17 November 2011

.:: Kembali bersemangat ::.

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang~

Alhamdulillah, 
 
Ya Allah, bukan senang sebenarnya untuk membina semangat yang sudah mula meluntur. Tambahan pula, semangat untuk meneruskan pengajian, walaupun Jiwa dan Hati ini sangat2 rindu untuk belajar dan terus belajar. Bukan tidak diberi peluang dan sokongan tetapi atas kelemahan dan kekurangan diri yang mudah dengan pujukan rayu orang (Bukan kearah kejahatan). Sukarnya untuk menetapkan pendirian, mungkin ini landasan pertama untuk membina keyakinan. Semua orang sudah ma'lum apabila seseorang menjejakkan kaki dan tangan dalam Dunia Penyelidikan Sarjana segalanya perlu seiringan bersama, Minda+Jiwa+Tulisan+Idea+Personaliti+Pemikiran+Kematangan dan Kebolehan berkomunikasi.

Kesukarannya sudah terpancar pabila mula-mula mengundang Niat untuk menyambung pengajian. Keluarga amat meyokong dan memberi panduan, namun atas desakan persekitaran "Semua orang buat itu dan ini" maka Atas minda yang belum menjengah ke alam dewasa menuruti kemahuan mereka. Pada hakikatnya, Jiwa dan minat ke arah lain. Allahu Rabbi, Aku amat2 memerlukanmu ketika ini dan akan datang.

Semangat diri ini sudah berjaya dipulihkan dan akan belajar untuk membuat keputusan yang bijak dan memenuhi Impian masa depan. Dorongan Murabbi membakar semangat walaupun pada awalnya bertelagah (secara aman). Pandangan seorang demi seorang ditafsir semula demi memenuhi kehendak dan kemampuan diri sendiri. Bukan mudah untuk mengikuti pandangan orang lain jika kita belum bersedia^_^. 

Setakat yang ditanya untuk mohon pandangan, kebanyakannya menyokong apa yang ana putuskan cuma ketika itu desakan persekitaran menghantui fikiran. Innama'al 'usriyusra.. Yakinlah itu..
 
 
 
Kak She dan kak Asma'
 
 
Kita bergabung tenaga sekali lagi insha Allah, Moga Allah Izinkan ye kakak2. Moga Pengalaman dulu membantu kita untuk mengejar Impian kita yang belum tercapai. Allah sentiasa bersama kita. Bukan senang dan senang dan bukan susah nak susah. Kesukaran yang kita bakal hadapi kelak, mudah2an dapat dihadapi dengan Tenang.


Mood : 
~Mencari Tajuk dan berMusafir demi mencari Sorotan, Kembali menjadi pelajar Selama 2tahun~
.::~Allahumma Yasssir Umurona~::.
Insha Allah, Bi Iznillah..
 

Ilalliqa'
Ilahi Anta Maqsudi wa Redhaka Matlubi

No comments:

Post a Comment