05 February 2012

.:: Ikon CINTA ::.

ASSALAMUALAIKUM WBT
~Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang~

.::RASULULLAH IKON CINTA DAN PENYELAMAT KITA::.
Baginda Rasulullah saw bukan manusia biasa-biasa,tetapi Allah mengutuskannya sebagai Utusan @ DutaNNya kepada Hamba-hambaNya.  Seandainya kita terhutang budi kepada orang yang menyelamatkan kita dari bencana Dunia, betapa kita harus lebih terhutang budi kepada Insan yang menyelamatkan kita daripada bencana akhirat.
Apakah perasaan anda terhadap orang yang menyelamatkan anda tadi? Pasti sukar untuk diluahkan dengan kata-SpeechLess. Jelas menunjukkan anda sangat terhutang budi kepadanya, oleh itu anda bertekad untuk sentiasa mengenang budinya yang tidak terperi. Bukan sahaja anda sentiasa terimbau akan jasa baktinya itu namun berazam untuk membalas kembali pengorbanannya yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.
Itulah Rasulullah saw, Insan yang telah berjuang berhabis-habisan serta mengorbankan diri dan hartanya semata-mata untuk menyelamatkan kita dari jurang kebinasaansebelum kita dilahirkan ke Dunia lagi.
Baginda dilahirkan di celah-celah kejahilan umat bagi membimbing kita ke jalan kebenaran dan kebahagiaan berpandukan pedoman al-Quran dan al-Sunnah yang ditinggalkan, kita umatnya pasti selamat Dunia dan Akhirat, Insha Allah.. ^_____________^
Misi Baginda tidak lain hanya untuk membawa kita kepada Cinta hakiki iaiitu Cinta kepada Allah, itulah sebenarnya puncak CINTA seorang yang bergelar hamba Allah.


Allah menegaskan Cinta kepada RasulNya akan menjadi prasyarat untuk mendapatkan Cinta-Nya.  Tidak dianggap kita beriman kepada Allah seandainya kita tidak melebihkan cinta kepada rasul-Nya berbanding cinta kepada Insan Lain.
Baginda Bersabda :
“Demi yang Nyawa ditangan-Nya, tidak beriman seseorang kamu sehingga kamu sehingga aku menjadi orang yang dia kasihi melebihi kasihnya terhadap ayah, anak dan semua manusia lain ”
(RIWAYAT BUKHARI)
Baginda bersabda lagi :
“Sesiapa yang memiliki tiga perkara ini akan mendapat keimanan iaitu Cinta kepada Allah dan Rasul lebih daripada segala-galanya. Kedua, menyintai seseorang kerana Allah dan takut kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya, sebagaimana dia benci untuk dilemparkan ke dalam api neraka yang Panas”
(RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM)

MENGAPA perlu MenCINTAI NABI MUHAMMAD SAW ?
Na’am, kita perlu mencintai batang tubuh baginda melebihi cinta kepada diri kita sendiri KERANA :
1.       RASULULLAH SAW PEMBERI PETUNJUK
2.       LAMBANG KEIMANAN
3.       RASULULLAH SAW DICIPTAKAN ALLAH SEBAGAI RAHMATAN LIL ‘ALAMIN (RahmatSeluruhAlam)
4.       CONTOH IKUTAN SEMUA MANUSIA
5.       KERANA RASULULLAH MENCINTAI KITA
6.       ZAHIRKAN KECINTAAN
ANTARA 7 PUSAKA BAGINDA :
I.        Akhlak Mulia
II.      Al-Quran dan al-Sunnah
III.    Amalan Qiamullail
IV.    Bakat serba boleh (kepimpinan, perniagaan,politik,perang, pendidikan dll)
V.      Solat Jamaah
VI.    Puasa
VII.  Semangat Jihad fisabilillah

01 February 2012

.:: KEKASIH ALLAH, RINDUMU ::.

.:: RM20 From MMPT ::.

