03 March 2012

.:: Yang mana kita pilih ? ::.

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang~

Tutup aurat + Niat Ikhlas
                    + Pelaksanaan betul
                    + Natijah yang baik
                    + Tidak meninggalkan ibadah asas
=                  Sedang beribadah
+++++++++++++++++++++++++++
Minggu lalu, ada dua orang adik junior berkongsi cerita, seorang dari jabatan yang sama seorang lagi jabatan berbeza. Masalah mereka berbeza tetapi cara penyelesaiannya boleh guna cara dan kaedah yang serupa.
Dalam hati ini seakan-akan sudah dapat menduga apa yang ingin dikongsikan. Alhamdulillah Allah sentiasa memberi peluang untuk ana memberi dan terus memberi. Sekadar termampu mengikut pengalaman yang telah dilalui.
Ingin sekali dia mencari cara penyelesaian dengan niat untuk membantu sahabat baiknya yang ingin berubah memakai purdah. Alhamdulillah, ana gembira mendengarnya. Namun, ada sedikit kekesalan di hati adik ana ini bahawa yang berubah hanyalah purdah tetapi akhlak tetap sama (gila-gila)
Saya nak sangat dia ubah akhlak dia dahulu sebelum dia berubah memakai Purdah
Luahan hati adik ana membuatkan ana termangu seketika. Tiada ulasan dan rentetan huraian. Ana berfikir sejenak, mungkin ada cara untuk mengubahnya. “Ya Allah, Bantulah kami dalam menTarbiyyah Sahabat-sahabat kami.” KepadaMu kami berserah dan kepadaMu kami berTawakal. Tawakkaltu ‘alaAllah
Ana bertanya kepada adik ana itu, “Apa yang kurang pada Akhlaknya, sampai perlu diubah?
Akak, dia cantik ramai orang sukakan dia. Akhlak dia dengan sahabat-sahabat kasar tiada kawalan. Bahasanya juga kurang menyenangkan kami, tiada sekatan dan tidak berfikir dahulu, cakap lepas. Dia tidak suka ditegur dan apabila ditegur dia akan menganggap kami bukan sahabatnya. Saya dah buntu tidak tahu cara nak bantu dia, saya sayangkan dia kak sebab dia sahabat saya
Ana harap dia memakai Purdah dengan Niat yang benar dan Salim.
``_.-._.~._.~._.~._.~._.~._.``._.~._.~._.~._.~._.~._.~._.~.``
Menasihati orang yang sudah berada dalam bidang Pengajian Islam lebih susah daripada menasihati yang sebaliknya. Mereka menganggap diri mereka sudah Alim, baik dan solehah tika berada di bidang tersebut. Di bidang mana pun kita kita perlu ada undang-undang dan prinsip tersendiri.
Takut sekali andai Kerana akhlak kita itu, orang menjauhkan diri dan tidak mahu menasihati kita lagi. Tidak guna memakai pakaian menutup aurat tetapi akhlak tidak dijaga dengan baik. Akhlak dan aurat berkait rapat.
*****I’tibar*****
Situasi 1
Memakai pakaian yang melepasi syarat-syarat yang ditetapkan syariat  tetapi Akhlak tidak dijaga
Situasi 2
Memakai pakaian yang sendat dan ketat tetapi akhlaknya baik secara keseluruhannya
Situasi 3
Memakai pakaian yang melepasi syarat-syarat yang ditetapkan syariat  dan akhlak terjaga rapi
Situasi 4
Memakai pakaian yang melepasi syarat-syarat yang ditetapkan syariat  dan akhlaknya juga tidak sempurna

Yang mana pilihan kita,
terletak dalam diri kita sendiri.
Pilihan itu membuatkan kita ke
syurga atau Neraka!!

