31 March 2012

.:: Bagaimana Zuhudnya Baginda ::.

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang~



Alhamdulillah,
Segala Pujian bagi Allah SWT yang telah membenarkan kita berpijak di Bumi MilikNya.Kita Bukan Tuan kepada bumi ini. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw serta kaum kerabat baginda.
Ana teruja dengan sebuah buku yang baru dibeli seminggu yang lepas tetapi baru setengah di hadam. Mudah-mudahan dipermudahkan untuk menghabiskannya. Buku ini bertajuk "Sehingga Pemuda Mengetahuinya" Karangan Dr Abdullah Nasih Ulwan.
Banyak perkongsian di dalamnya yang membuatkan ana rasa 'sudahkan aku buat'? Beliau memfokuskan kepada Slogan :
Allah Matlamat Kami
Rasul Ikutan Kami
Al-Quran Perlembagaan Kami
Jihad Jalan Kami
Mati Syahid Cita Tertinggi Kami
Tetapi yang beliau gusarkan adakah slogan itu hanya di bibir semata-mata atau ia juga berinteraksi dengan Hati. Di Bibir bukan main semangat tetapi tidak dipraktikkan. Biarkan yang kita amal itu sedikit yang utamanya ia berTERUSAN.

Halaman 21 -25
Bagaimana Rasulullah mengamalkan sifat zuhud? Adakah seperti yang dilakukan oleh Masyarakat kita sekarang...
Berkata Abdullah bin Mas'ud : Aku telah masuk menghadap Rasulullah saw, baginda telah bangun dari tikar hamparannya, sedangkan ia telah memberi bekas pada sisi baginda yang Mulia.
Aku berkata : "Wahai Rasulullah, kalaulah aku carikan untukmu sebuah tilam, agar engkau boleh letakkan di atas tikar, supaya ia menjaga badanmu daripadanya".
Maka Baginda bersabda : "Apalah aku dengan dunia. Tidaklah aku di dunia ini melainkan seperti seorang penunggang yang singgah berteduh di bawah sepohon pokok, kemudian dia berjalan meninggalkannya"
Baginda orang yang telah bersabda :
" Ya Allah jadikanlah rezeki keluarga Muhammad hanya sekadar mencukupi"
" Ya Allah jadikanlah rezeki keluarga Muhammad hanya sekadar untuk menyambung hidup" (Sahih Muslim)
Allahu Rabbi, Lihat bagaimana sifat Zuhud yang dipamerkan oleh baginda kepada sahabat-sahabat,anak-anak dan juga buat kita sebagai umatnya.
Wahai Para Pemuda,
Janganlah kamu menyangka bahawa Nabi Muhammad saw ketika meletakkan dirinya sifat Zuhud dan Qanaah serta hidup yang sekadar mencukupi jadi baginda mahu mengharamkan ke atas diri dan keluarganya perhiasan Allah yang telah dikhususkan untuk hamba2Nya serta Rezeki2 Yang halal.
Padahal Bagindalah,
Orang yang mengingkari tindakan para sahabat yang telah mengharamkan diri mereka untuk berkahwin, Orang yang makan daging,Orang yang berbuka puasa, Orang yang mengambil bahagian kehidupan
Sesungguhnya,
sekiranya Baginda mahukan segala kemewahan hidup, mengumpulkan rezeki yang elok, bersedap-sedap dengan bunga perhiasan Dunia,nescaya dunia akan datang kepada baginda dalamkeadaan tunduk,merendah diri,mahupun terpaksa.
Akan tetapi,
Baginda mahukan kezuhudan dan penjagaan dirinya beberapa perkara iaitu :
1- Baginda Mahu mengajarkan generasi Islam dengan Sifat Zuhudnya ini dengan makna Kasih Sayang, Pengorbanan dan Mengutamakan Orang Lain
2- Baginda ingin menjadi contoh kepada generasi Islam dengan hidup sederhana dan berpada-pada
3- Baginda ingin memahamkan mereka yang mempunyai penyakit di dalam hati , golongan munafik, missionari dan musuh Islam yang lain bahawa Baginda tidak pernah berniat untuk mengumpulkan daripada Dakwah.

