : 54
Surah Ali-Imran:189
Muhid
Qadir
7
Bersama
Surah al-Syucara’ : 62
Maci

Dalam konteks ini, al-Quran turut menyampaikan maksud konsep muraqabah dengan menggunakan lafaz tafakkur yang disebut dalam 13 surah berlainan sebagaimana jadual (2) di bawah :

Bil
Kata Kunci
Surah : Ayat
1
Yatafakkarun
Ali cImran : 191
Al-Acraf : 176
Al-Racd : 3
Al-Nahl : 11,44,69
Al-Rum : 21
Al-Zumar : 42
Al-Jathiah : 13
Al-Hashr : 21
2
Tatafakkarun
Al-Baqarah : 219,266
Al-Ancam : 50
3
Yatafakkaru
Al-Rum : 8
4
Tatafakkaru
Al-Saba’ : 46
5
Fakara
Al-Mudathir : 18

            Amalan muraqabah akan dapat dicapai oleh mukalaf kesan daripada hati yang bersih setelah terangkatnya hijab oleh Allah s.w.t bagi menyempurnakan keesaan tawhid dan macrifah Allah membimbing diri menjauhi dosa-dosa besar, bersyukur atas nikmat-nikmat Allah s.w.t , mengingati Allah s.w.t dalam semua keadaan dengan cara berfikir kebesaran Allah s.w.t yang ada di langit dan di bumi (Al-Khalidi. 1997: 166). Seorang mukmin dapat mencapai aspek macrifah Allah melalui keupayaan akal menilai sesuatu yang baik dan buruk bersandarkan ilmu untuk membezakan antara hak dan batil akan melahirkan kepercayaan yang utuh kepada Allah s.w.t serta mengakui bahawa tiada Tuhan selain Allah s.w.t yang berhak disembah dan menthabitkan hati hanya kepada-Nya. Kesungguhan mukmin yang bersih hatinya dalam mempraktikkan tafakkur secara tidak langsung memberi tanggapan bahawa Allah s.w.t sentiasa mengawasinya di setiap waktu dan tempat dan memberi nilai tambah untuk meningkatkan aspek muraqabah dalam kehidupan seharian (www.nabulsi.com). Allah s.w.t banyak mempromosikan hasil penciptaan-Nya sebagaimana yang disebut dalam al-Quran :

وَهُوَ الَّذِي مَدَّ الأَرْضَ وَجَعَلَ فِيهَا رَوَاسِيَ وَأَنْهَارًا وَمِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ جَعَلَ فِيهَا زَوْجَيْنِ اثْنَيْنِ يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ﴿۳﴾

Maksudnya:
Dan Dialah yang menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, ia jadikan padanya pasangan; dua-dua. Ia juga melindungi siang dan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang mahu (berfikir).

(Surah al-Racd (13): 3)

            Kesemua hasil penciptaan-Nya yang ada di langit dan bumi ini memberi panduan kepada manusia dan menjadi asas kepada tuntutan al-Quran supaya sentiasa memerhatikan kejadian langit dan bumi memberi petanda kepada sifat-sifat kesempurnaann-Nya kepada hamba untuk menghadirkan pengertian tawhid, meneliti kesempurnaan kejadian Allah s.w.t dalam alam, inilah yang merupakan intipati atau proses muraqabah yang ingin disampaikan oleh al-Quran walaupun tidak menyebut dengan lafaz muraqabah. Merujuk kepada pengakuan ketawhidan manusia kepada pencipta alam sejagat melahirkan satu dorongan untuk melaksanakan segala perintah arahan Allah s.w.t dalam garis panduan muraqabah dengan hati yang tidak dipengaruhi perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t memperbanyakan melihat hasil penciptaan-Nya seterusnya dapat difikirkan oleh manusia (tafakkur) dan menjadi sentiasa mengawal lagi mengawasi (muraqabah) segala yang zahir dan batin serta mencipta setiap apa yang ada di langit dan di bumi hanya Dia yang mampu memberi manfaat atau menghalang mudarat kerana sesungguhnya Allah s.w.t sentiasa bersama manusia di setiap tempat secara berterusan melazimi sifat cubudiyyah berdasarkan hukum-hakam yang telah disyariatkan (Al-Khalidi: 1997.  166).

