11 February 2012

.:: Wasiat Rasulullah ::.

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang~



Ada 10 Wasiat  Rasulullah saw kepada anaknya :

Ada 10 Wasiat  Rasulullah saw kepada anaknya Fatimah binti Rasulullah. Sepuluh wasiat yang beliau sampaikan merupakan mutiara yang termahal nilainya bila kemudian dimiliki oleh setiap Isteri solehah.

v Ya Fatimah, kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya. Allah pasti akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum, melebur kejelekan dan meningkatkan darjat wanita itu.


v Ya  Fatimah, kepada wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya. Nescaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka sejauh tujuh tabir pemisah.

v Ya Fatimah, tiadalah seorang yang meminyaki anak-anaknya lalu menyisirnya dan mencuci pakaiannya. Melainkan Allah akan menetapkan pahala memberi makan seribuorang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang.


v Ya Fatimah, tiadalah wanita yang emanahan keprluan jiran tetangganya melainkanAllah akan menahannya dari minum telaga kautharbpada hari kiamat nanti.


v Ya Fatimah, yang lebih utama dari seluruh keutamaan di atas adalah keredaan  suami terhadap isteri. Andaikata suamimu tidak reda kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu wahai Fatimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.


v Ya  Fatimah, apabila wanita mengandung maka malaikat memohon ampunan baginya dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta melebur seribu kejelekan. Ketika wanita merasa sakit akan melahirkan Allah menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya, masa bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Bila meniggal ketika melahirkan maka dia akan membawa dosa sidikit pun. Di dalam kubur akan mendapat pertamanan indah yang merupakan bahagian daripada taman syurga. Dan Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan Ibadah Haji dan Umrah, dan seribu malaikat memohonkan ampunan baginya hingga hari kiamat.


v Ya Fatimah, tiadalah wanita yang melayani suami selama sehari semalam dengan rasa senang dan Ikhlas melainkan allah mengampuni dosa-dosa serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau  dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Dan Allah memberikan kepadanya pahala seratus kali ibadah Haji dan Umrah.


v Ya Fatimah, tiadalah wanita yang tersenyum di hadapan suami melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.


v Ya Fatimah,tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur suaminya dengan rasa senang hati melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya dan Allah mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan akan datang.


v Begitu indah menjadi wanita, dengan kelembutan dan kasihnya dapat merubah dunia. Jadikanlah diri-dirimu menjadi wnaita solehah agar negeri menjadi Indah kerana dirimu adalah tiang negeri ini.

09 February 2012

.:: Hamba Redha Allah Redha ::.

ASSALAMUALAIKUM WBT

~Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang~




Alhamdulillah, dengan Izin Allah bersua kita lagi di Laman  Anna Hazihil Qulub. Moga bermanfaat dan Sama-sama kita perbaiki Hati.. Allah SWT sentiasa memperlakukan kita sebagaimana kita memperlakukanNya. Apabila seorang Hamba telah Redha kepada semua ketentuanNya maka itu menjadi suatu petanda bahawa Allah SWT telah meredhai orang itu sebagai HambaNya yang berbakti.

Imam al-'Arif billah Abu al-Qasim al-Qusyairi (w.465H) berkata di dalam Kitab Risalahnya :

"Ketahuilah, seorang hamba hampir tidak mungkin Redha kepada ketentuanNya melainkan setelah Allah Redha kepadanya"

Firman Allah yang bermaksud :

"Allah REDHA terhadap mereka dan mereka REDHA kepadaNya"

Namun sebaliknya,

-Jika kita tidak meredhai apa yang telah Allah tentukan pada Diri kita, samada berkaitan dgn "bentuk tubuh" kita, keadaan "Orang Tua", "Pasangan" atau "anak" kita, sifat "kerjaya" kita atau perkara2 lain yang terdapat dalam Diri kita, maka itu petanda bahawa kita belum menjadi Hamba-Hamba ALLAH yang memperoleh REDHANYA-




[Bisikan IBLIS] yang menguji erti REDHA

Perlu difahami bahawa sikap ini bukanlahmenganjurkan sifat malas berusaha dan berserah diri penuh kepada Nasib. Ia merupakan bisikan Iblis untuk menyesatkan akal fikiran manusia.

