05 October 2012

.:: Akhlak dengan Cinta Hati ::.


TOPIK:
Pembinaan Akhlak dalam Rumah Tangga!

Moga kita dapat melakukan satu perubahan yang besar dari sudut Akhlak kerana kita berharap agar anak-anak didik kita masyarakat sekeliling kita dapat/boleh tergerak hati melakukan perubahan dari sudut Akhlak apabila melihat keindahan akhlak yang ada pada diri kita Insha Allah.

Nabi Muhammad saw bersabda :
"Wahai Uqbah, bagaimana jika ku beritahu kepadamu tentang akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling utama. Dan yang pertama hendaklah engkau menyambungkan silaturahim dengan orang yang memutuskan, hendaklah engkau memberi kepada orang yang tidak mahu memberi, dan maafkanlah orang yang menzalimimu" (HR Al-Hakim dan al-Baihaqi)

Ketiga-tiga perkara ini berat dan susah tetapi inilah satu penanda aras akhlak yang paling utama buat penghuni dunia dan penghuni akhirat. Malah ada ulama mengatakan : "Sesiapa yang membekalkan kamu dengan akhlak yang terpuji maka dia telah menambah nilai kebersihan jiwamu".

Betapa pentingnya soal akhlak ini, Shaykh Ibn 'Atoillah al-Sakandari menyebut :
"Kamu berkawan dengan orang jahil tetapi orang jahil itu tidak tunduk kepada nafsunnya dan tidak merasa puas dengan dirinya lebih baik daripada kamu berkawan dengan orang alim tetapi orang alim yang buruk akhlaknya"


Jika kita melihat wajah anak kecil (anak-anak) apakah yang perlu kita berikan kepada mereka?

Nabi bersabda :
"Tidaklah ada satu hadiah yang lebih BAIK dan lebih UTAMA daripada seorang Ibu Ayah kepada anak-anaknya melebihi adab dan akhlak yang baik yang ditunjukkan oleh Ibu dan Ayah kepada Anak-Anaknya"

Resepi dari Nabi untuk muhasabah dalam bab Pembinaan Akhlak dalam Rumah Tangga ini, baginda menjelaskan : "Muliakanlah anak-anak kamu dan perbaikilah ada mereka"

Kadang-kadang ada kalangan kita meremehkan anak-anak, daripada cara kita bercakap, cara kita menegur, cara kita menasihati mereka kadangkala ada orang disekeliling, kadangkala ada mak sedara, ada kawan-kawan. Dalam istilah muliakan anak-anak ini , kita kena meraikan SITUASI/TEMPAT/KEADAAN supaya anak-anak rasa ibu bapa tidak meremehkan mereka dan mempersendakan mereka.

Perbaiki lah agama mereka!

Perincian Soal Akhlak sebagaimana Rasulullah ajar kepada Anak-anak, antara yang ditekankan baginda, kerana Akhlak ini akan kurang nilainya dalam diri seseorang anak jika kita melihat akhlak seorang anak yang buruk kepada kedua ibu bapanya.

Ibnu Sunni meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a  bahawa Nabi pernah melihat seseorang bersama anaknya lalu Nabi bertanya kepada Anaknya : "Siapa Orang ini?" Anak itu menjawab : "Ini Ayahku". Lalu Nabi bersabda : "Kamu jangan berjalan dihadapannya, kamu jangan melakukan perbuatan yang dapat membuat dia mengumpatmu kerana marah, kamu jangan duduk sebelum dia duduk dan jangan kamu panggil ayahmu dengan menggunakan namanya".

Ini secara terus ADAB dan AKHLAK yang Nabi ajar kepada anak-anak terhadap Ibu dan Ayah!

Bagaimana adab anak-anak nak bercakap dengan Ibu Bapa?
Jika akhlak dengan ibu bapa tidak dijaga maka apa jaminan yang dapat diberikan oleh anak-anak akan berakhlak jika bertemu dengan selain dari ibu bapanya.

Imam al-Qurtubi dalam Tafsirnya : 
Apa Maksud Birru wa Lidayn dalam surah al-Isra' ayat 23, "Ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang mulia". Maksudnya: Perkataan mulia kepada Mak Ayah dianalogikan sebagai \~perkataan seorang hamba yang berbuat salah kepada seorang majikan yang sangat bengis dan keji (dalam keadaan lembut dan merendah diri). 

Umar al-Khattab menafsirkan 'mulia' dalam ayat tersebut dengan mengatakan : Seorang anak bila mahu memanggil Mak dan ayah dia perlu berkata "Wahai Ayahku atau Bondaku". Agar dengan dapat menyejukkan hati apabila mereka mendengarnya.

Seorang ayah yang telah mendidik anak-anaknya bernama Tajudin al-Subki berkata semasa beliau duduk do koridor rumahnya beliau ternampak seekor anjing lalu, kemudian dia usir anjing tersebut dengan menyatakan 'Dasar anak anjing'. Ayah beliau menegur berkata : "Kenapa panggil anak anjing, dasar anak anjing?" Beliau menjawab : "Bukankah benar  ini adalah anak anjing". Ayahnya menjawab : "Tidak Anakku, aku ingin mengajarmu jangan menghina binatang seperti itu".

ADAB YANG HALUS DIDIKAN AYAHNYA, MUHASABAH KEMBALI NILAI AKHLAK KITA YANG MANA IA DAPAT MEMBERI IMPAK YANG BESAR KEPADA ANAK-ANAK DAN MASYARAKAT.

Nady Sufy@Bayti Jannati

1:33 Petang
5 Oktober 2012
-Ilalliqa' Habibati-

No comments:

Post a Comment