01 March 2012

.:: Before and After “Pernikahan” ::.

    ~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang~

Apa sinopsis pernikahan yang dapat dibaca dalam realiti kehidupan kita sekarang, ADAKAH :
>> Pernikahan atas dasar paksaan keluarga kerana Ibu Bapa mempunyai agenda dan kepentingan tersendiri

>> Pernikahan atas dasar suka sama suka kerana Niat membantu membebaskan sahabat dari kongkongan Ibu dan Bapa

++ Pernikahan atas dasar membalas jasa orang kerana untuk menghargai jasa dan pengorbanan individu @ keluarga tertentuPengorbanan Ibu Bapa tidak difikirkan

++ Pernikahan atas dasar ‘membantu’ kerana mengelak malu dek kerana sudah terlanjur sebelum sah bergelar suami isteri

 ++ Pernikahan atas dasar Cinta Pandang Kedua’ kerana tiada lagi keserasian dalam institusi kekeluargaan yang telah dibina sebelum iniPositifnya : Mungkin ini ketetapan Allah

++ Pernikahan atas dasar kerelaan sendiri kerana sudah lama berkawan sejak dibangku sekolah walaupun kita tahu keluarga menghalang

++ Pernikahan atas dasar kebetulan kerana tiada gadis di kampung  anak sendiri yang diberi untuk membantu orang lain walaupun usia si anak masih muda.

Di atas adalah
Pandangan semata-mata, tiada Fakta dan kajian terperinci

Diatas adalah antara pandangan umum yang dilihat dari mata kaca Televisyen yang ditayangkan saban hari. Motif dan Objektif drama tersebut pasti ada namun dari sudut penonton juga ada sesuatu yang dapat disimpulkan. Tiada yang betul dan tiada yang salah, ia hanya secoret pandangan sendiri.

Pernikahan seringkali diambil enteng oleh anak-anak remaja sekarang, bila melihat orang lain mendirikan Baitul Muslim (Rumah Tangga Muslim) maka dia pun terusik jiwa untuk sama mengikuti jejak langkah sahabatnya. Hakikatnya,  ini adalah Fitrah Manusia namun fitrah itu perlu disesuaikan pada saluran dan cara yang betul.

Berkahwin di usia muda sebagaimana yang telah diamalkan oleh sahabat-sahabat ana sendiri tidak menjadi masalah . dapun , ketika masih belajar tidak menjadi isu sebenarnya. Ada juga yang mendirikan Baitul Muslim sebelum memasuki Universiti, tidak kurangnya juga yang memilih untuk Baitul Muslim ketika dalam Pengajian.

Untuk itu ana ditengah-tengah, menyokong tidak membantah juga tidak. Perlu diingat, mendirikan Baitul Muslim bukan semudah memetik dua jari, suka tawa hanya sebelum pernikahan dan suka duka berselang seli semasa melayari bahtera pernikahan. Tidak selamanya suka dan tidak selalunya duka.

<<<<<<<<<<<<<<<Nasihat si tua ada mengingatkan : “Seseorang yang telah mendirikan Baitul Muslim perlu melalui bahtera Pernikahan diketuai nakhodanya seorang Imam keluarga kemana sahaja. Jalan terus dan terus tanpa toleh ke belakang. Jika kamu toleh ke belakang ia tidak lagi dinamakan pernikahan tetapi penceraian”>>>>>>>>>>>>>>

Bukan ingin menakutkan tetapi ada sedikit resah dan gundah, apabila memikirkan nasihat ini. Namun, jangan mengambil sikap berdiam dan membatu diri untuk tidak melayari bahtera pernikahan itu. Jika tidak, Nabi Kita Muhammad saw tidak mengakui kita sebagai umatnya. Pernikahan salah satu dari sunnah Baginda saw.

Juga tidak berburu-buru untuk mendirikan Baitul Muslim dek kerana takut buah hati dikebas orang, risau semua sahabat sudah habis yang bujang, resah memikirkan usia yang semakin ‘dewasa’ apabila anak pertama baru sebulan anak sahabat sudah berada di alam persekolahan. Allah yang aturkan semua itu, usah takut risau dan resah.

Tetapkan matlamat bahtera yang akan dibawa terutama kepada bakal Imam kita. Kita juga perlu tahu sasaran dan objektif (niat) halatuju Baitul Muslim. Semua mahu kesana (Baitul Muslim) tetapi cepat atau lambat hanya dalam pengetahuan dan Ilmu-Nya sahaja. Bukan tergesa-gesa dan tidak melengah-lengahkan.

Ana ada membaca sebuah buku kegemaran ramai dan ana wajib mendapatkannya  setiap isu, Alhamdulillah. Solusi Isu No.41 dalam ruangan Fitrah : Menyantuni Naluri Insan ‘Mantap keibu bapaan, sejahtera Keluarga’ hasil tulisan Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj. Banyak perkongsan yang dihuraikan.