Inilah keadaan baginda saw dan keadaan para Nabi sebelumnya :
"Wahai kaumku, aku tiada meminta harta benda kepada kamu (sebagai ganjaran) bagi seruanku, Ganjaranku hanyalah dari Allah" Surah Hud :29

Maas Salamah wa Ilalliqa
Nady Sufy @ Bayti Jannati
01:09AM

30 March 2012

.:: Mak, Terima Kasih atas Jasamu ::.

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang~

Berapa pun banyaknya budimu,
itu masih sedikit untuk
beliau...

**********
Berapa malam Ibumu tidak
tidur,
kerana sibuk mengasuh
engkau...

**********
Beliau susah, keluh kesah
menarik nafas panjang,
ketika melahirkanmu...

**********
Dia selalu membasuh
kotoranmu,
dengan tangan kanannya...

**********
Dia tidak menghalangimu,
untuk mendapat kesenangan...

**********
Dia telah mengorbankan
jiwanya,
untuk memenuhi keperluanmu...

**********
Dia memerah susunya,
untuk pemuas dahagamu...

**********
Terkadang dia sakit dan lapar,
tetapi tangannya tidak
berhenti mengurus engkau...

**********
Mengapa lagi orang yang
punya akal,
masih menuruti hawa
nafsunya...

**********
Mengapa lagi hatinya buta,
padahal dia melihat...

**********
Oleh itu mohonlah
kesejahteraannya,
berdoalah kepada Tuhanmu...

 YaAllah...........

Rabbighfirly Waliwa Lidayya
Warhamhuma
Kama Rabbayany Soghira

.:: Perjalanan Awal Mac ::.

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang~



Alhamdulillah, Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang atas segala nikmat telah dicurahkan dan atas segala  dosa yang diampunkan dengan IzinNya.

Minggu ini pelbagai Ujian dan Rezeki yang tidak disangka-sangka muncul tanpa diduga. Sedih dan Gembira silih berganti. Yang hidup WAJIB meneruskan kehidupan, mula bertatih berjalan dalam dunia kerjaya dan pendidikan. Yang sudah dipanggil Ilahi maka si Fulan/ah akan kembali menemui Allah Yang Esa.

8hb Mac 2012  (Petang)
~Gembira : Kerjaya Baru~

Alhamdulillah, setelah ditemuduga dan ditapis di peringkat kedua (8 Mac 2012) akhirnya  sahabat ana diberi “Tanggungjawab dan Tugas Baru” sebagai Plant Executive dan HACCP (Hazard Analysis of Critical Control Point) Team Leader di Perak Agro Herbal Sdn. Bhd.

Lapor diri pada 1 April 2012 . Pada ana ia tugas yang berat, namun Allah lebih tahu kemampuan hambaNya kan. Walaupun ini sesuatu yang asing bagi ana tetapi ana mengambil peluang ini untuk dijadikan Ilmu baru yang patut diketahui, Insha Allah. May Allah Bless us, Rabbi Yassir wala Tuassir Ya Karim.

Try Ur Best Sahabat, Allah With u!

Point 1 :
Apabila tiada rezeki (Temuduga&Kerja) sebelum ini (yang pertama, ke-2, ke-3 @ seterusnya), jangan bersedih, kecewa dan berputus asa Kerana Allah sudah tetapkan yang terbaik untuk kamu. Berusaha+Berusaha dan berdoa seterusnya bertawakal.

***************************

8-10 Mac 2012
Kem Kepimpinan Aspuri
Pendang Lake Resort, Pendang, Kedah Darul Aman.

