13 November 2011

.:: Warkah Ibunda ::.


Wahai ANAKKU~`

warkah ini ku hulurkan untukmu agar kau mengerti satu perkara yang aku amat menyanyangimu. Sejak dikau masih dalam kandunganku, aku sentiasa setia mengendongmu kemana jua aku berada. Sembilan bulan itu bukanlah satu tempoh masa yang singkat.

Ketika aku semakin sarat aku bermohon kepada Tuhan di permudahkanlah segala urusanku. Apabila saat kau dilahirkan, aku dapat menatap wajahmu kemerahan yang masih suci dalam fitrah menangis tidak mengerti. Kau tercipta ke dunia untuk menjadi Khalifah di muka bumi ini.

Sungguh berat tanggungjawabmu itu. Tatkala itu hatiku berbunga mekar keriangan. Pada hari itu aku sudah bergelar seorang ibu. Ibu mana tidak bahagia melihat anaknya yang suci itu merengek meminta simpati. Hauskan belaian seorang ibu.

Pabila aku memelukmu dengan penuh kehangatan curahan kasih sayang, kau berhenti menangis. Malahan kau tertidur nyenyak dalam belaianku. Alangkah bahagianya hatiku ketika itu. Dengan susu dari badanku ini juga kau telah membesar dengan pantas. Dari merangkak kau mula bertatih berjalan, tanpa disedari kau sudah boleh berlari.

Ketika usia mu lima tahun aku menyikat rambutmu kemas, aku menggosok bajumu, aku menyediakan sarapanmu. Kerana hari ini adalah hari pertama kau bersekolah. Teringat lagi waktu itu kau mengangis enggan ke sekolah. Akhirnya dengan belaian lembut dan pujukanku membuatmu  tega untuk hadir kesekolah jua.

Setiap kali pulang dari sekolah, sudah tentu kau akan berceloteh. Aku sangat suka mendengar ceritamu. Kaulah menjadi hiburan kepadaku tatkala hatiku bersedih. Kaulah yang membuatku terus gagah bekerja di luar batasanku. Kau jugalah yang membuatku terus gagah menghadapi segala mehnah. Kau sungguh bijaksana anakku. Sentiasa berusaha untuk berjaya. Aku kagum dengan usahamu.

Biarpun sesekali kau nakal namun aku tetap menyanyangimu. Maafkan aku anakku jika ibumu ini ada terkasar bahasa denganmu dahulu, ada terguris hatimu yang sehingga kini masih berbekas. Aku tidak berniat menyakitimu. Namun itulah hati seorang ibu, mahu melihat anaknya berjaya. Mahu melihat anaknya menjadi anak yang soleh. Tidak pernah di hatiku merasa benci ketika aku menasihatimu. Cuma niatku hanyalah untuk mendidikmu menjadi insan yang sempurna. Sekali lagi ibumu ini ingin meminta maaf kepadamu.

Aku rasa masa belalu begitu pantas. Kau kini sudah menjadi seorang jejaka yang gagah dan kacak seperti bapamu. Aku pula semakin hari semakin tidak berdaya. Jika dulu kulitku licin namun hari ini kedutan mula memenuhi. Jika dulu aku pantas bekerja kini aku lemah tak berdaya. Usiaku kini sudah diambang senja.

Ayahmu pula sudah lama menyahut seruan ilahi. Kini tinggallah aku sendiri bersama lautan memori. Kau pula sudah menjadi orang hebat di kota. Aku sanggat berbangga menjadi ibumu. Dikaca-kaca televisyen dan muka-muka akhbar sering memperkatakan tentangmu. Ketika aku melihat wajahmu hatiku bercampur baur gembira dan sedih bergabung menjadi satu perasaan yang tidak menentu.

Wahai anakku yang disayangi~

Apabila aku sudah tua, aku harap kau memahami dan sabar ketika bersama aku. Andainya nanti aku terpecahkan mangkuk mahal belianmu atau tertumpahkan sup di atas meja harapnya kau tidak akan memarahi aku. Orang tua hatinya sensitif. Hatinya mudah terguris apabila dimarahi. Ingat lagi tidak dahulu kau pernah pecahkan mangkuk kesayanganku namun aku tidak pernah memarahi mu kerana aku tahu kau tidak sengaja.

Wahai anakku~
Andai ketika itu telinga aku sudah mula tidak kedengaran dan aku tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang cuba kau ungkapkan, harapnya kau tidak memanggilku "pekak!". Kau ulang semulalah kata-katamu itu atau kau tuliskannya di atas kertas agar aku dapat membacanya.

Wahai anakku~

Maafkan ibumu ini kerna menyusahkanmu, ibumu ini semakin tua dan tidak berdaya. Apabila lutut dan sendiku sudah tidak bermaya, harapnya kau sabar membantu aku bertatih, andai aku jatuh bangunkanlah aku kembali. Ingat lagi tidak waktu kecil-kecilmu anakku, kau mula belajar berjalan, baru beberapa langkah kau sudah tersungkur, kau menangis sekuat-kuatnya, siapa lagi kalau bukan aku ibumu yang memujukmu dan melatih mu berjalan dengan tegap.

Wahai anakku~

Apabila aku mula bertanya soalan yang sama berkulang kali kepadamu seperti pita rakaman, janganlah kamu marah kepadaku. Masih kah kau ingat ketika kau melihat burung yang hinggap di dahan pokok kau bertanya kepadaku apakah nama burung itu berulang kali biarpun aku sudah menjawabnya berulang-ulang kali. Namun aku tidak pernah marah kepadamu kerana waktu itu kau mahu belajar sesuatu.

Wahai anakku~

Tahanlah jua bau badanku yang hamis ini, di kala usia ini aku berasa sangat sejuk untuk mandi dan sejuk itu tidak baik untuk kesihatanku. Harapnya kau tidak memaksaku. Janganlah kau merasa jijik mencium wajah ibumu ini walaupun wajahku tidak secantik dulu. Kini kulitku penuh dengan seribu kedutan. Biar sebusuk mana ibumu ini, inilah satu-satunya ibumu di dunia ini. Kau tidak dapat menggantikannya dengan yang lain.

Wahai anakku~

Jika kau ada masa terluang harapnya kita dapat berborak bersama, bercerita seperti kau pulang sekolah dahulu. Biarpun dalam waktu yang singkat. Aku amat menantinya. Kini aku bersa sunyi tanpa teman bercerita. Hanya kepada kaulah anakku ingin aku luahkan perasaanku yang terbuku ini. Aku tahu kau sangat sibuk dengan kerjamu. Adakah kau masih ingat ketika kau bercerita tentang sekolahmu dan rakan-rakanmu aku sentiasa menjadi pendengar yang setia .

