19 June 2011

.::Ibrah : Redha dgn ketetapan Allah::.

Kisah seorang Syaqiq al-Balkhi (ahli sufi) dan Isterinya.

Suatu hari Syaqiq al-Balkhi membeli sebiji tembikai untuk dibawa pulang untuk isterinya di rumah. Setelah dibelah isterinya dapati sebahagian daripada isinya telah rosak lalu marah-marah kerana merasakan suaminya telah ditipu.
Lalu Syaqiq al-Balkhi berkata: “kepada siapakah engkau tujukan kemarahanmu? Adakah kepada penjual atau pembeli atau penanam atau pencipta buah tembikai itu?” Isterinya pun terdiam bila ditegur suaminya.
Lalu Syaqiq al-Balkhi menjelaskan kepada isterinya: “Si penjual sudah tentu ingin buah-buah tembikainya terdiri daripada jenis yang terbaik. Si pembeli sudah  tentu ingin pembelian yang terbaik. Begitu juga si penanam tentu ingin hasil tanaman yang terbaik. Ternyatalah kemarahanmu itu ditujukan kepada pencipta buah tembikai itu. Bertaqwalah kepada Allah dan Redhalah dengan segala ketentuannya.” Lalu isteri Syaqiq al-Balkhi pun menagis menyesali perbuatan tadi..


Pengajaran:
Dalam erti persahabatan juga dapat dipraktik dan diamalkan..
Bukan semua Y kita mahu dan Y kita buat itu adalah yang terbaik, fikirlah dan kembalilah kepada pecipta atas segala ketetapan itu. Hikmah yang berlaku hanya kita yang tahu.. 

P/s: Y bergelar Sahabat, Isteri, Suami, Anak, Ummi atau Aby dll : Kembalilah padaNya~...

Ingatan Buat Diri Y Dhaif dan peringtan kita bersama:-
.::Bertaqwalah kepada Allah dan Redhalah dengan segala ketentuanNya::.
Sempurnakanlah Akhlak kami dengan Sifat Sabar dan Redha..

No comments:

Post a Comment