06 August 2012

.:: Restu Ibu ::.

- Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang -

******

Saya Sayang Ibu@Mama@Ummy@Mak


Seorang Ibu pernah meluahkan rasa hatinya berikutan sikap anaknya yang lebih mendahulukan orang lain berbanding dirinya. Bukan ingin memburukkan si anak (Q) tetapi sekadar renungan untuk tatapan dan peringatan kita bersama.
---------------------------------

Kisah Benar
Q seorang jejaka muda yang usianya menginjak ke alam dewasa dan tambahan pula kebanyakkan rakan-rakannya sudah berubah status Bujang kepada Suami dan Suami menjadi seorang ayah. Begitulah jua fitrah Q, ingin merasai perubahan title itu. 

Jauh di lubuk hati, Q merancang sesuatu tanpa pengetahuan Ibunya tetapi dikongsikan dengan orang lain dan akhirnya berita itu sampai ke telinga si Ibu iaitu ingin mendirikan Rumah Tangga dengan pasangan yang bakal dihadiahkan oleh Allah SWT untuknya. 

Walaupun tidak diberitahu, seorang Ibu sudah pasti mempunyai naluri yang kuat dalam memahami kehendak anak-anaknya. Begitu jua Ibu Q.

Dipendekkan cerita, Q telah mengambil keputusan sendiri dengan bertegas (tanpa perbincangan) untuk meneruskan pernikahannya dengan wanita bertuah itu tanpa diberitahu dahulu kepada Ibu dan Ayah. Beliau menguruskan seorang diri dalam menyediakan Kelengkapan barang2, Kad Kenduri, Katering, Persiapan Pakaian, Hantaran, Mas Kahwin, Urusan borang, Imam dan lain-lain yang berkaitan. 

Bagi Q sesiapa yang membangkang hasratnya untuk menikah sebelum ini akan diketepikan dan menyanjung pandangan sesiapa yang menyokong niat murninya itu walau tanpa perbincangan bersama keluarga dan adik-beradik. Beliau menganggap seperti Ibu, Ayah dan adik beradik tidak pernah wujud. 

"Dia anggap kita ini seperti tunggul dalam rumah ini", sayu hati Ibu berbicara.

"Sudah tiada Ibu atau Ayahkah, sampai buat semua seorang diri?"rintih si Ayah.

Ibu Ayah sudah tidak dihiraukan pandangan mereka apatah lagi pandangan adik-beradik. Q seperti sudah hilang ingatan jika dilihat pada perubahan yang mendadak berlaku dalam dirinya ketika itu. Apa yang tidak kena dengan anak aku ini? Monolog si Ibu. Risau juga pada anaknya. 

Majlis pernikahan kedua-dua pihak berjalan lancar dengan kehadiran sanak saudara (semua ini di aturkan oleh Q). Hebatkan segalanya berjalan lancar walaupun diatur seorang diri, Indah secara luarannya tetapi lancarkah dalaman hati Ibu ketika melalui hari pernikahan anaknya itu?  Si Ibu merestui dalam terpaksa. 

Pesanan pada Q : 
 "Sila Minta Maaf dengan Ibu anda, anda telah melukakan hatinya"

--------------------------------------

Namun, si Ibu ada berkongsi beberapa nasihat yang membuatkan ana terFIKIR :
  • Makcik akan restui pernikahan Q walaupun dia tidak beritahu kerana makcik tidak mahu kerana makcik tidak restu hari ini akan menjadikan kehidupan mereka bermasalah
  • Makcik bukan nak menghalang pernikahan mereka (sekiranya Q memberitahu hasratnya), cuma makcik mahu berbincang dan berkongsi pengalaman suka-duka melalui alam pernikahan ini tidak selamanya akan Gembira dan tidak selalunya akan berDuka.
Tanbih :
  1. Dalam apa jua keputusan yang ingin dibuat sila kongsi dan tanyakan pendapat mereka!
  2. Dalam segala kesibukan yang ada ambil satu masa tanyakan kabar mereka bagaimana?
  3. Dalam apa jua kebaikan yang dilakukan sila niatkan pahalanya kepada mereka.
  4. Doakan mereka.
  5. Sila bincang secara baik dengan mereka jika anda ingin melangsungkan Pernikahan, jangan seronok sendiri, Ingat Ibu melahirkan kita dan dah menjaga kita xkan bila nak Nikah terus lupakan pengorbanan yang telah diperjuangkan, Muhasabah ^________^
**InsafDanMuhasabah, Bantulah kami untuk mennyanyangi Ibu Bapa Kami ya Allah**

Nady Sufy @ Kuala Terengganu
3:21 Petang
6 Julai 2012

No comments:

Post a Comment