10 November 2014

Uri Bawah

Bismillah.

3 November 2014, scan 18 Minggu di Klinik Kesihatan Kuala Nerang bersama Dr. Rahimah.
Alhamdulillah,
Dapat Berita gembira (Sebab Allah nak tambah pahala SABAR dan REDA untuk kali Kedua).

Bila Kali Pertama? Hmmm :)

Kali Pertama 26 Mei 2014, Allah ambil kembali 'Mujahid' kami masa tu usianya kandungan 13 minggu, walaupun kes ini tidak boleh diterima akal (Kecuaian 'Orang pandai' la juge ^^) namun tetap perlu Reda, yang pergi tetap akan pergi. Now, I'm Free! 

Minggu Pertama selepas keguguran agak 'tertekan'. Mgkn 'Mujahid' itu zuriat pertama kami, Sesungguhnya memang sangat dinanti2 kan. Cik Abang pun risau, tapi xpa seminggu je lepas tu dah kembali bersemangat. I'm still Young, org tua2 kata :)

Selepas Sebulan, Allah hadiahkan yang kedua :), Sekarang sudah 19 minggu.

Check up baru ni Dr. beritahu 'Uri puan nampak bawah sikit, tapi tak pa nanti 28 minggu (6 Januari 2015) kita scan semula dan kebiasaannya uri akan Normal' , Mudah2an keajaiban berlaku.

Lepas dengar, Rilex, Sabar dan Ucap Alhamdulillah 'AKU DIUJI LAGI'.

URI BAWAH adalah suatu 'penyakit' yang ditakuti ramai Ibu Hamil sebab kebarangkaliannya 'aku' akan Operate xdak peluang la konon2nya nak bersalin normal.

Allah punya KUASA kita xtahu, Allah merancang semua ini dan dalam masa yang sama moh le kita perbanyakkan DOA. 

Doakan saya ye :)

Allahu A'lam :)

18 November 2013

- Bengkel Penulisan Akademik Unisza 2013 -




Assalamualaikum WBT

Persatuan Pelajar Siswazah Unisza akan mengadakan Program seperti berikut :


BENGKEL PENULISAN AKADEMIK UNISZA 2013

TARIKH : 21 Disember 2013 (Sabtu)

MASA : 8 Pagi - 5 Petang

TEMPAT : Dewan Auditorium, Unisza

YURAN : RM20 (Pelajar Unisza) RM30 (Pelajar Luar)



LINK untuk PENDAFTARAN :

https://docs.google.com/forms/d/1rncFGenHDHmlTjedOrqabxm_B24Txcx5C4noZ4rGtG0/viewform

31 October 2013

Jadilah Baik

Jadilah Baik
Untuk mendapat yang BAIK
Untuk Jadi BAIK kena ada pemikiran yang BAIK
Bila dah Pemikiran BAIK melahirkan tindakan yang BAIK

25 October 2013

.. Saat Itu ..


Bismillah..

10 Ogos 2013, Alhamdulillah langkah Pertama Allah Permudahkan, saya tunangan orang..

Alhamdulillah, segalanya adalah perancangan Allah..
Kita tidak akan tahu sesuatu itu mudah sebelum perkara itu dimudahkan, begitulah juga dgn kami!

Sungguh, perkara baik jangan ditangguh2.
Andai sudah punya calon, teruskan untuk step seterusnya, perbanyakkan doa, mohon keluarga turut sama mendoakan kemudahan urusan kita.

Andai seorang diri, xakan mampu semua ini terlaksana.
Benar, semua dengan izin Allah, tapi kalau semua dibuat sendiri xmenang tangan dibuatnya..

Allah..

17 May 2013

Hak

Sebelum Imam Syafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. Berikut adalah kandungan wasiat tersebut:

” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:

1. Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.

2. Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal, mendapatkan kemaafan dr org yg dizalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH.

3. Hak kpd kubur: membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.

4. Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5. Hak kpd Mizan (neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menahan kesulitan.

6. Hak kpd Sirat (titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.

7. Hak kpd Malik (malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

8. Hak kpd Ridhzuan (malaikat penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.

9. Hak kpd Nabi SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al Quran dan al Sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.

