18 November 2011

.:: Adik-adik sayang ::.

~Next~
19-21 November 2011
::Akan Bertemu kembali dengan Anak-Anak Islam::
Minggu ini Di Sik, Kedah
Insha Allah



Sesungguhnya, 
Dengan menyertai kem-kem Motivasi atau Kem-kem Anak Soleh bukan beerti diri ini layak untuk mentarbiyah dan b'Dakwah. Tidak layak pada pandangan hati dek kerana ceteknya Ilmu yang ada, namun atas keperluan dan kekurangan Ilmu inilah membawa kepada perlunya diri ini keluar menimba pengetahuan dan menjadi kayu ukur stinggi mana Ilmu yang ada. 

Demi,
Menjaga adik-adik remaja yang kian membesar dan teruja untuk mencuba sesuatu yang baru, mejelajah seluruh Dunia di alam Maya dan berkenalan dengan berlainan jantina. Bukan penulis tidak pernah merasa situasi itu, Alhamdulillah Allah uji dgn beberapa keadaan namun alhamdulillah bimbingan keluarga dan murabbi allah kembalikan ke Jalan Y Benar. Ini semua dari-Nya dan kepada-Nya kita WAJIB kembali.

Walaupun, 
Sukar untuk membimbingmu adik-adikku kala zaman ini, kerna kamu semua sudah jauh lebih m'Explore dari akakmu ini. Namun akak akan cuba berkongsi dan bersama (menjadi sahabat) kamu untuk menyulusuri zaman kegemilanganmu (Remaja) kini. Bersama berkongsi suka dan duka, ceria dan tawa, namun pasti akan ada batasnya ya^_^.

Kadangkala, 
Adik-adik memilih sahabt dari Ibu bapa, mengapa ya? Sepatutnya, Ibu bapa yang adik perlu kongsi suka dan duka, tapi sekrang jadi sebaliknya. Adakah Ibu bapa tidak memahami adik-adik atau adik-adik yang tidak memahami Ibu bapa? Adik-adik lebih suka berkongsi suka dan duka dengan sahabat adakah kerana dia memahami dan lebih dekat denganmu? Kita Muhasabah bersama.

Dan Akhirnya,
Akak tahu adik-adik perlukan sokongan dan sahabat Rumah (Ibu bapa) untuk bertanya, bercerita dan meluahkan rasa. Bila di sekolah adik-adik ada sahabat sekolah tapi bila pulang ke rumah Sahabat Rumah adik-adik tidak melayani adik-adik sebagaimana sahabat-sahabat Sekolah. Kita cuba perbaiki ye adik-adik. Yang penting jangan buat Ibu bapa kita menangis dengan fe'el dan kerenah kita yang macam-macam itu ya=).



Khas Buat Adik-adik dan diri akak juga ^_^

Sejukkanlah Hati Ibu dan Ayah denagn PERSONALITI yang
berIMAN
berILMU
dan 
berAKHLAK MULIA..
Kerna, 
Semasa Di Alam Rahim, Ibu dan Ayah sentiasa berdoa kepada Allah agar Zuriatnya kelak mejadi Anak yang Soleh dan Solehah.
Sesungguhnya, dia Maha Mendengar dan telah mendengar permintaan Ayag dan Ibu kita telah pohonkan..
Alhamdulillah..
Lahirlah, adik-adik akak yang baik dan berbudi pekerti.


Ilalliqa'
Ilahi Anta Maqsudi wa Redhaka Matlubi
Bayti Jannati Kuala Nerang
6:03 PM

No comments:

Post a Comment