Wahai anakku~

Jika satu masa nanti aku sudah terdampar di katilku tanpa mampu bergerak kemana-mana, harapnya kau mengambil berat tentangku. Janganlah malu menjaga ibumu ini , belailah aku seperti mana aku membelaimu di kala kau masih kecil.
Sisirlah rambut seperti mana aku pernah menyisir rambutmu. Pada waktu itu aku sangat mengharapkan bantuanmu.Aku minta maaf andai aku terkencing diatas katil sehingga menyebabkan rumahmu menjadi busuk. Aku harap kau sabar dalam menjaga ku ketika saat-saat akhir nyawaku ini.Hidupku ini sudah tidak lama lagi. Tunggu masa malaikat akan mencabut nyawaku.
Ketika itu aku sangat-sangat berharap kau berada di sisi ku. Mengajarkan di telingaku kalimah tauhid. La ilahaillallah, Genggam eratlah tanganku agar aku kuat mengahadapi saat kematian.
Wahai anakku aku amat menyayangimu. Maka janganlah sesekali kau lupakan ibumu yang semakin tua ini.

"Syurga Itu Sesungguhnya Terletak Di Bawah Telapak Kaki Seorang Ibu. Hargailah Mereka.."

--IluvIslam

Ilalliqa'
Ilahi Anta Maqsudi wa Redhaka Matlubi

.:: Buat Shbt Suka & Duka ::.






****Kenangan bersama, Suka dan Duka, Unisza 08-11****

.:: 1-12 November ::.



1hb 
Jam 0930 Malam, Musafir ke Kelantan bersama Transnasional.

2hb
Jam 1000 Pagi, Musafir ke Terengganu bersama perodua Kancil Cik Siti Wan Firdaus. ~Terima Kasih Akak~
Allah aturkan pertemuan dengan Amalina Che Ani, Kak Iman, Adik Zainab, Adik Izzati, Adik Aira, Kak Mai, Kak Fiza, K, Fasha, dll. Juga dengan Murabbi Y dikasihi Ustaz Saiful Bahri, Ustazah Sumayyah, Dr. Syed Lutfi, Alhamdulillah, segala KAU yang temukan.
3hb 
Me"Round" di Pasar Malam di Wakaf Bharu, Kelantan. Bersama Kak Ct dan Fasihah (Adik Kak Ct). Ta'ajub dengan Satu Pembesar Suara Yang Menyatakan dan pada ketika itu jam0620 (lebih kurang mcm ni isinya) "Perhatian! kepada pengunjung pasar Malam, pada jam 0640 Pasar Malam akan berhenti rehat[menangguhkan urusan Jual beli] seketika untuk menunaikan Solat fardu Maghrib".. Subhanallah, Klu Bi'ah ni ada kat Kedah kan Best^_^!! Moga Allah kurniakan Hidayah..

4hb
Jam 0900 Pagi, Musafir ke KL lonely. Perjalanan Kelantan-KL yang mengambil masa sangat lama, TAPI yang menariknya sangat banyak yang ana dapat dalam setiap perjalanan. Hikmah yang tersirat membuatkan ana berfikir bahawa walaupun kita keseorangan, Allah tetap ada bersama-sama kita sebenarnya. Sungguh Insaf dan berjaya untuk mendapatkan sedikit kekuatan [30%] BAGAIMANA caranya untuk hidup berdikari tanpa bantuan Keluarga, Sahabat dan hanya bergantung pada Allah yang Esa.

5hb
Alhamdulillah, Jam 1000 pagi, Musafir ke Kedah untuk pulang berhari Raya AidilAdha. Selamat sampai ke Bayti Jannati jam 0500 petang. Tukar Uniform(tudung) dan terus ambil Pisau dan buat kerja dapur. Kesian Mak dah lama ana tinggalkan dia seorang. Letih itu number 2 biar Mak rasa dirinya dihargai dan dihormati. Sayang Mak, Mintak Maap na!! Keluar rumah bersebab dan dengan keizinan Mak serta perlindungan dari-Nya jua..

6hb
Takbir berkibaran dengan mengagungkan Allah, Laungan bergema meruntun rasa pilu. Kali ini, Hanya berempat yang ada, Ngah, Ude, dan Acik. Ateh bertugas dan Akak beraya bersama keluarga abg ipar. Kekurangan membuatkan ana terfikir dengan Rasional, mengapa Allah mentakdirkan begitu dan begini. Muncul SATU perasaan yang akan ana rasa kelak bila sudah menambah satu kampung halaman. Perlu membuat pilihan dan Musyawarah..

8hb
Jam1000 Pagi, Alhamdulillah baru dapat penuhi permintaan Mak untuk masukkan duit dalam Tabung Haji(TH). Deposit-Kemaskini-Daftar. Segalanya dipermudahkan. 
Jam1100 pagi. Ada mesyuarat dengan Pengerusi Persatuan di Pejabat. (Mintak maaf ye ketua ana lewat sikit). Bincang tentang "Klinik al-Quran utk Bulan Disember". Insha Allah..


10hb
Sahabat ana yang ana sayangi, Khairunnisa binti Mansor sudah memasuki Usia 22 Tahun, Sanah helwah Nt. Jam5 petang, Ateh, Pakwa dan Maksu (3 biji kereta) bergerak ke Kelantan.
Jam8 Malam, Ana ke Maktab Mahmud Padang Terap utk menjalankan tanggungjawab sebagai Fesi kepada Adik2 Maahad Form1-4 pada 10-12 Khamis-Sabtu. Akak rindu sgt kat hampa, Allah telah takdirkan kita bertemu^_^


11hb
Jam1030 pagi, Majlis Akad Nikah Ateh telah selamat dijalankan, Alhamduillah. Ana xdapat bersama^_^
Ana ada kat Maahad, uruskan program dengan Adik-adik.

12hb
Jam 0800 Pagi, Ana ke Dewan Tunku Putra untuk menjadi urusetia bahagian Pendaftaran. Majlis Graduasi Pelajar PASTI 6tahun seluruh Padang Terap. Alhamdulillah, Ujian2 semasa majlis berjalan dapat diambil pengajaran..

**********************************************************************************

Aktiviti Yang SEDANG MENANTI:

19-21 : Sik Resort, Pelajar Ting3-4
22-24 : Puncak Janing, Kuala Nerang. 

***********************************************************************************

Ilalliqa'
Ilahi Anta Maqsudi wa Redhaka Matlubi

09 November 2011

.:: Tinta berMADAH ::.





~ Lamaran hati IHSANIAH ~

Entry ini Khas buat Sahabat-Sahabat yang telah mengenali diri ini (Y sgt memerlukan anda) tidak kira jarak usia antara kita, tidak kira jangka masa tempoh perkenalan kita dan dimana kita telah bersua..Kita adalah Sahabat yang telah dipertemukannya atas Tali Ukhwah dan Akidah Islamiyyah!!

Semua Sahabat ana Soleh/ah dan berJiwa Kental dan berSEMANGAT waja^_^. Perkongsian Ilmu dengan mereka telah banyak membimbing diri ini dari tersasar jauh dari arah tujuan Hidup, mendorong diri ini agar terus kuat dan tetap dalam Perjuangan serta Sentiasa menyanyangi ILMU=)..

Ilmu Yang dikongsi bukan sahaja dengan pemberian buku serta Halaqah Ilmu, tapi ana telah perolehi dari FB, Email, Sms, Call, Chatting, dll..