Imam Ahmad dalam Kitab al-Zuhdmeriwayatkan daripada Ibnu Syihab al-Zuhri, iblis bertanya kepada Nabi Isa a.s :

"Wahai Anak Maryam! Bukankah musibah tidak akan menimpamu kecuali dengan ketentuan Allah?"

Nabi Isa menjawab : "Benar, wahai musuh Allah"

Iblis berkata lagi :

"Kalau begitu, engkau naik ke puncak gunung, lalu lemparkanlah dirimu dari atasnya. Lihat adakah engkau Mati atau Tidak?"

Nabi Isa Menjawab :

"Wahai musuh Allah! Sesungguhnya Tuhan boleh menguji hambaNya, tetapi hamba tidak boleh menguji TuhanNya"



H.65-72
Buku : Rasul Mulia Umat Mulia Akhlak Mulia
Karangan : Umar Muhammad Noor.

06 February 2012

.:: SAHABAT cerminan DIRI ::.

ASSALAMUALAIKUM WBT

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang~



KHAS buat Sahabat yang kerapkali xjemu-jemu menasihati dan memperbaiki Insan Yang
LEMAH
ini.
Jika nak disebut nama-nama kalian pasti penuh Entry ini.
Cukuplah andai DOA kalian terbang dan memberikan sokongan
dan
kata-kata semangat bagi menguatkan tika lemah..



Daripada Abi Hurairah r.a
meriwayatkan daripada Nabi
s.a.w, Baginda bersabda yang
bermaksud :

"Sesiapa melepaskan salah satu
kesusahan Dunia daripada seorang
mukmin, maka Allah akan
melepaskannya salah satu
kesusahan pada hari kiamat
daripadanya.....

Sesiapa memudahkan Orang
yang sedang dilanda kesulitan,
maka
Allah akan memudahkannya di
Dunia dan akhirat.....

Sesiapa menutup aib seorang
muslim, maka Allah akan
menutup aibnya di Dunia dan di
Akhirat.....

Allah menolong hamba-Nya
selama hamba itu menolong
saudaranya.
Sesiapa menempuh suatu Jalan
dalam rangka mencari Ilmu,
maka Allah akan memudahkan
baginya jalan ke Syurga.....

Tidaklah sesuatu kaum berkumpul di
salah satu rumah Allah dengan
membaca Kitab Allah dan
mempelajarinya bersama-sama,
kecuali bahawa ketenteraman akan
turun kepada mereka.

malaikat menaungi mereka di hadapan
makhluk yang di sisi-Nya, dan sesiapa
yang lambat (kurang) amalannya, maka
tidak akan dipercepat mengangkat
amalannya"

[Riwayat Muslim]


PUISI
*************
-ORANG YANG
MENCINTAI
ILAHI-



Orang yang MenCINTAI Ilahi
Dirinya Tidak Keluh Kesah
Apabila ditimpa Ujian
Kerana dia
YAKIN dengan KASIH Tuhan

Orang yang CINTAnya pada Ilahi
melebihi segalanya
Tidak melatah apabila Orang
tersayang dirampas
Kerana walau dia kehilangan
Dia masih bermodalkan CINTA ILAHI

Orang yang benar-benar menghayati
CINTAnya kepada ILAHI
Sentiasa Pasrah kepada-Nya
Sabar menempuhi Ujian
Kerana dia tahu UJIAN itu adalah
TARBIYAH daripada-Nya

Orang yang benar-benar menCINTAI ILAHI
Juga harapkan kebahagiaan di Dunia
Tetapi jika tidak dapat dimiliki
Dia harapkan keindahan "di sana"
Kerana Dunia ini hanya Pinjaman
Dan Dirinya hanya "Barang Pinjaman"
Yang dipinjam untuk sementara Waktu ini

05 February 2012

.:: Ikon CINTA ::.