Muslimah sekarang ramai yang teruja dengan Trend yang dipelopori barat. Sanggup berhabis-habisan demi mengikuti Trend yang kita sedia maklum secara hakikatnya kita tidak akan mampu berlari mengejar trend tersebut. Trend akan pergi tanpa mengetahui bahawa kita sedang mengejarnya.
Ada yang beranggapan, salahkah untuk cantik? Salahkah untuk berfesyen? Bukankah Islam menyukai keindahan? Allah juga suka. Cantik, fesyen yang disukai oleh Islam adalah fesyen yang berasaskan landasan syariat Islam yang sempurna. Bukankah tujuan penutupan aurat itu adalah untuk menyelamatkan manusia.
“Orang yang pakai tudung labuh berjubah pun sudah tidak selamat sekarang”, ada yang sanggup berkata sedemikian demi memboleh dan mengiakan pandangan mereka untuk berfesyen. Mengapa perlu ada persepsi sedemikian, adakah ini yang dikatakan dunia akhir zaman? Islam dibuat mainan.
Islam mengajurkan penutupan aurat adalah untuk menuruti perintah Allah SWT. Menutup aurat dipatuhi atas dasar Iman dan dilengkapi dengan pra-syarat tertentu menikut kehendak piawaian syariat. Kemudian terserlah akhlak pada wanita yang menutup aurat. Akhlak itulah yang dikatakan kecantikan.
Bukan kecantikan yang dilihat labuh mana panjang keronsang, tengku siapa yang berleher jinjang, Bonggol siapa yang lebih tinggi, kain jenis apa yang kita pakai dan bentuk jenis mana yang lebih sesuai. Itu hanyalah kecantikan yang dikaburi Syaitan. Orang sekarang mana ada pakai tudung besar-besar ni menyusahkan.
Dan sebenarnya kecantikan akhlak itu selamat lagi menyelamatkan. Dia tidak akan diganggu dan menganggu orang lain.
++++++++++_..``.._..``.._++++++++++
Solehah’ perkataan yang tidak asing lagi bagi kita yang sering ungkap , tulis dan dengar.  Bagaimana nak dapat solehah?
Menurut kolumnis Solusi Ustaz Pahrol Mohd Juoi ada menyebut, tanpa Iman, kecantikan akan dipergunakan kearah kejahatan dan kemaksiatan dan akhirnya akan menusnahkan pemiliknya dan orang lain. Cantik tidak salah tetapi salah menggunakan kecantikan itu yang salah.

Bagi Wanita BerIMAN,
Kecantikan dalaman dan luarannya hanya untuk lelaki
Bernama Suami,
Bukan dikongsi dengan semua lelaki

Kecantikan bermula dari dalam ke luar, bukan sebaliknya. Sahabat-sahabat, jika ingin Cantik, mari ikuti langkah ini.

Pertama : Tanamkan dalam hati dengan Iman yang benar-benar kuat berdasarkan
ILMU yang tepat dan penghayatan yang Tinggi. Kedua: Buktikan keimanan itu dengan perbuatan yang Baik (Akhlak Islamiyyah). Insha Allah,kita akan kelihatan Cantik dimata orang beriman lebih-lebih dari sisi Allah

Jika ada yang bertanya :
Bagaimana kedudukannya jika orang yang tidak bertudung, tetapi akhlaknya lebih baik daripada orang yang bertudung?

Dengan pebuh kasih Sayang kita menjawab :
Alangkah baiknya jika wanita yang mempunyai akhlak yang baik, memilih pakaian yang baik iaitu menutup aurat untuk menjadi wanita yang benar-benar baik dan dapat memberikan kebaikan kepada orang lain

Manakala bagi wanita yang telah bertudung pula, mari tingkatkan diri kita ke peringkat menutup aurat dalam erti kata yang sebenarnya. Bukan sahaja diri dilitupi kain tetapi yang lebih penting Hati Dilitupi Oleh Sifat Malu.

Maksudnya, Tidak cukup sekadar menegakkan syariat lahiriah tetapi juga tegakkan syariat batiniyyah iaitu sifat Malu – Sabar – Pemurah – dll. Itu yang menghalang kita daripada terjebak dari pergaulan bebas yang boleh menimbulkan FITNAH kepada diri kita dan Islam.