Perjalanan ana ke sana seorang diri sebab dua orang sahabat ana terpaksa datang keesokan pagi (ada Urusan Peribadi).  Mulanya, rasa sedih dan tidak mahu pergi. “Mehnah” ini sebenarnya yang akan membuatkan kita kuat. Ana kuatkan langkah, bulatkan tekad, Allah pasti adabersama ana. Tidak dibiarkan seorang diri.

 Sejam sebelum bertolak baru dapat maklumat, perlu bergerak seorang diri. Selalunya kita kuat dengan sahabat tetapi kali ini ada sesuatu  yang Allah ingin tarbiyyah?? Tanpa teman (manusia) tetapi dengan pastinya Allah sentiasa menemani bersama Teman kiri dan kanan.

Dari Rumah<<>>Bas Padang Sanai<<>>Kuala Nerang  =  RM1.50

Di Kuala Nerang<<>> Bas Alor Setar<<>>Shahab Perdana  = RM4.50

Di Shahab Perdana<<>>Bas Pendang<<>>Pendang Lake Resort = RM3.90

Itulah perancangan Allah! Diaturkan segalanya dengan mengikut flow  yang terbaik. Tiba di Kuala Nerang hanya tunggu 15 minit untuk naik bas ke alor setar. Dan semasa di Alor Setar tunggu 20 minit untuk naik bas ke Pendang. Terfikir, “Siapa yang akan ambil nanti??”, seperti tidak Yakin sahaja dengan Allah.

Alhamdulillah, tepat jam 6petang ana selamat tiba di pendang Lake Resort. Perjalanan sebentar tadi seperti di Alam Fantasi. Hakikatnya, Allah yang telah memudah dan melancarkan perjalanan ana.  “Belum Solat lagi ni. Seharian dalam Bas”, Dan lagi Allah memudahlan urusan untuk ana Solat, Alhamdulillah3x^___^

Point 2:
Letakkan keyakinan 100% pada Allah, bila Dia Takdirkan sesuatu maka Dia yang akan memudahkannya. Be Yourself. Tujuan dan Matlamat  kita untuk apa. Seterusnya Tawakal pada Allah!

*******************************************

Peserta yang terlibat seramai 86orang, Banaat sahaja^___^  Mereka “orang kuat” asrama Puteri. Jadi, kem ini membantu diri kami dan mereka untuk bersama-sama memantapkan sahsiah kerana mereka sering diperhatikan pergerakannya.

Semasa Halaqah al-Raisiyyah 1 (Ta’aruf) kami diberi tanggungjawab untuk meneliti masalah yang mereka hadapi semasa memegang jawatan tersebut. Ada yang menerima secara terpaksa, rela atau kerana tiada orang yang mampu untuk menunaikan tanggungjawab tersebut kerana bertukar sekolah.

1-Dalam meyelesaikan sesuatu masalah dalam Organisasi komunikasi amat penting. Salah satu yang kami lakukan dengan melakukan analogi bersama, sebagai contoh :  “Dua orang peserta duduk membelakangi antara satu sama lain dan meletakkan jari telunjuk di dahi sahabat, kemudian fikir apa yang sedang difikirkan oleh sahabat.” Selepas 30saat setiap seorang memberitahu apa yang sahabat mereka fikirkan.

Adakah kita boleh mengetahui apa yang difikirkan oleh sahabat hanya dengan Meletakkan Jari Telunjuk di Dahi Sahabat kita????????

Hakikatnya, jawapan yang akan diberi adalah berdasarkan apa yang kita fikir bukan sebaliknya. Kita hanya manusia, tidak mampu mengetahui apa yang diluar pengetahuan kita. Oleh itu, Untuk mengenali seseorang, menyelesaikan masalah, mengetahui sesuatu perlu dengan KOMUNIKASI bukan dengan meletakkan jari.

Point 3:
Jangan Judge orang sebelum kita berkomunikasi dengannya. Kita hanya tahu dirinya tetapi kita belum kenal. Bagaimana kita men’Judge’ orang begitu jua Orang akan  men’Judge’ keperibadian kita.

