01 October 2010

..Pertama Kalinya, Alhamdulillah..

.:: Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum ::.

Alhamdulillah kembali berkongsi idea di Blog yang Dhaif ini(",)...

           Mulanya, terdetik untuk kembali selepas Hati terkesima pabila membaca perkongsian sahabat2 dalam melayari bahtera Duniawi dalam laman maya ini.. Mengapa hanya kita yang menerima daripada mereka tidak kita yang memberi dan berkongsi pula, Mendalam juga.. Sesaat cuma terdetik, baru terfikir adakah ini salah satu Hidayah dariNYA.. Andai ia Benar, Subhanallah.. Luahan dan pendapat dikongsi di Blog ini bagi meraih nasihat dan pengalaman dari sahabat2.. 

            Bila berada dalam situasi ini, baru terasa tersepit dan meronta-ronta gelisah dalam mencari Hidayah.. "Hidayah Itu Milik Allah" Selalu kita mendengar kata-kata ini.. Namun, sedarkah hingga bila kita harus menunggu dan menunggu tanpa kita sendiri yang berusaha mengikuti jalan-jalan untuk mencarinya(hidayah).. Betapa indahnya tatkala kasih sayang Allah menjengah dalam DIRI utk menghazaf kenangan silam yang bersamanya sejuta istifadah dan ma`na dalam meniti arus Duniawi yang semakin berani melawan Qada' dan Qadar Allah Ta`ala.. Astaghfirullah..

          Sebenarnya, Blog lama sudah ada tapi sudah lama tidak disentuh mungkin sudah bersemadi di sana.. Alhamdulillah, kini terasa ingin bangkit semula untuk membuat anjakan paradigma bagi menebus kembali khilaf2 yang lalu.. Sahabat2, Syukran lakum kerana Pena Hidayah kalian telah menusuk dalam qalbi.. Sama2 kita membantu sahabat2 yang mengharapkan Hubb, Syafaqah, Ihsan dan Mau`izoh dari kita.. 
Wassalam... Ilalliqa', Jazakumullahu Khairan Kathira..
Nantikan perkongsian akan datang, InsyaAllah..

~Hasbunallah Ni`mal Wakil Ni`mal Maula Wa Ni`manNasir(",)~

No comments:

Post a Comment