29 February 2012

.:: Dakwah bil Hal ::.

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang~

Manusia boleh belajar dengan Alam(diantara langit dan bumi) tetapi dengan syarat manusia (kita) ‘mahu ambil I’tibar daripadanya’ dan aplikasi dalam kehidupan seharian.  Ada yang datang kepada kita perkara yang buruk namun bila difikirkan semula, ‘Ada hikmah rupanya’.
Takdir Allah itu semuanya BAIK,
Yang tidak baik xsemestinya Tidak Baik
Yang Baik xsemetinya Baik
[Kita Koreksi Bersama ye Sahabat^________^]

+``+``+``+``+``+``___+``+``+``+``+``+``___+``+``+``+``+``+``

Ana nak kongsikan sesuatu, ana bertemu dengan pelbagai ragam manusia           kadang-kadang membuatkan kita tidak selesa dan asyik memikirkan apa salah kita kepadanya(mungkin terlepas pandang).
Disebabkan kejadian yang tidak diduga itu membuatkan kita berasa janggal apabila berhadapan dengannya, berasa malu sendiri dengan apa yang telah dilakukan dan terus berubah mengikuti jejak perbuatannya. Main Point ialah bagaimana cara mereka mengajar kita musabbabnya adalah  Perangai mereka.
Manusia Bijak mengambil Ilmu jika dia tahu apa yang perlu
Manusia Bijak ubah keadaan jika dia tahu apa yang dia fahamkan
Manusia yang dahagakan Ilmu bijak mencari Ilmu walau dicaci dicerca
Kerana dia tahu semua itu mengajarnya
UNTUK
[Berfikir Dua Kali Untuk TIRU Apa Yang Mereka Lakukan]

01- Kumpulan saya dah ada Orang
I’tibar : Ana telah menghadapi Krisis dan pergolakan (mencari makna siapa sebenarnya seorang sahabat) semasa berada di tahun dan semester terakhir di Institusi Pengajian Tinggi. Sungguh, peristiwa ini pertama kali ana lalui tanpa sebarang persediaan dan alarm tertentu. Seolah-olah ia berlaku sekelip mata, panik dan hubungan kami jadi renggang (kami menjadi rapat bersebab).
Sahabat ana (Umur lebih tua) telah menawarkan dirinya untuk memasuki kumpulan ana dalam pembahagiaan kumpulan tugasan. Ketika itu ana berada disebelah kanannya.
 “Akak, nak masuk kumpulan awak erk, kalau dah ada orang xpe la”, seingat-ingat ana itu skrip ayat yang diberitahu walaupun ketika itu pensyarah sedang bersyarah, ana seolah-olah dengar-dengar ayam sahaja.  Ana sudah tidak tenteram kerana ana semasa semester 5 tidak serasi dengan perangainya(biar kami sahaja yang tahu), juga beberapa orang ahli kumpulan ana.
Ana keluh kesah dan memberitahu sahabat baik ana bahawa dia mahu memasuki kumpulan kami. Dia terdiam dan senyum ada makna. Fikiran ana ketika itu terawang-awang ligat mencari orang bagi memenuhkan kumpulan. 6 orang ahli yang patut ada.
Selesai kelas, ana terus ke Café dan mencari dua orang lagi sahabat ana kerana ana sudah mempunyai empat orang.  Alhamdulillah, mereka tidak mempunyai kumpulan lagi. Jiwa kembali tenang dan terus membeli makanan dan makan bersama.
Ketika itu ana mesej kepada sahabat tadi untuk memaklumkan bahawa kami sudah cukup orang. Dia membalas, “Sapa diorang 2??”. Ana pun serba salah mahu membalas atau tidak, mohon bantuan Idea sahabat yang sedang makan samada mahu balas atau tidak. Akhirnya ana balas.
Keesokannya, dia sudah tidak duduk di barisan hadapan sebelah ana dan berusaha melarikan diri dari penglihatan ana. Oh, rupanya dia bersama ana kerana orang lain sudah mangli(tahu) akan perangainya. Mengapa mereka semua menjauhkan diri darinya sudah ana ketahui sebabnya.
+++Jangan Sampai
Orang Faham Perangai Kita+++
Sejak hari itu dan ketika sedang menulis ini pun, ana masih berfikir mencari titik perselisihan. Ana akui, mungkin silap ana dalam membuat keputusan Tetapi jika tidak kami akan sentiasa bergelumang dalam dosa mengumpat orang, Allah Kami Lemah.
Ana tidak tahu apa yang dia fikir dan sangka punca dan sebab masalah itu, dan dia tidak tahu apa yang ana fikir dan sangka. Ana bersangka baik da nana telah temui Hikmahnya mengapa Allah takdirkan dan duga ana dengan ujian sebesar situ. Terima kasih sahabat kerana memberi ana peluang untuk merasai nikmat apa itu ‘Kesedihan’ dan ‘Kehilangan’.
Hikmah
Satu : Ana sudah berani dalam membuat keputusan dan Risikonya baik buruknya  ana perlu terima dan Redha.
Dua : Ana sudah faham bahawa dalam kehidupan ini tidak semuanya suka, kadangkala terselit duka yang menjadikan ana Tenang dalam kesukaran.
Tiga : Ana sudah mengerti siapa sebenarnya sahabat, kerana yang datang pada kita itu semua sahabat tetapi bagaimana kita menerima sahabat itu seadanya.
Empat : Ana sudah diberi signal untuk bercakap ketika perlu dan sentiasa peka dengan sekeliling, apa dan mengapa ia berlaku serta bersangka baik atas kejadian itu samada keatas diri ana atau sahabat-sahabat yang lain.
Lima : Ana sudah menjadi 20% dewasa dari diri ana yang sebelumnya yang masih mengharapkan bantuan orang 100%, sekarang sudah tiba masanya ana berubah belajar erti kesulitan dan kesukaran kehidupan yang realiti.