10. Hak kpd ALLAH SWT: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan."

20 March 2013

Coretan Itu

Bismillah :)

Segala Pujian Hanya UntukMu
Segala Pemberian Hanya DariMu
Segala P'harapan Hanya BersamaMu

Saya Tidak Sibuk tetapi tiada masa nak 'singgah' ke sini!
Hari ini ada rezeki untuk berkongsi sesuatu :)


BERGANTUNG
 DENGAN
 MANUSIA 
KITA 
AKAN 
KECEWA!
(",)


04 February 2013

.:: Action ::.

~ AcTiOn SpeAk LOUDER ThaN WORD ~
PerMUdaHkan Kami UntuK MeLaKukaN 
KEBAIKAN
WaLau DimaNa Kami Berada!
Amin3x, Bi Iznillah :) 

03 February 2013

.:: Min hu ::.

Sangat TerKesaN :

 ~Kita Bersyukur dan Bersabar dengan yang sedikit (Allah uji kita), Allah tambah rezeki supaya terus bersyukur, menyebut dan mengingatinya~

~Tanamkan rasa cukup dengan rezeki yang Allah beri~

02 February 2013

.:: Back to Allah ::.


Dari ibnu Abbas r.a , ia berkata : Pada suatu hari aku berada di belakang Nabi s.a.w, kemudian baginda berkata : “Wahai Pemuda, sesungguhnya aku akan mengajarkan kepadamu beberapa kalimat: peliharalah (batas-batas) Allah s.w.t nescaya Allah s.w.t akan memeliharamu, peliharalah (batas-batas) Allah s.w.t nescaya engkau akan mendapati dia di hadapanmu , jika engkau meminta pertolongan maka minta tolonglah kepada Allah s.w.t dan ketahuilah: sesungguhnya kalaulah suatu umat berkumpul untuk memberi suatu manfaat kepadamu maka mereka tidak akan memebrimu manfaat kecuali sesuatu yang telah Allah tetapkan bagimu, dan jika mereka berkumpul memberi suatu kemudaratan kepadamu maka mereka tidak akan memberimu mudarat kecuali sesuatu yang telah Allah s.w.t tentukan bagimu, al-Aqlam (qalam-qalam Malaikat) telah diangkat dan al-Suhuf telah habis (maka penulisannya)”

01 February 2013

.:: Indahnya ::.

Dan Dialah yang menurunkan hujan dari langit lalu kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus dan dari pohon tamar kurma dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik, dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.
 (Surah al-An'am (6): 99)

04 November 2012

.::Muraqabah : Tafakkur ::.

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang~


Muraqabah dari segi bahasa ialah raqabah membawa dua pengertian iaitu hirasuhu/hafizahu (mengawasi) dan lahizuhu/waracahu (memelihara) (Al-Mucjam Al-cArabi Al-Asasi: 539) dapat difahami dengan maksud Allah s.w.t sentiasa mengawasi, memerhati, meliputi dan mengawal segala perbuatan dan tingkah laku manusia (cAbd Allah Muhammad, 2008: 230). Dalam bahasa Inggeris, muraqabah difahami dengan beberapa istilah contemplation, control, watch, observe, monitor, supervision, survillenced, check, censor, spy dan auditor memberi maksud ta’ammul dan tafkir) iaitu berfikir tentang penciptaan Allah s.w.t (makhluqat), nikmat-nikmat-Nya dan amalan yang dikerjakan (Al-Mucjam al-Wasid: 1014; Raja Taufik et.al, 1985: 464).

            Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkataan lain yang dikenal pasti ada dinyatakan dalam al-Quran terangkum dalam konsep muraqabah seperti yang disenaraikan dalam jadual (1) di bawah :

Bil.
Perkataan
Surah  : ayat
Penggunaan
1
Mengawasi
Al-Ahzab   : 52
 Al-Ma’idah:117
Raqiba
2
Menjaga
Al-Nisa    : 1
Al-Racd     : 33
Qaim
Qaim
3
Memerhati/Melihat/
Menyaksikan
Surah al-Fajr      : 14
Surah al-cAlaq    : 14
Surah al-Hasyr    : 18
Surah al-Mujadalah :6
Mirsad
Yara
Tanzur
Shahid
4
Meneliti
Surah al-Nisa     : 94
Khabir
5
Mengetahui
Surah al-Mulk    : 13
Surah Ghafir : 19
Surah al-Baqarah: 115, 235
Surah Qaf : 16
Surah al-Hadid : 3
Yaclamu
Yaclamu
Naclamu
Naclamu
cAlim
6
Meliputi/berkuasa atas
Sesuatu
Surah Fusilat : 54
Surah Ali-Imran:189
Muhid
Qadir
7
Bersama
Surah al-Syucara’ : 62
Maci

Dalam konteks ini, al-Quran turut menyampaikan maksud konsep muraqabah dengan menggunakan lafaz tafakkur yang disebut dalam 13 surah berlainan sebagaimana jadual (2) di bawah :

Bil
Kata Kunci
Surah : Ayat
1
Yatafakkarun
Ali cImran : 191
Al-Acraf : 176
Al-Racd : 3
Al-Nahl : 11,44,69
Al-Rum : 21
Al-Zumar : 42
Al-Jathiah : 13
Al-Hashr : 21
2
Tatafakkarun
Al-Baqarah : 219,266
Al-Ancam : 50
3
Yatafakkaru
Al-Rum : 8
4
Tatafakkaru
Al-Saba’ : 46
5
Fakara
Al-Mudathir : 18

            Amalan muraqabah akan dapat dicapai oleh mukalaf kesan daripada hati yang bersih setelah terangkatnya hijab oleh Allah s.w.t bagi menyempurnakan keesaan tawhid dan macrifah Allah membimbing diri menjauhi dosa-dosa besar, bersyukur atas nikmat-nikmat Allah s.w.t , mengingati Allah s.w.t dalam semua keadaan dengan cara berfikir kebesaran Allah s.w.t yang ada di langit dan di bumi (Al-Khalidi. 1997: 166). Seorang mukmin dapat mencapai aspek macrifah Allah melalui keupayaan akal menilai sesuatu yang baik dan buruk bersandarkan ilmu untuk membezakan antara hak dan batil akan melahirkan kepercayaan yang utuh kepada Allah s.w.t serta mengakui bahawa tiada Tuhan selain Allah s.w.t yang berhak disembah dan menthabitkan hati hanya kepada-Nya. Kesungguhan mukmin yang bersih hatinya dalam mempraktikkan tafakkur secara tidak langsung memberi tanggapan bahawa Allah s.w.t sentiasa mengawasinya di setiap waktu dan tempat dan memberi nilai tambah untuk meningkatkan aspek muraqabah dalam kehidupan seharian (www.nabulsi.com). Allah s.w.t banyak mempromosikan hasil penciptaan-Nya sebagaimana yang disebut dalam al-Quran :

وَهُوَ الَّذِي مَدَّ الأَرْضَ وَجَعَلَ فِيهَا رَوَاسِيَ وَأَنْهَارًا وَمِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ جَعَلَ فِيهَا زَوْجَيْنِ اثْنَيْنِ يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ﴿۳﴾

Maksudnya:
Dan Dialah yang menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, ia jadikan padanya pasangan; dua-dua. Ia juga melindungi siang dan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang mahu (berfikir).

(Surah al-Racd (13): 3)

            Kesemua hasil penciptaan-Nya yang ada di langit dan bumi ini memberi panduan kepada manusia dan menjadi asas kepada tuntutan al-Quran supaya sentiasa memerhatikan kejadian langit dan bumi memberi petanda kepada sifat-sifat kesempurnaann-Nya kepada hamba untuk menghadirkan pengertian tawhid, meneliti kesempurnaan kejadian Allah s.w.t dalam alam, inilah yang merupakan intipati atau proses muraqabah yang ingin disampaikan oleh al-Quran walaupun tidak menyebut dengan lafaz muraqabah. Merujuk kepada pengakuan ketawhidan manusia kepada pencipta alam sejagat melahirkan satu dorongan untuk melaksanakan segala perintah arahan Allah s.w.t dalam garis panduan muraqabah dengan hati yang tidak dipengaruhi perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t memperbanyakan melihat hasil penciptaan-Nya seterusnya dapat difikirkan oleh manusia (tafakkur) dan menjadi sentiasa mengawal lagi mengawasi (muraqabah) segala yang zahir dan batin serta mencipta setiap apa yang ada di langit dan di bumi hanya Dia yang mampu memberi manfaat atau menghalang mudarat kerana sesungguhnya Allah s.w.t sentiasa bersama manusia di setiap tempat secara berterusan melazimi sifat cubudiyyah berdasarkan hukum-hakam yang telah disyariatkan (Al-Khalidi: 1997.  166).

