27 September 2011

.:: Sayang mereka : TEGURLAH ::.


          Kasihanilah mereka yang berada dekat dengan kita, kerana mereka kita dapat pahala dan kerana mereka juga kita berhak mendapat dosa~

Mereka mengharapkan kita yang belajar agama ini untuk membimbing mereka.
Mereka menduga kita sejauh mana Ilmu yang kita ada.
Mereka mengkritik kita untuk mengajar kita agar selalu mempraktikkan apa yang kita belajar.
Mereka memarahi kita kerana kita alpa dengan ketinggian ilmu agama
Mereka mengharapkan kita
Mereka memerlukan kita
Mereka mendambakan kita
Mereka menyanjungi kita
Mereka terkilan dengan sikap kita atas kealpaan kita dalam mendidik mereka..

          Ayuhlah bersama, mulakan Dakwah dari perspektif yang kecil iaitu Keluarga. Jangan yang di luar kita ambil berat tetapi yang ada di dalam rumah kita pinggirkan. kasihanilah mereka. Dakwah itu memerlukan pengorbanan dan kerahan tenaga dan ketahanan emosi. Perhatikan??

Perhatikanlah PAKAIAN mereka ~
1) Bagaimana bezanya pakaian kita dengan pakaian org yang terdekat?
2)Adakah cukup sekadar mempamerkan akhlak sudah memadai?
3)Takutkah untuk ibu bapa menegur anak2 yang sudah bergelar SIWAZAH?
4)Pakaian kita sopan, pakaian mereka?
5)Hanya kita sahajakah yang ingin masuk Syurga Allah?

Perhatikan TINGKAHLAKU/PERGAULAN/BUAL BICARA mereka~

1)Hanya Perempuan/Lelaki sahaja teman mereka?
2)Bagimana gerak cara perbuatan dengan orang tua?
3)Adakah cukup sekadar berkata "Jgn itu" atau "Jgn ini"?
4)Bila kita pamerkan yang baik, susah untuk diterima malah dihina?
5)Berapa kerap kita pamerkan yang BAIK? TELADAN yang Sopan?

Diri ini juga tidak selamanya muda dan xMUSTAHIL akan tua. Bagaimana kita di usia muda, begitulah anak2 kita kelak. TETAPi mereka perlu diDIDIK, diBIMBING, diASUH dan diDISIPLINkan dengan mengikut aturan al-QURAN dan al-SUNNAH..
      Kita kadang-kadang timbul rasa gusar dan risau, adakah apa yang kita cakap ini akan kita praktikkan? Kerana zaman 10 tahun akan datang perubahan akan berlaku 100%. Tiada zaman kita sekarang. Anak-anak semakin bijak dan Matang, kemudahan ICT diperluaskan dan cabaran-cabaran baru kian merunsingkan. Subhanallah, Jadikan kami Bakal IBU BAPA yang berjaya mendidik Zuriyat2 yang beriman dan bertaqwa..



~Rabbana Hablana Min Azwajina Wa Zuriyyatina Qurrata A'yun, Waj'alna LilMuttaqina Imama~
Xsalah untuk merancang masa DEPAn tapi salurkan perancangan itu berlandaskan al-Quran & al-Sunnah..
Didik Diri, Persekitaran akan mendekati. Insha Allah..

No comments:

Post a Comment