ASSALAMUALAIKUM WBT
~Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang~

.::RASULULLAH IKON CINTA DAN PENYELAMAT KITA::.
Baginda Rasulullah saw bukan manusia biasa-biasa,tetapi Allah mengutuskannya sebagai Utusan @ DutaNNya kepada Hamba-hambaNya.  Seandainya kita terhutang budi kepada orang yang menyelamatkan kita dari bencana Dunia, betapa kita harus lebih terhutang budi kepada Insan yang menyelamatkan kita daripada bencana akhirat.
Apakah perasaan anda terhadap orang yang menyelamatkan anda tadi? Pasti sukar untuk diluahkan dengan kata-SpeechLess. Jelas menunjukkan anda sangat terhutang budi kepadanya, oleh itu anda bertekad untuk sentiasa mengenang budinya yang tidak terperi. Bukan sahaja anda sentiasa terimbau akan jasa baktinya itu namun berazam untuk membalas kembali pengorbanannya yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.
Itulah Rasulullah saw, Insan yang telah berjuang berhabis-habisan serta mengorbankan diri dan hartanya semata-mata untuk menyelamatkan kita dari jurang kebinasaansebelum kita dilahirkan ke Dunia lagi.
Baginda dilahirkan di celah-celah kejahilan umat bagi membimbing kita ke jalan kebenaran dan kebahagiaan berpandukan pedoman al-Quran dan al-Sunnah yang ditinggalkan, kita umatnya pasti selamat Dunia dan Akhirat, Insha Allah.. ^_____________^
Misi Baginda tidak lain hanya untuk membawa kita kepada Cinta hakiki iaiitu Cinta kepada Allah, itulah sebenarnya puncak CINTA seorang yang bergelar hamba Allah.


Allah menegaskan Cinta kepada RasulNya akan menjadi prasyarat untuk mendapatkan Cinta-Nya.  Tidak dianggap kita beriman kepada Allah seandainya kita tidak melebihkan cinta kepada rasul-Nya berbanding cinta kepada Insan Lain.
Baginda Bersabda :
“Demi yang Nyawa ditangan-Nya, tidak beriman seseorang kamu sehingga kamu sehingga aku menjadi orang yang dia kasihi melebihi kasihnya terhadap ayah, anak dan semua manusia lain ”
(RIWAYAT BUKHARI)
Baginda bersabda lagi :
“Sesiapa yang memiliki tiga perkara ini akan mendapat keimanan iaitu Cinta kepada Allah dan Rasul lebih daripada segala-galanya. Kedua, menyintai seseorang kerana Allah dan takut kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya, sebagaimana dia benci untuk dilemparkan ke dalam api neraka yang Panas”
(RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM)

MENGAPA perlu MenCINTAI NABI MUHAMMAD SAW ?
Na’am, kita perlu mencintai batang tubuh baginda melebihi cinta kepada diri kita sendiri KERANA :
1.       RASULULLAH SAW PEMBERI PETUNJUK
2.       LAMBANG KEIMANAN
3.       RASULULLAH SAW DICIPTAKAN ALLAH SEBAGAI RAHMATAN LIL ‘ALAMIN (RahmatSeluruhAlam)
4.       CONTOH IKUTAN SEMUA MANUSIA
5.       KERANA RASULULLAH MENCINTAI KITA
6.       ZAHIRKAN KECINTAAN
ANTARA 7 PUSAKA BAGINDA :
I.        Akhlak Mulia
II.      Al-Quran dan al-Sunnah
III.    Amalan Qiamullail
IV.    Bakat serba boleh (kepimpinan, perniagaan,politik,perang, pendidikan dll)
V.      Solat Jamaah
VI.    Puasa
VII.  Semangat Jihad fisabilillah

01 February 2012

.:: KEKASIH ALLAH, RINDUMU ::.