UJIAN sentiasa berada di belakang kita
Ibarat barisan panjang yang beratur
di kaunter pembayaran
Seorang demi seorang
memasuki lorong
untuk membuat penyelesaian


02- Saya juga ada Perasaan sahabat
 I’tibar : Sepanjang pengajian ana akan bertukar kolej kediaman (asrama) sebanyak tiga kali setiap tahun. Roomate ana kesemuanya lebih tua dan layak dipanggil kakak. Bercerita tentang asrama ada juga suka dan dukanya. Selalunya yang baik datang kepada kita tidak semestinya baik dan apa yang tidak baik datang kepada kita tidak semestinya tidak baik. Waa, kembali tenang bila ingat ayat itu.
Andai diingat kembali hati ini selalu sahaja merasa ‘YaAllah, aku ingin bersamanya sentiasa kerana dia baik’, ‘Ya Alllah, aku nak tukar dengan orang lain, kenapa dia buat aku macam ni’, menangis dan gembira sendiri tanpa pengetahuan umum. Hina sungguh perasaan ana ketika itu, sudah lupa akan Takdir dan pengajaran yang diberi.
Ana seolah-olah tidak wujud di dalam bilik itu. Nak menangis pun tidak keluar mutiaranya dek kerana tahu Allah yang memberi semua ini dan kepadaNya sahaja kita wajib kembali. Sepanjang tiga bulan pertama di bilik itu, komunikasi kami Normal, kemana sahaja sentiasa bersama dan selalunya dia akan memberi peluang untuk ana membuat pilihan. ‘Saya ikut Awak’, kadang-kadang rasa pelik kenapa pengiktirafan berlaku sedemikian rupa.
Ku harap panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari, selepas tiga bulan kejadian berubah serta merta dan 100% sebanyak 360o. Mengapa ye? Ana tidak dapat mengenalpasti puncanya. Ermm. Sedih dibuatnya. Dalam bilik bagai patung cendana tiada suara dan komunikasi dua hala. Pasti ada sesuatu yang KAU nak Uji.
Ana di dalam bilik hari-hari mencari sebab mengapa terjadi?
Sebab tidak tutup lampu meja Study semasa tidur ke?
Sebab makan tidak ajak bersama ke?
Sebab ana selalu keluar dengan sahabat baik ana ke?
Sebab ana tidak pelawa dia makan ke?
Sebab sidai baju ditempatnya ke?
Sebab pointer ana  lebih tinggi ke? Mustahil sebab dia Top5 dalam kelas
Sebab demi sebab dicungkil, untuk mengetahui puncanya

