09 February 2012

.:: Hamba Redha Allah Redha ::.

ASSALAMUALAIKUM WBT

~Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang~




Alhamdulillah, dengan Izin Allah bersua kita lagi di Laman  Anna Hazihil Qulub. Moga bermanfaat dan Sama-sama kita perbaiki Hati.. Allah SWT sentiasa memperlakukan kita sebagaimana kita memperlakukanNya. Apabila seorang Hamba telah Redha kepada semua ketentuanNya maka itu menjadi suatu petanda bahawa Allah SWT telah meredhai orang itu sebagai HambaNya yang berbakti.

Imam al-'Arif billah Abu al-Qasim al-Qusyairi (w.465H) berkata di dalam Kitab Risalahnya :

"Ketahuilah, seorang hamba hampir tidak mungkin Redha kepada ketentuanNya melainkan setelah Allah Redha kepadanya"

Firman Allah yang bermaksud :

"Allah REDHA terhadap mereka dan mereka REDHA kepadaNya"

Namun sebaliknya,

-Jika kita tidak meredhai apa yang telah Allah tentukan pada Diri kita, samada berkaitan dgn "bentuk tubuh" kita, keadaan "Orang Tua", "Pasangan" atau "anak" kita, sifat "kerjaya" kita atau perkara2 lain yang terdapat dalam Diri kita, maka itu petanda bahawa kita belum menjadi Hamba-Hamba ALLAH yang memperoleh REDHANYA-




[Bisikan IBLIS] yang menguji erti REDHA

Perlu difahami bahawa sikap ini bukanlahmenganjurkan sifat malas berusaha dan berserah diri penuh kepada Nasib. Ia merupakan bisikan Iblis untuk menyesatkan akal fikiran manusia.

Imam Ahmad dalam Kitab al-Zuhdmeriwayatkan daripada Ibnu Syihab al-Zuhri, iblis bertanya kepada Nabi Isa a.s :

"Wahai Anak Maryam! Bukankah musibah tidak akan menimpamu kecuali dengan ketentuan Allah?"

Nabi Isa menjawab : "Benar, wahai musuh Allah"

Iblis berkata lagi :

"Kalau begitu, engkau naik ke puncak gunung, lalu lemparkanlah dirimu dari atasnya. Lihat adakah engkau Mati atau Tidak?"

Nabi Isa Menjawab :

"Wahai musuh Allah! Sesungguhnya Tuhan boleh menguji hambaNya, tetapi hamba tidak boleh menguji TuhanNya"



H.65-72
Buku : Rasul Mulia Umat Mulia Akhlak Mulia
Karangan : Umar Muhammad Noor.

No comments:

Post a Comment