27 August 2011

Nt tetap diHAti


Sahabat,
Dia menambahkan apa yang kurang pada diri kita..
Dia membetulkan apa yang silap pada diri kita..
Dia menutupkan apa yang aib pada diri kita..
Dia menjagakan apa yang rahsia pada diri kita..
Dia bukan sahaja membenarkan apa yang kita kata,
Malah menidakkan apa yang batil pada diri kita..


SAHABAT,
Ku ingin kt spt ABU BAKAR AL-SIDDIQ,
Persahabatan terjalin kerana al-Khaliq,
Harta dikorban bukan sedikit,
Cintakan kebenaran sanggup bersakit.
Serta Tawakal IBRAHIM mulia,
Ketika meninggalkan insan tercinta,
Di bumi  tandus tanpa bicara,
Menyakini Allah sebagai penjaga.
Ku impikan antara kita seorang UMAR,
Berdiri tatkala tunduknya manusia,
Bersuara tatkala diamnya mereka,
Menggerunkan musuh durjana.
Marilah kita menyemai benih HASAN al-BANNA,
Fikrahnya jernih menggegar dunia,
Merelakan tubuhnya di mamah peluru,
Demi menegakkan kalam ALLAH&RASUL.

Ku cintakan pemuda GIFFARI,
Menentang kezaliman wlpn diancam,
Moga  akan lahir diabad ini,
Jiwa jitu pemuda yang xperbah suram
Ku ingin kita pemaaf sepemaaf YUSUF,
Tetap mencinta sudaranya, walau dihumban ke perigi tua,
Terpisah dr ayahanda b’tahun lamanya
Ku ingin pusara kita harum mewangi,
Bagai harunya pusara MASYITAH,
Semerbak kasturi..
Ku ingin persahabatan indah ini,
Akan menjadi syafaat
Di mahkamah mahsyar nanti..
Insha Allah..

No comments:

Post a Comment