04 November 2012

.::Muraqabah : Tafakkur ::.

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang~


Muraqabah dari segi bahasa ialah raqabah membawa dua pengertian iaitu hirasuhu/hafizahu (mengawasi) dan lahizuhu/waracahu (memelihara) (Al-Mucjam Al-cArabi Al-Asasi: 539) dapat difahami dengan maksud Allah s.w.t sentiasa mengawasi, memerhati, meliputi dan mengawal segala perbuatan dan tingkah laku manusia (cAbd Allah Muhammad, 2008: 230). Dalam bahasa Inggeris, muraqabah difahami dengan beberapa istilah contemplation, control, watch, observe, monitor, supervision, survillenced, check, censor, spy dan auditor memberi maksud ta’ammul dan tafkir) iaitu berfikir tentang penciptaan Allah s.w.t (makhluqat), nikmat-nikmat-Nya dan amalan yang dikerjakan (Al-Mucjam al-Wasid: 1014; Raja Taufik et.al, 1985: 464).

            Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkataan lain yang dikenal pasti ada dinyatakan dalam al-Quran terangkum dalam konsep muraqabah seperti yang disenaraikan dalam jadual (1) di bawah :

Bil.
Perkataan
Surah  : ayat
Penggunaan
1
Mengawasi
Al-Ahzab   : 52
 Al-Ma’idah:117
Raqiba
2
Menjaga
Al-Nisa    : 1
Al-Racd     : 33
Qaim
Qaim
3
Memerhati/Melihat/
Menyaksikan
Surah al-Fajr      : 14
Surah al-cAlaq    : 14
Surah al-Hasyr    : 18
Surah al-Mujadalah :6
Mirsad
Yara
Tanzur
Shahid
4
Meneliti
Surah al-Nisa     : 94
Khabir
5
Mengetahui
Surah al-Mulk    : 13
Surah Ghafir : 19
Surah al-Baqarah: 115, 235
Surah Qaf : 16
Surah al-Hadid : 3
Yaclamu
Yaclamu
Naclamu
Naclamu
cAlim
6
Meliputi/berkuasa atas
Sesuatu
Surah Fusilat : 54
Surah Ali-Imran:189
Muhid
Qadir
7
Bersama
Surah al-Syucara’ : 62
Maci

Dalam konteks ini, al-Quran turut menyampaikan maksud konsep muraqabah dengan menggunakan lafaz tafakkur yang disebut dalam 13 surah berlainan sebagaimana jadual (2) di bawah :

Bil
Kata Kunci
Surah : Ayat
1
Yatafakkarun
Ali cImran : 191
Al-Acraf : 176
Al-Racd : 3
Al-Nahl : 11,44,69
Al-Rum : 21
Al-Zumar : 42
Al-Jathiah : 13
Al-Hashr : 21
2
Tatafakkarun
Al-Baqarah : 219,266
Al-Ancam : 50
3
Yatafakkaru
Al-Rum : 8
4
Tatafakkaru
Al-Saba’ : 46
5
Fakara
Al-Mudathir : 18

            Amalan muraqabah akan dapat dicapai oleh mukalaf kesan daripada hati yang bersih setelah terangkatnya hijab oleh Allah s.w.t bagi menyempurnakan keesaan tawhid dan macrifah Allah membimbing diri menjauhi dosa-dosa besar, bersyukur atas nikmat-nikmat Allah s.w.t , mengingati Allah s.w.t dalam semua keadaan dengan cara berfikir kebesaran Allah s.w.t yang ada di langit dan di bumi (Al-Khalidi. 1997: 166). Seorang mukmin dapat mencapai aspek macrifah Allah melalui keupayaan akal menilai sesuatu yang baik dan buruk bersandarkan ilmu untuk membezakan antara hak dan batil akan melahirkan kepercayaan yang utuh kepada Allah s.w.t serta mengakui bahawa tiada Tuhan selain Allah s.w.t yang berhak disembah dan menthabitkan hati hanya kepada-Nya. Kesungguhan mukmin yang bersih hatinya dalam mempraktikkan tafakkur secara tidak langsung memberi tanggapan bahawa Allah s.w.t sentiasa mengawasinya di setiap waktu dan tempat dan memberi nilai tambah untuk meningkatkan aspek muraqabah dalam kehidupan seharian (www.nabulsi.com). Allah s.w.t banyak mempromosikan hasil penciptaan-Nya sebagaimana yang disebut dalam al-Quran :

وَهُوَ الَّذِي مَدَّ الأَرْضَ وَجَعَلَ فِيهَا رَوَاسِيَ وَأَنْهَارًا وَمِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ جَعَلَ فِيهَا زَوْجَيْنِ اثْنَيْنِ يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ﴿۳﴾

Maksudnya:
Dan Dialah yang menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, ia jadikan padanya pasangan; dua-dua. Ia juga melindungi siang dan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang mahu (berfikir).