ASSALAMUALAIKUM WBT

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang~

...Dah Lama Mengidam tapi belum ada Rezeki lagi...
Selasa 31 Januari 2012, Allah Izinkan ana untuk memilikinya
ALHAMDULILLAH YA ALLAH
JIKA KAU KATA "KUN FAYAKUN" semuanya akan terjadi
SUBHANALLAH


Terima Kasih, Syukur padamu Ya Allah..
Ini Mungkin Hadiah sempena nak sambut
MAULIDUR RASUL..
Dengan Azam yang satu utk bersama mengamalkan Sunnah Rasulullah
Melalui
KEMULIAAN AKHLAKNYA..

SUNGGUH Aku Rindu PADAMU Ya Rasulullah.. Kekasih Allah Pemberi Syafaat di Akhirat Kelak..

.:: Modalnya Mujahadah ::.

ASSALAMUALAIKUM WBT

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah~

Alhamdulillah, berkat semangat dan contengan nukilan sahabat di Blog membuatkan penulis bersedia untuk bangkit kembali mencari Idea yang kian gersang. Bukan tiada Idea tetapi Benak dalam Untaian Perjalanan Hidup yang kadang-kadang tidak tahu yang pilihan yang lebih utama. Pilihan untuk menjadi Baik yang memerlukan Modal Mujahadah yang tinggi Nilainya disisi Orang Yang Tahu Menilainya. Mengapa? Mujahadah tidak akan datang jika kepada Orang yang mempunyai nama seumpamanya, tidak juga menyapa Orang yang hanya lalu ditepinya tanpa memegang erat dia dan tidak akan menemui Orang yang langsung tidak peduli apa sebenarnya makna Mujahadah.

Ayuh Sahabat kita bercinta dengannya, Mujahadah.

Kata Orang Mujahadah itu pahit kerana Syurga itu manis, dari mana kiasan ini dicipta. Adakah individu itu pernah merasa betapa pahitnya Mujahadah. Tidak, bukan begitu sahabat yang diRahmati Allah. Erti kata Pahit itu hanya bidalan yang dapat menjadikan Mujahadah itu teramat tinggi nilainya. Material Kain yang elok sekalipun tiada nilainya jika dibanding dengan Mujahadah.

Mengapa?

Mujahadah ini adalah satu USAHA untuk menentang hawa nafsu daripada mengikut syahawatnya, yang sukakan kerehatan, ketenangan, malas, tidur, makanan dan minuman yang enak, dan hatinya terikat dengan dunia dan perhiasannya. Bukan mudah nak meninggalkan Bilik Tidur yang Indah, Bantal peluk yang empuk dan Selimut mahal yang melambai-lambai. Ini yang dikatakan Mahal dan Pahit untuk dimiliki.

Allah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud :
“Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, - Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya." (Surah An-Naaziat : 40,41)

Mujahadah dilakukan dengan memutuskan nafsu daripada amalan-amalan harian yang biasa kita lakukan, dan memberikannya keperluan-keperluan yang penting(awla), serta memimpinnya kepada suruhan dan ketaatan kepada Allah. Tanpa memberi peluang kepada nafsu untuk menariknya ke belakang.

Mujahadah ini perlukan latihan yang berterusan, berdikit-dikit. Tidak usah terburu-buru ingin melakukan semua kebaikan dalam mengekang nafsu kerana takut kita yang letih kerana hati belum bersedia. Jadi, buat persedian apa yang perlu dan sebaliknya. Tetapi jangan mengelat ye, tidak mencuba untuk bermujahadah. Bukan senang, tetapi bila dah senang semua akan jadi mudah. Alah bisa tegal biasa.

Mari, kita bersama melihat bagaimana yang dikatakan Mujahadah itu Pahit!

1- Memanfaatkan nikmat waktu lapang dan kesihatan:

 "Ada dua macam kenikmatan yang keduanya itu disia-siakan oleh sebagian besar manusia yaitu kesihatan dan kelapangan waktu." Menjadi seorang mukmin yang kuat iman dan tubuh badan: Kekuatan menjadikan seseorang mukmin mampu untuk mencapai matlamatnya di dalam kehidupan seperti dalam sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

 "Orang mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada orang mu'min yang lemah. Namun keduanya itupun sama memperoleh kebaikan. Berlumbalah untuk memperoleh apa saja yang memberikan kemanfaatan padamu dan mohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah merasa lemah.”

