24 April 2012

.:: Mahukah kamu??::.

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang~

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki :

 "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1. Wanita Ananah : Wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2. Wanita Mananah : Wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3. Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4. Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah :
ada 2 makna:
Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6. Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.


Ilalliqa' Sahabat2
9:10pagi
Madrasah zubaidiyyah, Merbok

Doakan ana ye^________^!! 

20 April 2012

.:: Fikir Sebentar ::.

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang~

 
Bismillahirahmanirahim
" Aku tak nak kahwin dengan perempuan yang bertudung !"
" Haa? Kenapa?"
" Aku nak kahwin dengan wanita yang tutup aurat."
Alhamdulillah. Tersenyum hati mendengar jawapan yang serius itu. Tentunya jejaka tersebut seorang yang sangat menjaga diri dan kehidupannya. Pasti dia bukan calang-calang lelaki. Bayangkanlah, pasangan hidup yang dipilih bukan sekadar bertudung tetapi lengkap menutup aurat. Dalam erti kata lain, dia sedar bahawa urusan perkahwinan bukanlah perkara yang remeh. Hanya insan yang mentaati Allah dan RasulNya sahaja yang terpaut di hati untuk dijadikan permaisuri dalam istana rumah tangga.
Lihatlah di sekeliling kita. Apa yang berlaku dalam masyarakat Islam hari ini? Berapa ramai wanita yang bertudung? Pasti boleh dibilang dengan jari bukan? Tidak ramai. Yang bertudung pula, tidak semua menutup aurat dengan sempurna.
Buktinya? Kita boleh lihat dengan mata kepala kita sendiri. Mereka bertudung tetapi tidak labuh hingga menutupi dada. Pakaian pula ketat, singkat, tipis, malah ada yang berlengan pendek. Jelasnya, mereka hanya bertudung namun dalam masa yang sama tetap mendedahkan aurat.

Hayati kembali perintah Allah ini;
ا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماً
Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal,maka mereka tidak akan diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[33:59]
Faktor inilah yang menyebabkan lelaki-lelaki yang beriman sangat memilih dalam soal pemilihan calon isteri. Bagi mukmin yang betul-betul hidup kerana Allah, dia pasti akan berfikir lima enam kali sekiranya diminta untuk memilih wanita yang 'bertudung tapi mendedahkan aurat'. Kemungkinan besar, permintaan wanita itu akan ditolak atau tidak dilayan.
Bagaimana pula dengan wanita yang langsung tidak bertudung ? Di mana mereka di hati orang mukmin? Adakah mereka akan menjadi pilihan hati lelaki-lelaki yang bertaqwa? Sudah pasti tidak! Sedangkan yang bertudungpun masih diragukan dan ditolak ke tepi, apatah lagi yang langsung tidak bertudung? Pasti akan dibuang sejauh-jauhnya.
" Cerewet sungguh orang-orang mukmin!"
Ya.. memang cerewet ! hehee..
Pernah membeli makanan di kedai kuih? Mana satu yang menjadi pilihan, kuih yang dibungkus penuh, atau kuih yang dibungkus separuh? Atau yang langsung tidak berbungkus? Saya yakin kita akan memilih yang berbungkus penuh kerana keadaannya dijamin lebih baik dan bersih.
Begitulah juga dengan orang-orang mukmin. Mereka memang sangat memilih dalam hal ini. Bukan apa, kehidupan berumah tangga diwujudkan semata-mata untuk beroleh rahmat daripada Allah agar bahagia di dunia dan di akihirat. Andai tersalah pilih atau memilih mengikut nafsu, maka akan hilanglah bahagia dikemudian hari.
Lagipun Rasulullah SAW pernah berpesan kepada kita semua ;
"Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kedudukannya/ keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung."
[Riwayat Bukhari dan Muslim]
Rasulullah SAW ketika di tanya oleh para sahabat mengenai ciri wanita pilihan yang diperlukan oleh suami, Rasulullah menjawab,
" Wanita yang menyenangkannya ketika dilihat. Wanita yang mentaatinya ketika disuruh, wanita yang tidak mengkhianatinya (tidak curang), dan wanita yang tidak mengkhianati hartanya pada perkara yang dibenci."
[Riwayat Abu Daud dan Nasai]
Wanita yang bertudung tetapi masih mendedahkan aurat dikhalayak ramai merupakan wanita yang tidak serius menjalankan ketaatan kepada Allah. Wanita sebegini tidak mengamalkan ajaran Islam secara keseluruhan. Lantas bagaimana hendak dipilih menjadi calon isteri?
Cuba fikirkan sejenak..
Sedangkan perintah Allah SWT sanggup diabaikan inikan pula kita sebagai manusia biasa? Sudah pasti dengan mudah akan diingkari bukan? Pada masa itu, jangan hairan sekiranya kebahagiaan itu beransur-ansur hilang. Semuanya atas pilihan kita juga.