Perkongsian dengan pembaca antara Yang terkesan di Hati :
(Xbermakna yang lain xberguna ye^_^)

Adik Nurul Unisza

~ Aku selalu ingin Sahabatku itu tahu, Y aku sudah jadikan dia sebahagian dari kecintaanku tidak lain Hanyalah Kerana Allah.....Aku ingin sahabatku itu selalu mengerti yang aku perlu Doa darinya agar tetap kakiku di Jalan ini.....Aku ingin sahabatku selalau Faham aku punya banyak kelemahan yang terkadang mungkin melukai dan membuatkan diatidak senang denganku.
Jadi, Wahai Sahabat yang dirimu sentiasa dihati Maafkan Tiap Khilafku mungkin tidak mampu untuk aku hilangkan parut luka hatimu tetapi aku sentiasa berharap untuk menjadi sahabat yang setia disisi dan payah dan senangmu kerana perSAHABATan kita bertaut demi Cinta-Nya~

Ekin IPG Terengganu 

~Salam mahabbah buat temanku.. Temanku, hanya sedikit pesanan buatmu.
Hadapi satu episod hitam dalam perjalanan hidup yang sudah tentunta berliku, alangkah baiknya andai dalam perjalanan itu kita mempunyai Teman. Dan sebaik-baik teman ialah HATI yang Akrab dengan TUHAN.
Dengan Bertemankan-Nya kita akan bangkit daripada Gelita..
Kebahagiaan itu bukan hanya berada di Hujung Jalan tetapi berada di sepanjang Jalan. Berbahagialah ketika memulakan langkah pertama untuk menjadi yang terbaikdi sisi-Nya
Salam Juang, Semoga HATImu terus Thabat mengingatidan merindui ALLAH~

Adik Ain UITM, Merbok

~Jika HATI kita memilih kerehatan di DUNIA tidak perjuangan nescaya kita akan sibuk, SIBUK dengan Ketakutan ketika ingin bertemu dengan ALLAH.. 
Jika Kita memilih Wang di Dunia tidak pahala Korban nescaya kita akan Miskin. MISKIN di saat kita akan bertemu dengan ALLAH..
Jika kita memilih perjuangandan Pahala Korban, Nescaya kita akanbertemu ALLAH dalam keadaan yang amat menggembirakan, Amiiin~

Adik Shakirah KIDU

~ Kehidupan hari ini tidak bisa kita atur supaya menjadi seindah semalam,
Kehidupan semalam tidak bisa kita ubahsupaya menjadi hari yang manis untuk kita ingati,
Kehidupan Esok tidak bisa kita duga agar keadaannya sebahagia hari-hari yang pernah kita lalui.. 
Redhailah kehidupan yang kita telah lalui - sedang hadapi dan bakal rintangi 
kerana 
ini semua hanya kehidupan di DUNIA yang sementara..
KePAHITan, KeSEDIHan, KeSUSAHan dalamkehidupan hanya sementara cuma..
Andai tercabar dek keadaan ini RENUNG kembali
1)"Besar lagi Nikmat Y aku dapat"
atau
2)"Besar lagi Ujian yang datang menduga"
Pasti akan terjawab segala persoalan!!
Yang PASTI "_WALAL AAKHIRATU KHAYRULLAKA MINAL ULA_"~



Ilalliqa'
Ilahi Anta Maqsudi wa Redhaka Matlubi~
04:49 PM, Di Laman Bayti Jannati

08 November 2011

.:: Hanya Lamunan Dunia ::.



Alhamdulillah^_^, 
Kita Rafa'kan. Segala pujian berhak dan hanya miliknya semata-mata. Selawat dan Salam kepada junjungan besar kekasih Allah Nabi Muhammad saw..

Pandangan peribadi erti kemewahan untuk entry ini: ~Kemewahan itu Material~

Kemewahan tidak Salah, tetapi kita yang membuatkan ia salah dan tercemar. Pelbagai bentuk kebaikan yang boleh dilaksanakan demi mengikuti melancarkan pergerakan Islam yang Syumul.

Dengan kemewahan kita dapat menimba ilmu
Dengan kemewahan kita boleh membantu
Dengan kemewahan kita boleh bersedekah
Dengan kemewahan kita boleh meringankan bebanan yang susah
Dengan kemewahan kita dapat hidup dengan selesa berlandaskan syariatnya
Dengan kemewahan kita dapat membantu melakukan HAJI dengan sempurna
Dengan kemewahan kita dapat menunaikan hajat orang tua
Dengan kemewahan kita dapat memenuhi Impian yang belum terlaksana.

Kemewahan(Yang melalui Saluran yang salah) yang lahir dalam kehidupan seseorang, pada hakikatnya hanya AKAN hinggap seketika sahaja.  Jika "ALLAH" Kita  letak dihadapan maka kemewahan tidak akan melalaikan kita, Bi Iznillah. Tapi mengapa masih ada hamba yang lupa pada pemberi kemewahan itu? 

Dengan Izin-Nya, JIka Allah nak melalaikan dan menjauhkan kita dari-Nya, Dia tidak akan melihat siapa nama kita, apa pangkat kita, apa jawatan sekarang dan latar belakang pendidikan kita. Allah tidak lihat semua itu. Yang Dia nak lihat kesabaran kita SAHAJA^_^.. Allah mampu melakukannya walau dengan kadar kerlipan mata. Na'uzubillah..

Inilah bahana kemewahan.

Dengan kemewahan tidak mustahil keluarga akan dilupakan, adik beradik dipinggirkan. 
Dengan kemewahan tidak mustahil kepala ansyik memikirkan Dunia dan Harta.
Dengan kemewahan tidak mustahil lupa segala Sejarah Silam dan Episod2 kesusahan
Dengan kemewahan tidak mustahil berani membuat keputusan sendiri dan mengecilkan hati Orang Tua
Dengan kemewahan tidak mustahil dia lebih diutamakan daripada DIA
Dengan kemewahan tidak mustahil banyak jiwa-jiwa yang akan merana
Dengan kemewahan tidak mustahil Pengorbanan yang sedikit dianggap sudah mampu membayar jasa ibunda
Dengan kemewahan tidak mustahil akan lebih mengutaman orang luar
Dengan kemewahan tidak mustahil akan merendah-rendahkan orang yang telah banyak berjasa
Dengan kemewahan tidak mustahil mampu membuatkan ibunda berendam airmata
Dengan kemewahan tidak mustahil Orang tidak Respect dengan budi bicara kita
Dengan kemewahan tidak mustahil melabelkan kita sebagai seorang yang Ego
Dengan kemewahan tidak mustahil Ibunda akan memikirkan apa dosa yang telah dilakukannya

Lamunan dalam kemewahan membuatkan kita lupa pada yang telah berjasa^_^
Tidakkah kau ingat bahawa dalam rezeki kita ini ada rezeki orang lain. Jgn anggap kemewahan yang menerpa kita itu sebagai nikmat tetapi muhasabah kembali jadikan dan ingatkan itu sebagai Ujian untuk menguji sejauh mana ketahanan Antivirus IMAN kita untuk menangkis serangan Virus NAFSU..

Jangan kata kita kuat untuk menangkis serangan itu dengan kudrat empat kerat kita sahaja ye^_^.. Kekuatan yang dapat menangkis itu hanya Milik Allah. Maka berTAUBATlah dan mohon keAMPUNan dan KeKUATan dari-Nya..