            Dapat difahami bahawa, apabila mukmin memahami hakikat penciptaan ini dan menyedari dirinya hanya seorang hamba, maka secara tidak langsung akan membantunya untuk memahami bahawa seluruh ketaatan perlu diserahkan kepada Allah s.w.t dan meyakini akan adanya pengawasan Allah s.w.t keatas sesuatu suruhan dan larangan-Nya serta akan diberi balasan setimpal dengan amalan yang dilakukan semasa di dunia. Ini menunjukkan Allah s.w.t menyebut dalam al-Quran dengan menggunakan perkataan-perkataan di atas untuk menerangkan bahawa Dia Maha Melihat, Maha Mengetahui, Maha Mendengar, Maha Mentadbir segala sesuatu yang telah diciptakan-Nya ke atas setiap makhluk. Hikmahnya supaya tertanam dalam hati manusia bahawa Allah s.w.t sentiasa wujud dalam kehidupan mereka memantau setiap pergerakan di setiap tempat. Merenung hasil penciptaan-Nya dijadikan sebagai instrumen utama untuk mengakui bahawa setiap penciptaan-Nya mempunyai fungsi dan matlamat yang berbeza kesemuanya membantu mukalaf sentiasa mengingati Allah s.w.t dalam setiap keadaan dengan kesedaran hati meyakini bahawa hanya Allah s.w.t yang menciptakannya (Al-Ghazali, 1975: 59) sebagaimana disebut dalam firman-Nya:

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ﴿۱٩۱

Maksudnya:
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): ‘Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka’.

 (Ali cImran (3):  191)

            Seorang mukalaf yang mengamalkan proses muraqabah dalam kehidupan seharian akan berada dalam keadaan sentiasa mengingati Allah s.w.t dalam setiap keadaan ketika melaksanakan segala perintah yang disyariatkan-Nya dengan sempurna serta berjaga-jaga dalam setiap tindakan secara tidak langsung dapat memperbaiki akhlak daripada buruk kepada baik (www.al-nabulsi.com). Allah s.w.t berfirman :

يَوْمَ يَجْمَعُكُمْ لِيَوْمِ الجَمْعِ ذَلِكَ يَوْمُ التَّغَابُنِ وَمَنْ يُؤْمِنْ بِاللهِ وَيَعْمَلْ صَالِحًا يُكَفِّرْ عَنْهُ سَيِّئَاتِهِ وَيُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ الفَوْزُ العَظِيمُ﴿٩﴾

Maksudnya:
(Ingatlah) pada hari (ketika) Allah mengumpulkan kamu pada hari perhimpunan. Itulah hari diperlihatkan kesalahan-kesalahan. Dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan mengerjakan kebajikan, nescaya Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya dan memasukkannya ke dalam syurga yangmengalir di bawahnya  sungai-sungai, maka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar.

(al-Taghabun (64): 9)

Firman-Nya lagi:
وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ ﴿۳۲﴾
 وَالَّذِينَ هُمْ بِشَهَادَاتِهِمْ قَائِمُونَ ﴿۳۳﴾
 وَالَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ ﴿۳٤﴾

Maksudnya:
Dan orang-orang yang memelihara amanat janjinya, dan orang-orang yang berpegang teguh pada kesaksiannya, dan orang-orang yang memelihara solatnya.