.:: RM20 From MMPT ::.

ASSALAMUALAIKUM WBT

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang~

...Dah Lama Mengidam tapi belum ada Rezeki lagi...
Selasa 31 Januari 2012, Allah Izinkan ana untuk memilikinya
ALHAMDULILLAH YA ALLAH
JIKA KAU KATA "KUN FAYAKUN" semuanya akan terjadi
SUBHANALLAH


Terima Kasih, Syukur padamu Ya Allah..
Ini Mungkin Hadiah sempena nak sambut
MAULIDUR RASUL..
Dengan Azam yang satu utk bersama mengamalkan Sunnah Rasulullah
Melalui
KEMULIAAN AKHLAKNYA..

SUNGGUH Aku Rindu PADAMU Ya Rasulullah.. Kekasih Allah Pemberi Syafaat di Akhirat Kelak..

.:: Modalnya Mujahadah ::.

ASSALAMUALAIKUM WBT

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah~

Alhamdulillah, berkat semangat dan contengan nukilan sahabat di Blog membuatkan penulis bersedia untuk bangkit kembali mencari Idea yang kian gersang. Bukan tiada Idea tetapi Benak dalam Untaian Perjalanan Hidup yang kadang-kadang tidak tahu yang pilihan yang lebih utama. Pilihan untuk menjadi Baik yang memerlukan Modal Mujahadah yang tinggi Nilainya disisi Orang Yang Tahu Menilainya. Mengapa? Mujahadah tidak akan datang jika kepada Orang yang mempunyai nama seumpamanya, tidak juga menyapa Orang yang hanya lalu ditepinya tanpa memegang erat dia dan tidak akan menemui Orang yang langsung tidak peduli apa sebenarnya makna Mujahadah.

Ayuh Sahabat kita bercinta dengannya, Mujahadah.

Kata Orang Mujahadah itu pahit kerana Syurga itu manis, dari mana kiasan ini dicipta. Adakah individu itu pernah merasa betapa pahitnya Mujahadah. Tidak, bukan begitu sahabat yang diRahmati Allah. Erti kata Pahit itu hanya bidalan yang dapat menjadikan Mujahadah itu teramat tinggi nilainya. Material Kain yang elok sekalipun tiada nilainya jika dibanding dengan Mujahadah.

Mengapa?

Mujahadah ini adalah satu USAHA untuk menentang hawa nafsu daripada mengikut syahawatnya, yang sukakan kerehatan, ketenangan, malas, tidur, makanan dan minuman yang enak, dan hatinya terikat dengan dunia dan perhiasannya. Bukan mudah nak meninggalkan Bilik Tidur yang Indah, Bantal peluk yang empuk dan Selimut mahal yang melambai-lambai. Ini yang dikatakan Mahal dan Pahit untuk dimiliki.

Allah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud :
“Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, - Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya." (Surah An-Naaziat : 40,41)

Mujahadah dilakukan dengan memutuskan nafsu daripada amalan-amalan harian yang biasa kita lakukan, dan memberikannya keperluan-keperluan yang penting(awla), serta memimpinnya kepada suruhan dan ketaatan kepada Allah. Tanpa memberi peluang kepada nafsu untuk menariknya ke belakang.

Mujahadah ini perlukan latihan yang berterusan, berdikit-dikit. Tidak usah terburu-buru ingin melakukan semua kebaikan dalam mengekang nafsu kerana takut kita yang letih kerana hati belum bersedia. Jadi, buat persedian apa yang perlu dan sebaliknya. Tetapi jangan mengelat ye, tidak mencuba untuk bermujahadah. Bukan senang, tetapi bila dah senang semua akan jadi mudah. Alah bisa tegal biasa.