2-Mengawal kehendak anggota:

Tidak semua kehendak anggota manusia perlu ditunaikan agar kita tidak menjadi hamba kepadanya. Manusia yang berakal adalah mereka yang memeriksa dirinya seperti di dalam hadith yang bermaksud:

 "Orang yang cerdik - berakal - ialah orang yang memperhitungkan keadaan dirinya dan suka beramal untuk mencari bekal sesudah matinya, sedangkan orang yang lemah ialah orang yang dirinya selalu mengikuti hawanafsunya dan mengharap-harapkan kemurahan atas Allah - yakni mengharap-harapkan kebahagiaan dan pengampunan di akhirat, tanpa beramal shalih."

3-Memperbanyakkan sujud:

Rabi'ah bin Ka'ab al-Aslami, khadam Rasulullah s.a.w. bersabda: "Memintalah padaku!" Saya berkata: "Saya meminta kepada Tuan untuk menjadi kawan Tuan di dalam syurga." Beliau s.a.w. bersabda lagi: "Apakah tidak ada yang selain itu?" Saya menjawab: "Sudah, itu sajalah." Beliau lalu bersabda: "Kalau begitu tolonglah aku - untuk melaksanakan permintaanmu itu – dengan memaksa dirimu sendiri untuk memperbanyak bersujud - maksudnya engkaupun harus pula berusaha untuk terlaksananya permtntaan tersebut dengan jalan memperbanyak menyembah Allah s.w.t."

Jom Kita sama-sama Mujahadah.. Bi Iznillah^_^

Ma'assalamah
Wa Ilalliqa'
Bayti Jannati
0611PM
01feb2012

20 January 2012

.:: GAYA TUDUNG ::.

.:: ADAB MAKAN ::.

.:: Januari 2012 ::.

.:: Mentaliti Adik2 SMSTSP ::.

ASSALAMUALAIKUM WBT

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang~

Alhamdulillah, dengan Izin Allah Jua kami selamat sampai di Bumi Ilmiah dan Barakah Perlis Indera Kayangan. Hajat yang terpendam sudah terlaksana untuk bertemu Adik-adik (peserta Kem Pemantapan Sahsiah, Kem Kenari Yan) SMSTSP. Perjalanan yang penuh dengan Buah Yang Enak buah Langsat (Sesat), Rupanya jalan jauh yang kami cari.. Kesian ^_____^, Sebelum sampai kami Solat dulu, bukan apa MALU dengan Adik2, Solat Lewat (Astaghfirullah, Patutnya Malu dengan Allah SWT kan)..



Sampai je, kami diSERBU^_^, Dari atas bangunan menjerit "Abang Long.... Abang Long..." Waa, semangat dan Rindunya Adik-adik kami ni dengan abag Fasi depa, Taufik. Itulah Ukhwah, xluput di mamah Zaman. Cemburunya dengan depa sebab ada adik2.. Sapa suruh jadi Urusetia, apa2pun, all is Well!! Hati Ceria berbunga2..

5 Orang adik2 Muslimin telah menunggu di Jalan Utama ke Dewan Makan, segak berbaju Prep (Bj Melayu Putih, Seluar Hitam dan bersongkok), Sungguh beradab.. Dipelawa masuk ke dewan, "Ustaz, Dah Solat?" Itu Ayat pertama yang keluar dari mulut salah seorang dari mereka. Hati terpaku, Allahu Rabbi, sungguh Kuat tarbiyyah Mereka(",)..

"Haa, kalau macam tu Ustaz, abang2 dan kakak2 Makan dulu, Sila la ye" Perut masih kenyang disebabkan pelawaan yang Ikhlas itu ana menjamah sedikit. Ermm, boleh tahan masakan dia.
Tom Yam+Ikan Goreng+Sayur Sawi Dan Nasi Putih. Air pun sedap "Asam Boi", Masam tapi Sedap.. Yummy... Yummy..