************************************************

Perjalanan program kali ini banyak mengajar erti berdikari dan yakin pada diri sendiri. Allah tidak akan membiarkan kita seorang diri, walaupun kita tahu hadir/lahirnya kita di dunia ini tanpa teman, sahabat atau ibu bapa. Oleh itu, tetapkan keyakinan anda dan mohon doa padaNya.

Terima Kasih kepada khas buat,

Urusetia yang terlibat :
Akh afifuddin
Akh Ifwat
Akh Muhammad

Fasilitator :
Ukhti Naimah UM
Ukhti Hayati MMAS
Ukhti Aini KUIN
Ukhti Hawa KUIN
Ukhti Fatin KUIN
Ukhti Hani KUIN
Ukhti Zaharah UPSI
Ukhti Alawiyah MZ
~”Nice to meet u”~

Juga Buat adik-adik terCinta, Terima Kasih atas kerjasama Kalian yang sangat Sporting^____^, Akak sayang kamu.

*Nur Syahira Bt. Mohd sufi
*Nurizzati Bt. Anuar
*Siti Aisyah Bt. Mohd Nasir
*Nor Hidayah Bt. Md Fadzil
*Nurul Nabilah Bt. Jamal
*Nurul Syahirah Bt.Mohamad Suhaimi
*Nurul Afifah Bt. Roslan
*Khairunnisa Bt. Nazri
*Nur Aiman Nabilah Bt. Rahim
*Norlina Khalida Bt. Mohamad Asri
~Sharing Is Caring~

***************************

10 Mac 2012 (Pagi)
Walimah sepupu (anak Pak Ngah) di Baling, Kedah.
Tahniah,
Buat Kak Yati dan Abang Hafidz (Perlis), selamat diijabkabulkan 5 Febuari 2012 dan walimah pada 10 Mac 2012. Kami mendoakan kebahagiaan kak yati sekeluarga moga kekal hingga Akhir hayat. Sakinah, Mawaddah dan Rahmah menyinari Hidup Kalian.

***************************
10  Mac 2012 (Malam)
Little Catering in Da house
Kem Anak Soleh [Anak Soleh Permata Ayah Bonda]
Maktab Mahmud  Padang Terap
Makan Malam VIP (Penceramah)
Jam 10 Malam.

***************************

11 Mac 2012
 Mak Lang Esah (Jiran sebelah )kembali ke Rahmatullah. 4hari dalam keadaan tidak sedar. Arwah sudah 3tahun stroke (awal setahun dari abah), Akhirnya Allah menjemputnya kembali dalam situasi Redha meredhai, Alhamdulillah. Meninggal dunia jam6.30pagi dan dikebumikan jam5 petang. Semua anak-anak ada disisi.

***************************

12 Mac 2012 (Malam)
Little Catering in Da house
Kem Anak Soleh [Anak Soleh Permata Ayah Bonda]
Maktab Mahmud  Padang Terap
Makan Malam VIP (Penceramah)
Jam 10 Malam.

***************************

13 Mac 2012
Majlis Penutup
Kem Anak Soleh [Anak Soleh Permata Ayah Bonda]
Perasmi : YB Kupang

***************************

31 Mac 2012
Mesyuarat Kali-1
Persatuan Ex-Student (Perses)
Pejabat Perses,Kuala Nerang
7Muslimin, 6 Muslimat

Ma’as Salamah wa Ilallqa’
6:09 PM
Nady Sufy @ Bayti Jannati
06300 Kuala Nerang.

04 March 2012

.:: ‘Tawakal’ : Ku perlukanmu ::.