(Surah al-Racd (13): 3)

            Kesemua hasil penciptaan-Nya yang ada di langit dan bumi ini memberi panduan kepada manusia dan menjadi asas kepada tuntutan al-Quran supaya sentiasa memerhatikan kejadian langit dan bumi memberi petanda kepada sifat-sifat kesempurnaann-Nya kepada hamba untuk menghadirkan pengertian tawhid, meneliti kesempurnaan kejadian Allah s.w.t dalam alam, inilah yang merupakan intipati atau proses muraqabah yang ingin disampaikan oleh al-Quran walaupun tidak menyebut dengan lafaz muraqabah. Merujuk kepada pengakuan ketawhidan manusia kepada pencipta alam sejagat melahirkan satu dorongan untuk melaksanakan segala perintah arahan Allah s.w.t dalam garis panduan muraqabah dengan hati yang tidak dipengaruhi perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t memperbanyakan melihat hasil penciptaan-Nya seterusnya dapat difikirkan oleh manusia (tafakkur) dan menjadi sentiasa mengawal lagi mengawasi (muraqabah) segala yang zahir dan batin serta mencipta setiap apa yang ada di langit dan di bumi hanya Dia yang mampu memberi manfaat atau menghalang mudarat kerana sesungguhnya Allah s.w.t sentiasa bersama manusia di setiap tempat secara berterusan melazimi sifat cubudiyyah berdasarkan hukum-hakam yang telah disyariatkan (Al-Khalidi: 1997.  166).

            Dapat difahami bahawa, apabila mukmin memahami hakikat penciptaan ini dan menyedari dirinya hanya seorang hamba, maka secara tidak langsung akan membantunya untuk memahami bahawa seluruh ketaatan perlu diserahkan kepada Allah s.w.t dan meyakini akan adanya pengawasan Allah s.w.t keatas sesuatu suruhan dan larangan-Nya serta akan diberi balasan setimpal dengan amalan yang dilakukan semasa di dunia. Ini menunjukkan Allah s.w.t menyebut dalam al-Quran dengan menggunakan perkataan-perkataan di atas untuk menerangkan bahawa Dia Maha Melihat, Maha Mengetahui, Maha Mendengar, Maha Mentadbir segala sesuatu yang telah diciptakan-Nya ke atas setiap makhluk. Hikmahnya supaya tertanam dalam hati manusia bahawa Allah s.w.t sentiasa wujud dalam kehidupan mereka memantau setiap pergerakan di setiap tempat. Merenung hasil penciptaan-Nya dijadikan sebagai instrumen utama untuk mengakui bahawa setiap penciptaan-Nya mempunyai fungsi dan matlamat yang berbeza kesemuanya membantu mukalaf sentiasa mengingati Allah s.w.t dalam setiap keadaan dengan kesedaran hati meyakini bahawa hanya Allah s.w.t yang menciptakannya (Al-Ghazali, 1975: 59) sebagaimana disebut dalam firman-Nya:

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ﴿۱٩۱

Maksudnya:
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): ‘Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka’.

 (Ali cImran (3):  191)

            Seorang mukalaf yang mengamalkan proses muraqabah dalam kehidupan seharian akan berada dalam keadaan sentiasa mengingati Allah s.w.t dalam setiap keadaan ketika melaksanakan segala perintah yang disyariatkan-Nya dengan sempurna serta berjaga-jaga dalam setiap tindakan secara tidak langsung dapat memperbaiki akhlak daripada buruk kepada baik (www.al-nabulsi.com). Allah s.w.t berfirman :

يَوْمَ يَجْمَعُكُمْ لِيَوْمِ الجَمْعِ ذَلِكَ يَوْمُ التَّغَابُنِ وَمَنْ يُؤْمِنْ بِاللهِ وَيَعْمَلْ صَالِحًا يُكَفِّرْ عَنْهُ سَيِّئَاتِهِ وَيُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ الفَوْزُ العَظِيمُ﴿٩﴾

Maksudnya:
(Ingatlah) pada hari (ketika) Allah mengumpulkan kamu pada hari perhimpunan. Itulah hari diperlihatkan kesalahan-kesalahan. Dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan mengerjakan kebajikan, nescaya Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya dan memasukkannya ke dalam syurga yangmengalir di bawahnya  sungai-sungai, maka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar.

(al-Taghabun (64): 9)

Firman-Nya lagi:
وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ ﴿۳۲﴾
 وَالَّذِينَ هُمْ بِشَهَادَاتِهِمْ قَائِمُونَ ﴿۳۳﴾
 وَالَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ ﴿۳٤﴾

Maksudnya:
Dan orang-orang yang memelihara amanat janjinya, dan orang-orang yang berpegang teguh pada kesaksiannya, dan orang-orang yang memelihara solatnya.

(al-Macarij (70): 32-34)

          Hal ini berbeza bagi individu yang tidak merasakan dirinya sedang diawasi (muraqabah), merasakan segala perbuatan boleh dilakukan tanpa batasan sehingga menjurus ke jurang maksiat dan kejahatan yang balasannya akan diazab oleh Allah s.w.t sebagaimana firman-Nya :

وَاتَّقُوا يَوْمًا تُرْجَعُونَ فِيهِ إِلَى اللهِ ثُمَّ تُوَفَّى كُلُّ نَفْسٍ مَا كَسَبَتْ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ﴿۲٨۱﴾

Maksudnya:
Dan takutlah pada hari (ketika) kamu semua dikembalikan kepada Allah SWT. Kemudian setiap orang diberi balasan yang sempurna sesuai dengan apa yang telah dilakukannya, dan mereka tidak dizalimi.

