30 August 2012

.:: Muraqabah : Tuntutan AlQuran::.


Assalamualaikum WBT..

[Muraqabah menjadi tuntutan utama dalam al-Quran dipelopori oleh ahli perjalanan menuju Allah SWT. Tuntutan ini didasari Al-Quran, untuk mencapai keyakinan seorang mukmin tentang adanya pengawasan dan pemerhatian Allah SWT dalam segala amal perbuatan dilakukan setiap saat dan tempat]

Dalil Al-Quran :

1-Surah al-Ahzab, ayat : 52
"Dan adalah ALLAH SWT Maha Mengawasi atas segala sesuatu"

2-Surah al-Nisa;, ayat: 1
"Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Allah SWT yang menciptakan kamu dari seorang diri dan daripadanya Allah SWT menciptakan isterinya dan daripada keduanya Allah SWT telah memerkembang biakkan lelaki dan wanita yang banyak , dan bertaqwalah kepada Allah SWT yang dengan mempergunakan nama-Nya kamu saling meminta antara satu sama lain dan peliharalah hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah SWT selalu menjaga dan mengawasi kamu "

3- Surah al-Hadid, ayat: 4
"Dialah yang telah menjadikan langit dan bumi dalam enam hari kemudian Dia beristawa di atas `Arash. Dia tahu apa yang masuk ke bumi dan keluar daripadanya, apa yang turun dari langit dan naik kepadanya. Dan dia bersama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah itu Maha Melihat apa yang kamu lakukan"

4- Surah Aali Imran, ayat: 6
"Sesungguhnya tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi di mata Allah, baik yang ada di langit mahupun yang ada di bumi"

5- Surah al-Ghafir, ayat:19
"Allah mengetahui mata yang berkhianat (yang mencuri pandang terhadap apa saja yang diharamkan) dan apa saja yang tersembunyi di dada"

6- Surah Qaf, ayat: 17-18 
"(Ingatlah) apabila dua yang menerima itu (malaikat) menerima, satu di sebelah kanan dan satu di sebelah kiri. Tidak ada suatu perkataan yang diucapkan melainkan ada di sisinya pemerhati, yang bersedia"

7- Surah al-Infitar, ayat: 10-12
"Tetapi sesungguhnya terdapat mereka yang memerhati ke atas kamu. Yang mulia, dan yang mencatit. Mereka tahu apa yang kamu lakukan"

8- Surah al-Fajr, ayat: 14
Sesungguhnya Tuhan kamu sentiasa memerhati.

9- Surah al-Hasyr, ayat: 18
"Hai orang-orang beriman, takutlah kepada Allah dan hendaklah (tiap-tiap) orang memperhatikan apa yang diusahakannya untuk hari esok (Hari Kiamat), dan takutlah kepada Allah SWT , sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan


Dalil Sunnah :

1-  Hadith Riwayat Muslim
"Engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat Dia. Jika engkau tidak melihat Allah maka sesungguhnya Dia melihat engkau"

2- Daripada `Ubbadah bin al-Sâmit, Rasulullah saw bersabda :
"Sesungguhnya sebaik-baik iman adalah engkau mengetahui Allah bersama kamu di mana sahaja kamu berada" [Abu Na`im]

3-  Hadith Qudsi
"Mata-Ku ada di matanya kalau ia melihat, Tangan-Ku ada ditangan-Nya kalau dia memegang.. Kalau dia berdoa nescaya AKU kabulkan"

4- Hadith Riwayat Imam Tirmidhi
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya :
"Rasulullah saw membaca ayat ini : 'Yang bermaksud: Pada Hari Itu Bumi menceritakan beritanya'. Kemudian baginda bertanya : 'Adakah kamu tahu apakah yang akan diberitahu oleh bumi itu nanti?"

Para Sahabat menjawab : "Allah SWT dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui"

Baginda saw bersabda : 
"Sesungguhnya berita yang akan disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia samada lelaki ataupun perempuan terhadap apa yang mereka lakukan di atasnya. Bumi akan berkata: Dia telah melakukan itu dan ini pada hari itu dan ini. Itulah berita yang akan diberitahu oleh bumi"

-Esok ulang tahun anak sedara ana yang pertama, 31 Ogos 2011-2012 (Aainul Azkiya)-

Nady Sufy@Bayti Jannati
10:35 Pagi
30 Ogos 2012 

*Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad Wa 'Ala Aali Sayyidina Muhammad*
Subhanallah
Alhamdulillah
Lailaha Illa Allah
Allahu Akbar
~<@>~

28 August 2012

.:: Muraqabah : Tua & Muda ::.


Assalamualaikum WBT.

