27 August 2012

.:: Muraqabah : Bina Shahsiah ::.



Assalamualaikum WBT
Allhamumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala aaly Sayyidina Muhammad

MENCAPAI IHSAN

Langkah pertama dalam pengawasan diri untuk mencapai IHSAN adalah ; penyerahan secara sukarela pada segala kehendak Allah SWT dan yakin dengan penuh harapan bahawa Allah SWT sentiasa hadir di mana-mana dan mengetahui semua fikiran niat dan perbuatan kita.

Sebagaimana Firman Allah SWT :
Dan adalah Allah SWT Maha Mengawasi atas segala sesuatu” (Surah al-Ahzab:52)

Langkah kedua adalah ; Untuk kembali kepada Allah SWT dengan hati yang tenang dan Sabar sambil menjangka aliran limpahan Rahmat Allah SWT kedalam hati seseorang.
Setelah memulakan kedua-dua langkah tersebut, hendaklah bertindak sesuai dengan maksud Hadith Baginda Nabi Muhammad saw :
“Ihsan ialah Kamu Menyembah Allah SWT seolah-olah kamu melihat-Nya (Musyahadah), maka jika kamu tidak melihat-Nya maka sesungguhnya Dia sedang Melihat kamu (Muraqabah)”

Pesanan Kepada Penyandang Gelaran HAMBA :
  • Hendaklah selalu merasakan bahawa diri sendiri sebagai tidak berdaya, fakir dan miskin di hadapan Allah SWT.
  • Percaya dan Yakin kepada ZatNya yang menjadi titik tunggal tempat dan sumber pergantungan bagi sekalian Makhluk.
  • Muhasabah ; menyemak dan mencela diri sendiri atas segala kesalahan dan dosa yang dilakukan. Kaedah ini membolehkan  seseorang menyedari kesalahan peribadi dan menyebabkan mereka mula mencari kebenaran di dalam hati dan memaparkan dalam perbuatan dan kehidupan mereka seharian.
Al-Hasil :  
  • Seseorang akan menyedari pengertian ini akan dapat memahami Allah SWT Yang Maha Suci sentiasa MELIHATNYA, MENGETAHUI tempat dan kedudukannya serta MENDENGAR  segala Ucapannya
  • Mereka tahu bahawa mereka selalu di bawah kawalan dan pengetahuan Allah SWT yang akan menjaga dan memelihara mereka.
  • Tidak menghiraukan segala pengaruh luar malah tujuan mereka hanyalah mencari KEREDAAN ALLAH SWT dengan sentiasa berusaha untuk bertindak sesuai dengan keinginan dan kemahuan-Nya.

Alhamdulillah, Dengan IzinMU
Permudahkan Kami untuk sentiasa ingat Bahwa KAMI SENTIASA DIKAWAL CCTV Mu..

# Salam Kemerdekaan 2 Hari Lagi : Merdekakan Jiwa dengan sentiasa Memberi.

Aku Hanya Hina&Kerdil xlayak untuk mengomen apa yang KAU Takdirkan.. Muhasabah! 

Nady Sufy@Kuala Nerang
10:04 Pagi

No comments:

Post a Comment