28 August 2012

.:: Muraqabah : Tua & Muda ::.


Assalamualaikum WBT.

Diceritakan bahawa seorang Shaykh mempunyai seorang anak murid yang masih muda, murid itu dihormati dan diutamakannya. Lalu menimbulkan pertanyaan rakan-rakan yang lain : 
"Bagaimana engkau menghormati anak muda ini padahal kami lebih tua?"

Kemudian Shaykh tersebut meminta beberapa ekor burung dan membekalkan seekor burung dan sebilah pisau kepada setiap anak muridnya lalu berkata :
"Kamu semua perlu menyembelih burung di TEMPAT YANG TIDAK DILIHAT SESIAPA PUN".

Kemudian Shaykh menyerahkan seekor burung dan pisau kepada anak murid yang muda itu dan memberikan pesanan sebagaimana yang dikatakan sebentar tadi. Sejurus selepas itu, masing-masing kembali  dengan membawa burung yang telah disembelih kecuali anak murid muda itu kembali kepada Shaykh bersama seekor burung yang masih hidup di tangannya.

Shaykhnya bertanya :
"Mengapa kamu tidak menyembelihnya sebagaimana yang telah dilakukan oleh rakan-rakanmu?"

Murid muda itu menjawab:
"Aku tidak menemukan tempat dimana aku tidak dilihat oleh sesiapun kerana ALLAH SENANTIASA MELIHATKU DI SETIAP TEMPAT"

Akhirnya,
mereka mengakui kebaikan Muraqabah anak muda tersebut lalu berkata :
"ANDA BERHAK DIHORMATI"

~Bagi seorang Mukmin yang Merasakan Muraqabah Tuhannya akan Menghisab dirinya dan Membekali diri untuk Akhiratnya~

Nady Sufy@Kuala Nerang
9:38 Pagi
28 Ogos 2012

-Permudahkan segala Urusan Kami Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim-

No comments:

Post a Comment