" Tapi jodoh sudah ditentukan! Kalau dia ditakdirkan untuk berkahwin dengan orang yang tidak menutup aurat secara sempurna, apa boleh buat.. memilih-milihpun tiada guna."
Ya.. Jodoh memang sudah ditentukan oleh Allah. Allah sahajalah yang layak menyatukan hati-hati insan kerana hanya Dia yang mengetahui perihal hati. Kita jangan lupa bahawa jodoh atau ketetapan itu dijalankan dengan penuh keadilan oleh Allah SWT. Allah sesekali tidak akan menzalimi hambaNya. Allah tidak akan pernah mengecewakan hambaNya.
Lelaki baik yang beriman pasti akan berkahwin dengan perempuan baik yang beriman. Sebaliknya, lelaki yang tidak beriman akan berkahwin dengan perempuan yang tidak beriman juga. Demikianlah perempuan yang tidak mentaati Allah dengan menjalankan Islam secara sepenuhnya akan berkahwin dengan lelaki yang berperwatakan sepertinya. Itu janji Allah!
الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).
[24:26]
Maka, sebagai wanita..
Periksalah diri anda.. Tutuplah aurat dengan sempurna.
Bersungguh-sungguhlah mentaati Allah dan RasulNya.
Usahlah terlalu sibuk memikirkan siapa yang bakal menjadi pasangan hidup kita,
sehingga lupa untuk sibuk memikirkan siapa diri kita di sisi Allah..
Kerana sikap diri kita hari ini menentukan sikap pasangan kita kemudian hari.

Biodata Penulis

Mohammad Aswan Bin Tanggiling Merupakan pelajar SematQuran(SQ), Ampang, Selangor dalam bidang terjemahan Al-Quran.Beliau berkongsi karya di http://mati-pasti.blogspot.com.

12 April 2012

.:: Minggu 1 di MZ ::.

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang~

02 - 05April 2012

Masih dalam proses pengenalan Madrasah, pelajar dan guru (Sahabat2 seperjuangan). Mula-mula rasa lain juga, sebab semua adalah dalam kalangan Generasi Mak. Bukan senang namun Allah permudahkan jua, mereka Baik, sangat membantu dan bertolak ansur.

Bermulalah kembali zaman sekolah,
Dulu2 kita masuk ke kelas, tunggu guru masuk dan buat kerja sekolah.
Sekarang kita mesuk ke kelas, guru murid bagi salam, Baca Doa, Buat Nota dan Beri Kerja sekolah..
 
Waaa, sudah bertambah tugasan. Tapi ana suka. Belajar bagaimana nak menarik perhatian mereka, Belajar bagaimana nak memudahkan urusan mereka, belajar bagaimana cara terbaik untuk memahamkan mereka. Bukan senang tapi tidak sesusah mana pun.
 
Di Kelas,
Ustazah, Guru, Teacher kena juga pamerkan Akhlak yang Baik xkan nak harapkan anak murid sahaja yang mahu hormat guru. Guru bagaimana? Adakah kita menghormati murid-murid. Itu perlu diingat.  Jangan harap anak murid kita akan jadi BAIK sebelum pendidik/Murabbi yang jadi Baik terlebih dahulu.

Sekian, untuk tika ini.
Walaupun tidak sempat menulis, namun diri ini akan berusaha untuk mencari masa untuk memberi..

01 April 2012

.:: Syukur Ya Rabb::.

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang~


Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam.
Selawat dan Salam buat Nabi Muhammad saw serta sahabat dan kaum kerabat baginda semuanya.

