16 November 2011

.:: Kerana Tiada Pedoman ::.

Alhamdulillah
Syukur ana rafa'kan ke hadrat Allah yang Maha Hebat lagi berkuasa, Selawat dan Salam buat Nabi junjungan Kekasih Allah Nabi Muhammad saw. Juga Tidak dilupa Salam Rindu buat Mak tercinta dan Abah yang dikasihi^_^..
Sungguh, Hati ini terasa Benci dengan perbuatan itu, bukan membenci orang yang melakukan perkara itu.. Na'uzubillah.. Dek kerana, kita sudah berjaya memiliki 1% dari isi Dunia kita sudah lupa 100% pengorbanan si Ibu yang membesarkan kita. Astaghfirullah, Ampunkan Dosa Anak ini. Kau mengujinya atas kelebihan harta yang dimiliki.

~Berikut Sebuah kisah realiti yang berlaku dan ia sangat dekat dengan hati ini. Tiada kena mengena buat Yang sedang Hidup ataupun Yang Sudah mengadap Ilahi. Hanya untuk Renungan dan Muhasabah kembali buat diri ini Yang Dhaif~
***********************************************************************
"Mak boleh x?"         

Dengan Kalimah "Kun Fayakun", tiada yang mustahil bagi-Nya untuk melaksanakan dan tiada mustahil bagi kita untuk menerima (belajar sesuatu dan mengambil Pengajaran). Bicara Ibu tika dia Marah ada benar dan relevannya agar kita tidak berjalan mengikut apa yang kita tidak ketahui punca dan pengakhirannya. Kadangkala, Ibu tidak marah tetapi kita yang membuat spekulasi awal yang mengatakan Ibu marah Walhal si Ibu belum membuat suatu Fatwa (keputusan) dalam Buah bicaranya. Si Ibu  berhasrat untuk memberi benih-benih pengalaman yang sudah dilaluinya sebelum ini. 1001 kesukaran demi kesukaran dan tidak mahu si Anak menuruti apa yang dia rasakan. Ada benarnya juga^_^

Namun, Tika Allah mahu menguji Hamba tidak terfikir dalam gambaran minda. Ujian itu bukan statik, ia Flexsibal dan berubah-ubah. 
"Ana xsangka dia sanggup ketepikan semua yang telah menghargai dia, buat tanpa rundingan dan pergi dalam kalam pesanan. Moga selamat semuanya".  Doa dalam terpaksa.
Tapi hakikatnya, ana xboleh fikir begitu. Hakikatnya.....
Ujian yang dikurniakan padanya adalah untuk mengajar diriku agar tidak melakukan sedemikian rupa. Jika ana buat,orang lain akan merasai macamana yang ana rasa. Ana xnak, mohon dijauhi Ya Allah^_^
"Kun Fayakun" ~ Ini Ujian untuknya dan pengaran buatku. Allah kata jadi maka jadilah, tidak kira siapa kita.


"Huh, Orang nampak macam gah(Hebat) sangat tapi........."

Tapi Hakikatnya, ana xboleh fikir begitu.
Hanya Allah yang layak tentukan siapa hebat atau tidak. Kita tidak tahu dimana kedudukan kita atas menggunung atau bawah di telapak kaki^_^ Mari kita U-Turn kembali ke pangkal jalan. Sedarkan diri dengan apa yang kita ada, jangan hanya mahu menuding jari dan iri hati dengan orang lain.
P/s diri :
1) Jangan rasa orang yang bersalah dan kita yang benar
2) Elakkan dari fikir dia buat salah tapi fikir Dia Musabbab untuk mendidik kita
3) Maafkan semua orang, Walaupun kita rasa Kesalahan dia xpatut untuk dimaafkan.

Ilalliqa'
Ilahi Anta Maqsudi wa Redhaka Matlubi.


No comments:

Post a Comment