Siap makan, ada adik datang tegur akak-akak dia. "Akaaak!, Apa Kabar... Rindunya... Kami dah lama tunggu akak-akak datang, ingat Tahun lepas... "..
Jadi Sekarang tepat Jam8:30malam, akak-akak dah selamat sampai SMSTSP.. Alhamdulillah^_^

Kami dibawa ke Dewan Sekolah yang agak jauh sebenarnya, memandangkan adik-adik kami pandai bermain Psikologi, maka setiap apa yanh kami lihat semua dihurainya..
"Kak, ni asrama Aspuri"
"Kak, ni Gimnasium tapi dah lama xguna"
"Kak, ni Rumah-Rumah (Utk penilaian Akademik, Sahsiah) kami"
"Kak, ni kelas Tingkatan 1, ni Tingkatan 2, ni Tingkatan 3 setipa tingkatan ada 4 kelas.. Tingkan empat sebelah sana (bangunan belakang)"
"Kak, ni la dewan kami, masuk la tengok kami buat persembahan"
Waaa, rupanya Orang yang bijak ni Orang menghargai masa (Itulah Adik-adik kami seminit pun xkan dibuang tanpa berkongsi cerita).. Allah, ampunkan Dosa mereka dan tambahkan Nur & Hidayah kpd Mrk.



Kami diberi kerusi paling, sungguh hina diri ini dihadapan Allah apabila diberi penghormatan sebegini. Demi meraikan mereka, kami akur. Majlis dipengerusikan oleh Sheikh Suhaimi dari KUIN, keberkatan majlis diraut dari mukaddimah DOA, seterusnya alunan lagu tema dan Tazkirah ringkas dari Ustaz Nizam (Murabbi kami). Kemudian Ustaz beri peluang pada adik-adik untuk Fasi kesukaan (walaupun xsuka). ^_^..

Bersama ana, 4 orang adik2 yang bermentaliti kelas pertama. Mengapa?
Ikuti pandangan adik ini..
Nama saya bla..bla..bla saya tinggal di bla..bla..bla sehinggalah beliau selesai menceritakan tentang asal dan latar belakang. Tiba-tiba dia menyebut "Saya ada tokoh yang sangat saya kagumi, tapi saya xnak la beritahu" Ana "Kita share la dengan sahabat2 mana tau boleh dijadikan sumber inspirasi" adik "Saya segan la kak.... Erm... Idola saya sebenarnya Tun Dr. Mahathir b Muhammad".. yang ana respect bgmana luahan dan buah fikiran dia dalam mengkritik. Sungguh terkesan!!

Ilalliqa'
5:01PM
Bayti Jannati

11 January 2012

.:: Anak-anak Remaja Kini ::.


Hari ini kadang-kadang kita rasa terpinggir untuk menjadi prihatin. Semua tahu bahawa mencegah mungkar itu wajib. Namun tak ramai yang berani dan bersedia untuk mencegah mungkar.
Lebih dahsyat benda mungkar dianggap normal, manakala orang yang mencegahnya dianggap ganjil. Mungkar menjadi normal dan biasa kerana ia bukan sahaja berlaku secara berleluasa, bahkan dipromosikan dengan begitu hebat oleh media yang tidak bertanggungjawab. Lantas, manusia prihatin yang mahu mencegah mungkar terpaksa bermujahadah untuk membuka suara bagi mencegah mungkar.

Saya kemukakan satu kisah benar yang mampu membuka minda insan yang prihatin. Kisah yang disampaikan dalam satu kuliah subuh. Kisah tentang seorang pakcik tua naik LRT pergi ke KLCC. Dalam perjalanan dia melihat sepasang remaja yang di paras umur 17-20-an.
 
Tanpa segan silu remaja tersebut telah melakukan adegan yang tidak sopan bercumbu di khalayak ramai dan di depan pakcik itu. Berkali-kali walaupun di hadapan semua orang walaupun puluhan mata sedang menyaksikannya menandakan isyarat tak suka. Lalu dengan hati yang ingin mendidik pakcik telah menegur dengan berkata :

"Anak! Jangan buat begini. Tak baik. Kita orang Islam."

Tapi malang sekali sepantas kilat pasangan lelaki menjawab:

"Pakcik pergi telefon Allah dan tanya saya dok neraka nombor berapa."