Tudung hanyalah kain yang menutupi diri
Tetapi
Rasa malu itulah penghalang hari
Daripada melakukan sesuatu yang dimurkai Allah

Siapakah wanita yang paling Cantik di DUNIA??
<<>>Wanita solehah itulah CANTIK kerana kecantikan itu terletak pada
BUDI bukan pada BODY<<>>

BagiWanita M uslimah,
Berbanggalah dengan Identiti yang ditentukan Allah untukmu.
Buktikan rasa Bangga dengan Tampil Yakin menutup Aurat.

Tutulah aurat
insha allah
dunia akhirat selamat


Ma’as Salamah wa Ilalliqa’
Nady Sufy @ Bayti Jannati
03:50PM

02 March 2012

.:: Jalan Tengah, menjaga keharmonian ::.

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang~
Manusia itu Boleh Berubah
Jika dia
MAHU DAN MAHU BERUBAH!!
Sejak seminggu dua ini ada saja “bantuan kecemasan” yang diperlukan oleh sahabat-sahabat, adik-adik Junior, Keluarga dan Jiran. Ini membuktikan Allah sengaja memberi laluan dan peluang untuk memaksa ana turun padang (menyumbang). Dengan SEBAB : Memberi jalan Penyelesaian serta memudahkan urusan tanpa sebarang tangisan lagi^____^  sehingga Individu itu boleh terSENYUM@SMILE…
It’s all about Your Mind
Membantu sehingga tiada lagi yang membelenggu, memberi sehingga hati dia terisi, menasihati tanpa terguris Hati. Dan JANGAN kamu [Empunya Diri]  Rehat sebelum membantu Orang yang amat memerlukan sebahagian daripada diri kamu[bantuan]. REHAT itu Subjektif, lain Orang lain yang difikiran mengikut kefahaman masing2.
Tiada Istilah Rehat bagi sesiapa yang ingin terus memberi samada berunsur Makanan, Tenaga/Kudrat empat kerat, Idea, RM,  Sokongan, Nasihat, Pandangan dan Kata-kata semangat kepada mereka yang dahagakannya.
_..``.._..``.._..``..__..``.._..``.._..``.._
Kisahnya bermula pabila sepupu ana menjadi warga Maktab Mahmud Padang Terap (sekolah lama). Ana rasa hairan mengapa dia memilih sekolah itu, walhal dua orang kakak diatasnya Sekolah Menengah Kebangsaan (sekular). Alhamdulillah Syukur, Allah membuka pintu hati Mak dan Abahnya untuk menghantar ke sekolah itu.
Ana sangat berharap bahawa dia bisa menyesuaikan diri dengan situasi, peraturan, persekitaran dan keadaan baru yang WAJIB dan MESTI dilaluinya. Perubahan akan berlaku dengan putaran 360o jika dibandingkan dengan sekolah rendah dahulu. Tiada lagi main-main, semua kena ikut arahan dan tugasan yang akan diberikan.
Bulan pertama, ana ditakdirkan Allah untuk bersama dia di dalam program ‘Tamrin Matin al-Khuluk’ anjuran Persatuan Ex-Student (Perses MMPT) khas pelajar tingkatan  1 dan 2. Ana ditugaskan bahagian pengurusan modul dan riadah. Ini memberi peluang untuk turut serta dan memastikan segala modul dijalankan dengan jayanya.
Di kesempatan itu, ana mencuri pandangan sambil-sambil memerhatikan gelagat dan ragam dia semasa berada di dalam program. Pemalu dan malu untuk bercakap mungkin tidak faham arahan fesi atau malu mengeluarkan emas yang berada di dalam mulut. “Bantu dia ye”, ana berpesan pada kakak Fesi kumpulannya.
Hari pertama hingga ketiga ada perubahan sedikit, berani memberi idea tetapi di dalam kertas. Di hujung program, kami memberikan borang soal selidik untuk meninjau keberkesanan dan cadangan oleh peserta program. Waaa, kalau di dalam kertas laju sahaja meng’Comment’. Itu adalah ‘worldView’ adik-adik ana rupanya.
Selesai program, ana memikirkan cara dan kaedah Bagaimana untuk menyuntik dan menaikkan semangat adik-adik ana ini untuk bercakap. Bantu kami Ya Allah.
Bulan kedua, minggu sukan di MMPT dia mula membuat fe’el yang telah lama terpendam. Dia mula menunjukkan belang dan ikut kepalanya dalam membuat keputusan. Banyak juga mak saudara berkongsi mengenai perihalnya dengan ana. Apa yang disuruh tidak dibuat dan dibawa dek kerana tidak puas hatiingat sekolah dia apa.
Oh, lain macam sahaja sepupuku ini. Tidak mengapa kita kumpul dahulu maklumat! Bukan nak mengaibkan tetapi memberi pengajaran kepada diri ana juga.
Dalam minggu yang sama juga, mak saudara datang rumah bercerita tentang dia. Semasa sukan tidak memberikan kerjasama untuk membantu rumah sukan. Dia Rumah Hijau (Khalid) maka kesemuanya perlu ber’TEMA’kan hijau. Dengan selamba dia menjawab : “Cek, xbawa pun apa yang depa suruh, malas”.
Jadi,
