11 July 2012

.:: Kita Di MONITOR ::.

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang~


Alhamdulillah,
KepadaMu Aku Berserah Dan KepadaMu aku meminta Pertolongan Ya Allah!

Diri kita sedang di Monitor. CCTV dunia canggih tapi canggih Lagi CCTV Allah. Bukan sahaja yang Zahir diakui kelihatannya malah yang Batin juga tidak kurangnya, terutama Hati. Hatilah yang dilihat, umum kita mengetahuinya tapi sejauh mana tindakan dan aplikasi kita dalam mengesahkannya. Sukar bukan!

Hati duduk di dalam jika kita benci bukannya orang tahu. Tapi Allah Maha Mengetahui, Sayangku!

Mungkin ini Teori sahaja, dan pengaplikasiannya boleh kita lakukan dan amalkan bersama ye. Untuk menjadi Orang baik tidak susah sebenarnya kerana menjadi BAIK itu KeWAJIBan bukan PILIHAN. Macam mana nak jadi Baik atau nak jadikan hati ini bersih?



Cuba dan Cuba dan Cuba niatkan di Hati bahawa ada yang sedang Melihat, ketika melakukan apa sahaja walau dimana dan dengan siapa kamu berbicara. Aktiviti seharian kita telah dirakam dan tidak boleh diedit atau di delete jika tersalah. Ia akan terus kekal begitu. Jadi, adakah kita mahu lagi buat perkara yang dilarang dan terlarang?

Tujuan CCTV di diCIPTA mungkin untuk mengawasi segala pergerakan sesiapa yang melintasi di sekitarnya. tidak kira samada sedang membuat kebaikan atau kejahatan. Dan sesuatu yang dirakan itu tidak boleh di ubah dan ia kekal. Ia dapat dijadikan bukti bahawa seseorang yang bersalah akan dikenakan tindakan dan yang tidak bersalah akan diberi kemaafan.

Jadi, mahukah kita melihat rakaman kita nanti dengan segalanya dipenuhi dengan dosa dan noda. Semuanya diperlihatkan hasad dengki dan Umpatan manusia sekeliling kita. Tidak kira dimana kita mengambil barang orang sesuka hati kita tanpa tahu memaafkan kesalahan orang yang telah menyakiti kita. Sukar kan!

Itu lah yang perlu difikirkan ketika ini, perhatikan sekeliling. Jika ingin melakukan KEBAIKAN teruskan niat baik anda dan Jika sebaliknya INGAT!!! Anda sedang diperhatikan. Fikir masak-masak!


P/s : *Untuk Diriku yang mudah lupa, Ampunkan Dosa Kami Ya Allah*


Ilalliqa'
Bayti Jannati
1:33 Petang
PaloH, Kuala Terengganu

No comments:

Post a Comment