22 May 2012

.:: Hati ini akan rindu ::.

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang~

Alhamdulillah wa Syukru Lillah ^____^

Ini adalah Minggu terakhir ana berada di Madrasah Zubaidiyyah sebelum melangkah kaki menjadi seorang pelajar semula di Terengganu. 

Hati ini gusar gundah dan sedih bila mengingatkan anak-anak buah yang akan ditinggalkan. Bukan apa, hati sudah rindu pada telatah mereka. Mereka selalu membuatkan ana terfikir sendiri, membuatkan ana ada perasaan mengubah nasib dan kekhilafan diri.

Tetapi bagaimana nak meninggalkan mereka dalam keadaan mereka belum bersedia?

Ana akan cuba mengubah/memberi/menyuapa apa yang mereka perlu. Suatu hari di Kelas Intensif pada waktu malam, mereka telah mengetahui bahawa ana akan keluar tidak lama lagi. 

"Yeke Ustazah!, xpayah la keluar. Ustazah tahu tak selama dua tahun saya duduk di sekolah ni semua cikgu-cikgu garang macam singa!"

Haaa, ana terkejut mendengar luahan hati mereka. Adakah ini betul2 keluar dari hati mereka? Adakah sekadar untuk mengambil hati ana.

"Ustazah nak p mana"

"Ustazah dapat sambung belajar di Terengganu, Insha Allah minggu ni last ustazah dengan kamu"

"Ustazah! Sapa nak ajar Al-Quran kami lepas ni?"

"Kamu mengaji la semula dengan Ustazah Maziyah"

"Kami xmau"

"Kenapa?"

Mereka terus diam menyepi.. 

***********

Ini yang membuatkan ana rindu dengan mereka. Walaupun hanya berjumpa sektika (2BULAN) namun hati kami sudah bertaut. Sungguh, ana dapat rasakan Ukhwah ini dari Allah dan setiap pertemuan pasti ada perpisahan.

Pesanan Ustazah buat Kalian :

JANGAN MENGALAH SEBELUM BERPERANG,
KALIAN MAMPU LAKUKANNYA!!

Ustazah sayang kamu semua!
Doakan Ustazah ye, anak buah ku!

P/s  : Terlalu banyak suka duka bersama Warden MZ (Alawiyah).. Akak belajar erti sabar, memaafkan dan FAHAM apa itu Kasih Dan Sayang ^______^
Terima Kasih..

 

No comments:

Post a Comment