            Dapat difahami bahawa, apabila mukmin memahami hakikat penciptaan ini dan menyedari dirinya hanya seorang hamba, maka secara tidak langsung akan membantunya untuk memahami bahawa seluruh ketaatan perlu diserahkan kepada Allah s.w.t dan meyakini akan adanya pengawasan Allah s.w.t keatas sesuatu suruhan dan larangan-Nya serta akan diberi balasan setimpal dengan amalan yang dilakukan semasa di dunia. Ini menunjukkan Allah s.w.t menyebut dalam al-Quran dengan menggunakan perkataan-perkataan di atas untuk menerangkan bahawa Dia Maha Melihat, Maha Mengetahui, Maha Mendengar, Maha Mentadbir segala sesuatu yang telah diciptakan-Nya ke atas setiap makhluk. Hikmahnya supaya tertanam dalam hati manusia bahawa Allah s.w.t sentiasa wujud dalam kehidupan mereka memantau setiap pergerakan di setiap tempat. Merenung hasil penciptaan-Nya dijadikan sebagai instrumen utama untuk mengakui bahawa setiap penciptaan-Nya mempunyai fungsi dan matlamat yang berbeza kesemuanya membantu mukalaf sentiasa mengingati Allah s.w.t dalam setiap keadaan dengan kesedaran hati meyakini bahawa hanya Allah s.w.t yang menciptakannya (Al-Ghazali, 1975: 59) sebagaimana disebut dalam firman-Nya:

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ﴿۱٩۱

Maksudnya:
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): ‘Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka’.

 (Ali cImran (3):  191)

            Seorang mukalaf yang mengamalkan proses muraqabah dalam kehidupan seharian akan berada dalam keadaan sentiasa mengingati Allah s.w.t dalam setiap keadaan ketika melaksanakan segala perintah yang disyariatkan-Nya dengan sempurna serta berjaga-jaga dalam setiap tindakan secara tidak langsung dapat memperbaiki akhlak daripada buruk kepada baik (www.al-nabulsi.com). Allah s.w.t berfirman :

يَوْمَ يَجْمَعُكُمْ لِيَوْمِ الجَمْعِ ذَلِكَ يَوْمُ التَّغَابُنِ وَمَنْ يُؤْمِنْ بِاللهِ وَيَعْمَلْ صَالِحًا يُكَفِّرْ عَنْهُ سَيِّئَاتِهِ وَيُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ الفَوْزُ العَظِيمُ﴿٩﴾

Maksudnya:
(Ingatlah) pada hari (ketika) Allah mengumpulkan kamu pada hari perhimpunan. Itulah hari diperlihatkan kesalahan-kesalahan. Dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan mengerjakan kebajikan, nescaya Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya dan memasukkannya ke dalam syurga yangmengalir di bawahnya  sungai-sungai, maka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar.

(al-Taghabun (64): 9)

Firman-Nya lagi:
وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ ﴿۳۲﴾
 وَالَّذِينَ هُمْ بِشَهَادَاتِهِمْ قَائِمُونَ ﴿۳۳﴾
 وَالَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ ﴿۳٤﴾

Maksudnya:
Dan orang-orang yang memelihara amanat janjinya, dan orang-orang yang berpegang teguh pada kesaksiannya, dan orang-orang yang memelihara solatnya.