(al-Baqarah (2): 281)

Firman Allah s.w.t lagi:

وَوُضِعَ الكِتَابُ فَتَرَى المُجْرِمِينَ مُشْفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَا وَيْلَتَنَا مَالِ هَذَا الكِتَابِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةً وَلَا كَبِيرَةً إِلَّا أَحْصَاهَا وَوَجَدُوا مَا عَمِلُوا حَاضِرًا وَلَا يَظْلِمُ رَبُّكَ أَحَدًا ﴿٤٩﴾

Maksudnya:
Dan diletakkan kitab (catatan amal), lalu engkau akan melihat orang yang berdosa merasa ketakutan terhadap apa yang (tertulis) didalamnya, dan mereka berkata : ‘Betapa celaka kami, kitab apakah ini, tidak ada yang tertinggal, yang kecil dan yang besar melainkan tercatat semuanya’ dan mereka dapati (semua) apa yang telah mereka kerjakan (tertulis). Dan Tuhanmu tidak menzalimi seorang jua pun.

(Surah al-Kahf (18): 49)

             Dalam hal ini, Nabi Musa a.s telah menunjukkan kepada umat manusia bagaimana caranya untuk mengaplikasikan muraqabah Allah yang sebelumnya telah membuat satu tuntutan kepada Allah s.w.t supaya menzahirkan diri-Nya (dhat) secara langsung agar dengannya dapat menambahkan keimanan akan tetapi Allah s.w.t membalas dengan mengarahkan Nabi Musa a.s melihat kepada gunung (ciptaan-Nya) untuk diertikan sebagai kebesaran dan kekuasaaan Allah s.w.t yang dengannya tidak mampu diukur dengan ukuran manusia, sebagaimana yang telah diceritakan dalam al-Quran  :

وَلَمَّا جَاءَ مُوسَى لِمِيقَاتِنَا وَكَلَّمَهُ رَبُّهُ قَالَ رَبِّ أَرِنِي أَنْظُرْ إِلَيْكَ قَالَ لَنْ تَرَانِي وَلَكِنِ انْظُرْ إِلَى الجَبَلِ فَإِنِ اسْتَقَرَّ مَكَانَهُ فَسَوْفَ تَرَانِي فَلَمَّا تَجَلَّى رَبُّهُ لِلْجَبَلِ جَعَلَهُ دَكًّا وَخَرَّ مُوسَى صَعِقًا فَلَمَّا أَفَاقَ قَالَ سُبْحَانَكَ تُبْتُ إِلَيْكَ وَأَنَا أَوَّلُ المُؤْمِنِينَ ﴿۱٤۳﴾

Maksudnya:
“Dan tatkala Musa datang untuk (bermunajat kepada kami) pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhannya telah berfirman (secara langsung) kepadanya, berkatalah Musa: “Ya Tuhanku! Zahirkan (diri Engkau) kepadaku agar aku dapat melihat kepada Engkau” Tuhan berfirman: “Kamu sekali-kali tidak mampu tidak mampu melihat-Ku, tetapi lihatlah di bukit itu, maka jika ia tetap di tempat (seperti sediakala) nescaya kamu dapat melihat-Ku” Tatkala Tuhannya menzahirkan diri kepada gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pengsan. Maka setelah Musa sedar kembali, dia berkata: “Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada Engkau dan aku orang pertama yang beriman”

(Surah al-Acraf (7):143)

22 October 2012

.:: Mohon Ampun ::.

Ingatkan kami ya Allah,
Segala PUJI hanya Milik-Mu
Segala KURNIA hanya dari-Mu
Segala KEAGUNGAN hanya untuk-Mu.

Hari ini kami bersaksi Ya Allah dan kami bersyukur,
Bahawa semua nikmat yang kami dapat adalah dari-Mu.

JANTUNG kami yang tidak kami syukuri terus berdenyut tanpa kami minta,
DARAH yang mengalir dalam tubuh kami tidak pernah kami akui,
NAFAS dan UDARA yang masuk ke dalam paru-paru kami tanpa perlu kami mohon kepadamu,
Kami lupa semua ini kurnia dan nikmat-Mu,
Pasangan hidup dan anak-anak yang mengelilingi kami,
Sahabat handai+saudara mara yang mencintai kami adalah ssungguhnya kasih sayang-Mu.

Kami mohon Ampun,
andai selama ini kami lupa ini SEMUA nikmat-Mu.

Kami mohon Ampun,
andai kami banyak mengeluh dan bersedih atas ujian yang KAU berikan, BERKELUH KESAH DENGAN SEDIKIT CUBAAN, yang sebenarnya dapat menaikkan darjat kami di hadapan-Mu.

Seringkali kami tidak REDA, tidak IKHLAS,
bahkan kami menyalahkan-Mu Ya Allah!

Ya Allah,
berikan kami kekuatan sebagaimana yang KAU berikan kepada Nabi Ayub dan Nabi Muhammad kekasih-Mu,
Bimbing hidup kami agar sentiasa bersama-Mu,
Mencintai-Mu dikala Senang @ Susah,
Rabbana Taqabbal Du'a, Innaka anta al-Sami' al-Basir, Amin3x..

