06 July 2012

.:: Nafas HambaKU ::.

~DenGan NaMa ALLAH YanG MaHa PenGasih LagI MaHa PenYanYang~

<Santapan Akal>

*****


Kali Pertama bumi diciptakan, katanya bumi ini selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Perkara ini merunsingkan para malaikat, lalu para malaikat menghadap Allah S.W.T

"Wahai Rabb yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?" Tanya para malaikat.

"Kerana belum dipakuJawab Allah ringkas

"Lalu, bagaimana memaku bumi wahai Rabb" Tanya para malaikat.

"Aku akan menciptakan gunung-ganangJawab Allah.

Setelah itu Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakan gunung-ganang , bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung pun dikenali sebagai paku bumi yang diciptakan Allah.


Paku merupakan benda keras yang diperbuat dari besi. setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat bertanya lagi.

"Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?"

"Ada!"  Jawab Allah. "Iaitu api, yang dengan panasnya boleh melelehkan besi"

"Adakah yang lebih kuat selain api, Ya Rabb?"

"iAda! yakni air yang dapat memadamkan api" Jawab Allah Lagi
"Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat lagi selain air?"  Sambung malaikat.

"Ada! Iaitu angin, yang kerasnya dapat membawa air kemana pun ia menghembus" Jawab Allah lagi

"Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari semua itu (gunung, api, air, angin)?"  Malaikat bertanya lagi.

"Ada! Iaitu nafas Hamba-KU yang berdoa kepadaKU. kerana Sesungguhnya DOA itu mampu mengubah TakdirKU"

Demikian Allah SWT menjelaskan

[Hadith Qudsi]

No comments:

Post a Comment