Ilalliqa'
Ilahi Anta Maqsudi wa Redhaka Matlubi..

31 October 2011

.::Ujian Allah:Sejauh mana keredhaan Kita?::.




Sumber : Artikel IluvIslam (sangat menarik untuk dikongsi)~ Moga Allah merahmati penulisnya!!




Ujian Allah iaitu suatu perkara yang telah ditentukan oleh Allah SWT kepada sesiapa saja yang selagi dinamakan manusia (terutama orang-orang yang beriman kepada Allah), maka dia tidak akan sunyi dari dikenakan ujian, cabaran dan rintangan dari Allah SWT. Dalam kehidupan seharian ini, ujian Allah ini bergantung sejauh mana kecintaan kita terhadap yang Maha Pencipta.

Ada orang di uji dengan penyakit^_^, ada yang terpaksa memelihara anak-anak yang cacat, ada yang suami penagih dadah, isteri yang ditinggalkan kerana perempuan lain, panas baran yang menyiksa isteri, malah ujian rumahtangga ini yang paling common sekali. Ada yang masih keci sudah diuji, dimana ibu bapa meninggal dunia, dirogol keluarga sendiri, diseksa ibu tiri dan macam-macam lagi di luar sana.



Andai dirimu di uji dengan kesusahan hidup, tetapkan hatimu dan bersangka baiklah (husnu dzon) pada Allah SWT. Itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan bicaramu. Allah amat suka mendengar bisikan-bisikan hati yang rindu kasih sayangNya.

Sedang dirimu di uji, Allah sebenarnya ingin memeliharamu dari sejuta keburukan. Ingatlah orang-orang yang dikasihi Allah SWT. Setiap kesusahan itu akan diakhiri dengan kebaikan dan kemuliaan. Maka hendaklah engkau lapangkan dadamu dan bersyukur penuh redha agar kebaikan dunia akhirat itu menjadi penghuni hatimu. Moga kedukaan itu berganti dengan ketenangan, redha dan ikhlas dalam setiap apa yang berlaku lantaran husno dzonnya engkau pada ALLAH SWT.


Ayat 2 Surah al-Ankabut, yang bermaksud,

"Adakah manusia itu mengira, bahwa Kami akan membiarkan sahaja mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji oleh Allah swt."
Suatu peristiwa bilamana Saad bin Abi Waqash bertanya kepada Nabi saw, "Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling teruk kena uji?"...Lalu jawab Rasulullah saw, "Yang paling teruk kena uji ialah para nabi dan para rasul, kemudiannya golongan yang mengikut para nabi selepas zaman nabi (tabiin) dan kemudiannya golongan selepas tabiin yang mengikut para tabiin."

Allah s.w.t. berfirman "Tiadalah terjadi sesuatu bencana itu melainkan dengan kehendak Allah, dan siapa yang percaya kepada Allah nescaya dipimpin Allah hatinya" (Surah At-Taghabun:11)

Allah s.w.t. berfirman "Orang-orang yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka. Ingatlah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenteram" (Surah Ar-Rad:28)

Oleh itu dengan mengenal diri, seseorang akan tahu dimana kelemahan dan kelebihan yang ada pada dirinya. Dia juga akan tahu, bagaimana untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu ibadahnya kepada Allah SWT. Nabi SAW pernah  berkata "Sampaikan sesuatu, walaupun hanya dengan satu ayat"


Ilalliqa'
Ilahi Anta Maqsudi wa Redhaka Matlubi..

.:: DIA pasti di sisi ::.


Salam Mahabbah^_^
~Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran,
Selawat dan Salam buat Nabi Junjungan Kekasih yang dikasihi Allah~


ALLAH.. ALLAH.. ALLAH, 

Sungguh Musibah atau Ujian yang menimpa tidak KAU berikan petanda awal. Bilamana KAU merasakan kami mampu dan tika hadir sifat REDHA itu maka kau hadirkannya. Subhanallah, kami hanya mampu menerima seadanya dengan harapan KAU berikan kami secebis kekuatan, dan simpulan Doa yang tiada hentinya agar dengan musibah itu kami lebih dekat dengan-MU Ya Rabbi. Moga, tiada rungutan, tanpa esakan mahupun keluhan dri hari^_^. Namun, sukarnya, Ya Allah, Ya Fattah, Ya 'Alim..

Apa yang pasti, dan teramat yakin bahwa kami (sebagai HAMBA) WAJIB menerimanya, wlpn hati ini sangat sukar untuk melaluinya. Samada gembira atau duka, sedih mahupun lara. Allah lebih suka melihat kita sering dan selalu meminta-minta pada-Nya. 

Wahai diri yang Dhaif yakinlah bahawa dirimu tidak keseorangan, Malaikat dikiri dan Kanan sentiasa menemanimu. Jika dirimu ingat Allah dan sentiasa dalam berbuat kebaikan, maka peneman di kananmu akan segera mencatitnya. Tetapi, segera kamu sedar, apabila dirimu asyik dalam keburukan maka sedihlah peneman di kananmu dan catatan amalanmu akan segera ditulis oleh peneman di kirimu. Ayuh, Moga diri ini dan dirimu segera SEDAR dan Kembali bangkit dari TIDUR dalam kelalaian.

Wahai diri yang Dhaif yakinlah Allah sentiasa melihat gerak geri, keluhan hati dan petah bicara kita setiap saat. Walaupun Baik atau sebaliknya pasti DIA yang Maha Mendengar sedia dan sudi mengambil tahu tentang hal ehwal kita selayaknya..




"Allah tidak beri apa yang kita mahu tetapi dia zahirkan apa yang kita perlu mengikut pengetahuannya"!!
Pada pandangan ana, Perlu dan Mahu dua term yang berbeza jika kita fahami mengikut keadaan individu. Lain individu lain keperluan dan kehendaknya(mahu). Tetapi tidak semua yang kita mahu(kehendak) itu akan menjadi perkara yang perlu^__^...... 

Kita telah merancang sesuatu, kadangkala mengambil masa berminggu/berbulan2 dan hingga bertahun2.. "Perancangan" yang dibuat pada tarikh sekian.. sekian tetapi yang jadinya pada sebelum atau selepas tarikh yang dirancang tetapi ada juga sama seperti apa yang dirancang. Uniknya, aturan Allah.. Bila difikirkan kembali, ada HIKMAH rupanya!!. Nasib baik xjadi masa itu dan tarikh itu.. Sungguh, KAU lebih tahu apa yang kami tidak tahu.