Ada sahabat yang prihatin bertanya apa yang terjadi di antara kami? Apa yang ana jawab “tidak tahu”. Ia terjadi seolah-olah ana yang menjadi puncanya, tapi dia tidak kongsikan bersama. Ana pun berdoa moga perhubungan kembali Normal da nana tidak mahu lagi hidup seperti sudah berada di dalam kubur (seorang diri).

Kejadian itu berlaku hanya selama 10 bulan saja, tidak sampai setahun. Ada sekali ketika dia tiada di bilik, ana menelefon ahli keluarga untuk berkongsi. Empangan Air mata yang selama ini ditahan sudah pecah sederas tsunami melanda. Ana sedih sangat, ana pilu dan hiba tatkala berkongsi dari A hingga Z.

Seminit selepas ana meletak telefon, jiwa tenang dan dia masuk ke bilik. Mungkin dia tidak perasan ana menangis kerana ketika itu ana berlakon seolah-olah ana sedang selsema. Dia masuk dan terus tidur. Keajaiban berlaku, sejak malam itu ana menjadi seorang lupa ingatan kepada perbuatannya terhadap ana.

Seolah-olah tiada apa yang berlaku antara kami, ana tidak lagi memikirkan apa yang dia lakukan terhadap ana. Sungguh, selepas deraian air mata keluar seolah masalah keluar seiring dengan air mata itu. Subhanallah, Maha Suci Allah. Jiwa tenang dan membuat tugasan dan kerja harian seperti biasa.

Dia dengan caranya, ana dengan cara ana. Tiada lagi sangka buruk walau tiada komunikasi anta kami.

Kadangkala ana hanya ada di bilik selepas isyak hingga subuh sahaja, waktu lainnya ana akan mencari Idea untuk keluar mencari manfaat. Allah Maha tahu, kerana ketika itu ana aktif dengan persatua Jabatan jadi itu menjadi alas an utama untuk tidak lama di Bilik.

Pagi hingga petang ana akan keluar ke kelas, library atau ke café untuk Makan. Sebelum Asar ana akan solat di bilik dan uruskan rutin harian ana. Sebelum Maghrib ana akan turun ke Musolla tunaikan solat Maghrib dan isyak, kadangkala mencari  alasan untuk naik lambat ke bilik.

Allahu Rabbi, hidup seperti ini Bebas tiada sekatan dan halangan. Kemana sahaja ana nak pergi tiada siap yang Tanya, tidak perlu minta kebenaran sesiapa. Ana bebas (secara islam). Sibukkan diri dengan kerja berDakwah dan amal Islam, sibuk berprogram dan ziarah sahabat-sahabat yang memerlukan.

Nafas kembali lancar, langkah kembali lurus, aktiviti sudah dirancang, program sudah dilaksanakan, sahabat kembali bersinar dan harapan kembali bangkit dari terkubur.

Ana dan dia kembali bertukar 360o  semula selepas kami tidak duduk sebilik lago sehingga sekarang. Inilah yang dikatakan Hati manusia berubah-ubah. Bila dia nak dia ambil, dia tidak mahu dia tinggalkan. Adakah lumrah manusia memang begitu? Ana pasti tidak semua, segelintir Cuma.

Oh, baru ana tahu kami perlu berjauhan baru ada rindu, perlu berjauahan baru ada sayang, perlu berjauhan baru ada pertanyaan, perlu jauh baru ada ruang komunikasi.