(al-Macarij (70): 32-34)

          Hal ini berbeza bagi individu yang tidak merasakan dirinya sedang diawasi (muraqabah), merasakan segala perbuatan boleh dilakukan tanpa batasan sehingga menjurus ke jurang maksiat dan kejahatan yang balasannya akan diazab oleh Allah s.w.t sebagaimana firman-Nya :

وَاتَّقُوا يَوْمًا تُرْجَعُونَ فِيهِ إِلَى اللهِ ثُمَّ تُوَفَّى كُلُّ نَفْسٍ مَا كَسَبَتْ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ﴿۲٨۱﴾

Maksudnya:
Dan takutlah pada hari (ketika) kamu semua dikembalikan kepada Allah SWT. Kemudian setiap orang diberi balasan yang sempurna sesuai dengan apa yang telah dilakukannya, dan mereka tidak dizalimi.

(al-Baqarah (2): 281)

Firman Allah s.w.t lagi:

وَوُضِعَ الكِتَابُ فَتَرَى المُجْرِمِينَ مُشْفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَا وَيْلَتَنَا مَالِ هَذَا الكِتَابِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةً وَلَا كَبِيرَةً إِلَّا أَحْصَاهَا وَوَجَدُوا مَا عَمِلُوا حَاضِرًا وَلَا يَظْلِمُ رَبُّكَ أَحَدًا ﴿٤٩﴾

Maksudnya:
Dan diletakkan kitab (catatan amal), lalu engkau akan melihat orang yang berdosa merasa ketakutan terhadap apa yang (tertulis) didalamnya, dan mereka berkata : ‘Betapa celaka kami, kitab apakah ini, tidak ada yang tertinggal, yang kecil dan yang besar melainkan tercatat semuanya’ dan mereka dapati (semua) apa yang telah mereka kerjakan (tertulis). Dan Tuhanmu tidak menzalimi seorang jua pun.

(Surah al-Kahf (18): 49)

             Dalam hal ini, Nabi Musa a.s telah menunjukkan kepada umat manusia bagaimana caranya untuk mengaplikasikan muraqabah Allah yang sebelumnya telah membuat satu tuntutan kepada Allah s.w.t supaya menzahirkan diri-Nya (dhat) secara langsung agar dengannya dapat menambahkan keimanan akan tetapi Allah s.w.t membalas dengan mengarahkan Nabi Musa a.s melihat kepada gunung (ciptaan-Nya) untuk diertikan sebagai kebesaran dan kekuasaaan Allah s.w.t yang dengannya tidak mampu diukur dengan ukuran manusia, sebagaimana yang telah diceritakan dalam al-Quran  :

وَلَمَّا جَاءَ مُوسَى لِمِيقَاتِنَا وَكَلَّمَهُ رَبُّهُ قَالَ رَبِّ أَرِنِي أَنْظُرْ إِلَيْكَ قَالَ لَنْ تَرَانِي وَلَكِنِ انْظُرْ إِلَى الجَبَلِ فَإِنِ اسْتَقَرَّ مَكَانَهُ فَسَوْفَ تَرَانِي فَلَمَّا تَجَلَّى رَبُّهُ لِلْجَبَلِ جَعَلَهُ دَكًّا وَخَرَّ مُوسَى صَعِقًا فَلَمَّا أَفَاقَ قَالَ سُبْحَانَكَ تُبْتُ إِلَيْكَ وَأَنَا أَوَّلُ المُؤْمِنِينَ ﴿۱٤۳﴾

Maksudnya:
“Dan tatkala Musa datang untuk (bermunajat kepada kami) pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhannya telah berfirman (secara langsung) kepadanya, berkatalah Musa: “Ya Tuhanku! Zahirkan (diri Engkau) kepadaku agar aku dapat melihat kepada Engkau” Tuhan berfirman: “Kamu sekali-kali tidak mampu tidak mampu melihat-Ku, tetapi lihatlah di bukit itu, maka jika ia tetap di tempat (seperti sediakala) nescaya kamu dapat melihat-Ku” Tatkala Tuhannya menzahirkan diri kepada gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pengsan. Maka setelah Musa sedar kembali, dia berkata: “Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada Engkau dan aku orang pertama yang beriman”

(Surah al-Acraf (7):143)