06 August 2012

.:: 3 kali ::.

Alhamdulillah- Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam

Pagi ini berkesempatan untuk berjumpa dengan Penyelia merangkap 'Murabbi', mulanya agak keberatan untuk menganggu Ustaz bila teringatkan pesanan Prof Amran (Timb. Naib Canselor), 'Sila kejar penyelia anda!' ana cuba tebalkan muka sms Ustaz, 'Salam.. Ustaz dah siap semak bagitahu saya ye', ayat terakhir yang ana create selepas taip kemudian delete sebanyak empat kali. Runsing kalau-kalau terlalu mengejan(Orang Kedah faham la) Ustaz.

15 minit ustaz respon, 'Boleh datang sekarang'. Alhamdulillah..
Ana penuh Tawakal meninggalkan laptop atas Meja Maktabah lindung disebalik Tiang sepemeluk, mudah2an Allah melindungi dari tangan-tangan yang tidak kenal harta sendiri dan terus ke Pejabat Pengarah Pusat Penataran Ilmu. Sampai je, terus duduk! Dan..........

Wa al-hasilnya kawan-kawan! Air sirap (dakwat merah) telah tertumpah dengan banyaknya atas kertas proposal dan artikel pertama. -sudah ku agak kamu akan tumpah, Terima Kasih-

 Comel kan :D
Ini yang saya suka!
 Sila Buat Pengenalan mengikut Flow ini :P

 Sila susun Sorotan Literatur mengikut Autoriti :
1- Phd
2- M.a
3- B.A
4- Jurnal atau Artikel
5- Buku
6- Majalah
7- Akhbar/Blog

Pembetulan ayat!

Selalunya 'Orang Tua2' kata : Buat kali ketiga mesti betul kan. Ini Pembetulan pertama ana ^__^. Mohon doa kalian agar Penulisan dipermudahkan. 

Mood : **Jangan Mengalah Sebelum Berperang!!** ~Usaha+Doa+Tawakal~

Nady Sufy @ Kuala Terengganu
9:16 Malam
5 Ogos 2012
17 Ramadan 1433

 Bulan 12/2012 : Pembentangan di Peringkat Antarabangsa, Insha Allah.

No comments:

Post a Comment