Kini, hubungan kami masih utuh dan saling ingat antara satu sama lain walau sudah tidak berada di alam pengajian.

Ana pelik sekali lagi,adakah kita perlu begini dengan orang lain hanya untuk menunjukkan rasa sayang, rindu, kasih dan tanda kita mengambil berat tentang orang itu? Adakah tidak wajar untuk face to Face untuk berkongsi suka dan duka? Adakah bila jauh baru terbit rasa rindu itu? Ohh, sekali lagi pelik menerpa Jiwa.



Hikmah
Satu : Ana sudah kenal dimana kekuatan dan kelemahan ana, apabila berhadapan dengan situasi seperti ini.
Dua : Ana sudah sedar bahawa tidak boleh hidup dalam tawa riang sentiasa ada kalanya perlukan tangis hiba.
Tiga : Ana sudah tahu bahawa kesedihan tidak boleh ditanggung sendirian perlu berkongsi dengan orang yang sepatutnya terutamanya dengan Allah SWT
Empat : Ana sudah mengerti bahawa orang akan berubah kerana hatinya milik Allah, tidak selamanya akan begitu dan statik setempat tanpa perubahan.
Thabbit Qulubana ‘ala Dinik
Lima : Ana sudah tahu bagaimana harus menyelesaikan masalah sendiri atau orang lain jika berada dalam keadaan sedemikian. Ana harus matang dan bersikap lebih dewasa dari umur sekarang.

Dakwah itu Indah
Andai Susah tiada Tawa
Andai Senang tiada Duka

 Apa-apapun, walau apa yang pernah mereka lakukan (takdir Allah buat ana), ana Redha. Mungkin mereka tidak sedar atas perbuatan mereka atau mereka sedar sekalipun ana sudah memaafkan mereka. Ana akui, bukan senang untuk mengakui kesilapan diri terutama kepada orang yang lebih muda dari kita.

Ana doakan agar mereka tidak buat pada orang lain, ana kasihan pada mereka. Ana berharap Allah bukakan pintu Hidayah, Rahmah, Mawaddah dan Sakinah dan perhubungan mereka dengan individu lain. Ana sangat sayangkan mereka.

Jazakumullahu Khayran kathira atas ‘Dakwah bi Hal’ yang telah kalian ajarkan kepada ana. Ana tahu, ini adalah pengajaran untuk ana agar ana tidak melakukannya kepada orang lain. Ana tidak mahu mereka rasa apa yang ana rasa, pedih perit pilu sebak hiba tanpa sebarang tawa riang seorang sahabat.

++++++++++Allah Maha Tahu Apa Yang Kita Tidak Tahu+++++++++++

Ana
Sayang semua
Sahabat ana ini
Kerana Allah s.w.t

Ma’as Salamah wa Ilalliqa’
Nady Sufy @ Bayti Jannati
8:51AM

28 February 2012

.:: Empat Penjuru, mana puncanya!! ::.