Jam 10:22AM, ana mendapat panggilan dari Alawiyah (Warden Asrama Madrasah Al-Zubaidiyyah) menawarkan untuk menjadi salah seorang Tenaga Pengajar di sana. Ana Terdiam+Terkejut. 'Ala Kulli Hal ana bersyukur kepada Allah kerana memberi peluang dan lapangan untuk ana m'Refresh Ilmu yang sudah lama ditinggalkan.
"Akak kena ngajar apa dik?"
"Madah Sorof"
"Tingkatan berapa?"
"Tingkatan 1 dan 5 (kalau tidak silap dengar)"

Masha Allah, mampukah Aku?
Ini jawapan untuk kamu :
“Allah tidak membebani seseorangmelainkan sesuai dengankesanggupannya. Ia mendapat pahala(dari kebajikan) yang diusahakannya dania mendapat siksa (dari kejahatan) yangdikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukumkami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankankepada kami beban yang beratsebagaimana Engkau bebankan kepadaorang-orang sebelum kami. Ya Tuhankami, janganlah Engkau pikulkan kepadakami apa yang tak sanggup kamimemikulnya. Beri ma'aflah kami;ampunilah kami; dan rahmatilah kami.Engkaulah Penolong kami, maka tolonglahkami terhadap kaum yang kafir."
[Al- Baqarah (2:286)]
"Akak, boleh tak kalau datang petang ni, sebab kena Lapor diri Esok".
"Insha Allah ye dik"
Kepala berputar memikirkan cara untuk sampai ke sana. Nak naik Bas kena keluar awal, kalau mintak tolong orang hantar boleh bertolak petang sedikit. Allahu Rabbi, bantu hambaMu ini. Ana paksa diri untuk meminta bantuan bapa saudara (Pak Lang), dia ada pesan kalau dapat mengajar mana-mana telefon ja dia. Kalau xkerja boleh tolong hantar.
Setelah bersembang dengan Pak Lang, alhamdulillah dia kerja pagi dan ada peluang untuk mintak tolong dia hantar. Tapi, petang pukul3 takut ada nak ganti orang. Haaaah,ana dah fikir semula. Macammana kalau Pak Lang kerja petang ni??? Sekali lagi diingatkan Allah tidak akan membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya, bersabar ye!
Ana bersiap-siap barang-barang keperluan. Situasi baru, Teman2 baru, Pelajar2 baru dan Cabaran baru menanti ana di sana.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Limpahkan kesabaran dalam jiwa ku
Celikkanlah Mata Hatiku dengan Nur HidayahMu
Jangan Kau biarkan hatiku Benci dengan Bakal Pelajar2ku
Biarkan mereka melakukan sesuatu itu, aku tahu itu ketetapanMu
Betapa aku Tahu bahawa aku tidak keseorangan di sana
Sentiasa ada orang yang meningatkan dirku
Biarpun mereka tahu aku ini lemah
Tidak beerti aku tidak
perlukanMu
Allah

Ya Allah Ya Tuhanku,
Tabahkan Hatiku
Redhakan Jiwaku
Tenangkan Wajahku
Ikhlaskan Niatku
dan Bantulah Aku hanya PadaMU Aku berserah dan Bertawakkal

Senyum Sokmo

^_____________________________________________^


.:: Kamu Terpilih ::.

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang~




Hujung Minggu ke 13 (SABTU)






Pagi

Musyawarah
Pejabat Perses, Kuala Nerang. Alhamdulillah diberi keizinan untuk bersama Adik-Adik Alumni untuk pelantikan ahli jawatankuasa yang baru serta sedikit pengemaskinian secara berkala. Ana terharu dengan adik-adik ni.

Banyak yang ana belajar pada Pagi ini :

1- Mereka Berusaha datang dari Jauh walaupun ketika itu mereka sudah lewat 1jam.
2- Mereka menerima pelawaan pihak kami (Senior) untuk menjadi Salah Seorang Pimpinan dengan rela hati
3- Mereka adalah fresh graduate dari Maktab Mahmud Padang Terap dan boleh lihat bagaimana mereka berinteraksi
4- Mereka ada perasaan dan sifat 'Mahu Belajar', setiap seorang tidak akan tahu semua perkara
5- First Impression mendapati mereka layak untuk mengemudi Perses selepas ini

Semua yang diatas adalah gerak dan Takdir Allah SWT jua, jika Allah tidak menggerakkan Hati dan memilih mereka maka ini menunjukkan mereka adalah bukan dalam Kalangan Orang Yang Terpilih!
 