18 October 2012

.:: Pasti ada Hikmahnya ::.

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang~
Alhamdulillah :)

12 hb, jam 8.30pagi anak gerak ke Batu Caves (Rumah Kakak 1st) dengan Bas Sani Ekspress. Pagi-pagi sebelum keluar ana bancuh air milo buat alas perut, ketika dipertengahan jalan Abah dan Ami offer sarapan kat luar, i choose roti canai+air suam :)

Sampai Hentian Bas jam 8pagi, bas belum datang! Jadi, dapat la bersembang dengan ami sebelum berpisah selama 3 minggu!

Jam 8.15 pagi, bas sampai ana dan ami gerak ke bas.

Emosi Tidak Terkawal!

Ana letakkan beg dalam perut bas, kemudian bertanya kepada kepada driver
"Pakcik berhenti tak di Greenwood?"

Jawapan Pakcik : -Jawapan lari 100Km/J dari soalan yang dikemukakan-

Jawapannya yang sepatutnya adalah 'YA' atau 'TIDAK' sahaja! Tapi, ana telah mendengar 'ceramah' seolah-olah soalan itu mengaibkan! Hanya Allah saja yang tahu, pada masa tu ana fikir satu ja :
'Allah Yang TAKDIRkan Semua ini, berikan KESABARAN YANG TEGUH KEPADAKU'

Alhamdulillah, keadaan terkawal ketika itu!

Kenapa ye pakcik itu jadi begitu? Xmengapa, anda sudah dimaafkan. Satu pesanan untuk Pakcik,
TOLONG JANGAN BUAT MACAM TU DENGAN ORANG LAIN :)
Membuatkan orang sakit hati, rasa terkilan, menyesal naik bas anda dan anda telah mengurangkan bilangan penumpang dan memilih pengangkutan yang lebih selesa dan berbudi bahasa!

Apa-apapun, terima kasih kerana mengajar apa itu muka kering (buat dek je)!

Dendam free ye:)

Skrin Laptop bercorak Mural, Cantik saaangat!

CANTIK kan!
Hasil krafkaki Aadil Fahim, betuah sungguh!









Nady Sufy @ Batu Cave 

14 October 2012

.:: Hari Barakah ::.

Topik:
Terima Kasih Mak Abah Kakak Abang dan Adik TerCINTA.

Saya sayang saaaangat kamu semua!

11 Oktober 1989-11 Oktober 2012 [891011 :)]

Alhamdulillah, tarikh keramat yang menandakan ana sudah genap 23 tahun, makin bertambah umur makin juga bertambah dosa yang perlu sedar dan berTAUBAT :)

Terima Kasih kepada Sahabat2 walaupun ada yang terlupa, "sengaja" mahu menjadi orang last, hp problem, sebuat 'free call' baru sedar my Birthday semua tu perkara biasa, xperlu rasa bersalah. Sebab banyak lagi perkara-perkara penting dan paaaling penting yang kalian perlu ingat kan! Yang penting ana perlukan doa dalam menyokong perjalanan ini kian mencabar dan tercabar. 

Dengan niat Lillah ana meletakkan status ini di Facebook :

[ ~891011~ Susunan yg sangat bermakna :) Terima Kasih ye Mak dan Abah telah menjaga,mendidik,menegur,mentarbiyyah pada pd anakmu ini.. Juga Kakak2, abg & adik yang sentiasa bersama n memberi sokongan yg mantop ♥ Twin saya juga Nursyahirah Azman dan sahabat2, jazakillah Khayr.. Moga Allah merahmati kalian semua ]

Sungguh teruja dengan Number itu, akan kekal sampai akhir hayat! 

Terima Kasih pada yang mendoakan dipangjangkan umur, dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan, dipercepatkan jodoh,  diberkati amalan dan doakan saya yang Mahu Menjadi Solehah!

Toche-Toche!

-------------

Mari kita baca sama-sama membaca DOA Yang Memberi Inspirasi dengan Izin Allah dari sahabat :

Ya Allah,
Ampunkan kesalahan-kesalahan kami yang TELAH LALU, kesalahan-kesalahan kami HARI INI dan kesalahan-kesalahan kami pada MASA AKAN DATANG. Ampunkanlah kesalahan-kesalahan kami YANG TERANG dan YANG TERSEMBUNYI.

Ya Allah,
Jadikan bagi kami hari esok LEBIH BAIK dari hari ini.

Ya Allah,
Bekalkan kami dengan TAQWA dan PERMUDAHkan kami segala KEBAIKAN di mana sahaja kami berada.

Ya Allah,
KASIHANIlah kami, TUNJUKilah kami, SELAMATkan kami dan CUKUPkanlah bagi kami rezeki yang halal.

Ya Allah, 
PERBAIKIlah Agama kami dan PERBAIKIlah Dunia kami yang di dalamnya KEHIDUPAN kami, dan PERBAIKIlah Akhirat kami yang kepadanya TEMPAT KAMI KEMBALI dan jadikanlah kehidupan ini tempat tambah KEBAIKAN bagi kami dan jadikanlah mati sebagai istirehat kami dari segala KEJAHATAN.