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang~

Perjalanan hidup seharian akan Stress dan sangat tertekan tatkala “diri ini” terlalu berharap pada sesuatu yang tidak pasti. Mungkinkah ia bisa dimiliki atau sebaliknya! Walaupun kita tahu kita sudah ada Hint atau signal untuk memilikinya akan tetapi selagi ia belum berada di tangan kita ia tidak dinamakan milik@rezeki kita.
Wahai yang sedang menulis, Apa yang sebenarnya kamu ingin dikatakan ini???
-( Ada apa dalam FEBRUARI )-
Mencari ERTI Tawakal
Sepanjang Februari, ana tertunggu-tunggu surat [ada apa dengan surat] khusus atas nama ana. Teruja melihat surat yang diberikan oleh posmen, tetapi sedihnya ia bukan nama ana. Dimana dan bila ia akan sampai? Hati merintih, berharap pada manusia tidak lagi pada-Nya. Sesekali terjadi, istighfar kembali, Astaghfirullah al-Azim.
Jika ada milikmu pasti ada wahai hati. Bersabarlah!  Hari-hari mengharap tetapi yang diharap itu belum pasti ‘bila’ akan jadi milik kita. Kakak  A yang berada di Terengganu sering bertanyakan mengenai hal yang sama. “Ada terima apa-apa belum, tentang surat panggilan M.a kita?”, ana menjawab,  “Belum akak”.
Kemudian, minggu kedua bulan Februari kakak A bertemu dengan penyelia (bakal penyelia Sarjana) kami disana bertanyakan hal yang sama. Bagaimana perjalanan kami? Bila mahu bermula? Bila dah bersemangat tetapi pada yang tidak terikat ia mudah luntur pudar. Allahu Rabbi, Ya Rabbul Izzati. Permudahkan urusan kami.
“Ada berita baik! Akak baru lepas cakap dengan ayahanda (Penyelia) kita. Alhamdulillah confirm  dapat, ustaz beritahu nama kita bertiga sudah berada di tangan Ketua Jabatan (KJ) dan tunggu meeting sekali lagi untuk sahihkan penyelia”, Kakak A menghantar pesanan SMS.
Allah,dalam kekusutan Kau beri kelapangan. Dalam kegundahan Kau beri keringanan. Sungguh, Innama’al ‘Usri Yusra. Alhamdulillah, sedikit peluang telah terbuka, harapan sudah 70% yakin. 30% lagi perlu diyakinkan dengan Hitan Putih (surat). “Dalam Minggu ni(Hujung Februari) surat sampai, insha Allah”, dia memujuk.
Tetapi hari ini sudah masuk minggu pertama Mac, adakah masih dalam perbincangan penyelia lagi? Atau masih dalam penyeliaan Pusat Pasca Siswazah (PPS), dalam urusan proses penghantaran surat? [Ya Allah, Ujian ini tidak dikaitkan dengan orang lain tetapi aku berperang dengan jiwa dalamanku sendiri, lebih senang dan lebih tenang]
Sekarang dah minggu pertama bulan Mac 2012, ana masih lagi menunggu surat “tarikh kemasukan” untuk menjadi pelajar selepas menjadi bekas pelajar. Jika mendengar kritikan awam seperti saat ini juga mahu pulang ke gagang (belajar). Sungguh, rindu dan rindu dan rindu untuk kembali ke alam pengajian.
Allah mengajarkan aku
“Erti Rindu pada Ilmu”
 Moga Allah Redha
