29 June 2012

.:: Penuh Dugaan ::.

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang~

:: RadiTubillahi Rabba wa Bil Islami Dina Wa Bi MuhammadiwwaRasula ::

Permulaan untuk menulis ini banyak godaan dan dugaan tersendiri. Bila nak mula ber'semangat' untuk menulis tiada pula alarm sebagai tanda masa penulisan tamat. Sangat terasa keasyikannya dalam melontarkan idea setelah melalui proses membaca dan membaca.

Tapi bukan selalu nikmat semangat itu datang, sekali-kali tersiram juga dengan air kemalasan yang teramat-amat Mim Alif Lam Sin (Jangan disebut terus). Sebelum memohon memang Yakin juga konon-kononnya akan sentiasa bersemangat untuk menulis, oh tidak rupanya. 



Itu Tandanya -*Anda Dhaif*- 
Maka Kuatkan Kebergantungan padaNya bukan pada Diri Sendiri atau Manusia.

Secara Jujurnya bukan tiada semangat, Ada! 
Akan tetapi secara Teori semata-mata. Wahai Empunya diri, Bersemangatlah kamu supaya cepatlah kamu dapat menyiapkan penulisan Thesis anda nanti.

Ada sahabat yang berkongsi dengan ana idea dan pengalaman(untuk Master), tetapi ana tidak layak kerana ana juga baru nak menerokai Bidang penulisan secara Ilmiah ini. Insha Allah ^____^ Masing-masing ada pendapat tersendiri yang diperolehi melalui pembacaan, pengalaman sendiri atau orang lain, Pemerhatian, Pendengaran dan Andaian sendiri berdasarkan apa yang dilihat dan didengar.



Ana mampu mengeluarkan pandangan yang cetek ini berdasarkan apa yang ana tahu sahaja. -Sedikit- 

Secara Umumnya yang Boleh dikongsi :

--(@) Banyakkan BerSABAR
--(@) Luaskan PemBACAan
--(@) Lapangkan JIWA
--(@) Tingkatkan KeYAKInan
--(@) Belajar MeMAAFkan
--(@) DISIPLIN
--(@) Jaga MASA
--(@) BerDOA

Ilalliqa' wa MaasSalamah
9:42Malam
Taman Batu Caves, Selangor

*Selawat Banyak2 ye Pemilik Laman : Anna Hazihil Qulub*

No comments:

Post a Comment