Hikmah itu jika kita salurkan minda ke arah yang Positif maka segalanya akan jadi Positif. Susah kan nak wujudkan minda yang positif? Sebenarnya tidak sesukar nak tebang kayu untuk dibuat rumah atau nak siang Ikan Keli. Mudah saja Caranya Y penting kita nak berubah : Setkan di Minda bahawa "Saya Positif, Sabar dan Ceria (dan sifat-sifat yang lain juga) sematkan dalam hati dan ulang2 di lisan&Hati^_^ (Ini cara sendiri Y dikumpul dari pakar-pakar Motivasi)" Inilah Doa namanya.. Tidak semestinya kita perlu berDOA dalam bahasa Arab dan dalam solat semata-mata(",)~



 ~Mohonlah AMPUN, Redhalah UJIAN, Sematkan SABAR dalam mencari Jalan Penyelesaian~

Ingatlah, Ujian yang akan menimpa kita ini analoginya :

Ibarat Orang yang beratur untuk membuat pembayaran di Pasaraya Besar seperti Giant, Mydin, Tesco dll.. Seorang demi seorang akan membuat pembayaran di Kaunter. Jika sedikit barang yang diambil maka tempoh masa pembayaran juga akan menjadi singkat. Dan jika, hingga dua troli barang yang diambil maka masa yang diambil akan lebih sedikit berbanding orang yang sedikit barangnya. Seorang demi seorang yang beratur sedang sabar menunggu untuk membuat bayaran dan seterusnya memberi peluang kepada orang yang berada di belakangnya.

Begitu juga, dengan UJIAN Allah. Jika kita selesai satu Ujian maka Ujian yang lain sedang menunggu kita. sehinggalah kita meninggalpun Ujian tidak akan habis sebenarnya. Ujian akan beratur menunggu giliran untuk membuat pembayaran di Kaunter. Yang menjaga kaunter itu adalah kita. Dengan Sabar melayani kerenah Ujian yang pelbagai ragam. 

Allahu Rabbi, 
Sungguh kami memerlukan-MU!! 
Sungguh kami perlukan limpahan Taufik dan Hidayah-MU Ya Allah!!
Bantulah kami, curahkanlah Rahmat-MU!!

:: Iyyaka Na'budu wa Iyyaka Nasta'in::

Ilalliqa'
Ilahi Anta Maqsudi wa Redhaka Matlubi~

27 October 2011

.:: Hikmah Ujian : SABAR ::.


SABAR mudah di LISAN payah dalam PERBUATAN


.:: Liqa' Ilmu ::.


Tarikh   : 26 Oktober 2011
Hari      : Rabu
Tempat  : Pusat Ilmu, Pedu
Sahabat2 : Kak Ma, Kak Zaharah, Kak Aisyah

Pengisian disampaikan oleh Kak Ma.

Tajuk : ~Konsep KETUHANAN~

Tauhid Uluhiyah

~Meyakini hanya Allah sahaja yang layak disembah dan ditaati secara MUTLAK~

Apa yang dimaksudkan dengan إله ?

1) Tiada Tuhan selain Allah
Hanya kpd Allah kita sembah dan Mohon pertolongan
2) Tempat pergantungan
Pergantungan ketika susah dan senang
3) Tempat pengabdian
Pengabdian kita dalam melakukan Ibadat
4) Sumber rezeki
Rezeki dari Alah, singgah kepada kita hanya seketika. Dan kemudiannya akan menjadi rezeki orang lain pula.
5) Tumpuan Kecintaan
Kecintaan kita pada manusia dalam erti kata tidak sanggup melihat mereka melanggar perintah Allah dan masuk ke dalam api Neraka. Itulah baru kita SAYANG mereka.

3 KONSEP Tauhid ULUHIYYAH :
~~(@) Hanya Allah sahaja yang layak disembah
~~(@) Paksinya adalah "Syahadah"
~~(@) Sesiapa yang tidak beriman dianggap SESAT

Tauhid Rububiyah

~Allah yang menjaga+mentadbir+memiliki+menghidup dan mematikan
~Meyakini Allah sebagai Pencipta dan Pentadbir Sekalian Alam~


 3 KONSEP Tauhid RUBUBIYYAH :
~~(@) Allah sebagai Pemilik
~~(@) Kekuasaan allah meliputi Langit dan Bumi
~~(@) Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu

 Tauhid Asma' wa al-Sifat
~Mempercayai bahawa hakikat Nama-nama Allah yang Indah dan Sifat-Sifat-NYA yang Maha Sempurna~

Tambah maklumat melalui pembacaan, 
kerana 
media sekarang sudah meluas buatlah pilihan yang BIJAK^_^



Illalliqa'
Ilahi Anta Maqsudi wa Redhaka Matlubi

25 October 2011

.:: OPKIM kali Ke-2 ::.


Pada 25 Oktober 2011 ~  Jam3 Petang
:: OPKIM Kali Ke-2 ::

~Tempat~
Kawasan Barokhas, Pedu.
Kampun Mani
Kampung Acheh

~Sasaran~ 
Ibu-Ibu yang baru melahirkan anak dan bakal-bakal ibu yang akan melahirkan anak dalam masa yang terdekat^__^

~Anggota~
Kak Ma, wakil muslimat Kg Narikhas dan Kak Zaharah.

~Kenderaan~
Produa Kancil

~Target~
Alhamdulillah 9 daripada 10 tilam bayi berjaya disumbangkan. Bakinya akan dibawa ke depan.

Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya..

.:: OPKIM kali Pertama ::.


:: OPKIM Kali Pertama ::

~Tempat~
Kawasan Bukit Nyamuk.

~Sasaran~
Fakir-fakir miskin dan Ibu-ibu yang baru melahirkan cahaya mata.

~Anggota~
Diketuai oleh Zaujah Ahli Parlimen Padang Terap YB Ustaz Nasir Haji Zakaria. Pengerusi dan Timbalan PBSKN, Ajk 5 orang.

~Kenderaan~
2 biji Kereta (Proton Wira dan Produa Kancil)

~Target~
Semua Fakir dan Baby mendapat bantuan yang sepatutnya, dan ada lebihan untuk dibawa ke Masa Hadapan (OPKIM Kali-2). Insha Allah^__^

Terima Kasih pada, Kak Ma (Zaujah YB), Firdaus, Faisal, Kak Zaharah, Asma, Aisyah, Fadzelina dan penerima sumbangan.
Ada rezeki kami akan kembali lagi.

.:: EMOSI menjadi pilihan ::.


  
Allah.. Allah.. Allah..

Sukarnya untuk mendidik anak-anak seagama. Kata orang tua-tua "Melahirkan mudah tetapi untuk mentarbiyah@mendidik agak sukar". Hanya sesetengah individu sahaja yang berani perjuangkannya? 
Lisan mengungkap mudah, Hati menunggu pasrah, Perbuatan membuatkan kita resah dan lelah. 
Tiada Fakta dan Formula statik yang dapat membuktikan sesuatu itu pasti akan berjaya dan berkesan, jika kita menggunakan cara yang sama seperti Ummi dan Abi kita dahulu. Ohh, sekarang sudah jauh bezanya!! 

Perubahan 100% akibat daripada kesan Media Massa, Media Elektronik, Laman-laman sosial, Persekitaran, Pendidikan, Perubahan zaman, Latar belakang keluarga dan Pengaruh rakan sebaya. Tiada siapa yang ingin melihat anak seagamanya dibiarkan dalam arus material, yang semuanya dilakukan berdasarkan pandangan penglihatan semata-mata tanpa akal dan Iman. 
Remaja kini, lebih menjadi pak turut kepada kemahuan perasaan Emosi dalam mencuba sesuatu perkara. Kita menyalahkan mereka kerana tiada pegangan Agama.
Kita menyalahkan mereka kerana tidak dengar cakap Ibu Bapa.
Kita menyalahkan mereka kerana melawan apa yang dikata.

