04 August 2012

.:: Terima Kasih Sahabat ::.

**Allahu Yubarik 'Alayk

Bukan senang nak senang! Pelbagai kesukaran demi kesukaran yang mengganggu Iman dan keteguhan dalam menentukan keputusan. Terima Kasih kepada Insan yang terdekat yang tidak pernah sama sekali meninggalkan ana keseorang, walaupun hakikatnya ana sentiasa ditemani-Nya. Namun, kadangkala luluh juga hati apabila diasak 'soalan2 HOT'.

Sungguh, 
Allah menghadirkan mereka untuk melenyapkan segala kemusykilan(hingga kini).

 Mak, Abah, Sahabat2 Ikhwah wa Akhawat yang sentiasa memberi Ayat-Ayat Cinta dapat usaha mempertahankan prinsip yang kian dipancung oleh kelemahan dalam menahan kritikan dan pertanyaan2 yang berjaya merendahkan semangat ana. Ok, Stop sekadar itu!

~Allah Menguji sahabatku~

Pelajar yang memohon untuk kemasukan kali sekadar yang diketahui 3 orang, Kak Norhashimah Yahya [Kak She], Kak Wan Fatimah Asma' Wan Sidi [Kak Asma'] dan ana. 2 sebulan selepas menghantar borang permohonan (manual). Masing2 mendoakan agar semua urusan dipermudahkan. Kak She sentiasa berhubung dengan Ustaz S untuk mengemaskini proses permohonan kami. Sabar!

Sebarang maklumat terkini akan diupdate kemudian kak She akan SMS kepada ana. Memang semangat belajar masih utuh dan kukuh (memilih belajar dari bekerja) tetapi tidak kekal lama, disebabkan sudah lama menunggu kadangkala hati sudah 'mati' untuk mengetahui status permohonan kami. Mahu sahaja diserahkan pada Allah SWT, Jika dapat itu kami berSYUKUR sebaliknya berSABAR.

Tiga bulan selepas permohonan, ana menerima sepucuk surat menyatakan : 'Permohonan anda diterima dan TIDAK DIPROSES'. Ana terdiam. Mana yang tidak kena ye? Ana memberitahu Kak Asma', terkejut dan memberi terus memberi inisiatif. 'Esok Akak akan ke U nanti akak tolong tengokkan di PascaSiswazah', Masha Allah, moga Allah permudahkan Kak Asma'.

Keesokannya, dalam Jam11 dapat sms dari kak Asma' :
'Su xcop pengesahan utk salinan kad pengenalan, kerana Pasca boleh gun budi bicara tapi dia pesan kalau U lain memang tak terima' 

'Jadi, macam mana tu kak?'

'Kerani mintak cop segera dan hantar sebelum jam12, kemudian pihak Pasca nak hantar ke Fakulti. Akak dah selesaikan semuanya dan dah hantar pun!'

'Akak, Terima Kasih banyak2. Ini satu pengorbanan terbesar akak buat su dengan Izin Allah'

Allahu Rabbi, indah budi dan akhlak sahabatku ini Ya Allah. Hanya Kau yang mampu memberi segala kebaikan padanya dan permudahkan segala urusannya. Ana mendaftar ini juga adalah musabbab dari Kak Asma', Allah yang menggerakkan hati sahabatku ini untuk membantuku. 

Sekarang Allah mengujimu, Allah memberi dua rezeki dan kedua2nya penting. Istikharah ye Akak, moga pilihan Allah itu yang terbaik.

Terima Kasih!

Nady Sufy@Kuala Terengganu
10:55pagi
3 Ogos 2012

Tanbih***CareLess! Ingat Baik-Baik ye Lain Kali <3

Ramadan Kareem,  Allahu Akram :)

No comments:

Post a Comment