Masyarakat tidak mengerti apa sebenarnya yang kita rancang dan rencanakan, mereka hanya mahu menjadi pemerhati jauh dan juri sambilan sedang melihat kita belum mempunyai pendapatan bulanan. Ilmu vs kerja, kerja lebih dipentingkan! “Kerja lah dimana-mana sahaja asal kau digelar “Orang yang sudah bekerja”. Adus!!!
Bukan itu prinsip ana, kadangkala perlu juga dalam memilih kerjaya. Melihat situasi ana yang belum ada pendapatan bulanan ramai yang bersimpati dan berusaha memberikan cadangan dan kritikan supaya ana keluar bekerja. Kadangkala, ia bukan membentu tetapi menambahkan stress. Mereka tidak tahu apa yang kita utamakan.
Pernah suatu hari, Ana pernah diOffer oleh bapa saudara untuk bekerja di kedai makanan segera, Supermarket  dan lain-lain. Ana fikri sendiri, nak ke tauke kedai menerima kita yang memakai baju kurung@berjubah ini bekerja dengan mereka? Rasanya awal-awal sudah ditolak tepi, menyusahkan!!!.
Pemakaian dan tatasusila kita sudah mula ‘dipertaruhkan’ sebabnya belum mendapat pendapatan bulanan. Biar tidak bekerja tetapi diri masih terjaga tidak sesukanya membuka dengan hanya untuk memiliki pendapatan bulanan. Mereka tidak faham semua itu, yang mereka mahu “kerja dan kerja dan kerja”.
Ana akui, siapa yang tidak mahu bekerja dan membalas jasa Mak Abah yang telah mengorbankan wang dan tenaga dalam mendidik kita. Ana teringin dan teringin sekali. Akan tetapi Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Ana duduk di rumah bukan duduk bergoyang kami, makan dan tidur. Ada sedikit  yang ana sumbangkan.
Bukankah itu dinamakan kerja? Kerja itu subjektif, perlu faham dan hadam.
Mereka tidak tahu apa yang ana buat dan kerja seharian kerana mereka mahu kerja itu biar berpendapatan wang bukan berpendapatan pengalaman. Ana berterima kasih kepada mereka kerana telah Berjaya membuka minda untuk dicernakan erti “Kerja”. Oh, jadinya Ana sudah faham Mind Set masyarakat kini, begitu rupanya.
Bukan senang nak senang
dan
Bukan susah nak susah
Mengapa ana mahu belajar dan terus belajar. Belajar itu Indah dalam Tarbiyyah, Susah dalam Mujahadah, Sabar dalam Tabah, Yakin dalam Istiqamah dan Tawakkal penuh Pasrah. Belajar tidak ubah seperti kerja, penat lelah letih suka duka marah semua sama. Tetapi bagaimana kita mengutamakan yang utama itu lebih penting.
Niat dibetulkan, doa, dipanjatkan, langkah diluruskan dan hasilnya kita Tawakkal. Allah Maha Tahu dan Maha Mengerti apa hambaNya perlu dan mampu. Walaupun, surat lambat tiba jika tempat itu milik ana maka cepat atau lambat tiada masalahnya. Ia akan tetap menjadi milik ana, jika sebaliknya ana Redha.
Usaha
Doa
Tawakal
Allah tahu apa yang kamu Mampu dan perlu
La Tahzan Innallaha Ma’ana,
Aku kuat+aku Sabar+aku yakin+aku Redha
Ma’as Salamah wa Ilalliqa’
Nady Sufy @ Bayti Jannati
1:02PM
Kuala Nerang, KDA.