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang~

Awal Januari lalu, ana ditawarkan oleh seorang sahabat untuk menjadi Fasilitator program selama 3 Hari 2 Malam di sebuah Madrasah di Merbok. Fesi yang terlibat hanyalah Empat Orang 2 Muslimin dan 2 Musimat dan kami diberi Tugasan untuk mengawal seramai 72 orang. Angka yang agak besar!!
Alhamdulillah, kami berempat bersangka baik kerana ini Rezeki dan Takdir yang telah ditetapkan oleh Allah. Program ini kami jadikan seperti ‘Kem Kepimpinan ASKAR WATANIAH’, ditujukan Khas kepada badan pengawas dan Ahli Jawatan Kuasa Asrama sekolah tersebut.
Ana berminat untuk berkongsi salah satu slot tentatif  program tersebut, ala-ala debat parlimen tetapi kami namakan “Debat Perdana”. Pelajar berkongsi satu Isu Utama iaitu Kes Pembuangan Bayi, salah siapa?
Mereka dibahagikan kepada empat kumpulan Rakan Sebaya, Ibu Bapa, Pihak Sekolah dan Diri Sendiri. Setiap kumpulan mempunyai sekitar 13-17 orang..
Setiap kumpulan diberikan masa selama 10 minit untuk berbincang demi mempertahankan kumpulan masing yang meliputi perkara diatas. Mereka ini sangat susah untuk bercakap terutama di khalayak ramai, mudah-mudahan ini salah satu altenatif untuk membantu mereka melontarkan idea.
Setelah gelanggang perdebatan bermula, mereka masing-masing menunjukkan Taring dan belang. Mencari kesalahan pihak lawan, memaksa minda bekerja Overtime demi menyelamatkan kumpulan mereka. Diri sendiri dan Rakan Sebaya mempertahankan dirinya bahawa dirinya tidak bersalah. Begitu pula pihak sekolah dan Ibu bapa masing-masing ego  menyelamatkan diri.
Semakin lama semakin hangat suasana dewan dengan riuh rendah gamat suara wakil setiap kumpulan yang bangun melontarkan idea.
Ada yang menulis idea di buku, ada yang memohon bantuan kawan tatkala idea terBlurr di tengah jalan, ada yang minta pandangan kakak dan abang fesi, ada yang berani menonjolkan idea sendiri tanpa plegiat idea orang lain, ada yang membaca semata tanpa memahami apa yang dikata dan sebaliknya.
Itu ragam tatkala sebelum memberi idea, bagaimana pula bila mereka bersuara??
Lucu seketika memerhatikan gelagat mereka semua, adik-adik akak memang mantop!
Semasa bercakap ada antara mereka yang dipaksa sebab tidak memberikan idea, ada yang tersipu-sipu malu macam nak bercakap dengan Tuanku, ada yang bangun berdiri mahu bercakap tapi tidak tahu apa yang mahu dicakap. Pelik.. ragam mereka kalau dibuat Video pasti lucu tatkala ditonton semula^________^
Bukan itu yang mahu difokuskan akan tetapi intipati slot tersebut bagaimana jika diadaptasi kepada cerita yang asli, adakah kita berani bangun mempertahankan kedudukan kita sebagai Rakan Sebaya, Ibu Bapa, Pihak Sekolah dan Diri Sendiri.
Hal ini boleh dilinkkan kepada kehidupan realiti yang sedang ana dan anda lalui sekarang. Bagaiman kita boleh praktikkan peranan kita, apa yang sebenarnya kita patut lakukan, tindakan dan solusi yang akan kita aplikasikan bagi menghalang gejala sosial termasuk isu debat kita tadi.
+++++++++++++++++++++++++
Rakan sebaya bagai tiada wujudnya, apabila semua nasihat dianggap sia-sia
Diri sendiri sudah tiada gunanya,apabila sahabat sendiri yang mengajak bersama
Ibu Bapa sudah hilang rasa hormatnya, apabila menganggapnya bangkai bernyawa
Pihak sekolah bagai ditutup mulutnya, apabila semua yang dibuat dibelakangnya
++++++++++++++++++++++++++
Konklusinya,
Tiada pihak yang bersalah tiada pihak yang  perlu dan perlu dipersalahkan lagi.

Sedari,
Apa peranan dan perubahan yang perlu ditingkatkan.
Apa kesilapan dan kekhilafan yang perlu dikurangkan.
Apa niat utama dan priority apabila kita dijadikan,
Apakah kita akan sentiasa disini (Dunia) tanpa kembali disana (Akhirat)
Mungkinkah,
Apakah sudah kita beri apa yang sepatutnya kepada Anak-anak belum sebati
Apakah kita sendiri tidak melaksanakan apa yang dikongsi
Apakah semua ini balasan kita menjadi Remaja dan Remaji
Apakah yang berlaku ini dinamakan Bayaran Cash dari Allah yang Satu
Ayuh,
Kita Ubah diri sendiri dan bantu Orang sekeliling
Kita bantu mengingatkan bagi mereka yang belum diingati
Kita tunaikan amanah apa yang sudah kita punah
Kita muhasabah kembali agar janji jad realiti
~``~``~``~``~``~``~
Yang menulis Yang membaca Yang menasihat Yang mendengar Yang melihat
TIDAK SEMPURNA
Biasakan yang Betul, Betulkan yang Biasa

Ma’as Salama wa Ilalliqa’
Nady Sufi @ Bayti Jannati
6:32PM

27 February 2012

.:: Akhirnya Allah menjemputmu ::.