Bagaimana nak membangkitkan semangat jika ada musuh dalam selimut. Hal ini memang kecil tetapi bila dibiarkan lama kelamaan ia akan menjadi tabiat dan amalan kebiasaantidak memberikan kerjasama. Tidak molek untuk diamalkan, akhlak begini harus ditinggalkan. Apa salahnya, membantu dan memberi kerjasama dengan sebaiknya.
Disitu dapat dilihat bagaimana sokongan dia terhadap sekolah, Zero. Mungkin masih awal untuk ana membuat andaian. Ana teruskan lagi, mencari Maklumat.  Menjadi Spy Sekolah Dalam Diam!
Hari Khamis minggu selepas Sukan, mak dia memberitahu bahawa dia selalu didenda kerana memakai inai. Hari-hari ditahan Pengawas, didenda dan masuk kelas lewat. Kawan-kawan lain sudah mula belajar tetapi dia masih lagi membuat kerja amal atas kesalahan memakai inai (Jadi bersih sekolah ana).
Dia atau pengawaskah yang betul?kena dengar dua-dua belah  pihak ni
Isu begini dianggap remeh bagi pengawas (Zaman ana dahulu sudah ada denda itu). Akan tetapi bagi mangsa ia amat memalukan dan sesuatu yang di luar jangkaan minda. Mana tidaknya, Pengawas berpesan kepadanya untuk hilangkan inai tersebut, dia balik dan kikis tetapi tidak keluar. Pergi sekolah kena denda lagi.
PERLU FAHAM!!
DENDA untuk DISIPLIN bukan untuk MENDERA
Begitu lah rutin mingguannya (Perhimpunan Ahad dan Selasa) denda dan denda dan denda! Dia tidak faham mengapa dia didenda, dia menganggap memakai inai tidak salah. Secara syariatnya memang ia tidak membawa kepada haram akan tetapi apabila memasuki kawasan sekolah ia adalah salah satu jenis kesalahan.
Macamana nak terang pada orang yang belum mengerti peraturan??Fening kepala eden nih!!!!!
Alhamdulillah atas bantuan guru yang terlibat dan telahpun ana bawa masalah ini kepadanya. Ana mencadangkan satu penyelesaian dengan niat kerana Allah untuk membantu sepupu ana untuk tidak didenda lagi kerana tidak wajar. Lagipula inai tersebut tinggal sedikit dan dia memakai sebelum bermula sesi persekolahan.
Selepas berbincang cikgu bersetuju dengan cadangan ana. Sesiapa  yang memakai inai sekiranya dia sudah tahu bahawa ia suatu peraturan, dia layak didenda manakala sesiapa yang memakai inai sebelum bermulanya sesi persekolahan (Tingkatan satu sahaja) dia wajar diberi amaran sahaja untuk tidak memakainya lagi .
Jadi masalah Inai dikira selesai. Alhamdulillah, syukur. Mudah-mudahan dia tidak didenda lagi. Dalam geram ada juga sayang pada sepupu terCinta ni. Perkara remeh jangan dianggap remeh, perkara besar jangan dianggap besar. Be Profesional (“,)!
Ana ingat selesai disitu, rupanya minggu seterusnya. Isu lain pula yang timbul. Cikgu menanyakan kepada ana siapa nama sepupu ana itu dan ana beritahu namanya. Hal lain pula yang dia lakukan juga dalam hal tidak memberi kerjasama, boleh jadi dia lupa. Sama-sama kita bersangka baik.
“Ooo, budak tu. Hari ni dia buat masalah tidak bawa baju sukan”, cikgu menghantar mesej kepada ana. Wahai  Supupuku sayang, mengapakah??? Adakah kamu lupa atau sengaja. Oleh kerana, orang tidak mahu ikut cakap kamu, jadi kamu juga tidak mahu ikut cakap orang. Oh, bagus sungguh!!
Macamana nak berubah jika keluarga tidak memberi sokongan. Bantulah mereka (yang mehu mendekati agama). Permudahkan kami Ya Allah Ya Rabbi.
Apa Hikmahnya :
v Ana mengerti semua yang kita tahu tidak semestinya orang lain tahu, semua yang kita faham tidak semestinya semua orang faham.
v Ana tahu seseorang yang ingin berubah perlukan sokongan dan backup untuk dirinya. Perubahan biar sedikit tetapi kekal, jangan drastik tetapi hanya sesaat.
v Ana faham bahawa seseorang manusia itu sudah ada nilai agama dalam jiwanya Cuma ‘keadaan’ yang menjadikan dia lupa pada agama.
v Ana mesti yakin bahawa bila menghadapai masalah berjumpa dan bertanyalah pada ahlinya, jangan bercerita pada orang yang tidak sepatutnya.
v Ana wajib ambil tahu apa yang orang lain tidak peduli, ana wajib jaga tepi kain orang apa yang orang lain abaikan.
-FaSobron Jamil<<>>Bersabarlah wahai Hati-
 Sama-sama mengerti dan mengetahui,  semua Ujian dan Pujian dari Allah dan hanya kepadaNya kita kembali”, hanya monolog diri.
MASALAH SELESAI, kadang-kadang seronok sangat bila hari-hari terisi dengan pengajaran dari masalah.
~Fas alu ahladhikr- Maka Tanyalah pada Ahlinya~