03 March 2012

.:: Yang mana kita pilih ? ::.

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang~

Tutup aurat + Niat Ikhlas
                    + Pelaksanaan betul
                    + Natijah yang baik
                    + Tidak meninggalkan ibadah asas
=                  Sedang beribadah
+++++++++++++++++++++++++++
Minggu lalu, ada dua orang adik junior berkongsi cerita, seorang dari jabatan yang sama seorang lagi jabatan berbeza. Masalah mereka berbeza tetapi cara penyelesaiannya boleh guna cara dan kaedah yang serupa.
Dalam hati ini seakan-akan sudah dapat menduga apa yang ingin dikongsikan. Alhamdulillah Allah sentiasa memberi peluang untuk ana memberi dan terus memberi. Sekadar termampu mengikut pengalaman yang telah dilalui.
Ingin sekali dia mencari cara penyelesaian dengan niat untuk membantu sahabat baiknya yang ingin berubah memakai purdah. Alhamdulillah, ana gembira mendengarnya. Namun, ada sedikit kekesalan di hati adik ana ini bahawa yang berubah hanyalah purdah tetapi akhlak tetap sama (gila-gila)
Saya nak sangat dia ubah akhlak dia dahulu sebelum dia berubah memakai Purdah
Luahan hati adik ana membuatkan ana termangu seketika. Tiada ulasan dan rentetan huraian. Ana berfikir sejenak, mungkin ada cara untuk mengubahnya. “Ya Allah, Bantulah kami dalam menTarbiyyah Sahabat-sahabat kami.” KepadaMu kami berserah dan kepadaMu kami berTawakal. Tawakkaltu ‘alaAllah
Ana bertanya kepada adik ana itu, “Apa yang kurang pada Akhlaknya, sampai perlu diubah?
Akak, dia cantik ramai orang sukakan dia. Akhlak dia dengan sahabat-sahabat kasar tiada kawalan. Bahasanya juga kurang menyenangkan kami, tiada sekatan dan tidak berfikir dahulu, cakap lepas. Dia tidak suka ditegur dan apabila ditegur dia akan menganggap kami bukan sahabatnya. Saya dah buntu tidak tahu cara nak bantu dia, saya sayangkan dia kak sebab dia sahabat saya
Ana harap dia memakai Purdah dengan Niat yang benar dan Salim.
``_.-._.~._.~._.~._.~._.~._.``._.~._.~._.~._.~._.~._.~._.~.``
Menasihati orang yang sudah berada dalam bidang Pengajian Islam lebih susah daripada menasihati yang sebaliknya. Mereka menganggap diri mereka sudah Alim, baik dan solehah tika berada di bidang tersebut. Di bidang mana pun kita kita perlu ada undang-undang dan prinsip tersendiri.
Takut sekali andai Kerana akhlak kita itu, orang menjauhkan diri dan tidak mahu menasihati kita lagi. Tidak guna memakai pakaian menutup aurat tetapi akhlak tidak dijaga dengan baik. Akhlak dan aurat berkait rapat.
*****I’tibar*****
Situasi 1
Memakai pakaian yang melepasi syarat-syarat yang ditetapkan syariat  tetapi Akhlak tidak dijaga
Situasi 2
Memakai pakaian yang sendat dan ketat tetapi akhlaknya baik secara keseluruhannya
Situasi 3
Memakai pakaian yang melepasi syarat-syarat yang ditetapkan syariat  dan akhlak terjaga rapi
Situasi 4
Memakai pakaian yang melepasi syarat-syarat yang ditetapkan syariat  dan akhlaknya juga tidak sempurna

Yang mana pilihan kita,
terletak dalam diri kita sendiri.
Pilihan itu membuatkan kita ke
syurga atau Neraka!!