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang~



--Al-FAATIHAH--

Ahad
04 RabiulAkhir1433
26 Februari 2012
Setelah Empat hari bertarung Nyawa di Hospital Sultanah Bahiyah Alor setar akhirnya Tok Wan Mud pergi jua tepat Jam0930 Malam. Pergi dalam keadaan bersedia merasai resapan alunan Surah Yaasin dari keluarga terdekat, Bacaan al-Fatihah dan doa-doa khusus agar dipulihkan kesihatan.
Namun,
Allah Maha Tahu Apa Yang TerBaik untuk HambaNya dan yang paling Utama Allah memanggilnya dalam keadaan semua anak,menantu, cucu bersama disisi.  Sedih meratapi mengiakan pemergian Ayah terCinta, Kita mencintai Ayah akan tetapi Ayah lebih-lebih lagi diCintai Allah.
Cuma sepanjang empat hari itu, tiada Ucapan balas mahupun Kata-Kata Terakhir dari Arwah. Yang ada hanyalah rintihan menahan kesakitan dan panggilan “Bedah….. Bedah”, memanggil si Isteri.
Si Isteri pula tidak berkesempatan melihat Suami sehingga akhir hayat arwah. Mungkin boleh digambarkan, wajah suami dilihat buat kali terakhir ketika bersalaman seusai solat Subuh padi pagi Khamis sebelum kemalangan berlaku. Juga mereka tidak sempat sarapan bersama!!!
 Allah Hatiku Sayu.. Bagaimana Ucapan/Kata/Bisikan yang paling lembut dan sesuai untuk memberitahu bahawa suami yang berkongsi suka dan Duka sudah pergi Buat selamanya. Bantulah Tok Dah untuk Kuat Hati menerima UjianMu Ya Allah.
Ada juga permintaan si isteri untuk melihat Wajah suami [yang berubah sebaik kejadian kemalangan] akan tetapi doktor melarangnya. Ini berdasarkan arahan Doktor. Kita sebagai Orang Awam yang ada sifat Belas mungkin membantah arahan ini, namun bagi yang Pakar ia sudah mengerti kondisi pesakitnya bagi mengelakkan keadaan di luar Jangkaan. Nauzubillah..
Menangis pun xberair Mata.
Semua yang berlaku pasti tersirat HikmahNya
Allah memberi bukan suka-suka
Pasti ada yang sudah menjadi ketetapanNya
Allahu Rabbi, Rabbul Izzati….
Ingatkan Aku pada kematian!!
Ini semua adalah peringatan kita yang masih hidup, yang menulis ini juga sedang menunggu Giliran.
Allah tidak akan mempercepatkan atau melambatkan kematian, bila sampai tika ajal maut itu untuk direntap maka berserah dan Redhalah ke HadratNya, semua milikNya dan kepadaNya kita Kembali.
Allah….. Allah…
Yang Muda Yang Tua semua menunggu, menunggu dalam beramal untuk dibawa sebagai bekalan. Allah Mengambil salah seorang hambaNya bukan untuk ditangisi tetapi untuk diInsafi.
Sebijak mana pun kita di Dunia, akhirnya sahabat handai sanak saudara akan memijak Kubur kita.
Sekaya mana pun kita di Dunia, akhirnya duit itu yang digunakan untuk urusan pengebumian dan pembayaran Hutang kita
Secantik mana pun kita di Dunia, akhirnya Kain putihlah yang akan membalut kita.
Sepopular mana pun kita di Dunia, akhirnya kita akan digemari serangga yang sedang menunggu di Alah Kubur
Ini peringatan dan Koreksi untuk diri yang sedang menulis jua pembaca yang diRahmati Allah.
Semoga Ruhnya dicucuri Rahmat




Ilalliqa'
Nady Sufi
Bayti Jannati
1147PM

26 February 2012

.:: Jom Amal Ye ^___^ ::.