Beliau mengatakan, tugas keibu bapaan adalah tugas utama yang perlu diambil berat dan bukannya sebagai kerja sambilan. Malah ibu bapa yang akan memantapkan pegangan akidah yang akan menjadi anutan agama, ibadah yang menjadi teras hubungan seharian dan akhlak yang menjadi benteng diri anak-anak.

Ada dalam kalangan kita yang terjun ke alam kekeluargaan tanpa sebarang persediaan kerana mengambil enteng tentang isu ini. Tiada disisi mereka bekalan ilmu pengetahuan, apatah lagi perancangan strategik memetakan hala tuju, visi dan misi untuk membina dan meneruskan agenda keluarga kecil masing-masing.

Ini bukan isu ‘sudah dilamun Cinta’ atau ‘sudah mahu menikah’, tetapi ini isu besar peranan dan tanggungjawab Ibu Bapa yang perlu disedarkan kepada mereka yang ingin mendirikan Baitul Muslim tidak kira dalam masa seminggu, sebulan, setahun, lima tahun akan datang. Peringatan awal^____^

Kini, keutamaan mendirikan Baitul Muslim sudah tersasar jauh dari matlamat dan tujuan sebenarnya. Pasangan suami isteri menghabiskan masa berbulan-bulan dan puluhan ribu ringgit hanya untuk persiapan hari yang dinantikan. Namun, sama sekali tidak memperuntukkan masa dalam tempoh perTunangan untuk dimanfaatkan dalam aspek pengurusan kekeluargaan yang lebih penting selepas itu.

Pasangan suami isteri yang baru mendirikan Baitul Muslim dinasihatkan agar mempunyai perancangan berkaitan dengan saiz keluarga yang ingin dibina, berapa ramai bilangan anak yang diharapkan dan berapa tahun selang antara satu kehamilan dengan kehamilan seterusnyaJika Di Izinkan Allah SWT.

Dalam Rumah Tangga Muslim, setiap kehadiran anak mestilah dirancang, direncana dan ditunggu. Anak-anak tidak sepatutnya hadir tanpa diundang, tidak diduga dan direncana. Ini bisa dijadikan perancangan tahunan keluarga, bagi membantu meringankan kawalan peta yang telah dibuat.

PERSEDIAAN yang perlu ada di dalam setiap bakal Suami Isteri atau Ibu Bapa adalah konsep bertanggungjawab. Masing-masing perlu menyediakan diri dengan segala keperluan untuk melalui proses Kehamilan, Kelahiran dan Penyusuan Bayi. Sebolehnya dari semua aspek. Melahirkan tidak sesusah menDidik dan menTarbiyyah.

Lima keupayaan asas yang mesti ada dalam sesebuah Baitul Muslim :
1-Kesejahteraan Fizikal
2-Kemampuan                      Ekonomi
3-Keupayaan                          Emosi
4-Kelapangan                   Masa
5-Sokongan                                 Sosial



Sebenarnya, pasangan IBU BAPA MUDA hari ini kurang mendapat tunjuk ajar dan nasihat orang tua, pakar atau mereka sendiri yang tidak mengendahkannya mengenai konsep keIbuBapaan. Mereka bertanggungjawab dalam menentukan saiz keluarga dan jarak selang kehamilan.

Akibatnya, ramailah anak-anak kecil yang lahir dalam keadaan serba kurang sempurna. Zahirnya, anak-anak ini mungkin dibaluti kemewahan yang gah luarannya, tetapi dalamannya terutama emosi Ibu bapa zero kerana belum bersedia menerima kehadiran cahaya mata mereka.

Ini pastinya akan mempengaruhi gaya didikan dan perkembangan sahsiah mereka. Selain itu, mereka akan keciciran pendidikan Duniawi dan Ukhrawi, tekanan hidup membawa kepada runtuhan rumah tangga dan anak-anak terjerumus dalam perangkap gejala sosial di zaman tanpa sempadan ini.

Konklusinya,

Allah berfirman dalam surah al-Baqarah :233 dengan membuat penegasan terhadap Tanggungjawab Ibu Bapa terhadap Anak-anak, bermaksud :

“Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kesengsaraan kerana anaknya dan seorang ayah menderita kerana anaknya”

Bersama kita sedar akan tanggungjawab kita, bukan sekadar Isteri tetapi sebagai Ibu/Ummy/Mama/Mak kepada anak-anak suami kita.

Ingat,
Jangan terburu-buru
dan
Jangan melengah-lengah,
Ikut keadaan situasi ANDA sekarang!!

Ma’as Salamah wa Ilalliqa’
Nady Sufy @Bayti Jannati
11:58AM
Kuala Nerang, KDA.

No comments:

Post a Comment