30 June 2012

.:: Amalkan bersama ye ::.

.:: Hadith Hari Ini ::.

~DeNgAn NaMa ALLAH YanG MaHa PeMuRah LaGi MaHa PeNyaNyang~



Abu HuRaiRah r.a berkata : Nabi saw bersabda :,

Siapa yang melapangkan suatu  KESUKARAN dunia pada seorang Mu'min, Allah akan melapangkan baginya kesukaran di Akhirat kelak.. 

Dan siapa meringankan KEMISKINAN seorang Miskin Allah akan meringankan di Dunia dan di Akhirat..

Dan siapa yang menutup keburukan seorang Muslim, Allah akan menutupi keburukannya di Dunia dan di Akhirat..

Allah selalu menolong hamba-Nya selagi hamba itu menolong saudaranya..

Dan seiapa yang melalui jalan ilmu, Allah akan memudah baginya jalan menuju Syurga..

Dan tiada satu kaum yang berkumpul dalam Baitullah (Masjid), untuk membaca dan menpelajari Kitab Allah, melainkan diturunkankepada mereka ketenangan dan dilitupi rahmat, dikerumuni Malaikat dan disebut-sebut Allah di depan para Malaikat-Nya..

Dan siapa yang melambatkan amal perbuatannya, tidak dapat dipercepatkan oleh nasab keturunan..

[HR BuKhaRi dan MusLim]


 Ilalliqa' wa Ma'asSalamah
7:22Pm
Batu Caves, Selangor

*Pemilik Laman Ini selalu selawat ye!*

29 June 2012

.:: Penuh Dugaan ::.

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang~

:: RadiTubillahi Rabba wa Bil Islami Dina Wa Bi MuhammadiwwaRasula ::

Permulaan untuk menulis ini banyak godaan dan dugaan tersendiri. Bila nak mula ber'semangat' untuk menulis tiada pula alarm sebagai tanda masa penulisan tamat. Sangat terasa keasyikannya dalam melontarkan idea setelah melalui proses membaca dan membaca.

Tapi bukan selalu nikmat semangat itu datang, sekali-kali tersiram juga dengan air kemalasan yang teramat-amat Mim Alif Lam Sin (Jangan disebut terus). Sebelum memohon memang Yakin juga konon-kononnya akan sentiasa bersemangat untuk menulis, oh tidak rupanya. 



Itu Tandanya -*Anda Dhaif*- 
Maka Kuatkan Kebergantungan padaNya bukan pada Diri Sendiri atau Manusia.

Secara Jujurnya bukan tiada semangat, Ada! 
Akan tetapi secara Teori semata-mata. Wahai Empunya diri, Bersemangatlah kamu supaya cepatlah kamu dapat menyiapkan penulisan Thesis anda nanti.

Ada sahabat yang berkongsi dengan ana idea dan pengalaman(untuk Master), tetapi ana tidak layak kerana ana juga baru nak menerokai Bidang penulisan secara Ilmiah ini. Insha Allah ^____^ Masing-masing ada pendapat tersendiri yang diperolehi melalui pembacaan, pengalaman sendiri atau orang lain, Pemerhatian, Pendengaran dan Andaian sendiri berdasarkan apa yang dilihat dan didengar.



Ana mampu mengeluarkan pandangan yang cetek ini berdasarkan apa yang ana tahu sahaja. -Sedikit- 

Secara Umumnya yang Boleh dikongsi :

--(@) Banyakkan BerSABAR
--(@) Luaskan PemBACAan
--(@) Lapangkan JIWA
--(@) Tingkatkan KeYAKInan
--(@) Belajar MeMAAFkan
--(@) DISIPLIN
--(@) Jaga MASA
--(@) BerDOA

Ilalliqa' wa MaasSalamah
9:42Malam
Taman Batu Caves, Selangor

*Selawat Banyak2 ye Pemilik Laman : Anna Hazihil Qulub*

28 June 2012

.:: Bakal Menjadi Milik Orang ::.

