13 August 2012

.:: Lukman al-Hakim ::.

-Allahu Rabbi Rabbul Izzati-

[ Siapakah yang bertuah menjadi Anak Luqman al-Hakim ? ]
Luqman adalah seorang pemuda bijak yang zuhud dalam urusan dunia malah tidak memandangnya. Ada yang mengatakan rumah yang didiami oleh Luqman adalah rumah usang yang telah lama tidak berpenghuni. Pernah suatu ketika Luqman ditanya perihal rumahnya itu, ia cuma mengatakan : "Ini sudah terlalu banyak untuk orang yang akan mati". Luqman telah bernikah dan mempunyai beberapa orang anak, namun kesemuanya meninggal dunia.

Pada suatu ketika ia berkunung ke Istana Sultan dan juga mendatangi para hakim untuk memberi sumbangan fikirannya, mengambil pengajaran dan menguji kebijaksanaannya. dengan cara itulah ia mendapatkan apa yang diperolehinya.

Ada juga yang menyebut anak lelakinya itu kafir. Kerana itulah ia melarangnya untuk mendekati kemusyrikan. Allah SWT ada menjelaskan dalam al-Quram dalam Surah Luqman ayat: 13. Luqman tidak henti2 menasihati anaknya dan isterinya itu sehingga menjadi Muslim.

Al-Hasan al-Bashir mengatakan :
  • Semasa Luqman berada atas katilnya yang hanya cukup untuk sekadar tidurnya, anak lelakinya itu berada tepat dihadapannya. kemudian dia pun menemui ajalnya. Luqman menangis, anaknya pun berkata : "Ayah, apa yang membuatmu menangis"

Banyak pesanan Luqman yang ditujukan kepada anaknya. semua pesanan itu menunjukkan betapa lembutnya KASIH SAYANG seorang ayah kepada anaknya. keinginan yang amat besar anaknya juga boleh meniti jalan lurus supaya dapat menjadi manusia paling utama.

Al-Tabari dan Al-Qutaibi menyebut nama anaknya itu : TARAN
Ada pula yang mengatakan nama anak Luqman ialah   : Matsan
Ada beberapa nama lain yang telah disebut adalah        : An'am/Asykam/Mushkam

Ibnu Abbiddunya dalam Na't al-Kha'ifin melaporkan daripada al-Fadhurraqqasy yang mengatakan : "Luqman tidak berhenti-henti menasihatinya anaknya sehingga ajal menjemputnya"

Ibnu Abbiddunya melaporkan daripada Hafsah bin Um al-Kindi yang berkata : "Setiap kali menasihati anak lelakinya, Luqman selalu meletakkan biji sawi dalam poketnya. Biji sawi itu terus berkembang menjadi sawi"

Luqman berkata kepada anaknya : "Anakku, aku menasihatimu dengan nasihat yang sekiranya aku nasihatkan kepada sebuah gunung maka gunung itu akan hancur berkecai-kecai". Ia memang benar nasihat itu juga membuat hati anak lelakinya hancur berkecai.

Apakah Nasihat itu?

  1. Berkaitan sifat Tamak, Rakus dan Marah
  2. Berkaitan cara berkomunikasi
  3. Berkaitan sifat Ramah
  4. Berkaitan Benih Kebaikan
  5. Berkaitan Teman/Sahabat/Rakan
  6. Berkaitan dengan Memfitnah
  7. Berkaitan mengamalkan Ilmu
  8. Berkaitan sikap diri sendiri dan Orang Lain
  9. Berkaitan dengan Allah SWT dapat ditemui dengan mengamalkan Ilmu
  10. Berkaitan manfaat amal soleh
  11. Berkaitan etika menjawab, menghadapi anak yatim dan menolong orang teraniya
  12. Berkaitan Pengkhianatan
  13. Berkaitan Berterima Kasih
  14. Berkaitan Hidayah , akhlak dan bersendirian
  15. Berkaitan Orang Yang terlaknat
  16. Berkaitan Orang Alim
Himah Luqman al-Hakim ditujukan untuk Puteranya :
  1. Hikmah Luqman Mengenai Menghadiri Majlis Pertemuan
  2. Hikmah Luqman Mengenai Posisi Hikmah
  3. Hikmah Luqman mengenai Taqwa dan Riya'
  4. Hikmah Luqman Mengenai Ketaatan
  5. Hikamh Luqman Mengenai Menyingkapi Orang Bodoh dan Orang Bijak
  6. Hikmah Luqman Mengenai DIAM 1-4
  7. Hikamh Luqman Mengenai Etika Diri
  8. Hikmah Luqman Mengenai Taat Kepada Allah
  9. Hikmah Luqman Mengenai Keutamaan akal dan Sepuluh Sifat Mulia
  10. Hikmah Luqman Mengenai Kelompok Manusia
  11. Hikmah Luqman Mengenai Keistimewaan Akal
  12. Hikmah Luqman Mengenai Nafsu
  13. Hikmah Luqman Mengenai Kejahatan
  14. Hikmah Luqman Mengenai Memilih Majlis
  15. Hikmah Luqman Mengenai Majlis Yang Tidak Baik
  16. Hikmah Luqman Mengenai Pembunuh Yang BerIman
  17. Hikmah Luqman Mengenai Orang yang berTaqwa dan Orang Pandai
  18. Hikmah Luqman Mengenai Bergaul dengan Orang Soleh
  19. Hikmah Luqman Mengenai Bergaul dengan Orang Jahat
  20. Hikmah Luqman Mengenai Dunia
  21. Hikmah Luqman Mengenai Sikap Hidup
  22. Hikmah Luqman Mengenai Beretika Baik
  23. Hikmah Luqman Mengenai Cubaan Hidup
  24. Hikmah Luqman Mengenai Kematian
  25. Hikmah Luqman Mengenai Perut Kenyang
  26. Hikmah Luqman Mengenai Cara Menjadi Orang Terhormat
  27. Hikmah Luqman Mengenai Menghadapi Masalah
  28. Hikmah Luqman Mengenai Orang Bijak 1-2
  29. Hikmah Luqman Mengenai Dunia dan Akhirat
  30. Hikmah Luqman Mengenai Persiapan ke Akhirat
  31. Hikmah Luqman Mengenai Hutang
  32. Hikmah Luqman Mengenai Kejahatan dan Kebaikan
  33. Hikmah Luqman Mengenai Kefakiran
Dan Banyak lagi boleh dapatinya dalam buku :
Sumber : 
Syarif hade Masyah. 2010. Menjadi Ibu Bapa Genius berdasarkan Luqman al-Hakim. Selangor: PTS Melenia Sdn. Bhd.

Nady Sufy @ Unisza
1:14 Petang
13 Ogos 2012
Berikan Aku Cahaya Hidayah-Mu

No comments:

Post a Comment