19 June 2011

Perginya Dosa-dosa kecil

Assalamualaikum..

            Subhanallah, rahmat daripada sebuah ujian rupa-rupanya hikmah yang tersirat itu hanya Kau yang tahu Ya Allah.. Rupanya kau ingin mengajar bahawa kekuatan ikatan silaturrahim yang sudah kian lama terjalin  makin dapat dieratkan.. Alhamdulillah.. Senggang masa yang berlaku antara Zohor dan Asar boleh dimanfaatkan oleh Abah untuk berehat memejamkan mata dan menenangkan fikiran yang berserabut dengan panas, tidak selesa, dll..

            Selepas Asar, rutin harian akan membuat lawatan rasmi di bawah pokok “Jambu Air”untuk kumpul daun-daun kering yang bertaburan bak duit kertas yang jatuh dari langit pagi dan petang.. Oh, tidak sesekali akan jadi begitu kerana Allah SWT tidak akan beri sesuatu kemudahan begitu sahaja dan sewenang-wenangnya tanpa ada satu istilah “berusaha” dari seseorang hamba itu bagi memiliki sesuatu yang diingini. Begitu juga dalam kehidupan~

            Alhamdulillah, belum sempat selesai daun-daun tadi dikumpul datang seorang sahabat baik mak yang sentiasa memberi semangat dan dorongan, teman berkongsi suka duka dalam aktiviti harian ~Aktiviti Jual kueh~, celoteh perkongsian cerita tentang anak-anak yang semakin membesar, pengajian dan pekerjaan anak-anak masing-masing, cabaran dan ujian dalam masyarakat dan dugaan yang dihadapi dalam melayari kehidupan yang ujian lebih dekat dihati..

            Diri ini juga teruja dengan persahabatan mereka berdua.. Subhanallah, Moga perlindungan Allah sentiasa bersama mereka berdua.. Mak Tam Maza dan suaminya Pa Tam Mie seorang Kerani Sekolah Kebangsaan Padang Terap. Hadirnya mereka dapat membuatkan Mak dan Abah tersenyum dengan gelagat dan cerita yang bakal dikongsikan.. Air disedia, makanan ringan dihidangkan menjadi adat keluarga kami tatkala tetamu datang bertandang..

            Mak bercerita kejadian yang berlaku dari A-Z, lengkap, tepat, dan sempurna.. Setiap orang akan WAJIB melalui masalah@ujian@dugaan@cabaran tetapi yang bezanya antara 4 serangkai ini adalah bila masanya, dimana kejadiannya, bagaimana jalan ceritanya, siapa yang ditimpa olehnya dan apakah jalan penyelesaian yang dilakukan.. Ia diolah dengan sendiri, mengikut kreativiti yang manusia melalui akal yang diberi.. Atau sekadar redha dan sabar??

            Abah tidak mandi petang itu, mungkin masih Fobia dengan apa yang berlaku.. Bang Teh datang menunggu untuk mandikan Abah hingga Mak Tam Maza dan Pak Tam Mie pulang.. tapi Abah xcakap yang xnak mandi.. Apa-apapun, positifkan minda mungkin itu yang terbaik untuk Abah hari itu.. Rupanya ada hikmah, kemudian Maksu Ani dan Pak Su Mad serta keluarga datang.. Mak keluar ke Kedai untuk kutip Tupper Ware kueh dan beli barang yang kurang..

            Malam lepas Maaghrib baru 5 minit selepas berdoa, ada motor datang.. Siapa?? Mak pergi tengok, Alhamdulillah tetamu Allah datang bertandang.. Cikgu Tam dan Cik Hamzah .. Pagi itu, dengar bunyi ambulan tapi tidak tahu siapa yang sakit.. Bila dengar cerita Abah sakit, malam itu terus mereka datang berziarah.. Kemudian, Chu Ein dan Tok Long Siah datang.. Tok Long Siah bukan sihat sangat nak jalan pun perlu bantuan anak-anak tapi……

            Tapi Alhamdulillah berkat erti sebuah masyarakat gagahkan diri untuk datang ziarah walaupun diri sendiri tidak berdaya.. Moga Allah beri Kesihatan yang sempurna untuk beribadat dan beramal untuk Tok Long Siah.. Itu la orang kampong berbeza dengan orang Bandar, mereka sibuk dan terkejar-kejar dengan masa kadang-kadang tidak sempat menjenguk dan bertanya kabar, sihat ke tidak jiran-jiran aku disebelah rumah, depan dan belakang rumah..

            Tidak dinafikan ada juga masyarakt bandar yang ambil berat dan masyarakat kampong yang mementingkan diri sendiri, namun berani untuk dikatakan hanya segelintir mungkin 10%.. ini pandangan peribadi tidak merujuk mana-mana sumber yang akademik.. namun, hati ini mengharapkan agar wujudnya sebuah masyarakat yang saling mendoakan, memaafkan, membantu dan menghulurkan bantuan, bersedekah, mengambil berat dan bertegur sapa dengan senyuman..

            Subhanallah, Malam ini diri ini diiringi doa agar dipermudahkan untuk sambung belajar.. Ada yang tidak mengetahui tentang status pengajianku tapi akur dengan pandangan mereka.. Hari ini bergelar pelajar “Diploma” dan akan sambung pengajian di peringkat Ijazah.. Subhanallah, Allah mendidikku untuk bersikap sentiasa merendah diri, mengalah xbeerti kalah.. Hanya Allah yang tahu apa status kita tidak perlu kita perbetulkannya.. Ilmu itu perlu di Hayati..

            Doa mereka membuat diri ini terus berkobar-kobar untuk menuntut  Ilmu Allah.. Yang utama bukan setinggi mana menara gading yang didaki tetapi setinggi mana ilmu itu akan dihayati dalam kehidupan.. Allahu Rabbi, Tiada siapa yang mampu merealisasikannya melainkan Engkau Ya Allah.. Bantulah kami, untuk merealisasikannya bersama, sahabat-sahabat yang diberi rezeki lapangkan dada, tingkatkan uasaha, mantapkan doa dan Tawakal..

Sirru ‘ala Barakatillah, Allah Yubarik lakum..

No comments:

Post a Comment