Mari, kita bersama melihat bagaimana yang dikatakan Mujahadah itu Pahit!

1- Memanfaatkan nikmat waktu lapang dan kesihatan:

 "Ada dua macam kenikmatan yang keduanya itu disia-siakan oleh sebagian besar manusia yaitu kesihatan dan kelapangan waktu." Menjadi seorang mukmin yang kuat iman dan tubuh badan: Kekuatan menjadikan seseorang mukmin mampu untuk mencapai matlamatnya di dalam kehidupan seperti dalam sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

 "Orang mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada orang mu'min yang lemah. Namun keduanya itupun sama memperoleh kebaikan. Berlumbalah untuk memperoleh apa saja yang memberikan kemanfaatan padamu dan mohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah merasa lemah.”

2-Mengawal kehendak anggota:

Tidak semua kehendak anggota manusia perlu ditunaikan agar kita tidak menjadi hamba kepadanya. Manusia yang berakal adalah mereka yang memeriksa dirinya seperti di dalam hadith yang bermaksud:

 "Orang yang cerdik - berakal - ialah orang yang memperhitungkan keadaan dirinya dan suka beramal untuk mencari bekal sesudah matinya, sedangkan orang yang lemah ialah orang yang dirinya selalu mengikuti hawanafsunya dan mengharap-harapkan kemurahan atas Allah - yakni mengharap-harapkan kebahagiaan dan pengampunan di akhirat, tanpa beramal shalih."

3-Memperbanyakkan sujud:

Rabi'ah bin Ka'ab al-Aslami, khadam Rasulullah s.a.w. bersabda: "Memintalah padaku!" Saya berkata: "Saya meminta kepada Tuan untuk menjadi kawan Tuan di dalam syurga." Beliau s.a.w. bersabda lagi: "Apakah tidak ada yang selain itu?" Saya menjawab: "Sudah, itu sajalah." Beliau lalu bersabda: "Kalau begitu tolonglah aku - untuk melaksanakan permintaanmu itu – dengan memaksa dirimu sendiri untuk memperbanyak bersujud - maksudnya engkaupun harus pula berusaha untuk terlaksananya permtntaan tersebut dengan jalan memperbanyak menyembah Allah s.w.t."

Jom Kita sama-sama Mujahadah.. Bi Iznillah^_^

Ma'assalamah
Wa Ilalliqa'
Bayti Jannati
0611PM
01feb2012

20 January 2012

.:: GAYA TUDUNG ::.

.:: ADAB MAKAN ::.

.:: Januari 2012 ::.

.:: Mentaliti Adik2 SMSTSP ::.

ASSALAMUALAIKUM WBT

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang~

Alhamdulillah, dengan Izin Allah Jua kami selamat sampai di Bumi Ilmiah dan Barakah Perlis Indera Kayangan. Hajat yang terpendam sudah terlaksana untuk bertemu Adik-adik (peserta Kem Pemantapan Sahsiah, Kem Kenari Yan) SMSTSP. Perjalanan yang penuh dengan Buah Yang Enak buah Langsat (Sesat), Rupanya jalan jauh yang kami cari.. Kesian ^_____^, Sebelum sampai kami Solat dulu, bukan apa MALU dengan Adik2, Solat Lewat (Astaghfirullah, Patutnya Malu dengan Allah SWT kan)..



Sampai je, kami diSERBU^_^, Dari atas bangunan menjerit "Abang Long.... Abang Long..." Waa, semangat dan Rindunya Adik-adik kami ni dengan abag Fasi depa, Taufik. Itulah Ukhwah, xluput di mamah Zaman. Cemburunya dengan depa sebab ada adik2.. Sapa suruh jadi Urusetia, apa2pun, all is Well!! Hati Ceria berbunga2..

