29 July 2012

.:: Amanat TNC Akademik&Antarabangsa ::.


~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang~
*_>>@<<_*
Ilahi Anta Maqsudi wa Redaka Matlubi actini Mahabbatik wa Macrifatik

************************************
Alhamdulillah, 28 Julain 2012 : 
Perjumpaan bersama TNC baru (Prof Amran)

Amanat-amanat dibentang untuk diselaraskan bagi mendapat manfaat kedua-dua pihak. Prof sangat mudah didekati dan bersahaja orangnya..


Perbezaan Master dan Phd adalah :
-Phd WAJIB membuat sesuatu yang baru dari orang lain- 

*Hubungan dengan Penyelia haruas Mantop! 
*Ada Jadual Kerja 
*Metodologi yang sesuai
*Percepatkan bentang Proposal untuk memudahkan urusan akan datang
*Jangan Lupa daftar setiap sem
*Jangan Lupa Hantar Laporan setiap Sem
*Bagi Pelajar Full Time Sila 'Full Time Di Universiti' bukan 'Full Time di Rumah'

Sekian. 

24 July 2012

.:: Kurang + Tambah ::.

Kurangkan :-



 +


+


+

 

Lebihkan :-



+


+


+

 +


+


 

22 July 2012

.:: CheckList ::.


~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang~
*_>>@<<_*
Ilahi Anta Maqsudi wa Redaka Matlubi actini Mahabbatik wa Macrifatik

************************************
Alhamdulillah,
Latest Progress :
Artikel menyentuh tajuk Shaykh Wan Sulaiman bin Wan Sidek Tokoh Sufi Kedah Kurun ke-19.  

Allah Maha Tahu, Dia mempermudahkan dan beri sedikit jalan untuk gerak kerja artikel pertama ana.. Sekarang proses Edit, jumpa ustaz dan selepas ini baiki semula (Wajib^^).

Bluuuurrrr! Ekspresi Jiwa selepas 3 minggu selepas mendaftar sebagai Pelajar di Pasca Siswazah! Maklum la, belajar kali ni ikut suka sahaja means : Tiada kelas!

Jujur^^, Ana zero pasal penulisan. Jumpa penyelia + bincang = Draf Tesis. Masa di pejabat penyelia faham macam kesemuanya tetapi bila nak mula menulis, fikiran zero. kenapa ye? 

Wajib diselidik ye Tuan diri! Bagaimana hubunganMu dengan Pemcipta Dirimu??


* CheckLisT *


1- Pernahkah mohon/doa pada Allah agar apa yang kamu sedang lakukan dipemudahkan?
2- Pernahkah solat taubat menghakis dosa-dosa lepas kemungkinan itu yang membuatkan Blurrrr?
3- Pernahkah anda meminta maaf pada sahabat2 yang ada telah kecilkan hatinya?
4- Pernahkah memohon ibumu atau ayahmu mendoakanmu?
5- Pernahkah anda puji nama2 Allah seperti "Ya Fattah : Yang Maha Membuka"?
6- Pernahkah kita berselawat? Untuk Junjungan besar!
7-Senyuman kita berapa mahal harganya? mungkin kerana tidak ceria jiwa sengasara sedikit..

Untuk ana juga ni : "Selalu sangat Bluurr, RenEw ur CheckLisT"

Ilalliqa'
Nady Sufy @ Bayti Jannati
12:09 pagi
22 Julai 2012
Kuala Terengganu 

21 July 2012

Salik : Praktikal Rutin Amalan Harian

        
~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang~

*_>>@<<_*

Ilahi Anta Maqsudi wa Redaka Matlubi actini Mahabbatik wa Macrifatik

************************************
Pendahuluan

Manusia hidup di dunia ini dalam masa yang pendek dibandingkan dengan umur dunia, ianya adalah pengembara yang serba kekurangan yang sedang melalui jalan-jalan yang bersimpang siur, mengharungi dunia yang penuh cubaan dan dugaan di samping wujudnya wahyu dan lahirnya Nabi untuk memandu dan memimpin manusia supaya mereka Berjaya di dalam perjalanan hidup di dunia ini untuk menuju Allah SWT.

          Hidup di dunia ini adalah penuh dengan cubaan dan dugaan, jalan dan liku-liku hidup sebagai rupa dan bentuk, ujian ketabahan pengembara tidak pernah berhenti ianya berterusan, perjalanan yang penuh bukit bukau, ranjau, rebut taufan yang melanda kadangkalanya melanda ganasnya tidak kurang hebatnya godaan dan cubaan jin dan syaitan. Halangan dan rintangan hawa nafsu yang sentiasa liar inilah keadaan yang dihadapi oleh Al-Salikun yang berjalan menuju ke hadrat Allah SWT.

          Manusia yang salikun  mempunyai kekuatan yang berbeza dan keutuhan yang setaraf. Oleh yang demikian kejayaan dan pencapaian mereka juga turut berbeza ada yang berundur di pertengahan jalan sedangkan ia telah lama menghabiskan masa di dalam perjalanan, ada yang berpaling setelah hampir sampai kepada matlamatnya. Ada yang baru sahaja memulakan perjalanan tetapi takut untuk meneruskannya namun ramai dalam kalangan mereka tabah , berani dan gigih menghadapi segala halangan dan rintangan, kekuatan azam dan keimanan mendalam mengatasi segala-galanya.

