24 November 2011

.:: Travelog Sik 3Hari 2Malam ::.

 ~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang~

Ambil Yang Baik

Alhamdulillah, sudah banyak yang Allah berikan tasawwur (gambaran) sebelum ini bahawa dalam perjalanan untuk membuat kebaikan pasti ada mehnah dan tribulasi yang tidak dijangkau akal fikiran manusia. Kadang-kadang diri ini sukar untuk kembali teguh berdiri dan fikir dua kali dalam membuat keputusan tatkala ang sukar itu menyelubungi. Orang yang kita belum kenal  bukannya semuanya tidak berakhlak dan bukan semua orang yang kita sudah mesra selamanya akan sentiasa memperbaiki akhlak kita. Jadi terimalah kedua-duanya, dan jadikan panduan jika yang baik dan muhasabah untuk yang sebaliknya. 

Orang pun boleh sabar dengan kita

Sebelum Program memang nak kesempurnaan seperti program-program sebelum ini,  dengan kelengkapan teknikal (tentatif), kemudahan pengangkutan dan keselesaan tempat tinggal. Subhanallah, xsemudah itu untuk Allah sediakan untuk kita, pasti ada ujian dan kesusahan yang Allah telah dan akan hamparkan. Sebelum ke Alor Star, dah la kena tinggal Bas jam9 dan terpaksa naik bas jam9.45 pagi. disebabkan kelalain sendiri dan tiada budi bicara dari pihak "Pakcik Bas"(nak p ambil beg sat pun dia xbagi, "Naik bas lepas ni la").  Pakcik nak ajar kami sifat Sabar kan sebenarnya, TERIMA KASIH ye ~^_^~
 
Pihak pengajur dah tunggu jam 10pagi di Stesen bas Shahab Perdana, kami ada di Kuala Nerang lagi. Aduiiii!!, kesian pulak kena tunggu lama, Rasa bersalah pun ada. Apa-apapun positifkan hati dan percakapan. Alhamdulillah perjalanan yang ambil masa 1jam 15 minit akhirnya sampai ke alor star. Jam11 baru dapat bertolak ke Sik. Sebiji Van disediakn dah dipenuhi oleh 9 orang adik2 Muslimin dan kami dari Muslimat hanya 3 orang. Syukur ya Allah, Kau kurniakan kesabaran kepada adik-adik kami yang sudi menunggu. Terima Kasih ye adik-adik, Akak mintak maaf banyak. Pakcik Bas xnak bawa kami, huhuhu:( 
 
 
Semuanya masih dalam proses suai kenal
 
Sebelum sampai ke tapak Program semuanya bersendirian dan Diam kecuali kami bertiga yang bercerita untuk program yang telah dirancang. Alhamdulillah, tiba-tiba dalam perjalanan ana terfikir dan bertanya : 
 
"Kak, sebenarnya program kita ni kat mana? Kita pakai ikut je kan"
 
Kak Z jawab,
"Akak pun xtau, Sik ke Yan. Tapi Akak bagitau kat Ayah kat Baling" 
 
Ana,
"Biar betul kak, cuba akak tanya driver kita ni(sambil berbisik)"
 
Kak Z pun tanya,
"Dik, Program kita ni buat kat mana ye?" 
 
Driver pun dengan rasa nak gelak pun jwb.
"Kat bendang man, Sik"
 
Mesti dia fikir, apalah kakak-kakak ni tempat nak dituju pun xpasti lagi. Subhanallah, dengan tebal mukanya kami masa 2 tunduk malu dalam Van.
Maka terungkailah sudah segala persoalan dan berjaya membuatkan suasana diam kembali ceria. Alhamdulillah^_^

Sampai dengan Selamat dan penuh tanda tanya

Turun saja Van, kami saling membuat spekulasi awal 
------Siapa, bila, berapa, bagaimana, kenapa, boleh ke dan sebagainya---------------.
Kami pergi ke sana dalam keadaan Zero maklumat. sampai sana kami jumpa dengan GM Nusrah Training and Travel Sdn. Bhd, Firdaus. Muda lagi tapi wawasan tinggi. Pangakatnya dengan kami adalah adik. memang respect cara dia buat kerja..

Alhamdulillah, maklumat yang selama ini tertanya-tanya kini sudah ketemu jwpn. Rupanya, sangkaan kami itu tidak sepatutnya berlaku dan akhirnya dapat diselesaikan walaupun ada pihak yang terpaksa berkorban dan mengeluarkan RM sendiri. 'Ala Kulli Hal, Kullu b khayr. 

Inilah yang dikatakan pengalaman yang tidak boleh dijual beli... Allah permudahkan urusan kami walaupun kadang-kadang rasa tak mampu untuk diselesaikan..

Ilalliqa'
Ilahi Anta Maqsudi wa Redhaka Matlubi



No comments:

Post a Comment