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang~


 ++ PERKONGSIAN BERSAMA ++


**************************************************
DOA BELAJAR



Wahai Tuhan kami..
Bukalah keatas kami hikmah-Mu dan bentangkanlah keatas kami gedung rahmat-Mu. Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih

DOA KETIKA MENDAPAT ILMU



Ya Allah Ya Tuhan..
Berikanlah kami Tambahan dan janganlah engkau kurangi, muliakanlah kami jangan engkau hina kami, berilah kami dan janganlah engkau halangi kami, pilihlah kami kami dan janganlah  engkau biarkan kami, jadikanlah kami Redha dan redhalah terhadap  kami

DOA MOHON PETUNJUK dan KEJAYAAN


Ya tuhan kami..
Berilah kami Rahmat dari sisi-Mu dan sediakanlah petunjuk untuk kami dalam menyelesaikan urusan kami.

DOA MOHON DICUKUPKAN ILMU



Ya Allah Ya Tuhanku..
Berilah aku kecukupan dan kekayaan Ilmu dan hiasilah aku dengan kesabaran dan muliakanlah aku dengan taqwa serta cantikkan diriku dengan kesihtan yang baik.

DOA MOHON PERLINDUNGAN dan KEKAYAAN


Ya Allah Ya Tuhanku..
Aku memohon kepadaMu pimpinan, pemeliharaan, perlindungan dan kecukupan


.:: Tiada Lagi Langkah si Tua ::.

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang~



Jam 7 Pagi, Khamis 23 Feb, satu cerita Duka menempa nama. 

Berakhir sudah langkah tua Tok Wan Mud dan Tok Dah untuk bersarapan dan Makan Petang.

Mereka adalah Jiran Tetangga kami yang meliputi 40 buah rumah kiri, kanan, depan, belakang. 

Pagi kejadian seusai Solat Subuh, ketika jalan berpimpinan tangan untuk bersarapan di Kedai Mak su Jah (Tauke Kedai), belum sempat untuk melintas jalan, Motor yang melintas diatas mereka. Mereka Kemalangan!!

Allah.... Tergamam bagi sesiapa melihatnya, xsempat bertindak apatah lagi berlari meyelamatkan mereka. Panik!!

Suasana sunyi bertukar riuh tatkala masing-masing perlu dan WAJIB mengetahui siapa yang bertuah untuk menerima Ujian Allah itu.. Menantu mereka, Cik Mah (panggilan ana) bertanya : "Sapa tu?".

Keadaan gelap membuatkan Mereka tidak dapat dilihat oleh orang terdekat apatah lagi kereta yang kebanyakannya bergerak 80KM/J keatas, Nauzubillah jika terkena sekali lagi.. Semua kenderaan ditahan agar memperlahankan kenderaan, risau jika mereka terseret sekali lagi. 

Keadaan kelam kabut, Tok Wan Mud dibawa ke Hospital oleh pak su Kob (suami maksu jah) 

Tok Dah terbaring kaku, dahi tersembam di tar bengkak medadak sebesar cawan, Aduh!! peritnya..

Setengah jam kemudian ambulan sampai untuk membawa Tok Dah ke Hospital Kuala Nerang. Ambulan tidak hanya sampai dan membawa pergi malah ambil masa 15minit juga untuk menguruskan Tok Dah.. mengikat kaki yang patah, bahu juga patah. Semua pergerakan perlu bantuan orang, diri sendiri tidak terdaya.

Hari sebelumnya~~~~~

"Pak rasa macam nak makan mee bandung la petang ni" si ayah membuat permintaan.