(al-Macarij (70): 32-34)

          Hal ini berbeza bagi individu yang tidak merasakan dirinya sedang diawasi (muraqabah), merasakan segala perbuatan boleh dilakukan tanpa batasan sehingga menjurus ke jurang maksiat dan kejahatan yang balasannya akan diazab oleh Allah s.w.t sebagaimana firman-Nya :

وَاتَّقُوا يَوْمًا تُرْجَعُونَ فِيهِ إِلَى اللهِ ثُمَّ تُوَفَّى كُلُّ نَفْسٍ مَا كَسَبَتْ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ﴿۲٨۱﴾

Maksudnya:
Dan takutlah pada hari (ketika) kamu semua dikembalikan kepada Allah SWT. Kemudian setiap orang diberi balasan yang sempurna sesuai dengan apa yang telah dilakukannya, dan mereka tidak dizalimi.

(al-Baqarah (2): 281)

Firman Allah s.w.t lagi:

وَوُضِعَ الكِتَابُ فَتَرَى المُجْرِمِينَ مُشْفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَا وَيْلَتَنَا مَالِ هَذَا الكِتَابِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةً وَلَا كَبِيرَةً إِلَّا أَحْصَاهَا وَوَجَدُوا مَا عَمِلُوا حَاضِرًا وَلَا يَظْلِمُ رَبُّكَ أَحَدًا ﴿٤٩﴾

Maksudnya:
Dan diletakkan kitab (catatan amal), lalu engkau akan melihat orang yang berdosa merasa ketakutan terhadap apa yang (tertulis) didalamnya, dan mereka berkata : ‘Betapa celaka kami, kitab apakah ini, tidak ada yang tertinggal, yang kecil dan yang besar melainkan tercatat semuanya’ dan mereka dapati (semua) apa yang telah mereka kerjakan (tertulis). Dan Tuhanmu tidak menzalimi seorang jua pun.

(Surah al-Kahf (18): 49)

             Dalam hal ini, Nabi Musa a.s telah menunjukkan kepada umat manusia bagaimana caranya untuk mengaplikasikan muraqabah Allah yang sebelumnya telah membuat satu tuntutan kepada Allah s.w.t supaya menzahirkan diri-Nya (dhat) secara langsung agar dengannya dapat menambahkan keimanan akan tetapi Allah s.w.t membalas dengan mengarahkan Nabi Musa a.s melihat kepada gunung (ciptaan-Nya) untuk diertikan sebagai kebesaran dan kekuasaaan Allah s.w.t yang dengannya tidak mampu diukur dengan ukuran manusia, sebagaimana yang telah diceritakan dalam al-Quran  :

وَلَمَّا جَاءَ مُوسَى لِمِيقَاتِنَا وَكَلَّمَهُ رَبُّهُ قَالَ رَبِّ أَرِنِي أَنْظُرْ إِلَيْكَ قَالَ لَنْ تَرَانِي وَلَكِنِ انْظُرْ إِلَى الجَبَلِ فَإِنِ اسْتَقَرَّ مَكَانَهُ فَسَوْفَ تَرَانِي فَلَمَّا تَجَلَّى رَبُّهُ لِلْجَبَلِ جَعَلَهُ دَكًّا وَخَرَّ مُوسَى صَعِقًا فَلَمَّا أَفَاقَ قَالَ سُبْحَانَكَ تُبْتُ إِلَيْكَ وَأَنَا أَوَّلُ المُؤْمِنِينَ ﴿۱٤۳﴾

Maksudnya:
“Dan tatkala Musa datang untuk (bermunajat kepada kami) pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhannya telah berfirman (secara langsung) kepadanya, berkatalah Musa: “Ya Tuhanku! Zahirkan (diri Engkau) kepadaku agar aku dapat melihat kepada Engkau” Tuhan berfirman: “Kamu sekali-kali tidak mampu tidak mampu melihat-Ku, tetapi lihatlah di bukit itu, maka jika ia tetap di tempat (seperti sediakala) nescaya kamu dapat melihat-Ku” Tatkala Tuhannya menzahirkan diri kepada gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pengsan. Maka setelah Musa sedar kembali, dia berkata: “Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada Engkau dan aku orang pertama yang beriman”

(Surah al-Acraf (7):143)