5 Orang adik2 Muslimin telah menunggu di Jalan Utama ke Dewan Makan, segak berbaju Prep (Bj Melayu Putih, Seluar Hitam dan bersongkok), Sungguh beradab.. Dipelawa masuk ke dewan, "Ustaz, Dah Solat?" Itu Ayat pertama yang keluar dari mulut salah seorang dari mereka. Hati terpaku, Allahu Rabbi, sungguh Kuat tarbiyyah Mereka(",)..

"Haa, kalau macam tu Ustaz, abang2 dan kakak2 Makan dulu, Sila la ye" Perut masih kenyang disebabkan pelawaan yang Ikhlas itu ana menjamah sedikit. Ermm, boleh tahan masakan dia.
Tom Yam+Ikan Goreng+Sayur Sawi Dan Nasi Putih. Air pun sedap "Asam Boi", Masam tapi Sedap.. Yummy... Yummy..


Siap makan, ada adik datang tegur akak-akak dia. "Akaaak!, Apa Kabar... Rindunya... Kami dah lama tunggu akak-akak datang, ingat Tahun lepas... "..
Jadi Sekarang tepat Jam8:30malam, akak-akak dah selamat sampai SMSTSP.. Alhamdulillah^_^

Kami dibawa ke Dewan Sekolah yang agak jauh sebenarnya, memandangkan adik-adik kami pandai bermain Psikologi, maka setiap apa yanh kami lihat semua dihurainya..
"Kak, ni asrama Aspuri"
"Kak, ni Gimnasium tapi dah lama xguna"
"Kak, ni Rumah-Rumah (Utk penilaian Akademik, Sahsiah) kami"
"Kak, ni kelas Tingkatan 1, ni Tingkatan 2, ni Tingkatan 3 setipa tingkatan ada 4 kelas.. Tingkan empat sebelah sana (bangunan belakang)"
"Kak, ni la dewan kami, masuk la tengok kami buat persembahan"
Waaa, rupanya Orang yang bijak ni Orang menghargai masa (Itulah Adik-adik kami seminit pun xkan dibuang tanpa berkongsi cerita).. Allah, ampunkan Dosa mereka dan tambahkan Nur & Hidayah kpd Mrk.



Kami diberi kerusi paling, sungguh hina diri ini dihadapan Allah apabila diberi penghormatan sebegini. Demi meraikan mereka, kami akur. Majlis dipengerusikan oleh Sheikh Suhaimi dari KUIN, keberkatan majlis diraut dari mukaddimah DOA, seterusnya alunan lagu tema dan Tazkirah ringkas dari Ustaz Nizam (Murabbi kami). Kemudian Ustaz beri peluang pada adik-adik untuk Fasi kesukaan (walaupun xsuka). ^_^..

Bersama ana, 4 orang adik2 yang bermentaliti kelas pertama. Mengapa?
Ikuti pandangan adik ini..
Nama saya bla..bla..bla saya tinggal di bla..bla..bla sehinggalah beliau selesai menceritakan tentang asal dan latar belakang. Tiba-tiba dia menyebut "Saya ada tokoh yang sangat saya kagumi, tapi saya xnak la beritahu" Ana "Kita share la dengan sahabat2 mana tau boleh dijadikan sumber inspirasi" adik "Saya segan la kak.... Erm... Idola saya sebenarnya Tun Dr. Mahathir b Muhammad".. yang ana respect bgmana luahan dan buah fikiran dia dalam mengkritik. Sungguh terkesan!!

Ilalliqa'
5:01PM
Bayti Jannati

11 January 2012

.:: Anak-anak Remaja Kini ::.


