25 September 2011

.:: Jiran : Ibrah yang berguna::.

Ini yang sepatutnya perlu berlaku antara kita dan Jiran. Tapi kenapa berlaku sebaliknya??
JIRAN? Apa yang kita fahamai dengan perkataan ini.. Adakah sekadar tahu siapa mereka atau tahu apa kereta yang dinaikinya atau siapa isteri/suaminya.. Bukan sekadar itu, malah sungguh luas makna "JIRAN"..

J: Jiwa Sepakat
I: Integriti dengan Jiran
R: Rajin dan bertolak ansur
A: Amanah dengan Hartanya
N: Niat kerana Allah
Jika sudah faham, mengapa masih ada yang Jiran IRI HATI, DENGKI, PENTINGKAN DIRI SENDIRI dan lain2. Belajar TINGGI tapi SIVIK dengan JIRAN rendah. Tidak perlu menyalahkan sesiapa. Kembali pada DIRI? Sejauh mana kita telah praktikkan Akhlak MULIA dengan Jiran..

ERTI JIRAN:

Islam telah mengemukakan makna JIRAN iaitu Orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita samada di sebelah kanan, kiri, depan, belakang atas, bawah sehingga mencakupi 40 buah rumah. (Kadang2 sebelah rumah pun kita xkenal siapa kan, Muhasabah)

TUJUAN berjiran :
~ Berkongsi suka dan duka
~ Penjaga rumah jika kita tiada di rumah
~ Memohon pertolongan
~ Untuk kita beramal Jariah
~ Berkongsi makanan
~ Berkongsi cerita hidup
~ Dan Lain-lain.

TAPI............=)


Yang jadi sebaliknya itu adakah sebab kita pernah buat dekat orang dulu??
atau
Allah nak uji kesabaran kita??
atau
Allah nak berikan yang terbaik untuk kita??

Semua itu hanya DIA sahaja yang tahu, apa hak kita sebenarnya.. Allah dah tetapkan sesuatu itu, SUKA @ TIDAK kamu pasti akan menerimanya.. Mengeluh pun buat penat sahaja, klu kita terima mungkin ia akan menenangkan hati kita yang sedang gundah gulana dengan masalah JIran..

Allah Maha ADIL, bukannya Allah xtahu apa yang kita atau jiran kita dah buat.. Siapa buat JAhat dia akan terima balasan TAPI siapa yang buat baik maka dia akan terima ganjaran. Insha Allah.. Semua itu berada dalam PENGETAHUAN YANG MAHA ESA.

Jangan risau jika allah takdirkan kita dengan JIRAN yang perangainya, NA'uZUBIllah hanya allah yang tahu.. Kemaskini balik akhlak kita dengan jiran kita itu bagaimana?? Jika kita buat seperti apa yang dia buat, maka kita dengan dia tiada beza.. Lakukanlah sebaliknya, TAPI sungguh pahit nak terima..

Allah nak beri pahala bergantung pada apa yang DIA uji, xkan la nak pahala besar tapi orang kritik sikit dah nak marah.. MUHASABAH kembali..

No comments:

Post a Comment