Muslimah sekarang ramai yang teruja dengan Trend yang dipelopori barat. Sanggup berhabis-habisan demi mengikuti Trend yang kita sedia maklum secara hakikatnya kita tidak akan mampu berlari mengejar trend tersebut. Trend akan pergi tanpa mengetahui bahawa kita sedang mengejarnya.
Ada yang beranggapan, salahkah untuk cantik? Salahkah untuk berfesyen? Bukankah Islam menyukai keindahan? Allah juga suka. Cantik, fesyen yang disukai oleh Islam adalah fesyen yang berasaskan landasan syariat Islam yang sempurna. Bukankah tujuan penutupan aurat itu adalah untuk menyelamatkan manusia.
“Orang yang pakai tudung labuh berjubah pun sudah tidak selamat sekarang”, ada yang sanggup berkata sedemikian demi memboleh dan mengiakan pandangan mereka untuk berfesyen. Mengapa perlu ada persepsi sedemikian, adakah ini yang dikatakan dunia akhir zaman? Islam dibuat mainan.
Islam mengajurkan penutupan aurat adalah untuk menuruti perintah Allah SWT. Menutup aurat dipatuhi atas dasar Iman dan dilengkapi dengan pra-syarat tertentu menikut kehendak piawaian syariat. Kemudian terserlah akhlak pada wanita yang menutup aurat. Akhlak itulah yang dikatakan kecantikan.
Bukan kecantikan yang dilihat labuh mana panjang keronsang, tengku siapa yang berleher jinjang, Bonggol siapa yang lebih tinggi, kain jenis apa yang kita pakai dan bentuk jenis mana yang lebih sesuai. Itu hanyalah kecantikan yang dikaburi Syaitan. Orang sekarang mana ada pakai tudung besar-besar ni menyusahkan.
Dan sebenarnya kecantikan akhlak itu selamat lagi menyelamatkan. Dia tidak akan diganggu dan menganggu orang lain.
++++++++++_..``.._..``.._++++++++++
Solehah’ perkataan yang tidak asing lagi bagi kita yang sering ungkap , tulis dan dengar.  Bagaimana nak dapat solehah?
Menurut kolumnis Solusi Ustaz Pahrol Mohd Juoi ada menyebut, tanpa Iman, kecantikan akan dipergunakan kearah kejahatan dan kemaksiatan dan akhirnya akan menusnahkan pemiliknya dan orang lain. Cantik tidak salah tetapi salah menggunakan kecantikan itu yang salah.

Bagi Wanita BerIMAN,
Kecantikan dalaman dan luarannya hanya untuk lelaki
Bernama Suami,
Bukan dikongsi dengan semua lelaki

Kecantikan bermula dari dalam ke luar, bukan sebaliknya. Sahabat-sahabat, jika ingin Cantik, mari ikuti langkah ini.

Pertama : Tanamkan dalam hati dengan Iman yang benar-benar kuat berdasarkan
ILMU yang tepat dan penghayatan yang Tinggi. Kedua: Buktikan keimanan itu dengan perbuatan yang Baik (Akhlak Islamiyyah). Insha Allah,kita akan kelihatan Cantik dimata orang beriman lebih-lebih dari sisi Allah

Jika ada yang bertanya :
Bagaimana kedudukannya jika orang yang tidak bertudung, tetapi akhlaknya lebih baik daripada orang yang bertudung?

Dengan pebuh kasih Sayang kita menjawab :
Alangkah baiknya jika wanita yang mempunyai akhlak yang baik, memilih pakaian yang baik iaitu menutup aurat untuk menjadi wanita yang benar-benar baik dan dapat memberikan kebaikan kepada orang lain

Manakala bagi wanita yang telah bertudung pula, mari tingkatkan diri kita ke peringkat menutup aurat dalam erti kata yang sebenarnya. Bukan sahaja diri dilitupi kain tetapi yang lebih penting Hati Dilitupi Oleh Sifat Malu.

Maksudnya, Tidak cukup sekadar menegakkan syariat lahiriah tetapi juga tegakkan syariat batiniyyah iaitu sifat Malu – Sabar – Pemurah – dll. Itu yang menghalang kita daripada terjebak dari pergaulan bebas yang boleh menimbulkan FITNAH kepada diri kita dan Islam.

Tudung hanyalah kain yang menutupi diri
Tetapi
Rasa malu itulah penghalang hari
Daripada melakukan sesuatu yang dimurkai Allah

Siapakah wanita yang paling Cantik di DUNIA??
<<>>Wanita solehah itulah CANTIK kerana kecantikan itu terletak pada
BUDI bukan pada BODY<<>>

BagiWanita M uslimah,
Berbanggalah dengan Identiti yang ditentukan Allah untukmu.
Buktikan rasa Bangga dengan Tampil Yakin menutup Aurat.

Tutulah aurat
insha allah
dunia akhirat selamat


Ma’as Salamah wa Ilalliqa’
Nady Sufy @ Bayti Jannati
03:50PM