Adakah ini semua salah mereka? Tidak dapat dinafikan ini adalah sesuatu yang mereka pilih tetapi kita kena kaji dan seligiki mengapa mereka jadi sedemikian rupa. Jika mereka sahaja yang dipersalahkan, bila mereka akan berubah!! 

Emosi mereka perlu dikawal

Mereka mencuba sesuatu bukan kerana tidak mempunyai pegangan agama tetapi mereka punya perasaan untuk mencuba dan mencuba.


Mencuba yang baru itu tidak salah tetapi perlu pada perkara yang mendapat kebaikan dan manfaat untuk diri dan persekitaran. Remaja hari ini gagal dalam mencuba terutama dalam membuat pilihan. Mereka mencuba dalam perkara yang boleh merosakkan mereka, menjerumuskan mereka ke lembah yang memudharatkan, serta menjadikan mereka kehilangan masa depan.  

Pilihan yang dilakukan berasaskan Emosi lebih menenatkan kerana semua yang dilakukan melalui peroses meniru. Jika orang boleh buat aku boleh buat. Jika orang boleh pakai aku boleh pakai. Semuanya kerana orang. Beza dengan orang yang punya agama dan akal, akan buat sesuatu berlandaskan agama. Jika agama benarkan maka baru boleh dilakukan. Ini yang sepatutnya!!

Mari kita bantu mereka kenalkan siapa diri mereka^__^..



Ilalliqa'
Ilahi Anta Maqsudi wa Redhaka Matlubi.

23 October 2011

.:: Tip Penenang Hati 1 ::.


Dr. 'Aidh Abdullah al-Qarni : 30 TIP PENENANG HATI halaman 105
:: BERSABAR ITU INDAH ::

Orang yang selalu menghiasi diri dengan Sifat Sabar tidak akan disukai kerana hatinya akan sentiasa lapang dan tenang, keinginan yang kuat untuk melakukan sesuatu kebaikan dan Jiwa yang mulia dalam bersangka baik.

Jika diri aku dan diri kamu tidak Sabar, apa yang boleh kita lakukan?
Apakah kita ada jalan atau altenatif lain untuk menyelesaikan masalah yang menimpa selain dengan sifat Sabar?
Apakah kamu tahu bekalan lain bagi kami selain dengan sifat Sabar?
Ada atau tidak jawapan lain melainkan dengan sabar. Sabar senanh di lisan susah dalam perbuatan. Benar?

Suatu ketika dahulu, telah ditemui seorang tokoh yang seluruh kehidupannya diselimuti dengan Ujian +Kesukaran+Bebanan+Musibah. Setiap kali selesai dalam suatu dugaan dia akan didatangi dengan dugaan yang lain pula. Sedangkan ketika itu, dia telah mempersiapkan dirinya dengan pedang kesabaran, mengenakan baju besi denagn percaya diri kepada Allah Yang Esa.

Lalu ia mengungkapkan keadaannya :
"Zamanku selalu menentangku, 
sedang ia tidak tahu
bahawa aku lebih mulia dan berbagai kejadian
Zaman menjadi hina ketika aku tertidur
ia memperlihatkan kepadaku bagaimana keangkuhannya.
Sedang aku pun tidur,
Aku memperlihatkan kepadanya bagaimana kesabaran itu"

Inilah jalan yang akan dilalui oleh orang yang berakal, mereka menghalang CUBAAN dan meletakkan KESUSAHAN dibawah kekuatannya. Bukan keadaan sebaliknya. Tapi kadangkala, kita tertipi dan tertindas secara halus..

Contoh 1
Pernah beberapa orang mengunjungi Abu Bakar, ketika itu ia berada dalam keadaan sakit.
Mereka berkata : "Apakah kamu mahu kami panggilkan Doktor untuk mengubatimu?"
Ia menjawab : "Si Doktor telah melihatku"
Mereka bertanya : "Lalu apa yang ia katakan?"
Ia menjawab dan berkata : "Sesungguhnya Aku melakukan apa sahaja yang Aku mahu"
Subhanalllah, betapa Sabarnya Saidina Abu Bakar.

Contoh 2
Pernah salah seorang salaf al-Soleh jatuh sakit, maka orang ramai bertanya kepadanya : "Apa yang membuat anda sakit"
Ia Menjawab :
"Jiwa-jiwa mati kerana penyakit yang terus menerus sedang pengunjungnya tidak mengetahui apa yang terjadi padanya.
Begitu juga air mata tidak dapat menyedar apa yang ia keluhkan  tentang penyakitnya, kepada sekalian kekasihnya."
Allahu Rabbi, Sungguh Redha dan Sabar adalah benteng yang terbaik.

^__^ Bersabarlah dan tidaklah kamu bersabar kecuali dengan pertolongan Allah.
^__^ Bersabarlah dengan kesabaran orang yang Yakin akan adanya jalan keluar, mengetahui cara terbaik,  memohon pahala dan menginginkan pengguguran Dosa.
^__^ Bersabarlah meskipun banyak dugaan yang menerpamu dan musibah menjadi gelap dihadapanmu.

~Sesungguhnya, Kemenangan bersama kesabaran dan sesungguhnya jalan keluar sesudah kesusahan dan sesudah kesusahan pasti ada kemudahan~

Ilalliqa'
Ilahi Anta Maqsudi Wa Redhaka Matlubi.

.:: Abah ::.


Alhamdulillah, 
Allah masih lagi memberi ana ruang untuk hidup di Dunia Milik-Nya. Siapa kita untuk menafikannya.. 
Bernafas menggunakan pernafasan milik-Nya siapa kita untuk menafikannya..

Sudah 1 tahun 3 bulan abah terlantar di Rumah, hanya mampu terlantar dan bergerak dengan pergerakan yang sangat terbatas. Namun, Berkat sokongan Anak-anak, Semangat Abah+Bantuan Mak serta Kekuatan dari Allah jualah yang membuatkan Abah masih lagi dipanjangkan usianya dan kuat dalamannya hingga hari ini.

27 Julai 2011 genap umur Abah 57 tahun dan setahun mengidap Angin Ahmar. Kejadian yang berlaku tiba-tiba telah membawa perubahan kepada keluarga kami. Segala rutin harian juga berubah dengan Drastiknya, Alhamdulillah Allah ada untuk memudahkan urusan.

Kejadian berlaku pada 27 Julai  itu adalah serangan kedua untuk Abah. Kali pertama berlaku tidak mampu bangun dan pulih selepas 3 hari. Kejadian kedua menyebabkan Abah xmampu bangun lagi. Segalanya perlu dibantu. Masa kejadian ana di semester5, tinggal satu sem untuk habiskan pengajian. Ramai yang memberi semangat terutama shbt2 terdekat dan adik-beradik. "Jangan risau, Abah xapa2"..