Ya Allah,
PERMUDAHKANLAH URUSAN KAMI, AMIN3X, Insha Allah :)

Nady Sufy @ Batu Caves
6:33Petang

09 October 2012

.:: Soft Skill Akhirat ::.

 
Topik:
Lihat dalam Diri, bagaimana kita?

Setiap orang mempunyai anak dan kita juga biasa menjadi anak. Kita menyiapkan anak-anak kita dengan kemahiran-kemahiran  dunia. Kita bagi mereka pandai Matematik, Sains, Fizik, Kimia, Astronomi, English, Bahasa Melayu, Pendidikan Islam. Ayuh kita Muhasabah bersama-sama, kita didik anak untuk apa? Kita nak dia jadi apa?

Nak jadi seorang yang Pakar?
Nak jadi seorang yang Cerdik?
Nak Jadi seorang yang berkerjaya besar?
Nak jadi seorang yang mampu penuhi Cita-Cita dia semasa besar?
Tanpa kita menitik beratkan nilai-nilai agama langsung dalam diri mereka.

Ada beza antara kita bersungguh-sungguh menghantar mereka ke sekolah dan kelas-kelas tambahan tetapi ambil sambil lewa, lambat-lambatkan sedikit bila mahu hantar ke kelas agama.

Mereka yang ada di Barat dalam kalangan golongan pakar, mereka buat Filem, Dokumentari, Grafik dan Kamera, PAKAR! Dan, kita semua ingin meniru mereka.

Tahukah kita bahawa :

"Mereka Pakar Dunia Tetapi Jahil Akhirat"

Ada segolongan antara kita, bila mahu menghantar anak ke kelas Tambahan sanggup berhabisan banyak tetapi jika menghantar ke Kelas Agama kalau Yuran mahal kita akan kata :

"Ini bukankah kerja-kerja AGAMA kenapa mahal??"

Tidak Yakinkah kita bahawa
Anak Yang Ada Pendidikan Agamalah Yang Akan Memandikan Kita
Anak Yang Ada Pendidikan Agamalah Yang Akan Menyemayangkan Jenazah Kita
Ini Ayah Aku Masukkan dia ke Dalam SYURGAmu,
Ini Ayah Aku, Aku Yang Menyembahyangkan dia.

Mengumpul Orang untuk menyedekahkan al-Fatihah dan membaca Yaasin untuk Ayah dia!

Allahu Rabbi, Ana Sayang Mereka. Jom Jaga Hubungan dan perbaiki Amalan :)
Insha Allah..

Nady Sufy @ Paloh
10:41 Malam
8 Oktober 2012

07 October 2012

.:: Jangan Sedih ::.

Berapa kali dalam sehari kita memeluk Mak Kita?
Berapa kali kita memeluk anak kita?
Berapa orang yang suka mengeluarkan kata-kata yang baik yang memuji yang menghargai yang menyebut kebaikan?

Ibu sedih/sugul bukan kerana kurang makanan fizikal (Wang, material, dll), Manusia memerlukan tiga JENIS MAKANAN:
*FIZIKAL-untuk tubuh badan manusia
*EMOSI-untuk Kasih Sayang, belaian, pelukan, penghargaan
*ROHANI-kebergantungan dengan Allah SWT amat tinggi

Bagi individu yang mempunyai masalah dengan Anak an keluarga apa kata KITA DEKATKAN DIRI DENGAN ALLAH SWT kerana Dia sentiasa Ada/Melihat/Mengasihani. Manusia akan hilang sebab tu jika kita bersandar pada tiang kita akan rasa takut tiang itu akan jatuh.

~JANGAN BERHARAP KASIH SAYANG MANUSIA BERHARAPLAH PADA KASIH SAYANG ALLAH SWT, PERCAYALAH BAHAWA ALLAH SWT AKAN MENYURUH MALAIKAT MENCAMPAKKAN KASIH SAYANG DALAM JIWA ORANG LAIN UNTUK MENGASIHANI MEREKA!~

Jika ada masalah hubungan dengan Manusia lihat kembali perhubungan kita dengan Allah SWT.

.:: Itu Fitrah ::.



Topik:
Erti menjadi isteri!

Beruntung dan bersyukurlah kamu wahai Wanita kerana Allah memberi kita peluang untuk menjadi seorang isteri dimana hanya apabila seorang lelaki sudi mengambil kita sebagai isteri. Selalunya dalam perkahwinan, kita akan rasa seronok, kita merancang majlis perkahwinan tetapi kadang-kadang kita terperangkap kerana kita tidak merancang hidup semasa dan selepas berkahwin.

Jika dilihat sebelum berkahwin, sebagai seorang wanita sibuk memilih apakah Tema Warna Pertunangan, Tema Warna Pekahwinan, untuk majlis yang mengambil masa satu atau dua hari kadang-kadang masa satu tahun untuk merancang. Mencari baju yang paling baik, Make-Up artis yang paling baik dan sebagainya. 

Tetapi,
Bayangkan untuk kita hidup selama  30-40 tahun bersama suami kita, kita tidak merancang. Oleh itu, kita perlu sedarkan jiwa kita agar menjadi orang yang bersyukur MENJADI seorang isteri Solehah.