"Mana ada tang ni. kat Kuala Nerang ada la", balas si Anak.

Kemudian mereka menyambung bualan berkisar tentang aktiviti harian. setengah jam sebelum masghrib mereka berpimpin tangan bergerak untuk pulang kerumah. Tok Wan Mud hanya memegang tangan Tok Dah untuk berjalan dek kerana matanya yang kabur. Hanya Tok Dah sebagai pemandu Jalan.

Pagi Kejadian selepas menghantar Ayah ke Hospital

"Mah, terkilan la sikit, kemarin Pak nak makan mee  bandung tapi xtunaikan", rintih si menantu.

kini sudah tiada lagi sedih menimpa, doa didamba!!

Mereka berada dalam keadaan yang hanya mengharapkan bantuan DOA+bacaan YAASIN

SUAMI/PAK/TOK WAN MUD
++ Kaki kedua2 disimen dek kerana Hancur,
++Badan dipenuhi Wayar
++Hanya sedikit ruang pipi yang kelihatan yang lain semua dibalut

ISTERI/MAK/TOK DAH
++Kaki sebelah kanan disimen
++Bahu patah dan tulang selangka juga
++Bengkak didahi belum surut
++Tengkuk juga perlukan sokongan
++LATEST : Akibat terlebih air, maka air tersebut telah masuk ke ruang paru..



.::Allahu Rabbi, Apa yang KAU uji ini semua ada HIKMAHnya::.

Perkongsian bersama agat kita sebagai Anak
menghargai mereka
sebagai
KEKASIH HATI selepas Allah dan Rasul

Selama ini Mak yang membeli SARAPAN anak-anak sedap tidur atas TILAM
SEBAB xnak anak, menantu, cucu lapar bila bangun tidur
Selama ni Mak yang tolong masak anak-anak hanya tunggu di Meja Makan
SEBAB xnak susahkan anak, menantu, cucu yang balik sekali sekala
Selama ni Mak yang ke Kedai beli Lauk anak, menantu, cucu hanya tolong buka periuk
SEBAB xnak kotorkan tangan anak,menantu,cucu

PERINGATAN BERSAMA..
MAK bila xde semua kelam kabut, cari apa pun xJUMPA


Nady Sufy
Bayti Jannati
11:51PM

-Keselatan semua dari Allah, UJIAN juga atas kehendakNYa-

20 February 2012

.:: Teguran yang Bermanfaat ::.

ASSALAMUALAIKUM WBT
~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi MahaPenyanyang~


[Mengakui dengan kesilapan diri adalah
satu kebaikn dan keberuntungan yang amat sukar dilakukan]
 
Advice from Murabbi, Syukran Laka^____^
 

Jangan takut mengaku kesalahan. Mungkin kerana Ego kita merasakan diri kita sentiasa betul dan tidak patut ditegur. Akibat satu kecuaian (Careless)dari lisan, perbuatan atau pergerakan akan membuatkan orang lain menegur kita. Adakah ia membuka aib kita?

Ohh, tidak sebenarnya. Allah takdirkan dia untuk menegur kesilapan kita dengan niat sesuatu itu kita tidak ulangi buat kali kedua. Namun, teguran yang dilakukan sebaik-baiknya biarlah secara berdua bukan secara Open.

Jika di dalam Facebook disarankan agar menegur di ruangan Chat+Inbox. Tidak disarankan untuk menegur di ruangan Comment kerana orang lain dapat mengetahuinya, mungkin ia akan mengaibkan individu terbabit.



Ilalliqa'

19 February 2012

.:: ITU DARI ALLAH ::.

ASSALAMUALAIKUM WBT
~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang~


MASALAH

FIKIR INI YE!!!!!



[MANUSIA BUKAN ROBOT]



MOGA ALLAH BERIKAN KITA UJIAN YANG SETANDING
DENGAN
KEMAMPUAN KITA YA, INSHA ALLAH......
^______________^