28 June 2012

.:: Bakal Menjadi Milik Orang ::.

Ditujukan Khas Buat Sahabat yang Paling Akrab dengan Ana..
Bahagialah dikau Sahabatku bersama peneman hidupmu..
.:: Kau Bakal Menjadi Zaujah kepada Zauj Yang Soleh ::.
Moga Allah Permudahkan Segala Urusan Baitul Muslimmu..
~JoDoH dan TaKDiR~

...........................................................................................................

Selalu aku Berdoa kepada Yang Maha Esa
Moga Dikurnia Seorang RATU di Jiwa
Tempat Untuk ku Curahkan Segala Rasa
Persaan Yang Tersimpan Seribu Satu Makna
 ***
Di Kala Aku Keseorangan
Dia penghibur dan Jua Peneman
Hati Yang Sayu Tidak Kesepian
Duka dan Lara Tiada Keresahan
***
Ya Allah,
Tidak Ku Pinta Yang Menawan
Tidak Ku Harap Yang Hartawan
Bukan Jua Kerna Kedudukan
Cuma Ku Damba Insan Yang Sepadan
***
Kasihnya Sejati Bukan Kerana Paksaan
Biarpun Derita Yang Menjadi Rintangan
Ketulusannya Yang Tiada Bandingan
Tercipta Ayu Indahnya Peribadi Insan
...................................................................................................

No comments:

Post a Comment