Begitu angkuh dan biadap sekali jawapan itu sehingga pakcik yang berniat baik itu terkedu.
Inilah realiti anak-anak generasi harapan bangsa. Mereka hilang pedoman dan menganggap Islam itu hanyalah anutan semata-mata. Ingatlah perkara ini perlu diambil tindakan dalam memastikan generasi yang tidak mengenali diri dan Tuhan perlu disuburkan dengan iman dan taqwa yang hakiki.


10 January 2012

.:: Januari 2012 ::.

...ASSALAMUALAIKUM WBT...

Perancangan JANUARI 2012

1) 2-6hb ke Kuala Lumpur

*UKM :Mencari Bahan untuk M.A(Mengharap Allah)
*Kak Asma' dan Kak Ct, dan jutaan Terima Kasih Buat Kak FARAH, moga selamat menghabiskan Sarjana Al-Quran dan Al-Sunnah..

2) 7hb Ke Masjid Sultanah Bahiyah

* Wacana Siasah bersama Dr. Aziz Bari

3) 9hb Ke Pokok Sena

* Bank In RM25 utk Yuran pemprosesan M.A (Mengharap Allah)
=Ingat dah boleh selesai hantar Borang melalui Pos Ekpress, rupanya TIDAK masih ada kesulitan yang dialami=
Mood: Mencari Yang Positif, lagpun Niat nak hantar kan 10hb!!!

4) 10 hb ke Kuala Nerang

* Berjaya!! masukkan Pos Ekspress kedalam tongnya.. Alhamdulillah...... Tahniah tapi belum tahu apa jawapannya..

5) 12-14 hb ke Merbok

* Kem Kepimpinan Pengawas, Mudah2an dapat la kongsi sedikit Ilmu yang kurang ni..

6) 19 hb ke Perlis

* Reunion dengan pelajar Sekolah Menengah Sains Tunku Syed Putra, lawatan balas dan ziarah mahabbah..

7) 20 hb di Rumah

* Bacaan Yaasin bersama penduduk Kampung, kenduri jamuan makan..

8) 22 hb ke Maktab Mahmud Padang Terap

* Mesyuarat Kem Matinul Khuluk pelajar tingkatan 1 & 2

9) 24 hb di Rumah

* Majlis Walimah al-Ursy Abang tersayang..

10) 26-28hb ke Maktab Mahmud Padang Terap

* ~Kem Matinul Khuluk 2012~

Alhamdulillah Moga dipermudahkan URUSAN kami..

Ilalliqa'
Ilahi Anta Maqsudi wa Redhaka Matlubi..
5:45PM
Fi Bayti Jannati

11 December 2011

.:: Jangan seperti Lalang ::.


~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang~


Dalam kehidupan "Selagi Nyawa" dikandung badan, kita (Insan) tidak terlepas untuk membuat keputusan demi memenuhi kehendak dan keperluan sendiri walaupun individu lain melihatnya dari dimensi yang berbeza dengan pandangan kita. Keputusan yang dibuat akan memaksa kita merasai Pahit Maung Suka Duka dalam menyelaraskan apa yang bakal terjadi. Bukan mudah untuk membuat keputusan, jika perlu memilih 1 di antara dua lagi pula dua-dua sangat penting. 

Sewaktu Kecil kita mudah sahaja menerima keputusan dari Mak dan Ayah, A kata maka A juga lah kita. Tidak pandai membantah kerna semuanya mereka yang putuskan kita hanya melaksanakan dan pada waktu itu kita belum bijak membuat keputusan. 

Itu pun kadangkala kita mengeluh dan memberontak tidak mahu ke sekolah, kerana waktu itu Hati mahu "lebih-lebih" dalam bermain dengan kawan-kawan, seronok sahaja yang difikirkan! Mak kata masuk Tadika/Pasti yang ini ye, dan kita pun mengiakan. Alhamdulillah, anak yang baik kan sentiasa dengar arahan Mak dan Abah. 

Beg+Pensil+Pemadam+Buku+Pensil warna dan lain-lain semua dibelikan kita cuma ambil dan gunakan. Tanpa mengeluarkan 1sen, kita sudah menerimanya. Perkataan Terima Kasih pun belum pandai diungkapkan. 