          Inilah gambaran perjalanan manusia yang Salikun menuju ke hadrat Allah SWT dan di dalam usaha mereka untuk menghayati tuntutan syariat, Tarekat dan Hakikat.
Firman Allah bermaksud :
1)   Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakinya untuk menerima agama Tauhid ini dan memberi petunjuk kepada agamaNya itu sesiapa yang ruju’ kembali kepadaNya (dengan taat)

[Surah al-Syura : 13]

2)   “Maka sesiapa yang berbuat kebajikan seberat zarah nescaya akan dilihatnya
 (dalam surat amalannya) dan sesiapa berbuat kejahatan sebesar zarah
 nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalannya)”

[Surah al-Zazalah : 7 & 8]

***************************


Al-Salikin : panduan dan saranan Rutin Harian



Sheikh Abd al-Samad dalam Kitab Hidayah al-Salikin, h.25


* Setiap al-Salik hendaklah bangun sebelum masuk waktu subuh seterusnya mandi dan berwudu’ diikuti solat dua rakaat sunat wudu’ dan solat Tahajud.
* Sementara menunggu waktu subuh tiba, al-Salik perlulah memenuhi masa yang terluang dengan membaca Al-Quran atau BerDhikir .
* Al-Salik hendaklah bersegera ke Masjid sebelum masuk waktu subuh untuk solat subuh secara berjamaah, adalah lebih baik dari di rumah.
* Apabila Al-Salik memasuki masjid hendaklah berniat iktikaf dan dituruti dengan Solat Tahiyat al-Masjid dua rakaat.
* Setelah masuk waktu Subuh dimulakan dengan solat subat subuh kemudian solat Subuh berjamaah, jika tidak solat di Masjid maka hendaklah solat subuh dirumah berjamaah
* Selepas Al-Salik menunaikan solat Subuh maka hendaklah zikir dan wirid sehingga matahari naik.
* Apabila matahari telah naik sepergalahan maka hendaklah bersembahyang sunat Isyraq dua rakaat, selepas itu dituruti dengan Solat Istikharah, jika mempunyai hajat atau menghendaki terkabulnya sesuatu permohonan boleh solat sunat Hajat.
* Untuk Al-Salik memanfaatkan masa, selepas selesai solat sunat diatas diikuti pula dengan zikir atau membaca Al-Quran atau menuntut ilmu yang mendatangkan manfaat di Dunia dan Akhirat
* Apabila telah sampai 1/4hari (suku haripada waktu siang) maka hendaklah melakukan solat Dhuha dua rakaat sekurang-kurangnya .
* Selepas  solat Sunat Dhuha hendaklah diperbanyakkan Istighfar, berTasbih, berTahmid, berTahlil, berSelawat kepada baginda saw dan berdoa.


Ibid, h.26

Untuk mengisi masa-masa lapang bagi seorang Al-Salik maka hendaklah melakukan salah satu dari perkara berikut :

(1) Menuntut Ilmu yang memberi manfaat daripada guru-guru dan 
pendidik-pendidik yang Soleh lagi Mursyid.

Jika Tidak,

(2) Isikan masa dengan melakukan Ibadat Sunat seperti BerDhikir dan 
Membaca Al-Quran

Jika Tidak,

(3) Membuat sesuatu kebajikan kepada kaum Muslimin dan berusaha 
menggembirakan orang-orang mukminin dan juga melakukan amal-amal 
soleh seperti berkhidmat kepada Ulama Solihin dan Sufiyyin, memberi makan 
dan pakai kepada golongan miskin dan fakir, menziarahi orang sakit,
 menyelengarakan mayat dan seterusnya menyempurnakannya hingga selesai dikebumikan, menolong orang-orang yang berada dalam kesulitan dan kesusahan. Semua ini termasuk dalam amal soleh dan ianya lebih afdal dari ibadat sunat dan juga tergolong di dalam konsep ibadat dan menyukakan hati orang Islam.

Jika Tidak,

(4) Berusaha mendapatkan rezeki, mencari nafkah, meyempurnakan keperluan diri+anak-anak dan keluarga dalam keadaan kaum muslimin sejahtera daripada kejahatan dalam segala bentuk seperti : Sejahtera dari kejatan lidahnya, tangannya dan agamanya kerana dengan cara ini seseorang tidak melakukan maksiat dan akan medapat darjat Ashab al-Yamin.


Rujukan:

1-Drs Mahmud (1987), Tasawuf : Sejarah Perkembangan Dan Persoalan, Yayasan Dakwah 
 Islamiah Malaysia : Kuala Lumpur, h. 33-46

2-Shaykh Abd al-Samad al-ghalimbani, Hidayah al-Salikin, Maktabah wa Matba’ah Sulaiman Marca : Singapura, h. 25-27



*Upgrade Amalan Zerokan Rungutan*



Nady Sufy @ Bayti Jannati
2:48 Petang 
21 Julai 2012
Paloh, Kuala Terengganu