TUJUAN menjadi seorang isteri:

1- Untuk mengikuti sunnah Rasulullah saw dimana untuk mendapat anak yang soleh  bersama suami yang soleh. Anak-anak yang soleh ini akanmenjadi pencen kubur suatu hari nanti
PENCEN KUBUR : Anak Yang Soleh Yang Akan Mendoakan Kita Apabila KIta Tiada di DUNIA ini.

2- Untuk Bahagia dengan keindahan seluruh alam, menikmati apa yang kita ada. membiasakan diri dengan memberikan bahagia kepada suami dan Anak-anak. 
BAHAGIA dan MEMBAHAGIAKAN!

3- Untuk mewujudkan Visi : Kita nampak dalam mata hati kita mahu menjadi yang bagaimana?

ISTERI yang Sihat/Rupa Paras Cantik/Menjaga Kesihatan/Menjaga Pemakanan.
ISTERI yang Bijak Berfikir Positif yang dapat menyalurkan fikiran positif tersebut kepada ahli keluarga dan mewujudkan suasana Positif dalam Rumah Tangga.
ISTERI yang Tinggi Kerohaniannya menjaga hubungan dengan Allah SWT/Menjaga Aurat/Menjaga Solat/Melaksanakan Perintah-Nya/Meninggalkan Larangan-Nya.
ISTERI yang hubungan dengan sekeliling. Hubungan dengan :
Cth:
IBU MENTUA: Selepas suami bernikah dengan kita bagaimana hubungannya dengan ibunya? Semakin kurang atau bertambah erat.
ISTERI yang menjaga Kewangan, membelanjakan wang tepat pada tempatnya, jangan berlebih-lebihan membeli sesuatu untuk mencantikkan diri kita bukan untuk suami tetapi untuk mendapat penghargaan manusia.
Cth:
Membeli barang kemas yang keterlaluan, barang-barang berjenama kerana menunjukkan status kita,

Matlamat adalah cara kita mencapai apa yang kita nak jadi? Dengan Visi  itulah kita tetapkan matlamat. Bangun Pagi Ingat apa yang harus kita lakukan setiap hari :)

Nady Sufy @ Paloh
7 Oktober 2012
5:30 Petang
Ilalliqa'

05 October 2012

.:: Akhlak dengan Cinta Hati ::.


TOPIK:
Pembinaan Akhlak dalam Rumah Tangga!

Moga kita dapat melakukan satu perubahan yang besar dari sudut Akhlak kerana kita berharap agar anak-anak didik kita masyarakat sekeliling kita dapat/boleh tergerak hati melakukan perubahan dari sudut Akhlak apabila melihat keindahan akhlak yang ada pada diri kita Insha Allah.

Nabi Muhammad saw bersabda :
"Wahai Uqbah, bagaimana jika ku beritahu kepadamu tentang akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling utama. Dan yang pertama hendaklah engkau menyambungkan silaturahim dengan orang yang memutuskan, hendaklah engkau memberi kepada orang yang tidak mahu memberi, dan maafkanlah orang yang menzalimimu" (HR Al-Hakim dan al-Baihaqi)

Ketiga-tiga perkara ini berat dan susah tetapi inilah satu penanda aras akhlak yang paling utama buat penghuni dunia dan penghuni akhirat. Malah ada ulama mengatakan : "Sesiapa yang membekalkan kamu dengan akhlak yang terpuji maka dia telah menambah nilai kebersihan jiwamu".

Betapa pentingnya soal akhlak ini, Shaykh Ibn 'Atoillah al-Sakandari menyebut :
"Kamu berkawan dengan orang jahil tetapi orang jahil itu tidak tunduk kepada nafsunnya dan tidak merasa puas dengan dirinya lebih baik daripada kamu berkawan dengan orang alim tetapi orang alim yang buruk akhlaknya"


Jika kita melihat wajah anak kecil (anak-anak) apakah yang perlu kita berikan kepada mereka?

Nabi bersabda :
"Tidaklah ada satu hadiah yang lebih BAIK dan lebih UTAMA daripada seorang Ibu Ayah kepada anak-anaknya melebihi adab dan akhlak yang baik yang ditunjukkan oleh Ibu dan Ayah kepada Anak-Anaknya"

Resepi dari Nabi untuk muhasabah dalam bab Pembinaan Akhlak dalam Rumah Tangga ini, baginda menjelaskan : "Muliakanlah anak-anak kamu dan perbaikilah ada mereka"

Kadang-kadang ada kalangan kita meremehkan anak-anak, daripada cara kita bercakap, cara kita menegur, cara kita menasihati mereka kadangkala ada orang disekeliling, kadangkala ada mak sedara, ada kawan-kawan. Dalam istilah muliakan anak-anak ini , kita kena meraikan SITUASI/TEMPAT/KEADAAN supaya anak-anak rasa ibu bapa tidak meremehkan mereka dan mempersendakan mereka.

Perbaiki lah agama mereka!

Perincian Soal Akhlak sebagaimana Rasulullah ajar kepada Anak-anak, antara yang ditekankan baginda, kerana Akhlak ini akan kurang nilainya dalam diri seseorang anak jika kita melihat akhlak seorang anak yang buruk kepada kedua ibu bapanya.