Ma’as Salamah wa Ilalliqa’
Nady Sufy @ Bayti Jannti
4:48PM
Kuala Nerang, kedah

01 March 2012

.:: Before and After “Pernikahan” ::.

    ~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang~

Apa sinopsis pernikahan yang dapat dibaca dalam realiti kehidupan kita sekarang, ADAKAH :
>> Pernikahan atas dasar paksaan keluarga kerana Ibu Bapa mempunyai agenda dan kepentingan tersendiri

>> Pernikahan atas dasar suka sama suka kerana Niat membantu membebaskan sahabat dari kongkongan Ibu dan Bapa

++ Pernikahan atas dasar membalas jasa orang kerana untuk menghargai jasa dan pengorbanan individu @ keluarga tertentuPengorbanan Ibu Bapa tidak difikirkan

++ Pernikahan atas dasar ‘membantu’ kerana mengelak malu dek kerana sudah terlanjur sebelum sah bergelar suami isteri

 ++ Pernikahan atas dasar Cinta Pandang Kedua’ kerana tiada lagi keserasian dalam institusi kekeluargaan yang telah dibina sebelum iniPositifnya : Mungkin ini ketetapan Allah

++ Pernikahan atas dasar kerelaan sendiri kerana sudah lama berkawan sejak dibangku sekolah walaupun kita tahu keluarga menghalang

++ Pernikahan atas dasar kebetulan kerana tiada gadis di kampung  anak sendiri yang diberi untuk membantu orang lain walaupun usia si anak masih muda.

