11 October 2011

.:: Mak, Terima Kasih::.





~Segala Puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam~

 ^__^ 11 Oktober 1989 = 11 Oktober 2011^__^

Mak, 
Terima Kasih atas kelelahanmu melahirkanku, 
dengan penuh kesusahan yang teramat dan sanggup menggadai nyawamu.
Kerana aku telah menyusahkanmu wahai ummiku tapi tetap jua menerimaku seadanya.
Mak,
Terima Kasih atas kasih sayangmu membelaiku, dengan penuh dakapan mesra.
Aku tidak mengerti ketika itu bahawa kamu amat menyanyangiku 
Kerna yang aku tahu hanya menangis hingga tersedu.

Mak,
Terima Kasih atas air matamu dalam mengasihaniku, ketika aku dilanda sakit. 
Walaupun kau tahu bahawa kejadian itu tetap berlaku.
Kerna kau Yakin wahai ummiku semua ini adalah ketentuan Dia yang Maha Esa.

Mak, 
Terima Kasih atas pengorbananmu dalam memudahkan urusanku, 
dari kecil ku hanya bergantung padamu seorang.
Kerna ku pasti Redha Allah terletak pada Redha Ummiku.

Mak, 
Terima Kasih atas sokonganmu dalam membantuku meneruskan perjuangan Rasulullah.
Ku xkuat sepertimu tetapi ku akan mencari kekuatan sptmu.
Kerna dengan itu, ku pasti akan cuba sedaya upaya untuk membantu 
generasiku agar lebih mantap sahsiah dan budinya.

Mak,
Terima Kasih atas kepercayaanmu kepadaku dalam meniti arus Jahiliyyah. 
Kerna ku yakin namamu akan kubawa di sebelah tangan kananku kemana sahaja.

Mak,
Moga kau restui apa yang kami lakukan
Moga kau doai apa yang kami akan laksanakan
Moga kau maafi segala kesalahan
Moga kau teguri apa yang tidak terkesan
Moga kau bantu apa yang kami akan kerjakan

Syurga itu terletak dibawah Telapak kaki Ibu.
Kasihanilah dia...
Doakanlah dia...
Maafkanlah dia...
Bantulah dia...
Terimalah dia seadanya..
Mak, 
Akak sangat sayang Mak. 
Akak belum tentu dapat mendidik "Anak2 Melenium" akan dtg seperti mana mak telah berjaya mendidik anak2 mak pada hari ini..

Moga Allah sentiasa merahmati kehidupan Mak dalam merTARBIYAH anak-anak mak yang masih belum mampu mengenali erti hidup di Dunia ini dengan sebenar-benarnya..
Illalliqa'..

No comments:

Post a Comment