Ziarah Mahabbah
 
Kemudian ana diberi keIzinanNya untuk ke rumah Mak Ustaz ana, Allah memberi peluang untuk merasai nikmat sakit serta menikmati dan mensyukuri apa yang telah Allah Tetapkan untuk ana. Subhanallah, Pertama kali tengok sungguh hati ini sedikit terdetik di Hati "Bagaimana keadaanku di Usia Tua kelak???" Ini membuatkan ana :

1- Memikirkan kembali kaedah dan adab yang betul bersama Mak Abah ketika ini. Oleh kerana Abah juga tidak sihat (Lumpuh), maka ana mengerti bagaimana perasaan seseorang yang menjaga 'Orang Sakit'
2- Mudah-mudahan dengan Izin Allah ana mampu dan diberi peluang lagi kelak *(Selepas membina Baytul Muslim) untuk menjaga Mak Abah walaupun dalam keadaan susah mahupun senang.
3- Jangan membuat sesuatu yang 'lebih kurang' dengan Mak Abah kerana walaupun mereka tiada kudrat dan tiada kuasa akan tetapi mereka ada perasaan untuk ditimang, mereka suka jika ada seseorang (Isteri @ Anak) di sisi mereka
4- Mak Abah akan mengatakan si Anak tidak menghiraukannya, walhal si Anak sudah bersusah payah dalam menguruskannya (Ini mungkin salah anggapan atau benar-benar terjadi)
5- Ana berdoa agar "Hari-hari bersama Mak Abah adalah Hari-hari dalam Senyuman, jangan benarkan mereka melihat wajah kita yang Muram"

Semua yang diatas adalah gerak dan Takdir Allah SWT jua, jika Allah tidak menggerakkan Hati dan memilih mereka maka ini menunjukkan mereka adalah bukan dalam Kalangan Orang Yang Terpilih!
Petang
 

Kisah Kerengga

Selepas Pulang dari Ziarah ana solat dan Makan tengahari. Alhamdulillah, Mak masak Lauk kegemaran dia, Yummy.... Yummy... Sedap!!
Akibat Keletihan ana terlena sebentar (tapi 45minit). Sedar2 Dah nak dekat Azana Solat Fardu Asar. Terus Bangun, ambil wuduk dan Solat. Kemudian ptg itu ada Amukan seketika upacara menebang dahan-dahan Pokok Jambu yang berjuntai. Sebab Utama ditebang : 'Buahnya xelok', 'jadi kediaman Banglo terbesar kerengga' dan 'untuk dapat pahala'.

"Aduih", "ishhhh", "Ehhh", "Wooiiitttt", ini adalah antara komunikasi kami bila terkena Poison kerengga, sakitnya...... "Hang (kerengga) ni kalau naik atas orang tak payah la ketip (gigit), sakit tau dak, kalau naik saja jalan-jalan xpa jugak. ni naik kalau tak ketip bukan  kerengga la namanya. cuba la hang berehat sat"

Kerengga tidak pernah kenal istilah "Marah", lagi marah lagi dia gigit
Kerengga tidak pernah kenal istilah "Sakit apabila dibunuh", ada Backup
Kerengga tidak pernah kenal istilah "Putus asa", Yang pntg dapat gigit
Kerengga tidak pernah kenal istilah "penat", Kalau penat manusia xsakit
Kerengga tidak pernah kenal istilah "Menyerah Kalah", kalah Mati
Kerengga tidak pernah kenal istilah "Penting diri", kawan mati dia tlg

Semua yang diatas adalah gerak dan Takdir Allah SWT jua, jika Allah tidak menggerakkan Hati dan memilih mereka maka ini menunjukkan mereka adalah bukan dalam Kalangan Orang Yang Terpilih!

Ma'as Salamah wa Ilalliqa'
11:41 PM
Nady Sufy @ Bayti Jannati
06300 Kuala Nerang, Kedah