Abah seorang yang rajin berkebuh, sekarang hanya mampu melepaskan geram di hati.
"Kalau Abah Sihat, boleh la menebaih kat belakang. Nanti boleh Cucu2 main"

Abah seorang yang menghargai masyarakat, sekarang hanya mampu mendoakan dari Jauh.
"Kalau Abah Sihat, boleh la malam-malam p Tahlil@Baca Yasin"

Abah seorang tidak cerewet tentang makanan, sekarang perubahan telah berlaku. Bezanya ketika Sakit+Sihat
Mak kata dulu "Abah dulu xkesah mkn apa pun, la ni jangan la.. memilih"

Abah seorang yang jarang menitiskan air mata, walaupun anaknya telah berjaya membanggakannya. Sekarang hatinya sangat mudah tersentuh. Xsempat nak kata apa-apa air mata dah jatuh dulu.. Subhanallah, Indahnya Percaturanmu. Hatinya tersentuh tatkala anak-anak dibiarkan, Ibu bapa ditinggalkan dan Keluarga yang terpinggir.

Itulah Abah.
Bezanya dulu dan bezanya sekarang. Perubahan seseorang berlaku dalam apa keadaan sekalipun. Dalam kesusahan dan kesakitan begitu, Allah masih lagi beri nikmat yang tidak terhingga :

1) Anak-anak sudah tamat Pengajian, tinggal adik yang Bongsu(Aminuddin)
2) Anak-anak sudah boleh diharap dalam pertolongan
3) Anak-anak membayar semua ubat-ubatan
4) Anak-anak tiada yang masih kecil
5) Anak-anak dah ada kenderaan sendiri, mudah untuk pergi berubat
6) Ada Mak yang tiddak bekerja
7) Masyarakat yang sangat tidak berKIRA
8) Sanak saudara yang sentiasa hulurkan bantuan dari segi pengangkutan
9) Suasana rumah yang tidak bising dan terganggu
10) Mudah dibantu ketika mandi dan persiapan diri

Subhanallah.. Apa lagi nikmat-Mu yang aku Dustai, Ya Allah..

Allahu Rabbi,
Ilahi Anta Maqsudi wa Redhaka Matlubi
Ilalliqa'..

22 October 2011

.:: Erti Tawakal ::.






7:00 Pagi
Berjaya untuk keluar dari rumah, dan melalui Pekan Kuala Nerang, Jitra dan Changlooon.. Niatnya untuk sampai ke Perlis (Kangar)

7:01 pagi hingga 8:30 pagi
Minda sedang berputar ligat, mana tidaknya jalan tidak tahu, tuan punya diri pun xpernah sampai. Driver xcam jalan. Akhirnya ambil langkah untuk Try harap2 xError.. 
Dalam Hati
"Ya allah, Kau permudahkanlah perjalanan kami pada pagi ni"
"Ya Allah, temukanlah Kak Mas kat Mana2 Trafic Light, Kami xtau jalan"
"Ya Allah, Harap-harap betul la jalan yang kami lalu ni, sebab kami hanya guna firasat"
"Ya Allah, Bantulah kami"
"Ya Allah, klu aku sempat masuk ujian ni alhamdulillah, klu terlewat aku Redha mungkin xde rezeki"

Macam alasan,pandangan dan harapan semasa perjalanan.

Akhirnya selamat sampai ke sana tepat jam 8:30 pagi.. Terus turun dari Harrier dan masuk ke Dewan. 
Akak dan Abang pesan, "Buat elok2"
Mak masa nak bertolak dah pesan, "Ok, buat elok2 Mak xboleh buat apa melainkan dari diri kau sendiri. Usaha di tangan kau. Dah sampai nanti telefon".. 

Sampai sana masuk dewan terus letak beg, Silent Telefon dan pilih meja untuk menduduki Ujian. Orang dah nak mula rupanya ^__^ v..

Terus mula Ujian dan selesai jam 11:30pagi. 
Dalam Dewan ramai sahabat2 lama yang ana jumpa, KUIN, SMUK, UNISZA dll.
Allah yang pertemukan kita, Alhamdulillah.. 

Result akan keluar dalam masa sebulan lagi, so Nursuhaibah Binti Othman Get Ready untuk Temuduga KPLI J-QAF, jika Allah Izinkan. 

Jika tidak kita ikut Plan lama na :) ke UM @ UKM untuk sambung Sarjana. Dana kita fikir dan cari semula..  Kita Ikhtiar dan Usaha sebelum bertawakal..
Insha Allah..

Ilalliqa'~
Ilahi Anta Maqsudi Wa Redhaka Matlubi.

21 October 2011

.:: Pentingnya Qudwah yang BAIK ::.



[Tiada FAKTA hanya sekadar PANDANGAN persekitaran, Maka Y salah harap dpt ditambah&dinilai semula]

Apa yang dimaksudkan dengan Qudwah dan DAKWAH? 
Kedua-duanya amat2 penting dan berguna, merangkumi dan meliputi dan menimbusi antara satu dengan Y lain.. Jika tertinggal Q atau D maka akan cacatlah pergerakan seseorang yang bergelar Da'ie.

:: Masyarakat umum yang kita sering temui, lebih mementingkan Q dari D ::

Sebagai contoh :
BAIK
Seorang anak yang keluar daripada sebuah Universiti Tempatan @ Luar Negara dan berjaya memiliki Ijazah @ Diploma terutamanya dalam bidang Pengajian Islam akan dipandang tinggi dan dijadikan sumber contoh teladan untuk adik-adik di Kampungnya. Samada dalam Perbuatan/Lisan tanpa individu tersebut ke rumahnya dan membuka kelas pengajian Kitab Hadith atau Tafsir  dll seperti yang di belajar semasa di Universiti. Lihat perbuatan sudah memadai, dan ia akan diikuti.. Bi Iznillah(",)..

BURUK
Namun, harus diingat Q yang buruk juga mudah diikuti dan disebut-sebut. Andai pelajar tadi melakukan sedikit kesilapan dan kesilapan itu pertama kali dalam hidupnya, maka kesilapannya itu akan dijadikan alasan bahawa dia tidak sesuai dijadikan contoh teladan lagi. Na'uzubillah..

:: Sahabat-sahabat mementingkan Q dari D ::

Walaupun akan mengambil masa yang lama, akan tetapi ia akan terkesan juga. Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian, sahabat anda adalah cerminan peribadi anda. Tidak kira apa latar belakang sahabat kita, terima mereka seadanya. Andai mereka lebih baik dari kita maka dekatilah mereka dan mohonlah nasihat yang berguna dan jika sebaliknya bimbinglah mereka agar seiring dengan perjalanan kita. Mereka ibarat Cermin yang akan memantulkan peribadi-peribadi yang mulia atau sebaliknya.
Cikgu Ana pernah berpesan sebelum ke Univerviti 3 tahun yang lalu :

"Kamu bila ada kat sana, jangan kamu berubah kerana persekitaran TAPI biarlah persekitaran yang berubah kerana kamu"..

Allahu Rabbi, Rahmatilah Guruku itu.

:: Pelajar-Pelajar mementingkan Q dari D ::

Bakal-bakal guru dan guru-guru yang telah diiktiraf oleh mana2 pihak maka jadikan dirimu wahai "guru" contoh teladan yang baik. Anak-anak didik kamu semakin bijak dari kamu, semakin rajin m'explore dari kamu, semakin bijak dalam pertuturan (menjawab), semakin cergas dalam perbuatan (melawan). Allah.Allah. Kasihanilah mereka, andai kau wahai guru tidak berusaha lebih maka kau akan terkebelakang.

