05 October 2011

.:: Hanya 2 Minit ::.

5hb Oktober 2011, 
Azkiya' kena p Hospital untuk buat check up kali kedua. Tidak bercadang untuk ikut sekali, tapi entah macamana ana kena ikut. Huhuhu... "Sami'na wa Ato'na".. Cadang nak gerak jam7.30pagi, tapi akhirnya jadi jam8 pagi memandangkan orang yang kena ikut belum siap, diTAKLIF untuk bawa Asif jalan2, dengar macam best kan, huhu ^__^ v ~ 

Jam8 keluar dari rumah, ambi masa 45 minit untuk sampai Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Azkiya' kena buat check up Doktor Pakar Kanak2. Kronologi perjalanan yang agak merumitkan bagi sesiapa yang 5tahun sekali ke Hospital mcm ana=).. Mula2 ambil number giliran di kaunter pendaftaran, dapat number yang sgt sedikit ~8357~ "Number sekarang 8353" ooo, xlambat dah. 

Xselesai di situ, perlu naik keatas pula tingkat 2, untuk jumpa Doktor Pakar Pediatrik. Permulaanya, hanya berurusan dengan Kaunter, Azkiya' perlu ditimbang. Ana berdua dengan Asif, Hasilnya berat dari 3.7Kg pada 3hb Oktober naik kpd 3.8Kg hanya selang sehari je kan, Hebat anak sedara Maksu!!.. Kemudian tunggu dapat number "9591", masa tunggu baru number ~9570~ Laamaaanyaaaa nak tungguuu!!

Asif dah buat perangai, nak susu. Ana turun bawah cari Tok Wan dia, nk minta tlg amik bakul sbb nak buat susu. Menilau punya menilau satu Hospital (mcm jauh sgt) xjumpa. Last2, naik semula. Tok dia pulak yang turun cari Tok Wan, pun xjumpa jgk. Tapi ada juga yang Tok bawa naik, Air Milo+Kueh(4jenis).. Air pulak panas, kena tiup dulu sikit2. Macam2 feel la klu dah tungguuuu lamaaa ni...

Masa tgh minum Milo, Number Azkiya' dah sampai 9591, Alhamdulillah. Asif nak ikut Mak, Bagi payung suruh dia main. lega p.. Xdan Asif nak main payung, Azkiya' dah keluar. Ait kejapnya 2 MINIT ja ka!!, Ana ingatkan kena p tempat lain. Tanya Ngah "Dah siap ke?" Ngah jawab "Dah". La, dah siap rupanya. Mai dari jam 8- 11pagi, jumpa doktor hanya 2minit.. Agaknya memang macam 2 la semua orang yang datang cek arini.

Apa2pun, alhamdulillah Jantung dan Paru2 Azkiya' xda masalah sbb 2 la agaknya cepat je siap. lepas ni dah xkena p Hospital lagi.

Masa tunggu 2, macam ragam manusia.

Ada yang Ayah tolong jaga Kakak dan Abang, Mak uruskan adik dengan Doktor
Ada yang Ayah bersembang dengan kawan, Anak pulak yang cari Ayah
Ada yang Ayah serahkan sepenuhnya urusan pada Mak
Ada yang Anak tolong Tolakkan Mak dengan Kerusi Roda mungkin Ayah kerja
Ada yang nenek yang dukung Cucu mungkin Mak Baby xsihat
Ada yang Mak berehat Ayah yang tolong jagakan baby
Ada yang Mak dan Ayah sama2 bantu uruskan baby
Ada yang Abang jaga Adik, Mak uruskan baby
Ada yang Tok dan Tok wan yang datang uruskan baby, mungkin Mak Ayah kerja
Ada yang Baby nangis Ayah diamkan
Ada yang Baby nangis Mak yang susukan

Macam2 kan, ragam manusia~, Ambillah ibrah dari apa yang kita lihat itu juga adalah ilmu. Ilmu bukan sahaja di Buku tetapi dari persekitaran. Moga dapat jadikan sumber Ilmu untuk masa depan yang entah bila untuk dapat merasainya..


Illallhiqa'..
Ilahi Anta Maqsudi wa RedhakaMatlubi.

No comments:

Post a Comment