Di atas adalah
Pandangan semata-mata, tiada Fakta dan kajian terperinci

Diatas adalah antara pandangan umum yang dilihat dari mata kaca Televisyen yang ditayangkan saban hari. Motif dan Objektif drama tersebut pasti ada namun dari sudut penonton juga ada sesuatu yang dapat disimpulkan. Tiada yang betul dan tiada yang salah, ia hanya secoret pandangan sendiri.

Pernikahan seringkali diambil enteng oleh anak-anak remaja sekarang, bila melihat orang lain mendirikan Baitul Muslim (Rumah Tangga Muslim) maka dia pun terusik jiwa untuk sama mengikuti jejak langkah sahabatnya. Hakikatnya,  ini adalah Fitrah Manusia namun fitrah itu perlu disesuaikan pada saluran dan cara yang betul.

Berkahwin di usia muda sebagaimana yang telah diamalkan oleh sahabat-sahabat ana sendiri tidak menjadi masalah . dapun , ketika masih belajar tidak menjadi isu sebenarnya. Ada juga yang mendirikan Baitul Muslim sebelum memasuki Universiti, tidak kurangnya juga yang memilih untuk Baitul Muslim ketika dalam Pengajian.

Untuk itu ana ditengah-tengah, menyokong tidak membantah juga tidak. Perlu diingat, mendirikan Baitul Muslim bukan semudah memetik dua jari, suka tawa hanya sebelum pernikahan dan suka duka berselang seli semasa melayari bahtera pernikahan. Tidak selamanya suka dan tidak selalunya duka.

<<<<<<<<<<<<<<<Nasihat si tua ada mengingatkan : “Seseorang yang telah mendirikan Baitul Muslim perlu melalui bahtera Pernikahan diketuai nakhodanya seorang Imam keluarga kemana sahaja. Jalan terus dan terus tanpa toleh ke belakang. Jika kamu toleh ke belakang ia tidak lagi dinamakan pernikahan tetapi penceraian”>>>>>>>>>>>>>>

Bukan ingin menakutkan tetapi ada sedikit resah dan gundah, apabila memikirkan nasihat ini. Namun, jangan mengambil sikap berdiam dan membatu diri untuk tidak melayari bahtera pernikahan itu. Jika tidak, Nabi Kita Muhammad saw tidak mengakui kita sebagai umatnya. Pernikahan salah satu dari sunnah Baginda saw.

Juga tidak berburu-buru untuk mendirikan Baitul Muslim dek kerana takut buah hati dikebas orang, risau semua sahabat sudah habis yang bujang, resah memikirkan usia yang semakin ‘dewasa’ apabila anak pertama baru sebulan anak sahabat sudah berada di alam persekolahan. Allah yang aturkan semua itu, usah takut risau dan resah.

Tetapkan matlamat bahtera yang akan dibawa terutama kepada bakal Imam kita. Kita juga perlu tahu sasaran dan objektif (niat) halatuju Baitul Muslim. Semua mahu kesana (Baitul Muslim) tetapi cepat atau lambat hanya dalam pengetahuan dan Ilmu-Nya sahaja. Bukan tergesa-gesa dan tidak melengah-lengahkan.

Ana ada membaca sebuah buku kegemaran ramai dan ana wajib mendapatkannya  setiap isu, Alhamdulillah. Solusi Isu No.41 dalam ruangan Fitrah : Menyantuni Naluri Insan ‘Mantap keibu bapaan, sejahtera Keluarga’ hasil tulisan Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj. Banyak perkongsan yang dihuraikan.

Beliau mengatakan, tugas keibu bapaan adalah tugas utama yang perlu diambil berat dan bukannya sebagai kerja sambilan. Malah ibu bapa yang akan memantapkan pegangan akidah yang akan menjadi anutan agama, ibadah yang menjadi teras hubungan seharian dan akhlak yang menjadi benteng diri anak-anak.

Ada dalam kalangan kita yang terjun ke alam kekeluargaan tanpa sebarang persediaan kerana mengambil enteng tentang isu ini. Tiada disisi mereka bekalan ilmu pengetahuan, apatah lagi perancangan strategik memetakan hala tuju, visi dan misi untuk membina dan meneruskan agenda keluarga kecil masing-masing.