Anak-anak didikmu kini, kian rajin membaca MUKA BUKU. Buku sekolah tidak diendahkan.
Anak-anak didikmu kini, kian giat melakukan aksi-aksi yang GANAS. (sering dipamerkan di Tv)
Semuanya mereka tahu. Semuanya mereka faham. Semuanya mereka kenal.

Di sekolah guru-guru mempamerkan akhlak yang Q yang baik TAPi bila pulang kerumah bagaimana? Adakah sama seperti di sekolah. 
Sama-sama kita ambil pengajaran!!

Ilalliqa' wa Ma'as Salamah..
Ilahi Anta Maqsudi Wa Redhaka Matlubi

19 October 2011

.:: FIRST STEP ::.



ALHAMDULILLAH.,
Allah telah buka jalan dan permudahkan.. Master Dan KPLI (J-QAF) sedang dihitung untuk dibuat pilihan. Samada Allah nak tarbiyah diri untuk bersama2 adik2 darjag satu atau bersmaa sahabat2 semaster.. Allah Pilihan-Mu yang Terbaik..

MASTER
Insha Allah akan Mohon juga. 
Cadangan : Universiti Malaya (Usuluddin). 

Keluarga dan adik-beradik tiada respon negatif utk sambung Sarjana.
TAPI, 
Diri sendiri macamana, MAMPUKAH? Hanya Allah yang tahu. 
Bila dapat tahu sahabat2 berjaya sambung sarjana, Hati sedih seketika, namun kembali Ingat pada-Nya, mungkin ada hikmah dan boleh ambil kemudian selepas 5 Tahun dengan duit sendiri..

KPLI (J-QAF)
Insha Allah sedah memohon dan sudah mendapat tempat untuk jalani Ujian Mtest di IPG Perlis.. Perjalanan yang merumitkan pada awalnya, namun KAU maha TAHU aku tidak mampu untuk kesana dan aku tidak mahu menyusahkan orang lain.
Kau gerakkan hati kakak untuk balik Jumaat ni, dan akan ke Perlis dengan dia.. Xterkata, semuanya telah kau aturkan ya Allah..

Insha Allah, ana akan ke Perlis Sabtu ni dan Ujian bermula Jam9 pagi..


MASTER & KPLI : semua bergantung pada pilihan Allah..

::Ilahi Anta Maqsudi Wa Redhaka Matlubi::

18 October 2011

.:: Sekadar Pandangan ::.


Diri ini sungguh Hina dan Kerdil di sisimu ya Rabb. Aku lemah, yang KUAT hanyalah KAU Ya Allah. Tiada kuasa yang menggerakkan sesuatu melainkan ia atas perintah dan Taufik dari-Mu. 

Rasa Jeles bila diri ini tidak berkesempatan untuk ber"ENJOY" bersama shbt2 seakidah semasa di Universiti dahulu. Aku Malu dengan mereka, aku segan, aku rasa tidak layak untuk bersama mereka.. Allah, Allah sungguh aku ini bukan pilihanmu ketika di sana, atas kelemahan diri pada HAKIKATNYA, aku telah sengaja menyia2kan peluang yang ada. Betapa Indah Ukhwah itu baru aku rasa ketika aku bersama dengan Masyarakat.

Kekurangan diri dalam berKOMunikasi, Tidak bijak menggunakan masa yang ada spt shbt2 yang lain. Aku sudah tahu sekarang, bahawa kita akan kuat bila kita bersama-sama dengan sahabat yang saling memperingati, menasihati. Namun, kdg2 ada sesuatu dalam b'ukhwah itu kita perlu berjaga2, jangan terlalu ambil remeh dengan masalah IKHTILAD. Ana tidak Syadid, tetapi pandangan orang akan DOWN bila melihat kita bersenang2an dan bergurau dengan Muslimin.
Mereka (Shbt2 U) mungkin telah dipilih untuk mentarbiyah sahabat-sahabat disana, ana tidak terpilih disana dan hanya menjadi Mad'u. Alhamdulillah, dari situ ana boleh belajar bagaimana cara yang digunakan oleh Da'ie di U. Sungguh Kreatif, dan Advance. Mungkin kita boleh memperbaikinya lagi..

Sesetengah perkara kita tidak perasan bahawa dengan itu, orang lain terasa dan terkesan dengan perbuatan kita. Pada kita ia sudah OK dan elok tapi pandangan orang adalah sebaliknya. Kita b'Dakwah bukan kepada orang yang kita kenal sahaja tetapi kepada sahabat2 orang yang kita kenal. Biar sedikit tapi ia berterusan. Ahli keluarga dan sahabat-sahabat menjadi Point pertama untuk bawa mereka sama2 ke Syurga..

Konsep Hikmah yang dianjurkan juga ada banyak dan Da'ie perlu Kreatif. Ana tidak sehebat sahabat-sahabat di Um tetapi ana akan cuba berdikit-dikit untuk mendidik Diri, ahli keluarga, sahabat2, adik2 dan orang yang dekat dengan ana. Mungkin bukan dalam Konsep semasa ana berada di U. Dunia dah akhir zaman, macam2 yang akan terjadi. 

Pilihan Allah banyak, cuma kita sahaja yang layak untuk tentukan yang mana terPILIH berdasarkan situasi dan keadaan kita.. Allah akan duga apa yang kita cakap, bantulah aku dan sahabat-sahabat Ya Allah.. Jangan mudah untuk bersangka buruk dengan orang yang baru kita kenal. Pada pandangan Allah mungkin ia lebih baik dari kita.

Ilahi Anta Maqsudi Wa Redhaka Matlubi..

17 October 2011

.:: Imtihan al-Yaumiyah ::.


Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada seseorang Islam yang ditimpakan sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu)." Riwayat: Abdullah bin Mas'ud r.a

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut. Riwayat al-Hakim

Tribulasi atau ujian adalah seiringan dengan perjuangan. Oleh itu ia tetap memerlukan bekalan iman, sabar dan istiqamah. Ujian dijadikan Tuhan untuk mengukur sama ada keimanan seseorang itu kepada Allah dan seluruh ajaranNya adalah benar dan diikuti oleh perlakuan dan tindakan atau hanya terhenti setakat di mulut sahaja. Umat Islam akan diuji dengan lima perkara iaitu saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya, orang munafiq yang sentiasa membencinya, orang kafir yang sentiasa memeranginya, syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya dan bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanannya. Semuanya ini menuntut kesabaran dan di dalamnya terdapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah SWT.

Lawan bagi sabar adalah mengeluh dan ia merupakan perbuatan yang amat dilarang oleh agama kerana dengan mengeluh akan membuatkan semangat menjadi lemah dan terbitnya perasaan kecewa dan putus asa sedangkan Allah SWT berfirman dengan maksudnya:Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (al-Insyirah:6) 5. Tanpa masalah atau ujian tidak akan wujud kematangan kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah adalah guru terbaik dalam menjamin kejayaan dalam kehidupan.

Setiap hari kita ada ujian. Dalam bentuk yang pelbagai seperti pilihan nafsu, akal, atau mengikut Al-quran.

Illaiqa'..