04 October 2011

:: Cari penyelesaian ::

Mood : Selesai masalah dengan Penyelesaian.

Dalam apa jua keadaan@masalah jangan selalu disebut2 masalah itu, Mengapa dan Mengapa dan Mengapa ia berlaku.. Analogi : Kita dapat jangka ke bila kita akan mati? Tidak kan.. Begitu jua dengan masalah!! Kita xdapat buat persediaan bila dan mengapa ia berlaku TETAPI diri sendiri yang sepatutnya terlebih bersedia dengan segala kemungkinan(dari segi ILMU). Berlaku tanpa diduga dan disangka oleh akal kita yang cetek.

Contoh REALITI (1)
Dalam sebuah program yang akan berlangsung, timbul satu masalah yang tidak disengajakan. Si A(tahu dalam bab pengurusan) Si B(Kurang tahu dalam bab pengurusan). Si A menetapkan Si  B untuk menyelesaikan bahagian persiapan tempat, akibat salah faham dan kes menuding jari maka LCD tidak dipohon kecuali penggunaan dewan sahaja. 

Jam 8 malam baru tahu tentang masalah tersebut. Jadi, si A terus melenting dan menyebut2 masalah itu dan terus menyalahkan si B. Maka timbul kemasaman muka di sini. Program akan bergerak jam 9 malam.

Si A tidak membantu untuk mencari altenatif lain bagi memungkinkan untuk LCD ada pada jam9 malam. Maka program pada malam itu tiada LCD. Program pada malam itu berjalan lancar luarannya dan kusut di dalam hatinya..

Contoh REALITI (2)

2hb ada perbincangan dengan sahabat untuk urusan Kem Motivasi, jam 5.30petang. Aduyaiiii!!, Awalnya akak sayang. Ana ni dah la rumah kat hujung dunia, but Allah nak ajar mcmn nak selesaikan masalah itu..Pada hakikatnya memang rasa mustahil untuk sampai di Alor Setar pada waktu begini. Fikir dan Fikir dan fikir, teeettt!, ana jumpa jalannya.

First~ Macammana nak cakap dengan Mak ni? Boleh ke Mak bagi GreenLight? Last2 fikir, Belum cakap dah takut? Apa laaaa.. Alhamdulillah, ditaqdirkan Allah Teh (abg) nak balik KL, ada peluang ni untuk tumpang sampai Lostaq. Ermm, Step 1, Tanya Mak, Cerita A to Z, masa tanya tu jam4.45petang. Agak berat jugak untuk melepaskan anak perempuan dia ni, bila ana cerita elok2 Alhamdulillah Allah gerakkan hati Mak untuk izinkan ana pergi.

Dipendekkan cerita, ana berlepas ke Lostaq jam6petang dan sampai sana sejam kemudian, Orang dah azan maghrib baru sampai. Dalam perjalanan jangan cerita la dugaannya, Biarlah Rahsia.. ~Nak Buat benda Baik xMUDAH, Anda WAJIB hadapi Kesukaran~ Sampai sana sempat la tunjuk muka kat adik2 yang Soleh dan Solehah kat sana 2..

Sampai rumah jam9 malam. dan yang paling penting sila beritahu Mak anda bila anda akan sampai rumah dan dimana anda berada, JANGAN BUAT MEREKA RISAU!!..


Perkongsian seterusnya, akan dikongsikan kemudian.
Illaiqa' wa Ma'as Salamah






No comments:

Post a Comment