06 February 2012

.:: SAHABAT cerminan DIRI ::.

ASSALAMUALAIKUM WBT

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang~



KHAS buat Sahabat yang kerapkali xjemu-jemu menasihati dan memperbaiki Insan Yang
LEMAH
ini.
Jika nak disebut nama-nama kalian pasti penuh Entry ini.
Cukuplah andai DOA kalian terbang dan memberikan sokongan
dan
kata-kata semangat bagi menguatkan tika lemah..



Daripada Abi Hurairah r.a
meriwayatkan daripada Nabi
s.a.w, Baginda bersabda yang
bermaksud :

"Sesiapa melepaskan salah satu
kesusahan Dunia daripada seorang
mukmin, maka Allah akan
melepaskannya salah satu
kesusahan pada hari kiamat
daripadanya.....

Sesiapa memudahkan Orang
yang sedang dilanda kesulitan,
maka
Allah akan memudahkannya di
Dunia dan akhirat.....

Sesiapa menutup aib seorang
muslim, maka Allah akan
menutup aibnya di Dunia dan di
Akhirat.....

Allah menolong hamba-Nya
selama hamba itu menolong
saudaranya.
Sesiapa menempuh suatu Jalan
dalam rangka mencari Ilmu,
maka Allah akan memudahkan
baginya jalan ke Syurga.....

Tidaklah sesuatu kaum berkumpul di
salah satu rumah Allah dengan
membaca Kitab Allah dan
mempelajarinya bersama-sama,
kecuali bahawa ketenteraman akan
turun kepada mereka.

malaikat menaungi mereka di hadapan
makhluk yang di sisi-Nya, dan sesiapa
yang lambat (kurang) amalannya, maka
tidak akan dipercepat mengangkat
amalannya"

[Riwayat Muslim]


PUISI
*************
-ORANG YANG
MENCINTAI
ILAHI-



Orang yang MenCINTAI Ilahi
Dirinya Tidak Keluh Kesah
Apabila ditimpa Ujian
Kerana dia
YAKIN dengan KASIH Tuhan

Orang yang CINTAnya pada Ilahi
melebihi segalanya
Tidak melatah apabila Orang
tersayang dirampas
Kerana walau dia kehilangan
Dia masih bermodalkan CINTA ILAHI

Orang yang benar-benar menghayati
CINTAnya kepada ILAHI
Sentiasa Pasrah kepada-Nya
Sabar menempuhi Ujian
Kerana dia tahu UJIAN itu adalah
TARBIYAH daripada-Nya

Orang yang benar-benar menCINTAI ILAHI
Juga harapkan kebahagiaan di Dunia
Tetapi jika tidak dapat dimiliki
Dia harapkan keindahan "di sana"
Kerana Dunia ini hanya Pinjaman
Dan Dirinya hanya "Barang Pinjaman"
Yang dipinjam untuk sementara Waktu ini

No comments:

Post a Comment