Ibnu Sunni meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a  bahawa Nabi pernah melihat seseorang bersama anaknya lalu Nabi bertanya kepada Anaknya : "Siapa Orang ini?" Anak itu menjawab : "Ini Ayahku". Lalu Nabi bersabda : "Kamu jangan berjalan dihadapannya, kamu jangan melakukan perbuatan yang dapat membuat dia mengumpatmu kerana marah, kamu jangan duduk sebelum dia duduk dan jangan kamu panggil ayahmu dengan menggunakan namanya".

Ini secara terus ADAB dan AKHLAK yang Nabi ajar kepada anak-anak terhadap Ibu dan Ayah!

Bagaimana adab anak-anak nak bercakap dengan Ibu Bapa?
Jika akhlak dengan ibu bapa tidak dijaga maka apa jaminan yang dapat diberikan oleh anak-anak akan berakhlak jika bertemu dengan selain dari ibu bapanya.

Imam al-Qurtubi dalam Tafsirnya : 
Apa Maksud Birru wa Lidayn dalam surah al-Isra' ayat 23, "Ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang mulia". Maksudnya: Perkataan mulia kepada Mak Ayah dianalogikan sebagai \~perkataan seorang hamba yang berbuat salah kepada seorang majikan yang sangat bengis dan keji (dalam keadaan lembut dan merendah diri). 

Umar al-Khattab menafsirkan 'mulia' dalam ayat tersebut dengan mengatakan : Seorang anak bila mahu memanggil Mak dan ayah dia perlu berkata "Wahai Ayahku atau Bondaku". Agar dengan dapat menyejukkan hati apabila mereka mendengarnya.

Seorang ayah yang telah mendidik anak-anaknya bernama Tajudin al-Subki berkata semasa beliau duduk do koridor rumahnya beliau ternampak seekor anjing lalu, kemudian dia usir anjing tersebut dengan menyatakan 'Dasar anak anjing'. Ayah beliau menegur berkata : "Kenapa panggil anak anjing, dasar anak anjing?" Beliau menjawab : "Bukankah benar  ini adalah anak anjing". Ayahnya menjawab : "Tidak Anakku, aku ingin mengajarmu jangan menghina binatang seperti itu".

ADAB YANG HALUS DIDIKAN AYAHNYA, MUHASABAH KEMBALI NILAI AKHLAK KITA YANG MANA IA DAPAT MEMBERI IMPAK YANG BESAR KEPADA ANAK-ANAK DAN MASYARAKAT.

Nady Sufy@Bayti Jannati

1:33 Petang
5 Oktober 2012
-Ilalliqa' Habibati-

.:: Cabaran Bermula ::.

Alhamdulillah dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang,
Rabbi Zinda Ilma Ya Karim..

Meneliti beberapa helaian buku yang di Pustaka, tajuk utama yang difokuskan berkaitan dengan tajuk utama kajian yang sedang ana jalankan 'Muraqabah'. Disoroti buku demi buku diselak helaian demi helaian, susah juga nak jumpa rupanya =). 

Selepas 2 bulan baru datang 'kekuatan&kefahaman' dari-Nya untuk berjumpa dengan apa yang dicari, sungguh inilah yang dikatakan Cabaran dan Ujian, Modalnya hanyalah keSABARan, insha Allah..

---------------------

Doakan ana dan sahabat Norhashimah Yahya, beliau sudah mempunyai seorang anak : NurSyukrina Husna namun masih bersemangat untuk meneruskan pengajian. Dalam masa yang sama menjadi part time lect+Ummi+Anak+Isteri+Pelajar dan Hamba Allah. Sibuk kan mengurus semua itu, tapi mampu je bersemangat dan bersemangat dalam bidang akademik ni :) Tahniah akak, BANGGA SAMA KAMU.. Moga Allah permudahkan kita sama2 siapkan tesis ye, bi Iznillah..

--------------------

 Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Semua Milik Allah :)

Nady Sufy @ Paloh
7:40 Malam
4 Oktober 2012
Ilalliqa'

03 October 2012

.:: cctv DUNIA ::.





BANTU KAMI
Untuk mengawasi segala patah perkataan  yang keluar

LINDUNGI KAMI
Dalam mengatur perjalanan seharian

RAHMATI
Segala perbuatan kami

Moga Dengannya menambahkan semangat KAMI untuk melakukan Kebaikan

Bi Iznillah
(",) -Saya Sayang Awak Semua, semua ini DARI ALLAH-

Nady Sufy @ Bumi Barakah
02:01 PM
3 Oktober 2012

23 September 2012

.:: Pertemuan Hati ::.


Ana suka dan Perlu Tahu kemudian Praktikkan dengan Izin Allah SWT :)


17 September 2012

.:: Erti Esok ::.

NadySufy@KT
12:02pagi
17 September 2012
Mood: Bahagia selepas bertemu dgn sahabat2 TerCINTA :)

15 September 2012

.:: Rezeki ::.

Alhamdulillah wa Syukru Lillah :)

Jangan terlalu membenci nanti suka sapa yang susah !