Ini bukan isu ‘sudah dilamun Cinta’ atau ‘sudah mahu menikah’, tetapi ini isu besar peranan dan tanggungjawab Ibu Bapa yang perlu disedarkan kepada mereka yang ingin mendirikan Baitul Muslim tidak kira dalam masa seminggu, sebulan, setahun, lima tahun akan datang. Peringatan awal^____^

Kini, keutamaan mendirikan Baitul Muslim sudah tersasar jauh dari matlamat dan tujuan sebenarnya. Pasangan suami isteri menghabiskan masa berbulan-bulan dan puluhan ribu ringgit hanya untuk persiapan hari yang dinantikan. Namun, sama sekali tidak memperuntukkan masa dalam tempoh perTunangan untuk dimanfaatkan dalam aspek pengurusan kekeluargaan yang lebih penting selepas itu.

Pasangan suami isteri yang baru mendirikan Baitul Muslim dinasihatkan agar mempunyai perancangan berkaitan dengan saiz keluarga yang ingin dibina, berapa ramai bilangan anak yang diharapkan dan berapa tahun selang antara satu kehamilan dengan kehamilan seterusnyaJika Di Izinkan Allah SWT.

Dalam Rumah Tangga Muslim, setiap kehadiran anak mestilah dirancang, direncana dan ditunggu. Anak-anak tidak sepatutnya hadir tanpa diundang, tidak diduga dan direncana. Ini bisa dijadikan perancangan tahunan keluarga, bagi membantu meringankan kawalan peta yang telah dibuat.

PERSEDIAAN yang perlu ada di dalam setiap bakal Suami Isteri atau Ibu Bapa adalah konsep bertanggungjawab. Masing-masing perlu menyediakan diri dengan segala keperluan untuk melalui proses Kehamilan, Kelahiran dan Penyusuan Bayi. Sebolehnya dari semua aspek. Melahirkan tidak sesusah menDidik dan menTarbiyyah.

Lima keupayaan asas yang mesti ada dalam sesebuah Baitul Muslim :
1-Kesejahteraan Fizikal
2-Kemampuan                      Ekonomi
3-Keupayaan                          Emosi
4-Kelapangan                   Masa
5-Sokongan                                 Sosial



Sebenarnya, pasangan IBU BAPA MUDA hari ini kurang mendapat tunjuk ajar dan nasihat orang tua, pakar atau mereka sendiri yang tidak mengendahkannya mengenai konsep keIbuBapaan. Mereka bertanggungjawab dalam menentukan saiz keluarga dan jarak selang kehamilan.

Akibatnya, ramailah anak-anak kecil yang lahir dalam keadaan serba kurang sempurna. Zahirnya, anak-anak ini mungkin dibaluti kemewahan yang gah luarannya, tetapi dalamannya terutama emosi Ibu bapa zero kerana belum bersedia menerima kehadiran cahaya mata mereka.

Ini pastinya akan mempengaruhi gaya didikan dan perkembangan sahsiah mereka. Selain itu, mereka akan keciciran pendidikan Duniawi dan Ukhrawi, tekanan hidup membawa kepada runtuhan rumah tangga dan anak-anak terjerumus dalam perangkap gejala sosial di zaman tanpa sempadan ini.

Konklusinya,

Allah berfirman dalam surah al-Baqarah :233 dengan membuat penegasan terhadap Tanggungjawab Ibu Bapa terhadap Anak-anak, bermaksud :

“Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kesengsaraan kerana anaknya dan seorang ayah menderita kerana anaknya”

Bersama kita sedar akan tanggungjawab kita, bukan sekadar Isteri tetapi sebagai Ibu/Ummy/Mama/Mak kepada anak-anak suami kita.

Ingat,
Jangan terburu-buru
dan
Jangan melengah-lengah,
Ikut keadaan situasi ANDA sekarang!!

Ma’as Salamah wa Ilalliqa’
Nady Sufy @Bayti Jannati
11:58AM
Kuala Nerang, KDA.