Sampai sekolah kita memberi "sedekah" pula pada kawan-kawan, kesian melihat kawan-kawan tiada pensil. Biarpun tika itu kita tiada backup pensil tapi hakikatnya kita mengutamakan orang lain, sampai di rumah Mak Abah marah peralatan yang dibeli baru sehari sudah di faraidkan bersama kawan-kawan.

Muhasabah :
Keputusan yang dibuat oleh kita ketikaBerada di peringkat ini (Tadika/Pasti/Pra-Sekolah) adalah berdasar apa yang kita fikir "Asalkan BOLEH atau Kasihan" 
Positifnya : Mata hati telah dimanfaatkan, kerana empati apabila melihat orang lain tiada apa yang kita ada.
Umur meningkat kita mula belajar membuat keputusan apabila mendapat cemerlang dalam UPSR, kita ditawarkan ke Sekolah berasrama penuh. Keputusan itu akan memaksa diri untuk meninggalkan Mak Abah, Gadjet2 yang ada di rumah dan apa yang kita suka. Kita akan hidup dalam sebuah rumah atau dorm yang di dalamnya ada pelbagai ragam manusia. Jika kita seperti Lalang kita akan ikut apa yang kita rasa OK ^_^

Selepas berhempas pulas dari darjah 1-6 kita fokus pula untuk peperiksaan. Siang Malam berusaha membaca, menghafal dan mengira kita masuk Dewan periksa. Mak Abah di rumah berdoa siang dan malam untuk kejayaan kita. 



Kemudian, 
kita ke peringkat seterusnya! PMR menunggu kita. 
Kita guna cara dan kaedah yang sama seperti kita kita menduduki UPSR

  
SPM menanti, dan kita ambil keputusan untuk mengambilnya.


Kita berJAYA! Dan ditawarkan ke Universiti. KITA wajib membuat keputusan yang terbaik dan ikut minat yang diingini, jika tidak akan jadi sebaliknya. Pandangan awam harus diambil dan bukan meletakkan keputusan di tangan mereka dan, jadikan diri SEPERTI  LALANG, jika awam kata A kita pun A, dan jika awam kata B kita akan pilih B.
Pandangan sekadar proses membantu kita membuat keputusan dan pencerahan!

****************************************************************************

Jangan begitu, 
kerana kita sudah tahu apa matlamat dan Minat kita. Teruskan dengan keputusan serta tetap pendirian.
Moga keputusan ini atas pilihan ALLAH SWT, itu yang UTAMA-
Dan,
Kita wajib akan terima kritikan dan kata-kata yang kurang enak serta perli yang kurang menyenangkan! 
kerana,
kita tidak memilih apa yang mereka cadangkan..

SAHABAT-SAHABAT : Mari kita pilih

1) Kita pilih keputusan awam dan hadapinya keseorangan tanpa minat kerana IKUT ORANG
2) Kita pilih keputusan sendiri atas dasar pandangan awam kerana itu MINAT KITA, wlpn awam tidak bersetuju! Dan xmustahil anda akan digelar "Degil"



Ilalliqa'
Ilahi Anta Maqsudi wa Redhaka Matlubi
Bayti Jannati
4:58 Petang
Al-Nerangi
 

05 December 2011

.:: 9 & 10 Muharam 1433H ::.

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang~

Sumber dari iluvislam.com

-SOAL JAWAB PUASA ASYURA-

Ustaz..
Boleh tak terangkan berkenaan puasa asyura? Bila puasanya? Saya dengar 9 & 10 Muharram. Ada yang bagitau saya 11 pun sunnat puasa. Bagaimana yang terbaik? Apa lagi amalan baik di hari Asyura? Syukran.

Jawapan:
Kita akan berjumpa hari 'Asyura' (عاشوراء) sekali lagi. Di bawah ini saya nyatakan beberapa hukum yang disebutkan oleh para Fuqaha' berkaitan 'Asyura'.


1. Bilakah puasa 'Asyura'?
Pendapat pertama : Ibn Abbas Radhiyallahu 'Anhuma berpendapat 'Asyura' adalah pada 9 Muharram. Pendapat kedua : Jumhur Fuqaha' berpendapat 'Asyura' adalah pada 10 Muharram.

