04 August 2012

.:: 2 Bulan Pertama ::.


Ya Allah, dengan Izin dan Inayah-Mu,  permudahkanlah segala urusan kami yang berada jalan Ilmu.
JUN 2012
  • Mendaftar sebagai pelajar untuk kali Ke-2 pada 10 Jun 2012, sepatutnya 5 Jun 2012. Jadi, akibatnya dapat hadiah Misteri: ‘Anda akan Didenda RM30 kerana lewat mendaftar 3harixRM10=RM30’. Ana dengan rasa tidak bersalah bertanya di pejabat Pascasiswazah : ‘Puan, Berapa RM ye saya kena bayar?’ –Bayar di Bendahari. Siap kena warning! Sabar….
  • Sebulan penuh tidak fokus pada penulisan, bahan pun tak dicari sebab tumpu 100% pada P&P di Madrasah Zubaidiyyah, Merbok, Kedah.
  • Selesai mengajar duduk di rumah seminggu, lengkapkan barang keperluan abah dan Mak di rumah. Dulu-dulu mak sentiasa memenuhi kelengkapan ana, jadi sekarang giliran ana pula memenuhi keinginan dan keperluan mereka. Moga Allah permudahkan (“,)-
v   
JULAI 2012
  • Kolokium siswazah FKI pada 12 dan 19 Julai 2012
  • Tumpu pada penulisan artikel dan penulisan proposal untuk bab1 untuk membolehkan ana membuat permohonan untuk pembentangan di hadapan dua Panel. Doakan ye Sahabat-sahabat (“,)- Mood : Debooor!
  • Alhamdulillah, artikel ‘Shaykh Wan Sulaiman Tokoh Sufi Kedah Kurun ke-19’dan Bab 1 ‘Proposal’ sedang disemak oleh Penyelia.
Rezeki yang Tidak disangka:

1-Ustaz izinkan ana print menggunakan printer di pejabatnya. Jadi, dapat kurangkan perbelanjaan untuk print. Terima Kasih Banyak2 ye Penyelia (“,)-

2- Ustaz me’maksa’ untuk menggunakan mesin potostat di pejabatnya. ‘Eh xpe, awak potostat ke kat sini’, Baiklah Ustaz, Alhamdulillah. Moga Allah permudahkan urusan ustaz sekeluarga dan anak-anak didik seliaan ustaz ni ye J

Nady Sufy @ Kuala Terengganu
1:39 petang
4 Ogos 2012

Mood : *Semangat nak Menulis sudah terasa bahangnya, tapi kalau hilang macamana??*
·         Saya nak siapkan Tesis cepat2, nanti tak payah NSB J

~ Ilahi anta maqsudi wa redaka matlubi actini mahabbatuka wa macrifatuka~

No comments:

Post a Comment