Ditujukan Khas Buat Sahabat yang Paling Akrab dengan Ana..
Bahagialah dikau Sahabatku bersama peneman hidupmu..
.:: Kau Bakal Menjadi Zaujah kepada Zauj Yang Soleh ::.
Moga Allah Permudahkan Segala Urusan Baitul Muslimmu..
~JoDoH dan TaKDiR~

...........................................................................................................

Selalu aku Berdoa kepada Yang Maha Esa
Moga Dikurnia Seorang RATU di Jiwa
Tempat Untuk ku Curahkan Segala Rasa
Persaan Yang Tersimpan Seribu Satu Makna
 ***
Di Kala Aku Keseorangan
Dia penghibur dan Jua Peneman
Hati Yang Sayu Tidak Kesepian
Duka dan Lara Tiada Keresahan
***
Ya Allah,
Tidak Ku Pinta Yang Menawan
Tidak Ku Harap Yang Hartawan
Bukan Jua Kerna Kedudukan
Cuma Ku Damba Insan Yang Sepadan
***
Kasihnya Sejati Bukan Kerana Paksaan
Biarpun Derita Yang Menjadi Rintangan
Ketulusannya Yang Tiada Bandingan
Tercipta Ayu Indahnya Peribadi Insan
...................................................................................................

16 June 2012

.:: Kenapa di Terengganu? ::.

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang~

Alhamdulillah, dengan izin Allah dapat kembali bersua + Selawat dan Salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad saw. 

Teregganu oh Terengganu, apa la sangat keistimewaan kamu? Dah berapa tahun di sana, cuba la kat tempat lain! Aduss, bedebuk kena batang hidung. Tapi xpe, Sabar ye^___^! 

Ana perlu 

Ramai yang bertanya, mengapa tidak di tempat lain! Subhanallah, sungguh mendalam maksud ayat yang pendek ini. Macamana nak jawab ni??

Hakikatnya, semua ini adalah percaturan Allah yang Maha Mengetahui. Dia Maha Tahu Siapa dan kemampuan Hambanya ini! Jika disenaraikan mungkin ada yang menganggap kena macam tu tak logik langsung. Jadi, tidak perlu untuk di 'list' kan. Yang penting ana yakin dan perlu tetap dengan keputusan ana.

Sejak di semester 5 ana sudah menyampaikan hasrat kepada mak, tapi mak kata jauhnya, cuba tempat lain pulak. Susah jika jadi apa2. Allah kan ada^_____^


Akan ku terus berlari dan berlari. 

08 June 2012

.:: Trust Allah ::.

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang~

 

Alhamdulillah,Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam.Selawat dan Salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw serta keluarga dan Sahabat2 baginda.

Allah... Allah... Allah... Aku ini lemah hanya KAU Yang Maha Kuat.Segalanya kau beri tanpa henti dan tanpa perlu bayaran. Cuma kadangkala kebergantungan kita beralih arah. Bila diuji hati nan sepi, seolah-olah tiada yang dapat membantu. Ana buntu seketika setelah tiba di Kuala Terengganu. (Jasad di sini, minda terawang2)

Mengapa?? almaklum la datang tempat orang kena la berdikari sikit (Kesusahan sebelum Belajar). Perlu berusaha sendiri mencari tempat untuk menginap. Terkena pulak ana datang pada musim peperiksaan, sahabat agak keberatan dan ana faham keadaan itu.

Jangan menyusahkan orang, Allah akan bagi yang lebih baik. Allah dah mudahkan urusan, singgah di rumah Ami (Mak Angkat) dan menginap disini. Lebih selesa dan ada kawan ramai.

p/s:
1-Jangan susah hati kalau manusia tidak membantu
2-Fokuskan Hati dan Tekadkan kebergantungan hanya pada Allah
3-Usaha la sikit, jangan la duduk saja pulak!

ilalliqa'
1:30pm
Kuala Terengganu