2. Bilakah sunnah Puasa?
Sunnah berpuasa seluruh bulan Muharram. Ini kerana ia termasuk salah satu daripada bulan-bulan haram.Sunnah muakkadah (yang sangat dituntut) berpuasa pada 10 Muharram (hari 'Asyura').Sunnah juga berpuasa pada 9 Muharram.Sunnah juga berpuasa pada 11 Muharram.Sunnah juga berpuasa 1-10 Muharram menurut sebahagian Fuqaha'.

3. Kelebihan berpuasa pada 10 Muharram?
Diampunkan dosa setahun yang lalu (hadis sahih riwayat Imam Muslim).Pada hari tersebut Nabi Musa diselamatkan daripada Fir'aun. Maka puasa tersebut adalah sebagai tanda kesyukuran*. Ummat Islam lebih berhak berpuasa daripada Yahudi (yang juga berpuasa pada 'Asyura') kerana aqidah yang sama dengan Nabi Musa.
* ia juga dalil bahawa Islam membenarkan sambutan diadakan untuk mensyukuri sesuatu perkara setiap tahun. Oleh kerana itu juga, maka sambutan maulid dibenarkan di dalam Islam sebagai tanda kesyukuran.

4. Mengapa pula puasa pada 9 Muharram?
Hadis Nabi yang bermaksud: Jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari kesembilan. Namun baginda telah wafat pada tahun berikutnya.Membezakan dengan amalan orang Yahudi.Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari 'Asyura'.Termasuk bulan-bulan haram.Termasuk 10 hari pertama Muharram yang disunnahkan berpuasa oleh sebahagian Fuqaha'.

5. Hikmah berpuasa pada hari 11 Muharram?
Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari 'Asyura'.Termasuk bulan-bulan haram.

6. Apakah amalan terbaik selain berpuasa pada hari 'Asyura'?
Meluaskan rezki (berbelanja makanan, minuman, menggembirakan kanak-kanak dan kaum keluarga).

7. Apakah kelebihannya?
Dilapangkan oleh Allah rezekinya selama setahun.*
* Hadis diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dan Attabrani dengan pelbagai sanad. Imam Baihaqi menyebutkan, sanad-sanadnya dhoif, tetapi apabila dihimpunkan kesemuanya maka ia menjadi kuat.

8. Apakah yang dilakukan oleh para salafussoleh pada hari 'Asyura'?
Disebutkan di dalam nota kaki kitab Fathul 'Allam oleh Syaikhuna Muhammad Alhajjar, menakalkan kitabAlmadkhal oleh Ibnul Hajj, para salafussoleh tidak akan melalui musim-musim ini melainkan dengan banyaknya ibadah, sedekah, berbuat kebajikan dan meraih kelebihannya, bukanlah dengan makan dan minum, bahkan bersegera menambahkan sedekah dan berbuat baik.

9. Apakah contoh amal kebaikan yang digalakkan oleh para ulamak untuk dilakukan pada hari tersebut?
Apa jua amalan kebajikan baik dilakukan pada hari yang mulia tersebut. Antara yang diajarkan oleh para ulamak adalah bersiwak, bercelak, berwangi-wangi, mengusap kepala anak yatim, menziarahi orang soleh dan para ulamak.

10. Ada tak doa yang diamalkan pada hari tersebut?

Mari manfaatkan hari 'Asyura, hari yang penuh keutamaan dan kemuliaan dengan memanjatkan doa :

حَسْبُنَااللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ
سُبْحَانَ اللَّهِ مِلْءَالْمِيْزَانِ وَمُنْتَهَى الْعِلْمِ وَمَبْلَغَ الرِّضَاوَزِنَةَالْعَرْشِ
لاَمَلْجَأَ وَلاَمَنْجَأَ مِنَ اللَّهِ اِلاَّ اِلَيْهِ سُبْحَانَ اللَّهِ عَدَدَالشَّفْعِ وَالْوِتْرِ
وَعَدَدَكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ كُلِّهَانَسْأَلُكَ السَّلاَمَةَبِرَحْمَتِكَ يَااَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
وَلاَحَوْلَ وَلاَقُوَّةَاِلاَّبِاللَّهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ
وَهُوَحَسْبُنَ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ
وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