Hari ini kadang-kadang kita rasa terpinggir untuk menjadi prihatin. Semua tahu bahawa mencegah mungkar itu wajib. Namun tak ramai yang berani dan bersedia untuk mencegah mungkar.
Lebih dahsyat benda mungkar dianggap normal, manakala orang yang mencegahnya dianggap ganjil. Mungkar menjadi normal dan biasa kerana ia bukan sahaja berlaku secara berleluasa, bahkan dipromosikan dengan begitu hebat oleh media yang tidak bertanggungjawab. Lantas, manusia prihatin yang mahu mencegah mungkar terpaksa bermujahadah untuk membuka suara bagi mencegah mungkar.

Saya kemukakan satu kisah benar yang mampu membuka minda insan yang prihatin. Kisah yang disampaikan dalam satu kuliah subuh. Kisah tentang seorang pakcik tua naik LRT pergi ke KLCC. Dalam perjalanan dia melihat sepasang remaja yang di paras umur 17-20-an.
 
Tanpa segan silu remaja tersebut telah melakukan adegan yang tidak sopan bercumbu di khalayak ramai dan di depan pakcik itu. Berkali-kali walaupun di hadapan semua orang walaupun puluhan mata sedang menyaksikannya menandakan isyarat tak suka. Lalu dengan hati yang ingin mendidik pakcik telah menegur dengan berkata :

"Anak! Jangan buat begini. Tak baik. Kita orang Islam."

Tapi malang sekali sepantas kilat pasangan lelaki menjawab:

"Pakcik pergi telefon Allah dan tanya saya dok neraka nombor berapa."

Begitu angkuh dan biadap sekali jawapan itu sehingga pakcik yang berniat baik itu terkedu.
Inilah realiti anak-anak generasi harapan bangsa. Mereka hilang pedoman dan menganggap Islam itu hanyalah anutan semata-mata. Ingatlah perkara ini perlu diambil tindakan dalam memastikan generasi yang tidak mengenali diri dan Tuhan perlu disuburkan dengan iman dan taqwa yang hakiki.


10 January 2012

.:: Januari 2012 ::.

...ASSALAMUALAIKUM WBT...

Perancangan JANUARI 2012

1) 2-6hb ke Kuala Lumpur

*UKM :Mencari Bahan untuk M.A(Mengharap Allah)
*Kak Asma' dan Kak Ct, dan jutaan Terima Kasih Buat Kak FARAH, moga selamat menghabiskan Sarjana Al-Quran dan Al-Sunnah..

2) 7hb Ke Masjid Sultanah Bahiyah

* Wacana Siasah bersama Dr. Aziz Bari

3) 9hb Ke Pokok Sena

* Bank In RM25 utk Yuran pemprosesan M.A (Mengharap Allah)
=Ingat dah boleh selesai hantar Borang melalui Pos Ekpress, rupanya TIDAK masih ada kesulitan yang dialami=
Mood: Mencari Yang Positif, lagpun Niat nak hantar kan 10hb!!!

4) 10 hb ke Kuala Nerang

* Berjaya!! masukkan Pos Ekspress kedalam tongnya.. Alhamdulillah...... Tahniah tapi belum tahu apa jawapannya..

5) 12-14 hb ke Merbok

* Kem Kepimpinan Pengawas, Mudah2an dapat la kongsi sedikit Ilmu yang kurang ni..

6) 19 hb ke Perlis

* Reunion dengan pelajar Sekolah Menengah Sains Tunku Syed Putra, lawatan balas dan ziarah mahabbah..

7) 20 hb di Rumah

* Bacaan Yaasin bersama penduduk Kampung, kenduri jamuan makan..

8) 22 hb ke Maktab Mahmud Padang Terap

* Mesyuarat Kem Matinul Khuluk pelajar tingkatan 1 & 2

9) 24 hb di Rumah

* Majlis Walimah al-Ursy Abang tersayang..

10) 26-28hb ke Maktab Mahmud Padang Terap

* ~Kem Matinul Khuluk 2012~

Alhamdulillah Moga dipermudahkan URUSAN kami..

Ilalliqa'
Ilahi Anta Maqsudi wa Redhaka Matlubi..
5:45PM
Fi Bayti Jannati