***

Untuk Pengetahuan :

Ahad ni 16hb ada jemputan untuk dibawa berjalan (Ziarah Sahabat2) area Kuala Terengganu..
Modal : Masa sahaja! yang lain ditanggung.. Alhamdulillah ^__^

Insha Allah :)

****

16 hb juge, adik Junior akan melangsungkan pernikahan. (Abang dia senior ana)
Pasangan : Ustaz yang mengajar di sekolahnya, beruntunglah kamu wahai Adikku.
Bila dah selamat menjadi isteri nant, insan yang kamu panggil ustaz akan bertukar kepada 'abang'.
Mabruk!
Barakallahu Lakuma :)

*****

Pagi 16hb, ada tempahan dari kawan abah (ayah angkat). Ami yang akan masak (mak angkat).
Menu : Nasi Minyak.
Ami sangat mudah memberi, xlokek!
Terima Kasih kerana mengajar su erti MEMBERI :)

Allahu a'lam
Nady Sufy @ Paloh Tuan Sulong
10:43 Malam
14 September 2012

13 September 2012

Peringatan Bersama

.:: Jgn Tangguh ::.


Alhamdulillah wa Syukru Lillah

Perkongsian dan pertemuan yang sangat bermakna kelihatan ajaib namun semua ini perancangan yang terbaik dari Allah untuk Hamba-Nya..

Selasa petang agak lewat pulang ke bilik kemudian terus ke Cafe membeli makanan untuk alas perut tika malam. Ana keseorangan. Namun, Allah pasti tidak pernah meninggalkan ana. Pulang dari Cafe terasa ada sesuatu yang ingin Allah berikan, Tapi apa?

Sampai sahaja di Bilik, terus ambil kelengkapan bersih diri, wudu dan kemudian terus turun ke Musolla.
Agak pelik! Kenapa terlalu 'tekad' untuk turun ke Musolla?? Sedangkan sebelum ni jarang kesana (sebab: Berulang alik dari Kampus ke rumah Mak angkat)

"Ada Hikmahnya ni" Monolog sendiri.

Semasa Mu'azzin melaungkan azan, ana dalam perjalanan ke Musolla dan sampai di sana Imam sudah bersiap untuk Solat Maghrib. Alhamdulillah. Masih mencari tekadnya ana untuk ke Musolla?

Seusai solat, solat sunat dua rakaat dan ambil Quran untuk dibaca. Memandangkan petang itu seharian di Maktabah, makanya Maghrib di mulakan dengan membaca al-Mathurat yang sentiasa digandingkan di bahagian belakang Quran.

Seminitn selepas selesai, ana seorang adik mengarahkan ana dan jemaah yang ada untuk membuat Halaqah. Dengan Taqdir Allah, hari itu ana tidak 'terambil(lupa)' membawa cermin mata. Jadinya, semua berpandukan kepada pergerakan jemaah yang ada (walaupun pening lalat Toink!)

Oh! Rupanya ada Pengajian, Subhanallah ini Hikmah yang Pertama. Dapat juga meneroka Ilmu. Perbincangan ketika itu berkait dengan Hal Ehwal Wanita. Khalas.. Jemaah ketika itu dalam lingkungan 20 Orang alhamdulillah.

Semasa dalam Perbincangan, ada dua orang Muslimah  dapat lihat tudung sahaja (mata Blurr: 1- Tudung Ungu 2-Tudung Cream) disusuli (1-Tudung Biru 2-Tudung Pich).

Macam biasa ku kenal ini anak?

Mereka nak mengambil tempat di Bahagian belakang tapi ustazah mencadangkan duduk di bahagian hadapan takut xnampak apa yang ditulis di White Board. Ana duduk di bahagian tepi sekali dan dua muslimah yang kemudian ni datang terus kepada ana dan duduk.

Subhanallah Maha Suci Allah, Memang Allah yang gerakkan. Ruapanya, mereka adalah sahabat@adik2yang ana rindu dan sayangi. Selalu ber'janji' di FB dan SMS untuk bertemu.. Namun, kali ini tanpa mesej kami digerakkan hati untuk datang ke Musolla dan bertemu di sana. Menitik air mata hati, meingatkan bahawa ini dia Hikmah yang Kedua. 

Kami ber'Taujihat' sesama sendiri lebih kurang 30minit bersama. 
Sungguh! Baru teringat : 
"Jika Hati dah tergerak nak 'BUAT BAIK' @ nak pergi 'TEMPAT BAIK', jangan tangguh2 teruskan je.. Mungkin ada sesuatu yang tersirat disebalik tu kita akan dapat @ jumpa.. ~Bi Iznillah~"

Hanya Allah Yang Merancang semua ni.

Syukur!

Nady Sufy @ Kampus Gong Badak
7:23 Pagi
*Ya Allah, Kau Permudahkan Segala Urusan Kami*

.:: Mujahid ke-3 ::.


MUHD DANIAL IRFAN BIN MUHD BURHANUDDIN <3
Alhamdulillah dengan Izin Allah, Anak sedara yang ke-5 selamat dilahirkan.
Tahniah ye Ummi dan Abi (abang) Imam Junior ini..
Berat saya : 3.6Kg
Tarikh : 12 September 2012
Masa: 11.23 Pagi
Tempat : Hospital Sungai Buloh

Sekian.