"Hasbunallahu wani'mal wakiilu ni'mal maulaa wani'man nashiiru
Subhanallahi mil-al miizaani wa muntahal 'ilmi wa mablaghar ridhaa wazinatal 'arsyi
Laa malja-a walaa manja-a minallahi illa ilaihi subhaanallahi 'adadasy syaf'ir wal witri
Wa 'adada kalimaatillahittaammaati kulliha nas-alukas salaamata birahmatika yaa arhamar raahimina
Walaa haula walaa quwwata illa billahil 'aliyyil 'azhiimi
Wa huwa hasbuna wa ni'mal wakiilu ni'mal maulaa wa ni'man nashiiru
Wa shallalahu 'alaa sayyidina muhammadin wa 'alaa aalihi washahbihii wasallam"

Ertinya:
"Cukuplah Allah menjadi sandaran kami, dan Dia sebaik-baik Pelindung, sebaik-baik kekasih, dan sebaik-baik Penolong. Maha Suci Allah sepenuh timbangan, sesempurna ilmu, sepenuh keridhaan dan timbangan 'arsy. Tidak ada tempat berlindung dan menyelamatkan diri dari Allah, kecuali hanya kepada-Nya. Maha Suci Allah sebanyak bilangan genap dan ganjil, dan sebanyak kalimat Allah yang sempurna, kami memohon keselamatan dengan rahmat-Mu wahai Dzat Yang Paling Penyayang diantara semua yang penyayang. Dan tiada daya upaya dan kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Dan Dialah yang mencukupi kami, sebaik-baik Pelindung, sebaik-baik kekasih, dan sebaik-baik Penolong. Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurah kepada junjungan kami Nabi Muhammad, teriring keluarga dan sahabat beliau."

11. Apa hukumnya merobek pakaian, meronta-ronta dan memukul badan seperti mana yang dilakukan oleh Syi'ah pada hari 'Asyura' meratapi pemergian Sayidina Husin?
Hukumnya haram. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Sayyidina Ibn Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Bukanlah daripada kalangan kami orang yang memukul dada, mengoyak kain dan menyeru dengan seruan jahiliyyah (yakni meratap seperti ratapan kaum jahiliyyah)."

~Alhamdulillah.. Allah beri keizinan untuk berpuasa pada hari ini.. Moga Allah kuatkan kami berdua untuk terus berpuasa pada hari ini dan esok~

Ilalliqa
Ilahi Anta Maqsudi wa Redhaka Matlubi
Bayti Jannati
11:00 pagi
Kuala Nerang, Kedah..

01 December 2011

.:: Tazkiyah al-Nafs : Konsep Perubahan Jiwa ::.

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang~


Tazkiyah al-Nafs:

juga sering di selami dengan erti Penyucian Jiwa,  Pembersihan Hati, Penjernihan atau Pembeningan Hati serta penyelarasan hubungan antara manusia dan Tuhannya. Mujahadah juga dapat memberikan makna yang sama dengan pembersihan hati. 

Langkah penerokaan Tazkitah al-Nafs meliputi jalinan hubungan yang baik antara manusia dan alam lingkungannya seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Dalam konsep tasawuf, Tazkiyah al-Nafs adalah satu kaedah untuk mendekatkan diri kepada Allah melalui proses-proses dan latihan-latihan rohani yang tertentu.

Perubahan jiwa dapat dikeluarkan daripada konsep Tazkiyah al-Nafs. 

Beralihnya jiwa yang kotor, ternoda dan tercemar menjadi jiwa yang suci lagi menyucikan,

Peralihan daripada keadaan yang tidak mengikuti syariat kembali kepada keadaan yang menempati syariat, 

Daripada hati yang kafir menjadi hati yang mukmin, 

Daripada munafik menuju sifat jujur, amanah dan fatanah, 

Kebakhilan bertukar kepada pemurah, 

sifat demdam berganti pemaaf, tawadu', tawakal dan terkawal.


Ilalliqa
Ilahi Anta Maqsudi wa Redhaka Matlubi
Bayti Jannati
06:35PM