Diceritakan bahawa seorang Shaykh mempunyai seorang anak murid yang masih muda, murid itu dihormati dan diutamakannya. Lalu menimbulkan pertanyaan rakan-rakan yang lain : 
"Bagaimana engkau menghormati anak muda ini padahal kami lebih tua?"

Kemudian Shaykh tersebut meminta beberapa ekor burung dan membekalkan seekor burung dan sebilah pisau kepada setiap anak muridnya lalu berkata :
"Kamu semua perlu menyembelih burung di TEMPAT YANG TIDAK DILIHAT SESIAPA PUN".

Kemudian Shaykh menyerahkan seekor burung dan pisau kepada anak murid yang muda itu dan memberikan pesanan sebagaimana yang dikatakan sebentar tadi. Sejurus selepas itu, masing-masing kembali  dengan membawa burung yang telah disembelih kecuali anak murid muda itu kembali kepada Shaykh bersama seekor burung yang masih hidup di tangannya.

Shaykhnya bertanya :
"Mengapa kamu tidak menyembelihnya sebagaimana yang telah dilakukan oleh rakan-rakanmu?"

Murid muda itu menjawab:
"Aku tidak menemukan tempat dimana aku tidak dilihat oleh sesiapun kerana ALLAH SENANTIASA MELIHATKU DI SETIAP TEMPAT"

Akhirnya,
mereka mengakui kebaikan Muraqabah anak muda tersebut lalu berkata :
"ANDA BERHAK DIHORMATI"

~Bagi seorang Mukmin yang Merasakan Muraqabah Tuhannya akan Menghisab dirinya dan Membekali diri untuk Akhiratnya~

Nady Sufy@Kuala Nerang
9:38 Pagi
28 Ogos 2012

-Permudahkan segala Urusan Kami Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim-

27 August 2012

.:: Muraqabah : Bina Shahsiah ::.



Assalamualaikum WBT
Allhamumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala aaly Sayyidina Muhammad

MENCAPAI IHSAN

Langkah pertama dalam pengawasan diri untuk mencapai IHSAN adalah ; penyerahan secara sukarela pada segala kehendak Allah SWT dan yakin dengan penuh harapan bahawa Allah SWT sentiasa hadir di mana-mana dan mengetahui semua fikiran niat dan perbuatan kita.

Sebagaimana Firman Allah SWT :
Dan adalah Allah SWT Maha Mengawasi atas segala sesuatu” (Surah al-Ahzab:52)

Langkah kedua adalah ; Untuk kembali kepada Allah SWT dengan hati yang tenang dan Sabar sambil menjangka aliran limpahan Rahmat Allah SWT kedalam hati seseorang.
Setelah memulakan kedua-dua langkah tersebut, hendaklah bertindak sesuai dengan maksud Hadith Baginda Nabi Muhammad saw :
“Ihsan ialah Kamu Menyembah Allah SWT seolah-olah kamu melihat-Nya (Musyahadah), maka jika kamu tidak melihat-Nya maka sesungguhnya Dia sedang Melihat kamu (Muraqabah)”

Pesanan Kepada Penyandang Gelaran HAMBA :
  • Hendaklah selalu merasakan bahawa diri sendiri sebagai tidak berdaya, fakir dan miskin di hadapan Allah SWT.
  • Percaya dan Yakin kepada ZatNya yang menjadi titik tunggal tempat dan sumber pergantungan bagi sekalian Makhluk.
  • Muhasabah ; menyemak dan mencela diri sendiri atas segala kesalahan dan dosa yang dilakukan. Kaedah ini membolehkan  seseorang menyedari kesalahan peribadi dan menyebabkan mereka mula mencari kebenaran di dalam hati dan memaparkan dalam perbuatan dan kehidupan mereka seharian.
Al-Hasil :  
  • Seseorang akan menyedari pengertian ini akan dapat memahami Allah SWT Yang Maha Suci sentiasa MELIHATNYA, MENGETAHUI tempat dan kedudukannya serta MENDENGAR  segala Ucapannya
  • Mereka tahu bahawa mereka selalu di bawah kawalan dan pengetahuan Allah SWT yang akan menjaga dan memelihara mereka.
  • Tidak menghiraukan segala pengaruh luar malah tujuan mereka hanyalah mencari KEREDAAN ALLAH SWT dengan sentiasa berusaha untuk bertindak sesuai dengan keinginan dan kemahuan-Nya.

Alhamdulillah, Dengan IzinMU
Permudahkan Kami untuk sentiasa ingat Bahwa KAMI SENTIASA DIKAWAL CCTV Mu..

# Salam Kemerdekaan 2 Hari Lagi : Merdekakan Jiwa dengan sentiasa Memberi.

Aku Hanya Hina&Kerdil xlayak untuk mengomen apa yang KAU Takdirkan.. Muhasabah! 

Nady Sufy@Kuala Nerang
10:04 Pagi