31 March 2012

.:: Bagaimana Zuhudnya Baginda ::.

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang~



Alhamdulillah,
Segala Pujian bagi Allah SWT yang telah membenarkan kita berpijak di Bumi MilikNya.Kita Bukan Tuan kepada bumi ini. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw serta kaum kerabat baginda.
Ana teruja dengan sebuah buku yang baru dibeli seminggu yang lepas tetapi baru setengah di hadam. Mudah-mudahan dipermudahkan untuk menghabiskannya. Buku ini bertajuk "Sehingga Pemuda Mengetahuinya" Karangan Dr Abdullah Nasih Ulwan.
Banyak perkongsian di dalamnya yang membuatkan ana rasa 'sudahkan aku buat'? Beliau memfokuskan kepada Slogan :
Allah Matlamat Kami
Rasul Ikutan Kami
Al-Quran Perlembagaan Kami
Jihad Jalan Kami
Mati Syahid Cita Tertinggi Kami
Tetapi yang beliau gusarkan adakah slogan itu hanya di bibir semata-mata atau ia juga berinteraksi dengan Hati. Di Bibir bukan main semangat tetapi tidak dipraktikkan. Biarkan yang kita amal itu sedikit yang utamanya ia berTERUSAN.

Halaman 21 -25
Bagaimana Rasulullah mengamalkan sifat zuhud? Adakah seperti yang dilakukan oleh Masyarakat kita sekarang...
Berkata Abdullah bin Mas'ud : Aku telah masuk menghadap Rasulullah saw, baginda telah bangun dari tikar hamparannya, sedangkan ia telah memberi bekas pada sisi baginda yang Mulia.
Aku berkata : "Wahai Rasulullah, kalaulah aku carikan untukmu sebuah tilam, agar engkau boleh letakkan di atas tikar, supaya ia menjaga badanmu daripadanya".
Maka Baginda bersabda : "Apalah aku dengan dunia. Tidaklah aku di dunia ini melainkan seperti seorang penunggang yang singgah berteduh di bawah sepohon pokok, kemudian dia berjalan meninggalkannya"
Baginda orang yang telah bersabda :
" Ya Allah jadikanlah rezeki keluarga Muhammad hanya sekadar mencukupi"
" Ya Allah jadikanlah rezeki keluarga Muhammad hanya sekadar untuk menyambung hidup" (Sahih Muslim)
Allahu Rabbi, Lihat bagaimana sifat Zuhud yang dipamerkan oleh baginda kepada sahabat-sahabat,anak-anak dan juga buat kita sebagai umatnya.
Wahai Para Pemuda,
Janganlah kamu menyangka bahawa Nabi Muhammad saw ketika meletakkan dirinya sifat Zuhud dan Qanaah serta hidup yang sekadar mencukupi jadi baginda mahu mengharamkan ke atas diri dan keluarganya perhiasan Allah yang telah dikhususkan untuk hamba2Nya serta Rezeki2 Yang halal.
Padahal Bagindalah,
Orang yang mengingkari tindakan para sahabat yang telah mengharamkan diri mereka untuk berkahwin, Orang yang makan daging,Orang yang berbuka puasa, Orang yang mengambil bahagian kehidupan
Sesungguhnya,
sekiranya Baginda mahukan segala kemewahan hidup, mengumpulkan rezeki yang elok, bersedap-sedap dengan bunga perhiasan Dunia,nescaya dunia akan datang kepada baginda dalamkeadaan tunduk,merendah diri,mahupun terpaksa.
Akan tetapi,
Baginda mahukan kezuhudan dan penjagaan dirinya beberapa perkara iaitu :
1- Baginda Mahu mengajarkan generasi Islam dengan Sifat Zuhudnya ini dengan makna Kasih Sayang, Pengorbanan dan Mengutamakan Orang Lain
2- Baginda ingin menjadi contoh kepada generasi Islam dengan hidup sederhana dan berpada-pada
3- Baginda ingin memahamkan mereka yang mempunyai penyakit di dalam hati , golongan munafik, missionari dan musuh Islam yang lain bahawa Baginda tidak pernah berniat untuk mengumpulkan daripada Dakwah.

Inilah keadaan baginda saw dan keadaan para Nabi sebelumnya :
"Wahai kaumku, aku tiada meminta harta benda kepada kamu (sebagai ganjaran) bagi seruanku, Ganjaranku hanyalah dari Allah" Surah Hud :29

Maas Salamah wa Ilalliqa
Nady Sufy @ Bayti Jannati
01:09AM

No comments:

Post a Comment